Share

JDMA-7

(TERIMA ARAHAN!)

SYED ZACKUAN mundar mandir di bilik bawah tanah miliknya. Jiwanya tidak tenang selagi tidak mendapat berita dari anak buahnya.

“Tuan kami dah dapat maklumat.”

Dengar sahaja suara anak buahnya Bob, Zack terus kearahnya dengan wajah bengis.

“Maklumat apa yang kau dapat!” Sampul surat coklat cair di tangan Bob direbut kasar lalu dia memerhati setiap gambar-gambar yang berada dalam sampul tersebut.

“Tengku Zaffier Lutfman dengan Tengku Zaffrel Luftman adalah orang yang berbeza. Mereka adalah kembar.” Terang Bob dengan jelas.

“Shit! Macam mana benda ni boleh jadi. Tak mungkin! Habis tu Malek sorok dekat mana anak dia sebelum ni?” Soal Zack dengan tegas.

“Tengku Zaffier dibesarkan dengan neneknya di London sehingga dia berusia 22 tahun, manakala Tengku Zaffrel dibesarkan di Malaysia . Apabila mereka memasuki usia 22 tahun, Zaffier dihantar ke Malaysia manakala Zaffrel pula tinggal di London.” Jelas Bob membei keterangan.

“Aku ingat semua pewaris MR Holdings dah mampus rupa-rupanya masih ada yang sedang menunggu maut. Bijak permainan korang ye.” Tangan Zack dikepal sehabis kuat. Sorang dah mati ditangan aku, lagi sorang dah mula tempah maut!

“Aku nak korang jejak lokasi budak tu. Jangan buat kerja terburu-buru . Aku tak nak diorang perasan kehadiran kita.” Arah Zack dengan suara garau miliknya.

“Tengku Zaffrel baru sahaja melansungkan perkahwinannya dengan anak Dato Khalid.” Pernyataan yang keluar dari mulut Bob mengundang amarah Zack.

“Bodoh! Macam mana korang buat kerja hah! Kenapa korang tak halang perkahwinan tu. Rancangan aku jadi lebih sukar tahu tak!” Meja kaca dihadapnnya ditumbuk kuat sehingga pecah. Zack sudah tidak dapat mengawal amarahnya.

“Aku nak korang perhati semua gerak geri dia! Jangan ada yang terlepas !” Jerkah Zack kepada anak buahnya yang lain. 

‘Bijak, sungguh bijak permainan korang.’ Gambar ditangannya digumpal lalu dicampak pada lantai. 

MAJLIS perkahwinan Aura dan Zaffrel sudah hampir penghujungnya. Tetamu mula beredar dari majlis itu apabila jam sudah mengenjak enam petang.

Zaffrel yang sedang berbual dengan Ilham disapa dari arah belakang. Mata Zaffrel dan mata wanita itu saling bertemu.

“Tasha, awak buat apa dekat sini?” Soal Zaffrel yang masih dalam riak terkejut. Selepas kejadian pada malam dimana Zaffrel mengaku yang dia bakal suami Aura, dia lansung tidak menemui Tasha.

Ilham yang sedar akan kehadiran Tasha terus meminta diri untuk pergi. Kenapa waktu macam ni perempuan ni nak datang.

“Zaff, maaflah sebab dah lama saya tak jumpa awak. Saya cuma sedih bila awak bakal jadi suami orang lain. Tapi saya dah redha, tahniah atas perkahwinan awak. Saya minta maaf sebab tak mampu nak jaga hati awak dengan baik, Aura selayaknya untuk awak bukan saya.” Tasha mula meluahkan isi hatinya. Dia mengesat air matanya yang ingin keluar dari tubir mata. Aura yang melihat situasi berikut mula mendekati dirinya dengan mereka namun tidak disedari oleh Zaffrel dan Tasha.

“Bukan awak tak layak untuk saya , cuma saya yang tak layak untuk awak. Awak sendiri yang cakap saya tak sesuai nak ikut awak pergi majlis-majlis mewah , sebab saya hanya seorang yang sederhana bukan macam awak , hartawan.” Zaffrel sedaya upaya mengawal perasaan. Wanita dihadapannya inilah yang mampu membuatnya tersenyum , yang mampu buat dirinya angau, tapi dia sudah tidak mampu untuk menerima sikap Tasha .

“Saya minta maaf, saya sedar saya banyak silap dengan awak. Saya datang just nk ucapkan tahniah and saya nak bagi balik cincin ni.” Sebuah kotak baldu merah dihulurkan lalu diletakkan di tapak tangan Zaffrel.

“Jujur saya cakap, saya sayang sangat dengan cincin ni, setahun saya pakai tak pernah buang. Tapi saya sedar cincin ni bukan lagi milik saya, cincin ni akan jadi milik Aura. Awak jaga Aura baik-baik tau, dia isteri awak, saya ni hanya tunang awak, maaf bekas tunang. Jaga diri awak baik-baik” Air mata Tasha luruh tanpa dipinta. Dia mengesat air matany lalu terus berjalan meninggal Zaffrel.

“Tasha wait!” Tasha menoleh saat dipanggil oleh Zaffrel.

“Maafkan saya Tasha. Saya tahu saya dah buat keputusan yang salah. Saya tak bagi awak peluang.” Wajah Tasha dipandang penuh kerinduan. 

“Jangan cakap macam tu, awak dah buat keputusan yang terbaik. Saya pergi dulu.” Tasha terus melangkah pergi tanpa menunggu jawapan Zaffrel.

‘Kenapa saat ni baru awak nak berubah? Saat saya dah jadi milik orang lain. Saya rindu awak Tasha. Rindu sangat-sangat.’

“Ehem!” 

Zaffrel menoleh saat menyedari Aura sudah ditepinya.

“Kenapa biarkan je dia pergi? Perempuan sebaik dia tak selayaknya ditinggalkan. Kenapa kau teruskan perkahwinan ni kalau hati kau masih pada dia?” Soalan Aura bagaikan tiada jawapannya.

“Aura kau jangan salah faham, aku dan dia..”

“No aku tak salah faham. Cuma aku rasa bersalah. Aku perempuan dia perempuan . Aku tahu sangat perasaan dia bila ditinggalkan oleh orang yang dia sayang. Kalau betul dia salah bagitahu apa salah dia bukan terus tinggalkan dia macam tu. Aku faham sangat perasaan dia, sebab apa yang dia lalui sama macam apa yang aku lalui. Aku tak nak orang panggil aku perampas. Dan aku rasa berdosa sebab meneruskan perkahwinan atas penderitaan orang lain.” Terang Aura. Hatinya mula tidak tenang mendengar perbualan Zaffrel dan Tasha. Adakah dia sudah meragut kebahagiaan wanita tersebut?

“Apa korang cakap ni? Korang dah sah kahwin. Tak elok cakap macam tu. Yang lepas biarkan lepas” tegur Ilham lalu mendekati Zaffrel dan Aura.

“Zaff aku nak cakap dengan Aura kejap.” Ujar Ilham lalu memberi isyarat mata agar Zaffrel memberi ruang kepadanya.

Zaffrel hanya akur lalu meninggalkan mereka berdua. Kenapa hati kau mudah goyah Zaff? Aura isteri kau. Cinta atau tidak kau tak sepatutnya layan perempuan lain depan dia. Kau dah buang Tasha jadi kenapa kau masih nak mengharapkan dia? Maafkan aku Aura, aku janji tak akan sakitkan hati kau lagi.

“Aura, tak semua yang kita nampak tak semua yang kita dengar adalah jawapan bagi semua persoalan.” Ujar Ilham setelah Zaffrel menjauhkan dirinya dari mereka.

“Apa maksud awak? Saya tak faham.” Aura mengerutkan dahinya. Apa yang Ilham cuba sampaikan ni?

“ Saya kenal Zaffrel jauh lebih banyak dari awak kenal dia. Apa yang awak tengok tadi bukan jawapan untuk semua persoalan awak. Awak tak tahu pun apa sebenarnya yang terjadi. “ jawab Ilham lagi.

“Tapi apa yang saya cakap semuanya betul. Tasha tak selayaknya ditinggalkan. Dia seorang wanita yang ada perasaan yang ada hati. Dia terlalu baik , dia tak layak nak terima semua ni.” Aura masih teringat wajah pilu Tasha sebentar tadi.

“ Kita tak boleh nak nilai orang sekelip mata je Aura, awak tak kenal dia. Saya yakin keputusan Zaffrel tinggalkan dia adalah keputusan yang benar.” Terang Ilham lagi. Zaffrel tak seharusnya goyah dengan keputusan dia. Tasha tak layak untuk Zaffrel.

“Aura, kat sini pun kau . Penat aku cari tau!” Marsha mula membebl saat dirinya menghampiri Aura.

“Siap ni?” Soal Ilham 

“Ni Marsha kawan saya. Kau nak apa cari aku?” Soal Aura pula.

“Aku nak cakap hal sikit la, kita pergi dekat dalam rumah la.” Jawab Maraha sambil matanya tertumpu kearah Aura. Malu pula nak pandang jejaka macho tepi Aura ni. Eh Marsha jangan nak gedik, buat ke dia suami orang maut kau Marsha.

“Saya pergi dulu ye Ilham. By the way, Marsha ni single lagi kalau nak masuk line roger saya ye.!”

Pap!

“Kau ni kan Aura suka usik aku tau.” Marah Marsha lalu menayang wajah minta pelempang. Ilham yang berdiri disebelah Aura sudah berona merah wajahnya.

“Saya pergi dulu ye.” Pinta Ilham dengan segan silu lalu terus beredar dari situ.

“Dah jom ikut aku.” Tangan Aura ditarik agar mengikuti langkahnya.

“Sabarlah kalau jatuh aku dekat sini arwah terus kau hari ni!” Bebel Aura apabila ditarik kuat oleh Marsha. 

ORANG yang lalu dikawasan ruang tamu dipandang silih berganti. Bilalah nak pergi ni aku nak cakap benda penting dengan Aura.

“Kau nak cakap apa Marsha?” Soal Aura yang dari tadi menjadi penunggu setia disitu.

“Tadi Adrian call aku.”

“What! Dia nak apa? Dia ada cakap apa-apa ke?”Bergema suara Aura diruang tamu. Tetamu yang masih berbaki beberapa orang terus memandang kearah mereka berdua.

“Diamlah! Suara kau ni dah macam tertelan mic!” Mulut Aura ditekup dengan tangannya. Budak ni memang nak kena dengan aku.

“Dia call sebab nak confirmkan betul ke kau kahwin hari ni. Aku pun pelik sebenarnya, dah kenapa dia tanya macam tu? Cakap dah tak nak ambil kesah.” Rolling eyes milik Marsha mula beraksi.

“Habis kau jawab apa?” Soal Aura setelah menarik tangan Marsha yang menekup mulutnya.

“Aku cakap yang kau dah kahwin, dah bahagia sekarang , sedang layan suami tercinta. Terus dia putuskan talian.” Terang Marsha ala-ala makcik bawang.

“Aku rindukan dia..”

“Aura kau cakap apa ni! Kau sedar tak kau tu isteri orang? Kalu Zaffrel dengar ni kecil hati dia. Even korang tak mencintai tak bermakna kau boleh cakap macam tu. Dia suami kau, jagalah hati dia.” Marsha mula membebel. Matanya meliar mencari susuk tubuh Zaffrel, kalau dia dengar ni mati aku.

“Dia tak kesahlah. Dia pun jumpa tunang dia depan aku. Siap buat drama free. And dia sendiri cakap dia dah buat keputusan yang salah, so salah ke kalau aku rindukan lelaki lain? Walaupun Adrian dah hancurkan hati aku, tapi dia tak pernah sakitkan hati aku even aku buat silap . Dia selalu jaga hati aku, cuma entahlah mungkin dia dah tak tahan dengan aku sebab tu dia tinggalkan aku. Aku pun dah buang dia dari hati aku cuma kesan dan kenangan tu sukar nak buang. Tapi aku akan cuba, sebab tak baik ingatkan lelaki lain sedangkan aku ni dah jadi isteri orang.” Aura mula meluahkan isi hatinya. Ya dia sangat merindui Adrian Mikail, tapi perasaan itu harus dihapuskan walaupun menyukarkan.

“Aku tahu sukar untuk kau terima semua ni, tapi kau kan kuat. Lagipun kau dah jadi isteri orang, tak elok cakap macam ni. Yang lepas biarkan lepas.” Tangan Aura digengam erat oleh Marsha menyalurkan rasa kasihnya.

“Dah jom pergi tukar baju, kesian aku tengok kau ni, mesti dah panas kan.” Tangan Aura dicapai untuk mengikuti langkahnya. Marsha dan Aura berjalan menuju ke bilik .

“Erkk, aku turun dulu.” Pinta Marsha apabila meilhat kelibat Zaffrel turut berada dalam bilik tersebut.

“Apa kau tunggu lagi? Boleh keluar sekarang aku nak tukar baju.” Tangan Aura dihalakan pada muka pintu memberi arahan untuk keluar. 

“Tukar je la, aku tak nak tengok. Aku penat nak tidur kejap.” Ujar Zaffrel lalu terus melabuhkan badannya pada katil. Ya Allah nikmatnya dapat rehat.

“Banyaknya kau punya nak tidur . Pukul 6:30 petang nak tidur lagi? Nak tidur dengan syaitan ke cik abang oi? Bangun sekarang.” Tangan Zaffrel ditarik agar meninggalkan katil tersebut.

“Sepuluh minit je, nanti aku bangun la.” Zaffrel membetulkan badannya lalu menyambung tidur.

“Tengku Zaffrel Luftman ! Bangun sekarang!” Nasib aku ingat nama kau. Tu pun sebab akad nikah kalau tak aku tak tahu pun kau ada tengku. Malam tu cakap nama lain tapi akad nikah lama lain.

“Ish bisinglah. Cepat sikit tukar baju tu, aku nak rehat pun tak selesa.” Bebel Zaffrel lalu keluar dari bilik tersebut.

“Suka hati aku la! Ni bilik aku bukan bilik kau!” Laung Aura dari dalam bilik.

TASHA merenung tasik yang terhidang indah didepan mata. Jiwanya mula diselebungi perasaan menyesal.

“Assalamualaikum , selamat malam semua. Kenalkan, saya Zaffrel Luftman bin Dato Malek , CEO MR Holdings dan juga bakal suami Aura Fellisya.” 

Kenyataan dari Zaffrel malam tersebut amat memeranjatkannya. Dia mula mengimbau saat malam kejadian tersebut.

“Awak nak pergi mana pakai kot macam ni? Kot siapa awak ambil ni?” Soal Aura dengan wajah sinisnya.

“Kot saya la. Saya nak ikut awak pergi majlis Dato Khalid tu, at least saya boleh temankan awak.” Ujar Zaffrel dengan riang.

“Awak, majlis tu tak sesuai untuk awak, majlis tu untuk anak-anak Dato. Kalau ada orang tanya awak siapa malulah saya nak jawab yang awak bukan anak dato.” Jawab Tasha sambil mengemaskan pakaiannya. Saat ini Zaffrel masih menyamar sebagai seorang lelaki sederhana yang tidak mempunyai harta yang banyak.

“Salah ke kalau saya nak ikut?” Pinta Zaffrel sekali lagi.

“Memang salah la, tengok la awak macam mana. Awak bukan anak dato, majlis tu untuk orang berada je. Dah la saya pergi dulu nanti lambat.” Ujar Tasha lalu terus beredar meninggal Zaffeel seorang diri.

Saat ini Zaffrel sudah tekad, dia tekad untuk memberitahu siapakah dirinya yang sebenar. Dia sudah penat dihina, ini bukan kali pertama dia dihina oleh Tasha tapi berkali-kali dan lebih teruk dari kali ini. 

Saat melihat keadaan yang terjadi terhadap Aura, Zaffrel suka rela menyamar sebagai bakal suami Aura saat itu. Ini adalah satu satunya cara yang mampu aku beritahu siapa diri aku yang sebenar.

Setelah mendengar pengakuan dari Zaffrel, Tasha terus meninggalkan majlis tersebut. Dia tidak percaya bahawa orang yang dipandang remeh olehnya adalah orang yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia perniagaan. Dia sangat menyesal dengan tindakannya saat itu.

RESAH sahaja wajah Dato Malek yang berada di kawasan kolam ikan rumah Dato Khalid saat ini. Panggilan urgent dari anak buahnya menimbulkan ketidakselesaan yang menggunung dalam jiwanya. 

“Daddy, kenapa tak masuk lagi? Dah senja ni.” Soal Zaffrel lalu mendekati Dato Malek. Malam ni Dato Malek dan Datin Rasyidah akan menetap di rumah Aura semalaman.

“Zaff, kita dalam bahaya!” Tegas Dato Malek bersuara. Matanya memandang dalam anak mata Zaffrel .

“Kenapa daddy? Ada apa-apa yang tak kena ke?” Soal Zaffrel dengan riak yang cemas.

“Anak buah daddy call tadi, dia cakap Zack dah munculkan diri dia .  Dan Zack dah tahu permainan kita. Dia dah mula suruh orang dia intip Zaff.” Kenyataan Dato Malek menimbulkan amarah Zaffrel.

“Baguslah daddy kalau dia dah muncul. Masanya untuk kita balas apa yang dia dah buat pada arwah Zaffier . Sampai mati pun Zaffrel akan ingat perbuatan setan dia!” Penumbuk Zaffrel dikepalkan. Wajah kembarnya Zaffier mula terbayang dibenak fikiran. Dia tidak mampu berada di sisi kembarnya saat Zaffier menghembuskan nafas terakhirnya. Mereka juga dibesarkan secara berasingan oleh kerana ancaman Zack! 

“Jangan terburu-buru Zaffrel. Utamakan nyawa dahulu. Zack bukan calang-calang orang , dia banyak pengaruh besar . Jangan sampai silap langkah!” Tegas Dato Malek memberi arahan. Dato Malek mempunyai orang suruhan yang amat mahir dalam dunia spy. 

“Habis kita nak buat apa? Takkan kita nak biarkan dia terlepas.” Zaffrel mula tidak puas hati dengan keputusan Daddynya yang sering memberi muka.

“Kita tak akan biarkan dia terlepas. Ingat pesan daddy, bila Izz terima je nanti arahan dari daddy , terus ke kawasan ini, jangan lengahkan masa.” Sampul surat putih dihulurkan buat Zaffrel. Zaffrel membuka sampul surat tersebut lalu meneliti kawasan yang dimaksudkan oleh papanya itu.  Sebuah pulau yang pernah di diaminya bersama Zaffier sewaktu kecil dahulu untuk menyelamatkan diri daripada Zack.

“Bawa Aura sekali, jangan pernah tinggalkan Aura seorang diri. Jangan pernah lalai dalam menjaga Aura, Aura adalah target utama mereka saat ini.” Tegas Dato Malek memberi arahan.

“Tapi daddy,..”

“Zaffrel, terima arahan daddy!” Dato Malek mula mengeluarkan kata putus. Hanya itu sahaja cara untuk menyelamatkan Zaffrel dan Aura dari menjadi mangsa bunuhnya oleh kerana harta.

“Baik daddy” akhirnya Zaffrel mengalah. 

“Bagus, kalau apa-apa terjadi teruskan perjalanan ke pulau ni, dekat sini biar daddy dan mummy yang uruskan.” Terang Dato Malek.

“Baik daddy. Daddy pun jaga diri tau” Tubuh Dato Malek dipeluk erat oleh Zaffrel.

“Zaff pun jaga diri, jaga Aura. Insyallah kita mampu jatuhkan Zack.” Belakang Zaffrel diusap lembut.

ZAFFREL mundar mandir di ruangan bilik tidur. Aura yang memandang keadaan Zaffrel mula berkerut dahi. Tadi bukan main cakap mengantuk, tapi kali ni tak nak tidur pula.

“Kau tak nak tidur lagi ke?” Soal Aura sewaktu Zaffrel masih lagi mundar mandir.

“Kau tidur la dulu. Nanti aku dulu.” Jawab Zaffrel yang sedaya upaya menyembunyikan perasaan tidak sedap hatinya.

Aura yang sudah mengantuk terus melelapkan mata. Zaffrel masih lagi mundar mandir. Entah mengapa perasaan seperti ada sesuatu yang bakal terjadi. 

Wajah Aura dipandang , apa perasaan Aura bila dia tahu nyawa dia dalam ancaman? Adalah dia akan menyalahi aku kerana berkahwin dengannya. Ya sebab aku, Aura terima tempiasnya.

Telefon bimbit ditangan Zaffrel mula berdering. Zaffrel terus menyambungkan talian .

“Zaff! Pergi tempat tu sekarang! Diorang dah mula berani kehadapan!” Tegas Dato Malek memberi arahan.

Tanpa menunggu lama , Zaffrel terus mengendong tubuh Aura lalu memasuki perut kereta.

Aura terus tersedar saat dia merasakan tubuhnya kini bukan lagi di tempat tidurnya.

“Zaff kau nak bawa aku pergi mana!” Tengkin Aura apabila melihat Zaffrel seakan memandu dalam kekalutan diwaktu malam yang sepi.

“Bertenang Aura, aku akan jelaskan semuanya.” Zaffrel cuba menenangkan Aura.

“Explain it now! Kau jangn berani nak apa-apa kan aku la! Kau ni penjahat kan! Jangan bunuh aku!” Aura mula meraung perkara yang merapu.

“Sabar Aura aku janji aku tak akan apa-apa kan kau, cuma aku nak selamatkan nyawa kita.” Terang Zaffrel.

“What!”

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status