Share

Bab 9

Penulis: Fazilah Rahman
last update Terakhir Diperbarui: 2021-07-29 19:13:38

AAZAD memeluk erat Ainan. Berharap agar Ainan berasa selamat dalam dakapannya. Lenanya terganggu dek racauan Ainan.

Ini kali pertama, Ainan tidur meracau sepanjang mereka hidup bersama. Ada satu bebanan perasaan yang terlalu berat dipendam oleh Ainan.

Aazad berasa bersalah yang teramat sangat. Dulu isteri pertamanya membuat onar sehingga Ainan dibuang keluarga, sampaikan dia membuat keputusan untuk menikahi Ainan. Kini, dia pula menjadi penyebab jiwa dan raga Ainan terseksa.

Sisa air mata di pipi Ainan disekanya. Terngiang kata-kata Syazana petang tadi ketika dia menelefon bertanyakan khabar anak-anaknya.

"Abang kena banyak bersabar kalau abang tak nak kehilangan akak. Akak tak nak makan ubat yang doktor bagi tu. Dia cakap sama je. Takkan hilang kalau selalu terseksa macam tu." Jeda seketika.

"Sya tahu macam mana sayangnya akak pada abang. Jadi Sya mohon, jangan sia-siakan hidup akak. Akak banyak sangat pendam perasaan."

Perlahan Aazad melepaskan tubuh Ainan. Fikirannya menjadi celaru.

"Apa yang tak cukup lagi? Banyak mana lagi kau nak?" Sakit hati Aazad apabila Imah menghubunginya beberapa hari lalu untuk mengingatkannya tarikh naik mahkamah.

Sikap tamak Imah membuatkan Aazad semakin marah. Disangkakan Imah akan berubah, ternyata Imah takkan pernah berubah. Baginya wang adalah segala-galanya.

"Tu bukan masalah Imah. Yang gatal sangat kahwin dengan betina tu siapa suruh?" Imah tak mahu kalah. Dia tetap nak pertahankan tuntutannya.

"Dah nikah. Lepas tu tak ingat langsung dekat Imah anak beranak." Aazad tahan geram.

"Kau yang gatal pindah balik kampung, lepas tu kau nak salahkan aku? Sebelum aku nikah dengan Ainan lagi, kau dah buat perangai. Kau memang dasar tak sedar diuntung!" herdik Aazad. Berang dengan sikap Imah.

"Tak kisahlah nak cakap apa pun. Tetap juga awak tak adil." Makin bertambah sakit hati Aazad dengan sikap Imah. Kalau ikutkan hati, mau ditamparnya Imah ketika itu.

"Pandaikan kau bercakap pasal hak. Hak aku sebagai suami yang dah lama kau abaikan tak nak pula kau cakap. Bagilah duit banyak mana pun dekat kau memang tak pernahnya cukup!" Aazad terus mematikan talian.

Aazad raup muka mengingati semua itu. Imah dan Ainan. Dua-dua isterinya. Tetapi masing-masing mempunyai perwatakkan yang berbeza. Bagai langit dan bumi. Bukan Aazad sengaja mahu membandingkan mereka. Tapi itulah hakikat.

Imah suka membantah. Mahu keinginannya sentiasa dipenuhi tetapi berbeza dengan Ainan. Ainan lebih terbuka menerima apa saja tanpa meminta.

Ainan...

Entah kenapa sejak bertemu Ainan dulu, hatinya selalu merindui Ainan. Namun, dia sedar dirinya ketika itu dia adalah suami orang.

Senyumannya, ketawanya, kelembutannya akan memukau sesiapa saja yang memandang. Ainan bukan kategori wanita cantik. Dia biasa-biasa je. Tapi ada satu aura yang mampu menarik sesiapa saja untuk mendekati Ainan.

Ainan bukan seorang wanita yang lemah lembut. Orangnya kasar tetapi disebalik sifat kasar Ainan, terselit kelembutan yang mampu memukau sesiapa saja.

Imah...

Wanita yang penuh dengan tatatertib dan lemah lembut. Kata-katanya saja mampu membuatkan semua orang bersimpati dan mempercayainya.

Solatnya tak pernah tinggal. Itu bagusnya Imah jika nak dibandingkan dengan Ainan. Ainan bab solat, memang ke Laut China Selatan jadinya.

"Aku benci kau. Aku benci kau. Aku benci." Aazad terkejut mendengar jeritan Ainan. Dia segera mendapatkan Ainan yang teresak-esak menangis. Matanya masih terpejam rapat.

Aazad segera menepuk lembut pipi Ainan agar Ainan bangkit dari tidurnya. Perlahan Ainan membuka mata. Lama dia merenung Aazad.

"Ainan... kenapa ni?" Aazad cuba memujuk apabila melihat Ainan sedar sepenuhnya. Ainan kaku. Terdiam. Hanya memberi pandangan kosong pada Aazad.

"Ainan, okey?" Aazad masih menunggu reaksi Ainan. Akhirnya Ainan terus memeluk Aazad. Menangis teresak-esak dalam pelukan Aazad. Segala rasa sakit dilepaskannya. Aazad tergamam dengan reaksi Ainan.

Tiada kata yang mampu diucap. Malam itu tangisan Ainan menceritakan betapa selama ini dia sengsara. Betapa selama ini dia memendam satu beban perasaan yang tak mampu diluahkannya. Air mata Aazad tumpah juga akhirnya mendengar tangisan hiba Ainan.

"Shhh... dah tu. Jangan nangis. Abang ada ni." Aazad memujuk. Air mata Ainan disekanya. Dahi Ainan dikucup.

"Abang sayang Ainan." Ainan menatap dalam mata Aazad sebelum berpaling.

"Kalau sayang kenapa buat Ainan macam ni?" Kasar sekali suara Ainan membuatkan Aazad terpempan dengan soalan yang diberikan.

"Abang... abang... hmm..." Aazad kehilangan kata-kata. Dia menggosok lembut belakang tengkuk.

"Tak apa tak perlu jawab. Ainan sedar siapa Ainan." Ainan terus berpaling dan membaringkan semula badannya. Matanya dipejam rapat. Menahan segala rasa di hati dan jiwanya ketika itu.

Andai saja hatinya boleh dipertontonkan, ingin sekali dia memperlihatkan kepada Aazad betapa hatinya hancur remuk ketika itu.

Andai saja hatinya mampu bersuara, pasti ianya akan menjerit memarahi Aazad atas ketelanjuran perbuatan Aazad kepadanya. Namun Ainan sedar, itu semua mustahil.

"Ainan... sejujurnya abang cakap, abang tak ada niat langsung nak lukakan hati Ainan. Tak ada niat langsung tak buat hidup Ainan sengsara. Abang ikhlas sayangkan Ainan. Abang ikhlas memperisterikan Ainan. Semuanya tulus dari hati abang." Jeda seketika. Ainan hanya memasang telinga. Matanya masih terpejam erat.

"Tapi abang tersepit. Tersepit antara rasa cinta abang pada Ainan dan rasa tanggungjawab pada akak." Ainan terus berpaling memandang Aazad dengan senyuman sinis.

"Buang rasa cinta tu, teruskan dengan tanggungjawab. Jangan bagi Ainan alasan bodoh boleh tak? Cinta dan tanggungjawab harus selari. Kalau ada cinta, tak perlukan rasa tanggungjawab ke? Kalau macam tu, buang rasa cinta tu. Pergi mati dengan cinta tu." Ainan terus bangkit dari katil.

Langkah kaki diatur menuju ke beranda. Sakit hatinya mendengar penjelasan Aazad. Hembusan angin laut sedikit sebanyak memberikan rasa tenang di jiwanya ketika itu. Dia menarik nafas panjang. Sedaya upaya cuba menenangkan hatinya.

Dia bukan budak kecil untuk diperbodohkan. Dia juga punya hati dan perasaan. Sampai bila hanya dia yang harus memahami? Bukankah hidup berumahtangga ini perlukan persefahaman? Jadi, adilkah jika hanya dia yang berusaha untuk memahami? Adilkah itu?

Aazad memerhatikan Ainan yang sedang berpeluk tuduh. Hendak di dekati, gusar andai Ainan memberontak. Namun demi hati insan yang disayangi, dia melangkah juga mendekati Ainan.

"Tahu tak apa yang bermakna dalam hidup abang?" Aazad memecah kesunyian setelah hampir lima minit berdiri di sebelah kanan Ainan.

Ainan sekadar jungkit bahu. Dia tidak mahu andai dia menjawab, kata-kata itu akan melukai hati Aazad. Cukuplah hanya dia yang terluka.

"Ainan... Ainan paling bermakna sekali dalam hidup abang. Ainan buat jiwa abang tenang. Ainan buat hati abang hidup. Ainan buat diri abang bahagia dengan kasih sayang Ainan yang tak berbelah bahagi." Ainan ketawa kecil mendengar jawapan Aazad.

Tanpa sebarang kata, Ainan meninggalkan Aazad sendirian kembali ke katil untuk melelapkan mata. Aazad hanya mampu mengeluh melihat reaksi Ainan sebelum dia turut kembali ke katil.

Lanjutkan membaca buku ini secara gratis
Pindai kode untuk mengunduh Aplikasi

Bab terbaru

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 34

    AINAN sedang sibuk di dapur menyediakan mee goreng untuk sarapan bersama anak-anaknya. Dia cuba untuk menghiburkan hatinya sendiri dengan mengembirakan hati mereka. Syazana pula membantu Ainan menyiapkan anak-anaknya. Mereka telah bercadang untuk keluar setelah selesai makan tengah hari nanti.Sudah lama Ainan berjanji untuk membawa Dasuki menonton wayang. Kebetulan filem animasi Jepun yang menjadi kegilaan anak-anak kecil berada di pawagam. Makin seronoklah Dasuki mendengarnya.“Dah siap.” Ainan tersenyum riang sambil menghidangkan mee goreng di atas meja makan. Milo panas yang dibancuhnya tadi juga di letakkan di atas meja. Dasuki yang baru selesai memakai baju segera memanjat kerusi. Di halakan wajahnya ke arah mee goreng lalu menyedut dalam aroma masakan itu. Ibu jarinya di angkat.“Sedapnya bau mama masak. Tak sabar Suki nak makan.” Dasuki melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Ainan pula menletakkan secawan milo di depan Dasuki.“Suki kena makan banyak-banyak ye. Kita tunggu mum

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 33

    AINAN menahan sebak di dada. Hatinya terlalu sakit memikirkan tindakan Aazad. Baru tadi Aazad memaklumkan yang dia telah pun membuat pinjaman sebanyak RM3000. Terduduk Ainan mendengar jumlah yang dinyatakan.Ainan tidak mengerti apa sebenarnya yang berada difikiran Aazad. Hidup mereka hanya dikelilingi hutang. Ainan sudah tidak mampu berkata apa-apa. Dia penat. Dia sendiri sudah tidak larat terus hidup dalam hutang. Sudahlah hampir keseluruhan perbelanjaan rumah serta keperluan anak-anak ditanggung oleh Ainan. Aazad juga semakin kerap memintanya duit sekiranya dia tidak mempunyai duit saku.“Abang langsung tak fikir pasal Ainan dengan anak-anak kan?” soal Ainan sebak. Dahi Aazad berkerut seribu mendengar soalan dari Ainan. Dia merengus kesal. Ada saja yang Ainan tidak puas hati.“Ainan jangan nak merepek boleh tak? Abang penat tahu tak?” tengking Aazad. Ainan terkedu. Dia semakin sebak dengan sikap Aazad. Air mata ditahan

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 32

    AAZADmemandang Ainan pelik. Sudah lama dia tidak melihat Ainan bersolek. Tapi hari ini, penampilan Ainan jauh berbeza dari hari-hari biasa.Kening diukir cantik, kelopak mata disoleksmokey,eyelinertidak ketinggalan, pemerah pipi disapu tipis dan akhir sekali gincu berwarna merah jambu disapu rata di bibirnya.Tak berkelip mata Aazad melihat Ainan. Jarang-jarang dapat melihat Ainan begitu."Amboi, lain macam je hari ni," tegur Aazad lembut. Dia tidak bekerja hari ni. Memang hari cutinya tidak menentu."Saja je ambil mood nak melawa hari ni. Orang asyik tegur muka macam mayat hidup je." Ainan menjawab selamba. Entah mengapa dia terasa ingin bersolek.Dia bukanlah seorang wanita yang gemar bersolek. Bila keinginan itu ada, barulah dia bersolek. Kebiasaannya dia akan bersolek pada hari raya atau ketika menghadiri sebarang majlis."Yelah. Selama bekerja ni tak pernah pun nak bersolek.&nbs

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 31

    AAZAD berang apabila dia pulang, tiada siapa di rumah. Kebiasaannya Ainan pasti akan memaklumkan kepadanya jika ingin ke mana-mana. Tapi hari ni, dia langsung tidak dimaklumkan.Usai membersihkan diri, Aazad segera ke dapur. Lauk dipanaskan, lalu nescafe dibancuh.'Cuti pun tak reti duduk rumah. Merayau entah kemana, langsung tak minta izin.' Sebal hati Aazad dengan sikap Ainan.Aazad menyenduk nasi dan lauk ke dalam pinggan, lalu di bawa ke meja makan."Assalamualaikum." Salam diberi. Ainan yang sedang mengendong Safwan dan Umairah kelihatan kemengahan. Mana tidaknya terpaksa mendukung kedua-duanya naik tangga kerana lift rosak."Merayap ke mana?" soal Aazad tanpa menjawab salam Ainan. Ainan pula hanya membiarkan sambil lalu soalan Aazad.Mengah naik tangga belum lagi hilang. Dah nak kena hadap kepala angin Aazad yang tak tentu hala. Dasuki berlari masuk

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 30

    SYAZANA ketawa riang melihat telatah Safwan. Umairah yang dikendong sesekali dicuit."Ais krim." Safwan tunding jari ke arah kedai sambil bercakap dengan pelat."Okey." Syazana tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam kedai.Usai membeli ais krim buat Safwan, Syazana terus membawa mereka pulang ke rumah Ainan."Assalamualaikum." Syazana mengetuk pintu. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Mana mungkin Ainan masih lena.Beberapa minit kemudian kelihatan Ainan yang serabai membuka pintu. Tercengang Syazana melihat keadaan Ainan."Ya Allah, kak. Apa kena kau ni?" Geleng kepala Syazana dengan penampilan Ainan. Dia segera masuk ke dalam rumah tanpa menunggu pelawaan Ainan.Umairah diletakkan di ruang tamu. Safwan berdiri di depan pintu sambil menikmati ais krim Padle Pop yang dibeli oleh Syazana tadi.Ainan menguap besar meme

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 29

    BERTALU-TALU ketukan di pintu bilik air, namun tidak diendahkan oleh Ainan. Aazad semakin tidak keruan. Sudah lebih sejam Ainan di dalam bilik air. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda ingin keluar.Sudahnya, Aazad terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia melihat Ainan yang sudah tidak bermaya di bawah pancuran air pancut. Aazad segera menutup pili air dan mencapai tuala lalu membalut tubuh Ainan. Dicepung tubuh Ainan dan dibawa ke dalam bilik."Ainan..." Tiada sahutan. Aazad segera mengeringkan tubuh Ainan lalu menyarungkan pakaian sebelum menyelimutkan Ainan.Panggilan telefon dari Syazana segera diangkat."Hello, kak." Aazad tarik nafas panjang mendengar suara Syazana."Akak dah tidur." Aazad memandang Ainan yang masih tidak sedarkan diri."Tak apalah. Bagitahu akak biar budak-budak tidur sini jelah. Esok Sya han

Bab Lainnya
Jelajahi dan baca novel bagus secara gratis
Akses gratis ke berbagai novel bagus di aplikasi GoodNovel. Unduh buku yang kamu suka dan baca di mana saja & kapan saja.
Baca buku gratis di Aplikasi
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status