Share

Sweet Forgiveness  Book 1 (Bahasa Indonesia)
Sweet Forgiveness Book 1 (Bahasa Indonesia)
Penulis: Mocha Latte

1

Bab 1: Terbang ke Jakarta

Putrajaya, Malaysia

"Bang Mika, Fiya tetap mahu pergi ke persidangan perusahaan antarabangsa di Jakarta nanti. Tolonglah beri Fiya peluang untuk ke sana. Fiya merayu sangat-sangat pada Bang Mika," rayu seorang gadis muda dengan bersungguh-sungguh. 

Seorang gadis muda sedang duduk di hadapan seorang lelaki bertubuh kekar dan berwajah tegas. Lelaki itu masih ralit menaip sesuatu di papan kekunci laptopnya. Setelah itu, dia memandang ke arah perempuan yang berada di hadapannya lalu bersuara. 

"Tidak boleh, Fiya. Bang Mika dah minta Encik Fauzi untuk menjadi wakil syarikat kita di persidangan itu nanti. Cuba Fiya beritahu Bang Mika. Kenapa Fiya beria-ria sangat mahu ke sana? Fiya ada buah hati pengarang jantung yang tinggal di Jakarta?" soal Mikail dengan nada curiga saat menatap adik perempuannya itu. 

Pertanyaan Abang Mika membuatkan kedua-dua bola mata Safiyya terbeliak karena terkejut apabila dia mendengar tuduhan yang tidak berasas dari abang sulungnya, Mikail. 

"Ya Allah, apa yang Bang Mika maksudkan dengan perkataan buah hati pengarang jantung Fiya? Bang Mika sendiri tahu Fiya tidak ada teman istimewa atau kekasih hati. Baiklah, biar Fiya jujur dengan Bang Mika. Fiya mahu pergi ke persidangan itu sebab Fiya nak bercuti (berlibur) di sana. Tak salah, kan?" tanya Fiya sambil merenung anak mata Mikail. 

“Persidangan itu penting, Fiya. Lebih penting dan utama berbanding niat Fiya mahu berjalan-jalan di sana. Dan Bang Mika yakin Umi tidak akan mengizinkan Fiya ke Jakarta. Fiya itu masih gadis. Belum berkahwin. Tidak ada mahram yang boleh menemani Fiya di sana. Abang Mika ada pertemuan bisnes dengan ahli perniagaan dari Brunei sewaktu persidangan itu berlangsung. Jadi, Abang Mika tak dapat pergi ke sana bersama Fiya." jelas Mikail dengan harapan adik bongsunya itu akan menerima penjelasannya dan membatalkan niat untuk ke Jakarta. Namun, hampa karena Safiyya masih tidak mahu mengalah dan bersikeras untuk memujuk hati abangnya itu. 

"Tolonglah Fiya, Bang Mika. Kali ini saja. Fiya betul-betul nak pergi ke Jakarta. Fiya janji pada Bang Mika untuk mengutamakan persidangan itu. Setelah persidangan selesai, Fiya akan berjalan-jalan di sana sebentar. Fiya akan jaga diri dan maruah Fiya saat berada di Jakarta nanti. Abang Mika pujuklah Umi untuk izinkan Fiya ke Jakarta atas urusan kerja. Boleh lah, Bang Mika. Pliss." rayu Safiyya sambil memuncungkan bibirnya. 

"Bang Mika tak dapat nak berjanji dengan Fiya. Fiya tahu sendiri bahawa Umi sangat menyayangi Fiya. Fiya satu-satunya anak perempuan Umi dan Abah. Tapi, Bang Mika akan cuba yakinkan Umi nanti." ucap Mikail setengah hati. 

Kata-kata Bang Mika membuatkan Safiyya tersenyum lebar sebelum bersorak dengan nada separa berteriak. Mujur ruangan kerja abangnya itu 'private' dan terpisah dari ruangan kerja karyawan yang lain. 

"Yess! Terima kasih, Bang Mika. Fiya doakan Bang Mika akan bahagia di dunia dan akhirat. Bang Mika satu-satunya abang kesayangan Fiya. Fiya sayang abang. Terima kasih banyak, Bang Mika." ujar Fiya dengan gembira. 

"Sudah. Pergi siapkan semua kerja Fiya dulu. Pastikan semua kerja Fiya selesai sebelum Fiya ke Jakarta. Abang Mika tak akan izinkan Fiya ke sana kalau masih ada kerja yang tidak selesai." ugut Abang Mika sambil memandang wajah Safiyya seakan-akan memberi amaran kepada gadis itu. Safiyya terus berdiri dan memberi tanda hormat pada Bang Mika sebelum berkata, 

"Baik, kapten." kata Fiya dengan senyuman tercetak manis di wajahnya. 

'Yey, impianku untuk melancong ke Indonesia akan tercapai. Tak sabarnya!' hati Safiyya bersorak gembira. 

Kemudian, Fiya keluar dari ruangan kerja milik Mikail dengan perasaan riang. Mikail hanya memandang langkah adik perempuannya yang menuju ke pintu ruangan sebelum berbisik perlahan, 

"Umurmu sudah 26 tahun, Fiya tapi kelakuanmu seperti anak berumur 6 tahun. Siapa aja yang ingin menikahi adikku ini?" 

Mikail mengeluh berat. Setelah memicit kepalanya yang tiba-tiba pusing dengan sikap Safiyya tadi, dia kembali menyambung semula tugasnya yang tergendala. 

***

"Tidak, Fiya. Umi tak izinkan Fiya ke sana. Fiya itu perempuan. Masih tidak bernikah. Kalau jadi apa-apa di sana, tiada siapa yang boleh menolong Fiya." bantah Puan Hafizah dengan tegas. 

"Umi, jangan berkata seperti itu. In shaa Allah, Fiya akan baik-baik saja di sana. Lagipun, Bang Mika sudah menempah bilik hotel 5 bintang di Jakarta. Fiya dengar, keselamatan hotel di sana memang terbaik, Umi. Izinkanlah Fiya pergi ke sana, Umi. Kali ini saja." rayu Safiyya dengan bersungguh-sungguh. 

Tuan Ibrahim merupakan Abah Safiyya sedang membaca surat khabar (koran). Dia segera memandang istrinya, Puan Hafizah dari balik koran sebelum memulakan bicara dengan nada memujuk. 

"Umi, izinkan saja Fiya ke sana. Bukan lama pun. Satu minggu aja. Tapi, Fiya mesti jaga diri ketika berada di sana. Jangan buat perkara yang boleh menjatuhkan harga diri Fiya sebagai muslimah. Fiya mesti ingat pesanan abah ini." nasihat Abah dengan nada lembut. 

"Fiya janji, Abah. Umi, adakah Umi mengizinkan dan melepaskan Fiya untuk pergi ke Jakarta?" Fiya memasang wajah memohon simpati. Moga-moga hati Uminya itu akan bertukar lemah saat melihat wajahnya saat itu. Akhirnya Puan Hafizah terpaksa mengalah dan menurut kehendak  putrinya itu. 

“Baiklah. Umi izinkan. Tapi Fiya mesti telefon Umi setiap hari supaya Umi tidak bimbang dengan keadaan Fiya di sana. Di sana nanti, Fiya kena jaga adab dan perilaku sebagai tetamu. Fiya  wajib hormat segala peraturan tuan rumah dan jaga kelakuan Fiya. Umi tak nak Fiya buat perangai tak elok di rantau orang," pesan Puan Hafizah yang bersalut amaran. 

"Baik, Umi. Fiya janji, Fiya akan selalu telefon Umi setiap hari dan Fiya akan ingat segala pesanan Umi dan Abah selama lapan hari seminggu dua puluh lima jam sehari. Terima kasih, Umi. Fiya sayaaaanng Umi." kata Safiyya dengan girang. 

Tuan Ibrahim hanya tertawa kecil mendengar kata-kata anak gadisnya itu. Dia hanya tersenyum manis saat Safiyya memeluk isterinya itu dengan erat. Biarpun hati seorang ibu sentiasa gundah gulana dan bimbang akan keselamatan Safiyya, Puan Hafizah hanya menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa untuk melindungi putrinya itu. Apatah lagi, Safiyya merupakan putri tunggal dalam keluarga mereka dan menjadi sumber gelak tawa mahupun kebahagiaan dalam rumah tangganya bersama Tuan Ibrahim. 

***

Safiyya sedang menatap ke luar jendela kapal terbang (pesawat) Malaysia Airlines. Dia menghela nafas panjang. Batinnya lega karena usahanya untuk meyakinkan orang tuanya berhasil. Dia tidak sabar untuk menjejakkan kakinya di bumi Indonesia nanti. Dia segera mengeluarkan brosur mengenai tempat-tempat percutian menarik yang terdapat di Jakarta. Matanya terpancar rasa tidak sabar saat dia membaca tentang keindahan Pulau Ancol, Masjid Istiqlal yang menjadi salah satu ikon Jakarta dan pelbagai lagi tempat yang menarik. Setelah dia selesai membaca brosur tersebut, rasa kantuk mulai menerpa ke dalam diri Safiyya. Dia melihat arlojinya. 

"Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta akan mengambil masa selama dua jam lima minit (2 jam 5 minit). Jadi, aku masih ada masa untuk tidur sebentar."

Fiya membetulkan duduknya agar dia selesa untuk melelapkan mata walau sebentar cuma. Dia memejamkan mata dan tidak lama, dia sudah berlayar ke alam bawah sadarnya. 

***

Setelah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta mengambil masa kira-kira dua jam lima minit, akhirnya pesawat milik Malaysia Airlines itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta yang turut dikenali sebagai Cengkareng Airport. Seperti penumpang yang lain, Safiyya menuruni anak tangga pesawat dengan berhati-hati menuju ke dalam bandara yang tersegam indah dan penuh dengan fasilitas yang terbaik. 

"Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana mengizinkan aku selamat tiba di Jakarta." Fiya berjalan sambil menarik bagasinya  dengan langkah gembira menuju ke pintu keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (Cengkareng Airport) sambil matanya melihat-lihat ke sekeliling bandara itu dengan kagum. 

Bugh!

Tanpa sadar, Fiya telah terlanggar seorang lelaki. Tubuh mereka bertembung membuatkan Fiya mengaduh kesakitan di dalam hatinya. 

'Ya Allah. Keras sekali dada lelaki ini. Rasanya aku seperti terlanggar tembok besar China.' 

Fiya menyentuh bahu dan dadanya yang terasa sakit akibat pelanggaran sebentar tadi. Telinganya segera menangkap butir bicara lelaki yang berada di hadapannya itu. 

"Aduh! Apa kamu buta?" tegur lelaki asing itu pada Safiyya. Safiyya pula hanya mampu tergamam dan terkaku di situ. Matanya lekat memandang wajah lelaki itu. 

'Alangkah tampannya lelaki ini. Benar-benar ganteng seperti putera raja!" Safiyya memuji keindahan rupa lelaki yang sedang memandangnya dengan pandangan marah. 

"Hei, aku sedang bicara dengan kamu. Apa kamu tidak melihat aku saat kamu berjalan tadi? Kok kamu bengong begini?" tanya lelaki misterius itu lagi. 

Lelaki itu menggoyangkan telapak tangan kanannya ke arah kiri dan kanan betul-betul di hadapan wajah Safiyya. Jarak telapak tangan lelaki itu hanya 10 sentimeter dari muka gadis itu. Safiyya akhirnya tersadar dan dia memandang lelaki itu dengan pandangan bersalah sebelum bersuara dengan nada perlahan, 

"Maaf, Encik. Saya tak sengaja tadi. Saya tak ada niat langsung nak langgar Encik. Saya betul-betul minta maaf. Boleh Encik maafkan saya?"

Pertanyaan Safiyya itu dibalas tatapan tajam Sang Lelaki. 

"Maaf? Apa kamu pikir dengan maaf itu bisa menyelesaikan semua masalah? Jika begitu, dunia ini tidak perlu peradilan mau pun kewujudan hukum kalau dengan maaf itu bisa menyelesaikan segala-galanya." ujar lelaki itu dengan garang. 

Bicara lelaki itu membuatkan Safiyya mulai muak dengan sikap lelaki yang seolah-olah tidak ada adab sopan santun. 

"Setidaknya, bila saya meminta maaf pada Encik, itu menunjukkan budi bahasa saya. Sekali lagi, saya mohon maaf. Saya minta diri dahulu ya, Encik ganteng. Permisi." 

Safiyya sempat mengerdipkan mata sebelah kirinya kepada lelaki asing itu sebelum segera berjalan dengan pantas meninggalkan tempat itu sambil tersenyum sinis. 

Lelaki itu hanya merenung ke arah Safiyya yang sudah semakin jauh meninggalkannya. 

"Dasar perempuan aneh! Sepertinya gadis itu bukan warga Indonesia. Pasti dari Malaysia. Ah, sudahlah. Bukan urusanku juga dari mana dia datang. Pasti Hani sudah lama menungguku. Mendingan aku segera ke sana." ujar lelaki itu lagi. 

***

Salam kenal, teman-teman. Aku writer baru yang hanya mau berkarya. Jika ada kesalahan perkataan maupun ejaan, aku mohon maaf ya. Terima kasih sudah membaca cerita ini :)

Komen (3)
goodnovel comment avatar
Felicia Aileen
nice opening cant wait to read the next chapter.. boleh kasih tau akun sosmed ga ya soalnya pengen aku share ke sosmed trs tag akun author :)
goodnovel comment avatar
lovely
Best👍👍👍👍
goodnovel comment avatar
alev aysun
nice story, thor.
LIHAT SEMUA KOMENTAR

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status