Share

BAB 2

ZAFRAEL dan Gabriel hanya berjalan bersama beg besar mereka yang diseret kasar. Pandangan terkejut dan gedik dari sejak mereka berdua masuk membuatkan sedikit sebanyak Zafrael tersenyum sumbing. Bangga mendapat perhatian para gadis.

"Kau tengok, semua tengok kita weh. Hahaha, bolehlah jadi playboy lagi lepas ni," ujar Gabriel bangga sambil mengenyitkan matanya ke arah para gadis yang sibuk berbisik-bisik gaya gedik. Sukalah tu.

"Betul tu. Tak sangka pula sekolah ni sama je dengan sekolah lama kita," Zafrael mengambil tempat duduk ditepi taman bersama barang-barangnya dan diikuti Gabriel. Mahu menunggu cikgu berjumpa mereka.

"Omenji! Handsomenya diorang! Budak baru ke tu!" jeritan teruja dari arah tepi itu membuatkan Zafrael dan Gabriel laju menoleh lalu senyuman manis dihadiahkan pada gadis berambut keriting perang itu. Macam besi kerinting karat.

"Diorang senyum kat akulah! Mesti dia suka aku!" gadis itu menjerit kegedikkan lagi. Manusia yang membuli Alina semalam.

Zafrael dan Gabriel mengangkat bahu tanda malas ambil tahu. Mereka sudah biasa di pandang oleh mata-mata gedik dimana-mana saja. "Shit, gedik diorang kalah sekolah kita." Gabriel berbisik seraya masih menghadiahkan senyuman pada mereka yang sibuk memerhati mereka.

"Dude, ni namanya perempuan. Tapi mereka ok lagi berbanding pondan..." bisik Zafrael masih membuat benda sama ke arah mereka. Senyum.

"Arghhh! Sakit! Tolong! Tolong lepaskan saya!" jeritan dari arah satu lorong itu membuatkan Zafrael dan Gabriel terus berdiri. Manusia lain hanya bua endah tak endah saja. Seperti mereka sudah biasa, tetapi bagi Zafrael dan Gabriel mereka masih baru jadi mereka tidak tahu dan itu menarik perhatian mereka untuk ke sana.

"Izham! Lepaskan Alina! Tolonglah, aku merayu pada kau! Pukullah aku jangan pukul Alina! Dia tak sihat!" suara lagi seorang perempuan menyentuh halwa telinga. Tanpa berfikir panjang Zafrael dan Gabriel terus melangkah ke arah itu. Saat itu, nafas mereka bagaikan berhenti. Dua orang gadis remaja dipukul oleh lima manusia yang tidak berguna!

Sebuaya-buaya mereka pun dalam kepala otak mereka tidak terfikir untuk memukul dan menaikkan tangan pada kaum hawa!

"Berhenti!"

Pukulan terhenti. Semua yang berada di satu lorong itu diam. Zafrael dan Gabriel saling berpandangan bersama senyuman nakal yang terlakar dibibir.

"Siapa ni? Budak baru?" soal lelaki berkulit sawo yang terlampau matang itu ke arah kawan-kawannya yang lain. Namun, mereka yang lain hanya berkata "Tak tahu, tak tahu."

Izham menoleh semula ke arah dua remaja lelaki yang seumur dengannya. "Kau dua orang siapa? Tiba-tiba je nak jadi hero... tak mahu join aku pukul dua jahanam tu?" soal Izham berjalan mendekati dua lelaki tinggi itu. Namun, apabila dia sampai dihadapan lelaki berdua itu kelihatan dia lebih pendek dari yang dijangka.

"Kami tak main pukul-pukul perempuan ni. Dayus. Tahu eja dayus? D-A-Y-U-S." sinis Zafrael berbicara memerli lelaki itu dengan perkataan yang paling tak disukainya. Dayus.

Mata Izham membulat. Mahu saja dipukul dua manusia ini namun ia terhenti apabila Nabila, teman yang sentiasa menolong dia untuk membuli menyentuh bahu tanda tak payah. Jadi, Izham hanya mendiamkan diri.

Zafrael tersenyum senget melihat gadis yang berada dihadapan dia ni. Panahan gedik dari perempuan itu membuatkan Zafrael dan Gabriel terus tersenyum bangga.

"Sudahlah! Tepi!" Gabriel terus berjalan ke arah dua gadis yang terduduk akibat dipukul itu. Seorang berbadan gempal dan muka dipenuhi jerawat, seorang lagi bertubuh kecil dan tiada apa yang mencomotkan wajah cantik itu.

Zafrael mengikuti dari arah belakang lalu tubuh sasanya terus menerpa ke arah Alina. Gabriel menerpa ke arah Aleya pula. "Macam teruk aje mereka kena pukuk ni..." ujar Zafrael sambil membelek-belek wajah Alina. Pandangan kasihan diberikan.

"Tak...saya ok..., cuma Aleya pengsan... tolong bawa dia ke klinik..." serentak dengan itu tubuh gempal Alina terbaring ke atas lantai namun kepalanya tidak sempat jatuh kerana Zafrael sempat menahannya kepala Alina dari terhentak di atas lantai.

Kedua-dua gadis itu pengsan.

Gabriel dan Zafrael saling berpandangan sebelum Zafrael berkata, "Aku rasa dia lagi teruk. Boleh pulak fikirkan orang lain?"

Gabriel mengangkat bahu tanda. 'Itulah.'

***

SAAT aku tersedar, terangan lampu masuk menusuk ke mata. Aku tak tahu aku dimana. "Kau dah sedar?" suara garau yang sama aku dengar sebelum aku tidak sedarkan diri itu menyentuh halwa telinga. Pandangan aku yang kabur menyukarkan aku untuk mengenal pasti rupa lelaki itu.

"Alina...awak ok?" soal pula suara perempuan yang seperti sudah dimamah usia. Kabur. Pandangan aku kabur namun aku cuba ciptakan senyuman lalu mengangguk perlahan menandakan aku baik-baik saja.

"Saya... ok..." jawabku dalam kekaburan. Tekakku terasa perit dan kering sekali.

"Mama, kesian dia maa. Tadi Shah dan Gab nampak yang ada budak-budak lelaki dan perempuan yang seumur dengan Shah pukul dia dan kawan dia lagi sorang tu..." suara lelaki tadi pula menyentuh halwa telinga.

"Yeke? Ya Allah..." terasa dahiku seperti dikucup dan di usap perlahan. "Mama tak sangka pula, sekolah tu macam tu." Ouh, mungkin itu ibu kepada lelaki yang menyelamatkan aku dan Aleya.

"Eh! Tidak Puan, sekolah tu tiptop dengan peraturan, mungkin dia ada buat salah pada mereka itu yang mereka pukul dia ni..." suara pengetua sekolahku. Puan Asmah.

Mungkin, ibu kepada lelaki yang menyelamatkan aku ini memanggil pengetua Sekolah Mahkota Sakti.

"Fuh, tiptop awak cakap? Ha? Habis? Mungkin, dia ada buat salah pada mereka tapi tak perlu kut sampai pukul-pukul macam ni, kan? Lepastu cikgu-cikgu yang berada kat situ biarkan aje? Tidak menegur?" sinis. Aku hanya sembunyi senyum saja apabila buat pertama kalinya pengetua sekolah yang selama ini tidak menyukai aku dimarahi.

"Macam ni ke sekolah swasta? Ha? Mahal bayar aje, tak mahal ilmu. Susahlah nak bantu generasi muda akan datang kalau peraturan ke lautan hindi, lepastu bila mereka buat salah atau perbuatan terkutuk... tahu pula nak marah, maki bagai 'ni mesti mak bapak tak ajar ni,' padahal cikgu disekolah juga perlu memainkan peranan. Bukan biar ikut sedap kepala otak cikgu saja,"

Kau!

Aku ketawa mengekek dalam hati. Akibat kesakitan yang memenuhi badanlah. Kalau tidak, pasti terhambur juga tawaanku.

"Mama... sudahlah tu..." lelaki itu cuba untuk memujuk ibunya.

"Ah! Mama tak settle lagi! Geramlah! Eah! Lepas ni, kalau saya dapat tahu lagi, dua orang gadis ini dibuli siap sekolah awak saya saman. Saya tak peduli awak pengetua ke, makcik tua ke, balasan tetap balasan. Peraturan perlu diikut, ada faham?"

"Tapi kalau puan tak suka sekolah kami, boleh saja bawa dua manusia ini dari sekolah kami! Menyusahkan saja!" ujar pengetua Asmah kurang ajar.

"Ok, boleh... bagi duit saya balik."

Terdengar suara pengetua seperti tersentak.

"Erhmmm..."

"Macam manalah boleh jadi cikgu kalau bodoh macam ni?"

Zap! Sedas lagi kena. Suara pengetua tidak terdengar lagi. Mungkin, hanya mampu terdiam tidak mampu berbicara akibat sudah dibasuh berdas-das oleh bom! Kalah bom yahudi! Hahahaha.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status