HARI ini Ainan berasa sangat gembira kerana menerima gaji pertama. Dia sudah terbayangkan wajah kegembiraan anak-anaknya. Kebetulan Ainan shift pagi. Sebelum pulang ke rumah, dia singgah ke pasar raya untuk membeli susu dan lampin pakai buang anaknya serta sedikit barang dapur.
Selesai membeli belah, Ainan singgah ke KFC. Dia membeli bucket KFC untuk dimakan bersama di rumah orang tuanya. Hati Ainan berbunga riang. Gaji pertama sepanjang hampir tiga tahun dia tidak bekerja.
Tidak dapat digambarkan betapa dia bahagia ketika itu. Ada duit sendiri. Tidak perlu terlalu bergantung harap kepada Aazad untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Ainan belajar untuk redha walau sesakit apa pun hatinya ketika itu.
Ya Allah... KAU permudahkan urusan suamiku. KAU luaskan rezekinya, Ya Allah... Sayangi dia, berkati hidupnya. Aamiin aamiin aamiin.
Itulah doa yang sering dipanjatkan A
AAZADmenatap wajah Ainan yang sedang lena tidur. Sayu sekali melihat wajah Ainan. Keletihan jelas kelihatan di wajah itu.Pulang dari bekerja, terpaksa pula menguruskananak-anak yang semakin membesar. Mengemas di sini, sebelah sana pula bersepah. Dari ruang tamu sehingga ke dapur, kerjanya tak pernah sudah.Setiap kali Ainan cuti, bilik air pula dikerjakan. Dicuci segala lumut dan kotoran. Baru kelmarin Ainan jatuh terduduk. Terkejut Aazad bukan kepalang. Walhal, lantai tandas tidak licin. Mungkin saja Ainan tersalah langkah. Tidak termasuk kain baju yang hanya dicuci seminggu sekali.Aazad sedar Ainan sedikit keras semenjak Ainan mengungkapkan kata melepaskannya dari tanggungjawab terhadap Ainan dan anak-anak.Pernah dia meminta untuk mengambil cuti sakit ketika Ainan kelihatan pucat, namun Ainan tetap bekeras untuk bekerja."Tak apa. Sikit je ni. Ainan boleh pergi kerja lagi."Aazad mengeluh. Ain
"DENGANini mahkamah memutuskan agar defendan membayar tunggakan nafkah plantif sebanyak RM7000 dalam masa seminggu." Aazad tertunduk mendengar keputusan hakim mahkamah syariah."Puas dah hati kau?" sergah Aazad sebaik saja mereka keluar dari dewan mahkamah. Sungguh Aazad tidak menyangka akan keputusan mahkamah. Imah juga langsung tidak memikirkan keadaan dirinya yang kehilangan mata pencarian selama setahun akibat dibuang kerja semasa Shahril dalam keadaan koma dulu."Apahal pula? Imah minta hak Imah je." Imah tersenyum bangga melihat Aazad berang. Puas sangat dirasakan ketika itu. Dia tidak peduli dimana Aazad akan mendapatkan duit tapi apa yang dia tahu, Aazad perlu melunaskannya."Abang nak sangat berbini dua, kan? Sekarang rasakanlah. Baru sikit Imah minta." Mencerlung Aazad memandang Imah."Kau tak fikir pula yang aku sampai kena buang kerja sebab jaga Shahril dekat hospital? Kau nak aku bayar nafkah kau celah mana? Kau nak sur
ZIZAHseronok mencuit pinggang Ainan. Keluarlah latah Ainan secara spontan. Alan turun sama ketawa. Mujur saja tiada pelanggan ketika itu."Tampar dia." Pinggang Ainan dicuit. Tidak semena Ainan terus menampar pipi kanan Alan. Terkesima seketika Alan dengan tindakan Ainan. Ainan yang tersedar segera memohon maaf. Wajahnya mencuka. Penat jadi berganda. Sah malam ni dia susah nak tidur."Dah. Jangan kacau saya. Nanti malam saya tak boleh tidur." Ainan bersuara setelah nafasnya stabil."Alah... kacau sikit je pun. Takkan sampai tak boleh tidur." Zizah menembak. Meluat mendengar permintaan Ainan.Ainan terdiam. Bukan dia sengaja beri alasan. Tapi itulah hakikatnya. Dia juga sebenarnya tidak mahu kejadian tadi berulang lagi."Ish, tak baiklah akak ni. Memang Kak Ainan penatlah lepas melatah." Alan mempertahankan Ainan. Dia tahu kerana setiap kali selepas Ainan disakat, pasti Ainan akan kelelahan kerana itu Alan jarang mengusi
RIDHWANtersedar apabila mendengar bunyi bising di ruang tamu. Kedengaran juga tangisan Fatimah. "Sudahlah tu. Mak dahtakdeduit. Habis duit dapur semua kau ambil. Itu je duit mak tinggal sampai Wan gaji nanti." Marah Fatimah kepada Ghazali. "Mak mintalah dekat Wan. Mesti dia bagi. Orang laparlah mak. Bagilah orang duit ni. Dua puluh ringgit je ni. Mak..." rayu Ghazali. "Pulang balik duit mak!" Ridhwan mengherdik. Tersentak Fatimah mendengar herdikan Ridhwan. Sebaik boleh dia tidak ingin Ridhwan tahu situasi itu. "Kau nak duit meh sini, aku bagi." Bersinar mata Ghazali mendengar kata Ridhwan.Dia segera memulangkan duit Fatimah. "Janganlah buat perangai bang. Kita dua beradik je. Kesianlah kat mak," bebel Ridhwan seraya menghulurkan sekeping not lima puluh. "Yeay... dapat duit banyak." Ghazali bersorak kegirangan seakan anak kecil. Fatimah mengesat air mata. Segera disimpannya not dua pulu
"AINAN,Encik Mat panggil." Berkerut dahi Ainan. Ditinggalkan kerja yang dilakukan, lalu melangkah masuk ke dalam stor. "Haaa... dah buat salah. Lepas tu tak nak mengaku." Terkebil-kebil Ainan mendengar tuduhan dari Encik Mat. "Apa salah saya?" Ainan mula tak puas hati. Dia yakin dia tak buat apa-apa kesalahan. Malah Liza sendiri tidak pernah menegurnya. Dia tahu mana mungkin Liza membiarkan kesalahan yang dilakukan. Encik Mat ketawa melihat reaksi Ainan. "Saya gurau jelah.Mehsini kejap. Nak minta isi borang penilaian prestasi ni." Wajah Ainan berubah cemberut. Boleh pula Encik Mat kenakan dia. "Untuk apa ni?" Ainan menyoal sebaik melihat borang penilaian pretasi di hadapannya. "Saya nakconfirmkan kamu. Nakpromotenaikassistant supervisor." Ainan tercengang. Baru semalam Mr. Law memberi tawaran. Tak sangka hari ni dia perlu mengisi borang penilai
AAZAD sedang sibuk melakukan rondaan. Selesai memastikan keadaan dalam keadaan baik, dia melangkah masuk ke dalam bilik kawalan. Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar. Langsung tiada sebarang panggilan atau mesej dari Ainan. Jam telah menunjukkan pukul 10.30 malam. Sepatutnya Ainan telah tamat waktu bekerja lima belas minit yang lalu.Aazad pantas mendail nombor telefon Ainan namun tidak berjawab. Hatinya mula panas. Entah dimana Ainan ketika itu sehingga tidak menjawab panggilannya. Kali kelima didail barulah panggilannya dijawab.“Apa susah sangat nak jawab abang call?” soal Aazad keras. Ainan hanya terdiam. Aazad mendengus kesal.“Dah bisu ke tak boleh nak jawab soalan abang?” soal Aazad lagi. Kedengaran jelas bunyi helaan nafas Ainan.“Ainan belum balik lagi. Ni minta telefon dekat Kak Liza kejap sebab nak bagitahu abang yang Ainan belum boleh balik sebab stock take tak habis lagi
AAZAD melangkah masuk ke dalam rumah dengan penuh berhati-hati. Berkerut dahinya saat melihat rumahnya yang sunyi sepi. Biasanya waktu begini, anak-anaknya sudah riuh rendah bermain sesama sendiri. Ainan juga selalunya sedang sibuk di dapur menyediakan sarapan buat mereka sekeluarga.Setelah menanggalkan kasut dan meletakkan stokinnya di dalam bakul pakaian kotar, Aazad melangkah masuk ke bilik air untuk mencuci kaki sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik. Terkedu dia melihat Ainan yang masih lena dibaluti selimut.Aazad merapati Ainan. Dahi Ainan dikucup lembut sebelum dia mencapai tuala untuk membersihkan diri. Matanya juga sudah semakin mengantuk. Biasanya dia akan tidur ketika waktu rehat jika bekerja pada malam hari. Entah mengapa malam tadi dia tidak dapat melelapkan mata. Permintaan Imah bermain di fikirannya sehingga ke saat ini.Aazad melepaskan keluhan kecil. Nak atau tak nak, dia perlu mencari duit untuk diberikan kepada Imah. Mah
AINAN melangkah tenang. Hari ini merupakan hari pertama dia perlu mengalas jawatan baru. Dari seorang juruwang beralih kepada pembantu penyelia. Bukan itu yang diimpikan tapi Allah hadirkan rezeki buat dia dan anak-anaknya. Tiada kata yang mampu diucapkan selain hanya rasa bersyukur yang tidak terhingga.“Dah ready?” Liza menyoal lembut saat Ainan melangkah masuk ke dalam stor pagi itu. Ainan hanya mampu tersenyum untuk mengimbangi rasa gugupnya. Liza menggenggam kemas tangan Ainan. Dia tahu Ainan gugup. Tapi dia tersangat yakin bahawa Ainan mampu pergi lebih jauh.“Jangan risau. Aku akan ajar kau apa yang aku tahu. Yang penting, kalau tak tahu apa-apa terus tanya. Okey?” Liza masih cuba membantu Ainan supaya kekal tenang. Ainan menarik nafas panjang sebelum dia mengangguk yakin.Apa pun yang berlaku dia tidak boleh berpatah balik. Tanggungjawab yang diamanahkan akan dipikul sebaik mungkin. Dalam hati dia panjatk