RIDHWAN berdansa riang di ruang tamu. Kucing kesayangannya diawang-awangan dikerjakan. Nak buat macam mana, dah itu je teman berdansa yang dia ada. Mengiaw-ngiaw kucing itu minta dilepaskan. Ridhwan meletakkan semula kucingnya ke lantai sambil membelai lembut bulu Si Comel.
"Hai la Comel. Mujurlah ada kau. Takde lah aku sunyi sangat. Kau mesti dah lapar, kan? Jom pergi dapur, kita makan." Ridhwan melangkah ke dapur diikutilah oleh kucing kesayangannya.
Ikan kembung yang direbus tadi dicedok masuk ke dalam pinggan. Segala tulang belulang dileraikan dari isi sebelum disuakan kepada Si Comel. Mengiaw Si Comel melihat ikan rebus yang terhidang di depan mata. Ridhwan mengusap lembut bulu Si Comel yang sedang makan.
"Makan kenyang-kenyang. Tak cukup, aku tambah lagi." Begitulah kasihnya Ridhwan kepada Si Comel. Sudahnya badan Si Comel semakin menggebu.
"Encik kena control diet Comel. Berat badan dia dah melebihi yang
AINANmemandang Aazad yang pulang dalam keadaan tak bersemangat. Tanpa sebarang kata, Ainan ke dapur untuk membancuh secawan nescafe buat Aazad. Walaupun Aazad langsung tidak menyapanya, itu langsung tidak memberi kesan pada diri Ainan ketika itu. Dia cuba bersangka baik."Nah..." Nescafe dihulurkan kepada Aazad. Tersenyum Aazad saat menerimanya dari Ainan. Ainan mengambil tempat di sebelah Aazad. Dia tidak berniat untuk menyambung kerjanya."Terima kasih sayang." Ainan ketawa kecil mendengar panggilan sayang yang keluar dari mulut Aazad. Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu. Terasa janggal di telinganya."Abang okey ke?" Ainan yang penasaran akhirnya menyoal setelah Aazad membasahkan tekaknya."Kes tangguh. Hakim pertikaikan kenapa dalam tempoh setahun tu abang tak bagi nafkah. Abang dah tunjuk bukti abang jaga Sharil masa dia koma sampai abang dibuang kerja." Aazad tersandar lesu.Ainan hanya terdiam. Tidak tahu apa
AINANmengisime timenya dengan Syazana. Anak-anaknya ditinggalkan bersama Maimun. Puas berpusing ke sana sini, Ainan terpandang satu jawatan kosong di salah satu lot kedai di tingkat dua, Kayangan Mall. Kakinya terhenti."Kak, takkan nak kerja sini. Kan boleh mintaoffice." Syazana seakan mengerti apa yang bermain difikiran Ainan."Apa salahnya. Duduk rumah pun kepala serabut. Lagi pun, akak dah banyakapplykerjaoffice. Satu pun tak lekat." Ainan ralit menaip sesuatu di telefon bimbitnya."Akak pasti ni?" soal Syazana sekali lagi."Pasti. Akak dahapply cashier." Buntang mata Syazana mendengarnya. Laju betul Ainan bertindak."Jom pergi Chicken Rice Shop. Akak laparlah." Syazana hanya menurut.Masuk saja ke dalam Chicken Rice Shop, Ainan segera mencapai menu yang ada di atas meja."Sya nak makan apa?" Syazana masih membelek menu di
RIDHWANagak kepenatan selepas memastikan semuadepartmentdikemas dengan rapi. Bukan mudah nakhandlepekerja yang tidak fasih berbahasa melayu. Sudahlah Inggeris pun tak faham."Suruh buat benda senang pun tak boleh ke? Berapa kali nak kena terangkan? Susun ikutbrand. Bukan suka-suka je letak sana sini." Panas hati bila barang yang sepatutnya disusun mengikut jenama, disusun sesuka hati sehingga menyebabkan susunan kelihatan tidak teratur."Sorry.Saya betulkan balik." Maka berkejaranlahpromoterdari Bangladesh itu menyusun semula barang jualan seperti yang diminta oleh Ridhwan."Janganhot tempersangat Wan. Kawal-kawal sikit baran tu." Ridhwan berpaling me
HARI ini Ainan berasa sangat gembira kerana menerima gaji pertama. Dia sudah terbayangkan wajah kegembiraan anak-anaknya. Kebetulan Ainan shift pagi. Sebelum pulang ke rumah, dia singgah ke pasar raya untuk membeli susu dan lampin pakai buang anaknya serta sedikit barang dapur.Selesai membeli belah, Ainan singgah ke KFC. Dia membeli bucket KFC untuk dimakan bersama di rumah orang tuanya. Hati Ainan berbunga riang. Gaji pertama sepanjang hampir tiga tahun dia tidak bekerja.Tidak dapat digambarkan betapa dia bahagia ketika itu. Ada duit sendiri. Tidak perlu terlalu bergantung harap kepada Aazad untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Ainan belajar untuk redha walau sesakit apa pun hatinya ketika itu.Ya Allah... KAU permudahkan urusan suamiku. KAU luaskan rezekinya, Ya Allah... Sayangi dia, berkati hidupnya. Aamiin aamiin aamiin.Itulah doa yang sering dipanjatkan A
AAZADmenatap wajah Ainan yang sedang lena tidur. Sayu sekali melihat wajah Ainan. Keletihan jelas kelihatan di wajah itu.Pulang dari bekerja, terpaksa pula menguruskananak-anak yang semakin membesar. Mengemas di sini, sebelah sana pula bersepah. Dari ruang tamu sehingga ke dapur, kerjanya tak pernah sudah.Setiap kali Ainan cuti, bilik air pula dikerjakan. Dicuci segala lumut dan kotoran. Baru kelmarin Ainan jatuh terduduk. Terkejut Aazad bukan kepalang. Walhal, lantai tandas tidak licin. Mungkin saja Ainan tersalah langkah. Tidak termasuk kain baju yang hanya dicuci seminggu sekali.Aazad sedar Ainan sedikit keras semenjak Ainan mengungkapkan kata melepaskannya dari tanggungjawab terhadap Ainan dan anak-anak.Pernah dia meminta untuk mengambil cuti sakit ketika Ainan kelihatan pucat, namun Ainan tetap bekeras untuk bekerja."Tak apa. Sikit je ni. Ainan boleh pergi kerja lagi."Aazad mengeluh. Ain
"DENGANini mahkamah memutuskan agar defendan membayar tunggakan nafkah plantif sebanyak RM7000 dalam masa seminggu." Aazad tertunduk mendengar keputusan hakim mahkamah syariah."Puas dah hati kau?" sergah Aazad sebaik saja mereka keluar dari dewan mahkamah. Sungguh Aazad tidak menyangka akan keputusan mahkamah. Imah juga langsung tidak memikirkan keadaan dirinya yang kehilangan mata pencarian selama setahun akibat dibuang kerja semasa Shahril dalam keadaan koma dulu."Apahal pula? Imah minta hak Imah je." Imah tersenyum bangga melihat Aazad berang. Puas sangat dirasakan ketika itu. Dia tidak peduli dimana Aazad akan mendapatkan duit tapi apa yang dia tahu, Aazad perlu melunaskannya."Abang nak sangat berbini dua, kan? Sekarang rasakanlah. Baru sikit Imah minta." Mencerlung Aazad memandang Imah."Kau tak fikir pula yang aku sampai kena buang kerja sebab jaga Shahril dekat hospital? Kau nak aku bayar nafkah kau celah mana? Kau nak sur
ZIZAHseronok mencuit pinggang Ainan. Keluarlah latah Ainan secara spontan. Alan turun sama ketawa. Mujur saja tiada pelanggan ketika itu."Tampar dia." Pinggang Ainan dicuit. Tidak semena Ainan terus menampar pipi kanan Alan. Terkesima seketika Alan dengan tindakan Ainan. Ainan yang tersedar segera memohon maaf. Wajahnya mencuka. Penat jadi berganda. Sah malam ni dia susah nak tidur."Dah. Jangan kacau saya. Nanti malam saya tak boleh tidur." Ainan bersuara setelah nafasnya stabil."Alah... kacau sikit je pun. Takkan sampai tak boleh tidur." Zizah menembak. Meluat mendengar permintaan Ainan.Ainan terdiam. Bukan dia sengaja beri alasan. Tapi itulah hakikatnya. Dia juga sebenarnya tidak mahu kejadian tadi berulang lagi."Ish, tak baiklah akak ni. Memang Kak Ainan penatlah lepas melatah." Alan mempertahankan Ainan. Dia tahu kerana setiap kali selepas Ainan disakat, pasti Ainan akan kelelahan kerana itu Alan jarang mengusi
RIDHWANtersedar apabila mendengar bunyi bising di ruang tamu. Kedengaran juga tangisan Fatimah. "Sudahlah tu. Mak dahtakdeduit. Habis duit dapur semua kau ambil. Itu je duit mak tinggal sampai Wan gaji nanti." Marah Fatimah kepada Ghazali. "Mak mintalah dekat Wan. Mesti dia bagi. Orang laparlah mak. Bagilah orang duit ni. Dua puluh ringgit je ni. Mak..." rayu Ghazali. "Pulang balik duit mak!" Ridhwan mengherdik. Tersentak Fatimah mendengar herdikan Ridhwan. Sebaik boleh dia tidak ingin Ridhwan tahu situasi itu. "Kau nak duit meh sini, aku bagi." Bersinar mata Ghazali mendengar kata Ridhwan.Dia segera memulangkan duit Fatimah. "Janganlah buat perangai bang. Kita dua beradik je. Kesianlah kat mak," bebel Ridhwan seraya menghulurkan sekeping not lima puluh. "Yeay... dapat duit banyak." Ghazali bersorak kegirangan seakan anak kecil. Fatimah mengesat air mata. Segera disimpannya not dua pulu