Share

EPILOG

Markas Rahsia Black Greeth, Jerman.

BERITA kejayaan pasukan Psychic Eagle yang sekali lagi menempa nama dalam arena sukan e-sport disambut dengan dengusan kasar oleh Den Smith. Dalam geram, jejaka berusia 23 tahun tersebut mencapai sebuah bingkai foto lalu membalingnya sekuat hati ke dinding.

Pecah berderai kaca bingkai yang menunjukkan figura lima orang pemain kumpulan mereka sedang bergembira meraikan kejayaan menewaskan kumpulan lawan dari Malaysia. Sungguh, hatinya teramat marah apabila berita tersebut diulang tayang oleh hampir keseluruhan stesen TV yang ditontonnya.

"Kapten," tegur salah seorang ahli pasukan Black Greeth.

"Diam!" Den mengetap bibir.

Matanya dikalihkan pula ke wajah Ahwaz Zulfan, kapten pasukan Psychic Eagle. Kemarahannya kini semakin meluap-luap melihatkan senyuman gembira jejaka tersebut dan juga ahli pasukannya yang lain kerana memperoleh kemenangan besar dalam kejohanan antarabangsa e-sport 2021.

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status