Share

BAB 16

Penulis: Angel_k20
last update Terakhir Diperbarui: 2021-08-15 20:52:33

Kamar Peraduan Puteri, Istana Makmur Gelang Putih.

PERASAANNYA untuk ke negeri Sakti Kota bagi bersemuka dengan Ahwaz secara langsung meluap-luap, tetapi dia ada masalah besar sekarang ini. Masalahnya adalah tak lain tak bukan, dia tidak tahu jalan untuk ke sana! Seketika, dia terpunduk sendirian mengenang nasib tidak baik yang menimpanya.

"Inang, beta nak jumpa Kazz." Bagaikan anak kecil, Wardah menarik muncung lalu menarik-narik lengan Inang Sejahtera.

Melihatkan itu, Inang Sejahtera menarik nafas panjang. Hailah tuan puteri, semakin hari semakin pelik. Ada-ada saja bahasa makhluk asing yang terbit dari mulutnya. Sekarang, siapa pulalah 'Kazz' yang disebut-sebutnya itu? Sungguh dia buntu dengan perangai baru puteri asuhannya ini.

"Beta nak sangat jumpa dia. Beta rindu," pujuk Wardah lagi.

Dia rindu? Ya. Dia bermuka tembok? Ya. Dia adalah perigi yang mencari timba? Ya. Semuanya ya jika perkara tersebut berkaitan dengan Ahwaz

Lanjutkan membaca buku ini secara gratis
Pindai kode untuk mengunduh Aplikasi
Bab Terkunci

Bab terbaru

  • MY HEROINE TUANKU PUTERI   EPILOG

    Markas Rahsia Black Greeth, Jerman. BERITA kejayaan pasukan Psychic Eagle yang sekali lagi menempa nama dalam arena sukan e-sport disambut dengan dengusan kasar oleh Den Smith. Dalam geram, jejaka berusia 23 tahun tersebut mencapai sebuah bingkai foto lalu membalingnya sekuat hati ke dinding. Pecah berderai kaca bingkai yang menunjukkan figura lima orang pemain kumpulan mereka sedang bergembira meraikan kejayaan menewaskan kumpulan lawan dari Malaysia. Sungguh, hatinya teramat marah apabila berita tersebut diulang tayang oleh hampir keseluruhan stesen TV yang ditontonnya. "Kapten," tegur salah seorang ahli pasukan Black Greeth. "Diam!" Den mengetap bibir. Matanya dikalihkan pula ke wajah Ahwaz Zulfan, kapten pasukan Psychic Eagle. Kemarahannya kini semakin meluap-luap melihatkan senyuman gembira jejaka tersebut dan juga ahli pasukannya yang lain kerana memperoleh kemenangan besar dalam kejohanan antarabangsa e-sport 2021.

  • MY HEROINE TUANKU PUTERI   BAB 32

    Ruang Legar, Malaysia Sport Centre Hospital."Seorang pemain e-sport bertaraf dunia dari Jerman ditemui mati di dalam rumahnya di sebuah pangsapuri. Mendiang disahkan meninggal dunia lewat pagi semalam akibat renjatan elektrik ketika bermain permainan digital yang masih dalam peringkat percubaan. Mengikut jurucakap pihak yang terlibat, mangsa bertindak sendiri tanpa kebenaran. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut."Baik Ahwaz, Wardah, Isbah, Hariri dan Aina, masing-masing terdiam tanpa kata apabila berita dunia yang dibacakan oleh seorang pemberita wanita bertudung litup ke udara. Jauh di sudut hati, mereka berasa kesal dengan apa yang berlaku.Namun, perkara itu bukan salah mereka bahkan ia adalah pilihan Ethan sendiri. Adik tiri Ahwaz itu yang memilih untuk mati di dunia sana dengan menikam dirinya sendiri di saat formasi game mengalami keruntuhan maha hebat. Ini semua terjadi akibat daripada cinta gilanya yang hanya be

  • MY HEROINE TUANKU PUTERI   BAB 31

    Medan Pancung, Istana Besar Sakti Kota. KTING! Bunyi pedang berlaga seiring bunyinya dengan guruh berdentum. Ketika ini, baik Ahwaz mahupun Ethan, kedua-duanya kelelahan dan kesejukan dek ditimpa hujan lebat dan ditiup angin kencang. Dalam masing-masing sibuk berlawan, hampir juga mereka ditimpa oleh pokok yang mulai tumbang menyembah tanah. Namun, dalam masa yang sama mereka gagal mengelak daripada diterpa reranting pokok, kayu kecil dan dedaun yang berterbangan ditiup angin kencang. "Berhenti, Ethan. Insaflah. Kau takkan dapat apa-apa pun kalau kau bunuh aku ataupun Wardah," kata Ahwaz seraya melepaskan lelah. Dadanya sesak! "Aku takkan berhenti! Aku lebih rela mati di sini daripada tengok kau orang bahagia!" jawab Ethan separa menjerit. "Kau ada segala-galanya. Mak ayah, kekasih. Game pula, asyik-asyik kau je yang menang. Aku?" jeritnya pula. "Tu sebab kau tak hargai apa yang ada di depan mata kau.

  • MY HEROINE TUANKU PUTERI   BAB 30

    Medan Pancung, Istana Besar Sakti Kota. "KAU patut tanya soalan tu dekat diri kau sendiri. Kau dah bersedia ke nak meringkuk di dalam penjara, Sultan Nadim Alam palsu?" Tiba-tiba, satu suara maha sinis kedengaran di telinga Ethan berserta rasa sejuk di kulit lehernya. Dia yang ketika itu seronok menyaksikan ketakutan dan kesakitan Wardah akibat pisau yang ditekan ke leher gadis itu semakin mendalam lalu menghiris kulit terus terbungkam. "Kazz!" desisnya marah. "Ya, adik. Takkan kau tak kenal abang sendiri?" provok Ahwaz. Di tangannya, terhunus sebilah pedang nan berkilat. Kilatannya sahaja pun sudah cukup untuk menggerunkan musuh. Kini, hadiah daripada Maharaja China yang dititipkan melalui Saudagar Bai Yu digunakan sebaik-baiknya. "Kazz!" Kedengaran bergetar di telinga Ahwaz suara Wardah menyebut namanya. "Yes, my heroine tuanku puteri." Ahwaz menghadiahkan senyuman menenangkan kepada gadis tersebut.

  • MY HEROINE TUANKU PUTERI   BAB 29

    Kawasan Istana Besar Sakti Kota. SUARA gegak-gempita para pengawal yang mengejarnya semakin membuatkan Wardah berasa suka hati. Bagus, kejarlah lagi sampai penat! "Aku rancang nak kurung je mamat tu dekat sini. Jadi, aku nak kau alihkan perhatian dia. Masa tu, aku akan serang serang dia dari belakang. Bila aku dapat je mamat tu, kau terus lari. Tapi, lari dalam arah bulatan. Maknanya, kau akan berhenti dekat sini. Faham tak?" Perancangan Ahwaz yang dibisikkan kepadanya tadi terus terngiang-ngiang di telinga. Kalau dikira, bagus juga pelan itu. Dengannya, mereka berdua boleh melarikan diri sejauh mungkin daripada Ethan dan dalam masa yang sama, mungkin sempat mengejar masa sebelum formasi game runtuh sepenuhnya. "Ciah! Ciah!" Wardah memacu keras lagi kudanya. Ringkikan kudanya semakin deras, dia pula semakin berkeras dalam memacu pantas tali kudanya. Nun jauh di belakang sana, geng-geng pengawal sema

  • MY HEROINE TUANKU PUTERI   BAB 28

    Rumah Usang, Pinggir Istana Besar Sakti Kota. "MATI kau, Kazz!" tempik Ethan lantang. Hiargh! Dengan kelajuan maksimum, dia melibas batang tombak yang direntap kasar dari pengawalnya ke arah Ahwaz lalu menghunusnya kejam dengan gaya lencongan. Namun, belum pun sempat hunusannya sampai ke arah target, Wardah yang berada di hadapan Ahwaz terlebih dahulu menukar formasi kedudukannya dengan jejaka tersebut. "Kau sanggup ke bunuh aku, Ethan?" psiko Wardah. "Ke tepi!" pantas Ethan menghentikan libasannya. Tak guna! Kini, Wardah yang tadinya berada di hadapan Ahwaz bergerak pula ke tepi bagi melindungi jejaka itu daripada ditombak. Jika tindakannya memberhentikan libasannya tidak cepat, mungkin sudah berlubang badan gadis tersebut ditembusi batang besi. "Ahwaz pun pesakit aku. Aku bertanggunggjawab atas dia, Ethan. Kalau kau sayangkan aku, tindakan kau bunuh dia sama je macam kau bunuh aku," tekan War

Bab Lainnya
Jelajahi dan baca novel bagus secara gratis
Akses gratis ke berbagai novel bagus di aplikasi GoodNovel. Unduh buku yang kamu suka dan baca di mana saja & kapan saja.
Baca buku gratis di Aplikasi
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status