Share

BAB 13

DUDUKNYA dilabuhkan di tempat duduk hadapan kelas bisnes bernombor 1D. Matanya sempat mengerling sekilas ke arah pintu kokpit yang terbuka sedikit. Senyuman terus terukir di bibir sebaik sahaja figura juruterbang yang sedang duduk di dalam perut kokpit menjamah pandangan matanya. Walaupun sekadar pandangan dari arah belakang, namun dia cukup kenal dengan bentuk dan gaya rambut juruterbang itu. Ya! Itu Aryan... anak aku. Hai bangganya. Dato' Hareez menarik nafas lega, dia bersyukur.

Aryan Syah yang baru sahaja selesai membuat perkiraan masa untuk perlepasan segera menoleh ke arah belakang. Kemudian dia mengerling ke arah pembantunya,  C.O Pilot Kapten Nasrul Effendy yang sedang menghirup minuman yang disediakan oleh ketua pramugari, Ezma Umaira sebentar tadi. "Pax bussiness class  dah masuk ek?"

"Yes... baru aje masuk. Kenapa kau tanya?" sahut

Locked Chapter
Ituloy basahin ang aklat na ito sa APP

Kaugnay na kabanata

Pinakabagong kabanata

DMCA.com Protection Status