Hun Aqeel meletakkan air botol mineral seraya melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Erina. Erina tersenyum memandang Hun.
“Thanks.” ujar Erina.
“Termenung apa?” Hun bertanya. Sedari dari tadi Erina jauh termenung. Mereka kini sudah 2 jam berada di rumah kebajikan anak yatim itu. Kali ini, Erni pun turut serta. Farah, Dina dan Aunty Farida selalu datang ke sini.
“Takde apa. Saya happy datang sini. Tengok wajah ceria budak-budak ni, rasa tenang.”
“Daddy meninggal 6 tahun lepas, accident di tempat kerja dia. Duit pampasan yang mummy dapat, mummy serahkan untuk pembinaan rumah ini.” Hun Aqeel bercerita sambil tersenyum memandang sekitar rumah ini.
Hun Aqeel mengangkat beberapa barang milik Christina masuk ke dalam rumah Erina dan Dina. Erina berlalu naik ke atas disertai Hun untuk menunjukkan keberadaan bilik Christina akan duduki selepas ini.“Harap awak selesa duduk sini ya Christina. Buat je macam rumah sendiri. Jangan segan. Eh jemputlah duduk.” Dina menunjuk ke arah sofa. Christina mengangguk faham. “Thanks Dina.” ucap Christina. “Kejap ya. Saya buat air.” Dina berlalu ke dapur mahu menghidangkan air. Selesai meletakkan kesemua barang, Erina dan Hun turun kembali ke arah ruang tamu.Dina datang bersama dulang air dan meletakka
Christina meletakkan bekas makanan untuk diberi kepada Hun kepada Dina dan Erina. Dia sedia maklum yang mereka berdua kerja di Butik. “Nanti tolong pass kepada Hun ye korang.” Christina senyum manis. “Eh, untuk korang makanlah. Tina masak lebih.” Christina menghidang spaghetti carbonara di atas meja makan. Dina terus mengambil pinggan dan sudu. “Rajin Tina masak. Patutlah dari atas dengar ketung ketang. Ingat Erina tadi. Memang kena buat sujud syukur kalau dia bangun awal nak masak punya pasal.” gurau Dina. Christina lantas ketawa. “Makan makan. Erina mana? Nak Tina pergi kejut dia tak?” soal Christina. “Takpe, aw
“Ok, dah sampai baby.” Farhan memberhentikan keretanya di depan pagar utama rumah Erina.“Saya nak tanya awak something..” Erina serius memandang Farhan. Farhan terus menoleh ke arah Erina.“Why so serious?” Farhan bertanya.“Who is she to you?” Erina langsung menunjuk handphone nya kepada Farhan. Farhan terpana! Berkelip-kelip matanya memandang screen handphone itu! Tak mungkin…“Ma..Mana you dapat gambar ni baby?” “Saya tanya siapa dia dengan awak? Jawablah!” Erina sudah meninggi
Erina masih tak lepaskan pelukan mamanya, Puan Haifa. Dia rasa sungguh nyaman. “Hish anak manja ni. Tak berenggang langsung.” tegur Encik Rahman seraya meletakkan beg Erina di ruang tamu. Mereka sekarang sudah selamat sampai dari mengambil Erina di Airport.“Ala, papa itu pun nak jealous. Adik dah lama tau tak dapat peluk mama. Tu yang taknak lepas tu.” ujar Erina.Puan Haifa menepuk perlahan paha Erina. “Sudah! Jom tolong mama masak. Jangan kata kamu masih malas ya masuk dapur. Mama cubit nanti!” Puan Haifa memberi amaran kepada Erina. Dia tahu perangai anaknya yang satu ini, bab masuk ke dapur memang failed! Erina hanya menyengih. “Tolong gitu-git
Selepas berjabat tangan dengan besan nya, Datuk Salman dan Datin Rossa meninggalkan rumah tumpangan untuk keluarga angkat Fatin. Saja Datuk Salman mahu menghantar besan nya itu, tidak mahu Ibu Bapa Fatin berasa canggung. Farhan dan Fatin selamat diijabkabulkan di rumah mereka tadi. Hanya saudara mara terdekat sahaja yang hadir. Esok majlis persandingan mereka berdua. “Masuklah Ayah..Emak. Farhan nak keluar belikan makan malam jap. Fatin duduklah sini temankan diorang.” Farhan terus keluar menaiki keretanya. Fatin mengangguk perlahan. Mereka bertiga berada di ruang tamu rumah dua tingkat itu. Adik beradik angkatnya dua orang sudah naik ke tingkat atas berehat di bilik yang disediakan. “Kau jaga laki kau elok-elok Fatin. Baguslah kau kahwin cepat pun. Ta
Fatin mengetuk pintu bilik Farhan. Kedengaran suara Farhan di dalam membenarkan masuk. Melihat Farhan di depan cermin sedang memakai tie, Fatin segera berlalu kepada Farhan. Kacaknya suami dia ni! Fatin tersenyum-senyum. “Lah! Kenapa ketuk dulu? Masuk aje lah.” Farhan memandang Fatin dengan riak agak tak puas hati. Fatin menghampiri suaminya. “Okey, sorry. Abang… breakfast dah siap. Jom?” Farhan hanya mengangguk. Melihat penampilan dia di cermin dan dia berlalu keluar ke ruang makan. Fatin mengekori sahaja. Farhan dan Fatin segera duduk di meja makan. “Apa-apa barang masak kau nak beli, cakap je. Nanti aku singgah supermarket. Tak pun, kalau kau taknak masak, beli luar atau order grab. Faham? Nah, duit belanja.” Farhan letak beberapa duit kertas di at
Encik Rahman, Puan Haifa dan Erina berjalan laju ke unit kecemasan hospital. Malam tadi Erina menerima panggilan dari Hun Aqeel mengatakan Dina dimasukkan ke hospital kerana berlaku kemalangan di hadapan Butik. Ketika itu, Dina dan Farah baru sahaja selesai menutup Butik dan mereka berpisah ke arah kereta masing-masing untuk balik, tetapi tiba-tiba datang satu kereta merempuh ke arah kereta Dina. Mujurlah Dina belum sampai ke kereta tetapi sebab impak kemalangan itu, Dina terjatuh dan badan menghempap tangannya. Farah dan beberapa orang yang berada di tempat kejadian masing-masing kelam kabut menghubungi Ambulans.Sekarang, Dina masih dirawat. Hun Aqeel dan Farah terus laju menoleh ke Encik Rahman, Puan Haifa dan Erina yang menuju ke arah mereka berdua.“Macam mana keadaan kak Dina, Hun?” laju Erina bertanya.“Doktor cakap takde apa yang serius. Cumanya, Dina terjatuh dan retak tulang pergelangan
Mata Hun Aqeel bersinar melihat gambar scan ultrasound milik anak Christina.“Dah sempurna baby ni Hun. Thank God! Tak lama lagi I nak jadi mommy!” Suara Christina sangat gembira. Hun Aqeel meletakkan kembali atas meja.Hun Aqeel tersenyum juga. “Ya, I tak sabar nak peluk cium dia. Jaga kandungan you elok elok Tina. Makan benda berkhasiat.”“I akan jaga baik-baik. I nak anak I panggil you daddy. Mungkin nanti you boleh jadi daddy dia betul-betul, kan?” soal Christina. Hun Aqeel terus berdehem.“Tina, I kan daddy angkat dia. I akan anggap dia macam anak I sendiri. Dah, cepat makan. Lepasni terus balik. You kena berehat,” ujar Hun. Dia cepat-cepat sua pinggan makan ke Christina. Dia mahu cepat ke hospital bertemu Erina.“Ala. Sekejap lah Hun… Lepasni I nak ajak you pergi shopping mall. Baju I banyak tak