"Good morning abah.. Good morning umi.." sapa Naura teruja. Pipi Encik Kamarul dan Puan Ramlah dikucup mesra. Punggung dilabuhkan duduk bersebelahan kiri Encik Kamarul.
"Morning... Hai happy nampak?" tegur Encik Kamarul senada.
"Aik kenapa abah tanya? Naura nak happy pun salah ke?" cebik Naura.
"Tak salah pun. Cuma pelik je. Kamu biasakan kalau pagi-pagi macam ni mood selalu ke laut. Ni nampak happy je kenapa? Ada apa-apa yang nak di share dengan kami semua ke?" soal Encik Kamarul. Nasi goreng kembali disuap ke dalam mulutnya.
"Abah, Kak Naura happy tu sebab tak lama lagi nak kahwin. Orang tengah bahagia tu abah," celah Natrah.
"Eh kau memandai je ya," marah Naura.
"Betul lah apa aku kata ni kak," tukas Natrah.
"Sudah-sudahlah tu. Kamu berdua ni depan rezeki pun nak bertekakkan? Pantang berjumpa ada je benda nak digaduhkan. Peninglah umi dengan perangai kamu berdua ni.," celah Puan Ramlah yang sedari tadi hanya menjadi pendengar.
"Natrah tu yang mulakan dulu. Dia kalau tak sakitkan hati Naura tak sah," adu Naura.
"Eh asal aku pulak yang kena?" bidas Natrah tak puas hati.
"Naura.. Natrah.. Sudah.. Kamu berdua kalau nak bergaduh bukan dekat sini," marah Encik Kamarul.
Terdiam Naura dan Natrah apabila ditegur oleh abah mereka itu.
Suasana yang tadinya riuh kini hanya ditemani oleh bunyi dentingan sudu dan garfu yang berlaga diantara satu sama lain. Masing-masing leka menjamu selera sebelum Puan Ramlah memecahkan suasana yang hening itu.
"Naura, kamu dah bincang ke dengan Hafiz tema apa kau orang nak buat untuk majlis perkahwinan kamu nanti?" soal Puan Ramlah. Semua mata kini tertumpu kepada Naura. Menanti bicara si gadis.
Keluhan dihembus apabila soal dia dan Hafiz kini menjadi topik perbualan mereka sekeluarga. "Tak pun umi," jawab Naura malas.
"Bulan depan dah nak kahwin takkan keluar semalam takde bincang apa-apa dengan bakal suami kamu tu?" celah Encik Kamarul.
Bulat mata Naura. Wajah Encik Kamarul dipandang dengan pandangan tidak percaya. "Bu.. Bulan depan? Abah biar betul?"
"Yang kamu terkejut sangat ni kenapa Naura?" soal Puan Ramlah pula.
"Takkan secepat macam tu umi dengan abah nak Naura kahwin dengan pak cik Hafiz tu?" soal Naura tidak percaya.
"Yalah. Habis tu kamu ingat kami nak kahwinkan kamu bila?" pelik Encik Kamarul.
"Tunggulah sampai Naura habis belajar dulu. Tak lama pun lagi kan. Cuma tinggal 2 tahun je lagi abah Naura nak habiskan study," ucap Naura.
"Naura dalam masa 2 tahun tu macam-macam perkara boleh jadi tau. Berapa lama lagi kamu nak Hafiz tu tunggu kamu lagi?" soal Encik Kamarul.
"Habis tu macam mana dengan study Naura bila dah kahwin nanti? Mesti pak cik Hafiz tu takkan benarkan Naura sambung belajar lagi," keluh Naura.
"Naura kamu dah lupa ke? Kan abah dah pernah bagi tahu sebelum ni, walaupun kamu dah berkahwin dengan Hafiz, kamu tetap boleh teruskan pengajian kamu. Hafiz pun dah setuju pasal ni," terang Encik Kamarul.
"Betul kata abah tu. Hafiz tu tak kejamlah sampai nak sekat pembelajaran kamu dekat universiti tu Naura. Kamu je yang selalu negatif dengan dia. Dia okay je umi tengok," celah Puan Ramlah.
"Ala umi macam tak kenal dengan Naura Khalisha ni dia memang seorang yang berfikiran negatif pun," sampuk Natrah.
"Natrah, kamu dah siap makan ke belum? Pukul berapa kamu nak pergi sekolah? Tengok jam tu dah pukul berapa. Lambat nanti bising pulak cikgu kamu tu," ujar Puan Ramlah tegas.
"Ya.. Ya nak pergi lah ni," cebik Natrah.
Natrah bingkas bangun dan segera bersalaman dengan ibu dan bapanya itu. Hilang saja bayang Natrah, Encik Kamarul kembali berbicara mengenai topik asal perbualan diantara mereka.
"Dah kamu tak payah nak risau apa-apa lagi Naura. Kalau susah sangat nanti abah minta Hafiz uruskan semua urusan tentang perkahwinan kau orang. Ramlah nanti awak tolong tengok kan apa yang patut," senang Encik Kamarul memberikan arahan.
"Baik abang.." jawab Puan Ramlah lekas.
"Suka hati abah lah," keluhan berat dilepaskan. Kalau itu yang abah dan umi nya mahu, Naura hanya mampu turuti saja. Tiada daya mahu membantah.
SEBUAH novel hasil tulisan Siti Rosmizah dicapai. Belakang buku yang menempatkan sinopsis jalan cerita dibelek. Terkumat kamit Naura membaca setiap baris kata tulisan yang dipamerkan.Berminat dengan sinopsis yang dibaca, buku novel tersebut diletakkan didalam bakul miliknya. Kaki melangkah pula ke satu rak yang lain.
Hari ini pulang saja daripada universiti, Naura tidak terus pulang ke rumah keluarganya malah kaki dilencongkan ke sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur. Dia mahu membeli sedikit keperluan peribadinya yang sudah kehabisan.
Sedang di leka membelek buku-buku novel yang tersusun rapi diatas rak, satu suara garau menyentakkan Naura. Kepala mendongak memandang figura yang kini sudah tersengih seperti kerang busuk di hadapannya saat ini. Naura sudah menayangkan wajah meluat kepada lelaki di hadapannya saat ini. Siapa lagi kalau bukan Hafiz Rahim.
"Hai sayang. Sorang je ke?" sapa Hafiz romantis sekali bunyinya.
Naura yang mendengarkan suara serak-serak basah milik Hafiz mula merasakan tegak bulu romanya. Tapi riak wajah dikawal sebaik mungkin.
"Taklah mana ada sorang. Ada ni dengan kawan-kawan saya. Sekejap je lagi, sampai 10 buah bas lagi datang sini," perli Naura.
Terkekeh-kekeh Hafiz melihat wajah Naura yang berubah cemberut itu. "Amboi pandai sayang bergurau ya. Ni makin tak sabar nak kahwin ni," ujar Hafiz selamba.
Dengar saja butir bicara Hafiz, Naura mula rasa sebal. Menyampah pun ada. "Pak cik stalker saya ke? Sampai saya datang sini pun pak cik ikut," tebak Naura. Mata mengecil memandang ke arah Hafiz.
"Stalker? Eh mana ada! Awak tak baik tau tuduh-tuduh saya. Awak ingat saya ni takde kerja lain ke nak buat hah?" kalut Hafiz menyangkal.
Takkan dia mahu mengaku yang dia sebenarnya sudah mengekori Naura sejak daripada universiti lagi. Habislah kantoi nanti.
"Habis pak cik buat apa datang kedai buku ni?" soal Naura masih curiga.
"Kebetulan saya lalu depan kedai buku ni. Lepas tu ternampak awak dekat dalam so saya singgahlah dekat sini," ujar Hafiz bersama debaran di dada.
"Okay takpe saya terima alasan pak cik tu," kepala dianggukkan berkali-kali. Kaki melangkah menuju ke arah bahagian yang menempatkan perbagai jenis buku rujukan pula.
"Fuhh nasib baik.." omel Hafiz.
"Apa dia pak cik cakap?" menoleh Naura. Mata merenung tepat ke arah Hafiz.
"Eh takde apa-apa. Mana ada saya cakap apa-apa," dalih Hafiz.
"Hmm.. Okay.."
SEBUAH kereta mewah berjenama Chevrolet Camaro memasuki halaman rumah keluarga Naura. Hafiz keluar dengan penuh gaya sekali daripada perut kereta. Dia melangkah penuh berkarisma menuju masuk ke dalam rumah banglo 2 tingkat itu."Assalamualaikum.. " salam dilaung penuh tertib. Almaklumlah nak menghadap keluarga mentua mestilah kena tunjukkan sikap yang bagus."Waalaikumusalam.. Ha sampai pun kau Hafiz. Masuklah," pelawa Encik Kamarul ramah.Hafiz dah tersengih bagai kerang busuk. Ajakan Encik Kamarul disambut baik. Dia segera masuk dan melabuhkan duduk di ruang tamu. Mata dah tercari-cari pemilik hatinya itu. Dimanakah keberadaan si cantik manis itu?"Naura mana?" soal Hafiz tak sabar."Naura ada dekat atas lagi. Tengah bersiaplah tu. Kau bawak bersabar sikit ya. Anak dara aku tu kalau bersiap memang mengalahkan tuan puteri," ujar Encik Kamarul. Bukan dia tak nampak sejak masuk ke dalam rumah Hafiz bagaikan tercari-cari bayang anaknya itu.
GAUN putih yang tersarung ditubuh langsingnya ditilik atas bawah. Melalui pantuan cermin yang ada di hadapannya saat ini, mata tunak merenung pula ke arah wajahnya. Dengan solekan yang cukup tipis sahaja cukup untuk menaikkan seri diwajahnya. Ini semua adalah hasil sentuhan daripada salah seorang juru solek terkenal yang ditempah khas oleh Hafiz buat Naura.Siapa sangka malam semalam tepat jam 9 malam Naura dan Hafiz selamat diijab kabulkan. Kini dia sudah sah bergelar isteri buat lelaki berusia 47 tahun itu. Dan apa yang pasti selepas ini kehidupannya juga pasti akan berubah."Tak siap lagi ke?"Naura yang sedang larut dengan lamunannya itu tersentak seketika apabila dengan tiba-tiba Puan Ramlah datang menyapanya. Puan Ramlah yang baru saja melangkah masuk ke dalam ruangan bilik hotel itu datang mendekati Naura dengan senyuman manis yang tak lekang dibibir."Naura kenapa ni? Monyok
TUALA hotel yang sudah digunakan dicampakkan kasar ke dalam bakul pakaian kotor. Kaki melangkah merapati Naura yang sedang duduk bersantai diatas katil. Punggung dilabuhkan duduk bersebelahan cik isteri.Naura yang tadinya leka merenung ke arah skrin telefon bimbitnya mendongak sedikit apabila sedar akan kehadiran Hafiz. Liur ditelan kesat apabila melihat ke arah Hafiz yang tidak mengenakan baju itu. Tersembur otot-otot six pax dibahagian perut lelaki itu. Malah haruman maskulin yang terbit dari tubuh lelaki itu sedikit membuatkan dia terpesona."Naura? Dengar tak apa yang saya cakap ni?" soal Hafiz. Tangannya dah melambai-lambai ke hadapan wajah Naura yang sudah mengelamun jauh itu."Ha? Pak cik cakap apa?" terkebil-kebil Naura membalas pandangan Hafiz."Hesy Naura ni. Tu lah mengelamun lagi sampai apa saya cakap pun Naura tak dengar," cebik Hafiz."Ala sorry lah saya tak sengajalah. Pak cik nak cakap apa sebenarnya ni?" soal Naura ber
BEG bagasi berisi pakaian milik Hafiz dan Naura diletakkan ke dalam bonet kereta. Usai itu pintu kereta di bahagian penumpang di sebelah hadapan di bukakan khas buat cik isteri kesayangan. Bibir tak lekang melorekkan senyuman manis bak gula yang tertumpah. Tutup saja daun pintu, Hafiz segera berlari menuju ke arah pintu di bahagian pemandu. Usai memakaikan tali pinggang keledar ke tubuh sasanya dia menoleh sebentar ke arah Naura. "Are you ready sayang?" soal Hafiz. "Yes I'm ready..!" sahut Naura teruja. Terhambur tawa Hafiz melihatkan keterujaan yang dipamerkan oleh Naura. Dengan lafaz Bismillah, perlahan-lahan pedal minyak kereta di tekan. Sekaligus meninggalkan perkarangan hotel mewah tempat mereka bermalam. Kereta dikemudi menuju masuk ke dalam laluan lebuh raya. Hafiz dan Naura sudah merancang mahu menghabiskan cuti mereka dengan pergi berbulan madu bersama. Pada mulanya Hafiz mahu mengajak Naura untuk pergi berbulan madu di luar negara ta
GAUN tidur nipis yang sudah tersarung ditubuh langsingnya ditilik atas bawah. Bibir bawah digigit perlahan-lahan. Wajah dah memerah apabila melihatkan penampilan yang dirasakan cukup seksi. Tak pernah langsung Naura berpakaian sebegini seumur hidupnya. Tapi demi suami yang sedang merajuk di paksakan jua tubuhnya menyarung gaun tidur hasil pemberian si umi tercinta. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Naura segera melangkah keluar dari kamar mandi mewah itu. Perasaan gugup yang bertandang di dalam hati di kawal sebaik mungkin. Keluar saja dari kamar mandi kepala dah terjenguk-jenguk mencari bayang encik suami. Mata dah melilau ke sekeliling kamar tidur itu, namun bayang Hafiz langsung tidak kelihatan. "Mana pulak pergi orang tua ni?" omel Naura tanpa sedar. Tak betah terus di belenggu dengan rasa penasaran, kaki di atur menuju keluar dari kamar tidur. Saat k
MATA yang tadinya terpejam rapat di buka perlahan-lahan. Mata yang terasa begitu pedih di usap seketika, membuang rasa kantuk yang masih tersisa.Tubuh segera dipusingkan menghadap ke sebelah kanan. Tersungging senyuman manis di bibir apabila melihatkan wajah tenang sang isteri yang sedang elok di buai mimpi indah dengan beralaskan lengan sasanya.Melihatkan wajah kepenatan sang isteri bibir automatik mengulumkan senyuman bahagia. Mengingati peristiwa keramat semalam membuatkan Hafiz tak henti mengukirkan senyuman manis. Dia benar-benar rasa bahagia. Naura kini dengan rasminya sudah sah menjadi hak miliknya. Dan Hafiz yakin tidak akan ada sesiapa pun yang mampu memisahkan mereka lagi. Cintanya kini hanya untuk Naura Khalisha. Isteri kesayangannya. "Hmm..." suara rengekan Naura menyentakkan Hafiz yang larut dengan lamunannya itu. Di palingkan wajah menghadap ke arah Naura yang erat memeluknya itu. "Morning sayang..." ujar Hafiz. Tubuh Naura di pe
BEBOLA mata dah melingas ke kiri dan ke kanan. Hati dah di landa dengan perbagai persoalan saat melihat deretan rumah-rumah banglo mewah yang melatari pemandangan matanya saat ini. Wajah tenang Hafiz yang sedang santai memandu itu di kerling seketika sebelum mata sekali lagi melabuh pandang ke arah deretan rumah banglo yang tersergam indah mengisi ruang mata. Tak betah lagi terus diasak dengan perbagai tanda tanya Naura lekas mengutarakan soalan buat encik suami yang kelihatan tenang memandu. "Abang kita nak pergi mana ni?" soal Naura. Mendengarkan suara halus sang isteri, Hafiz lekas menoleh seketika ke arah Naura. Bibir tercalit senyuman manis sebelum soalan cik isteri di jawab. "Kita nak balik rumah kita lah sayang oi," jawab Hafiz. "Balik rumah kita?" soal Naura tak percaya. "Yalah..." jawab Hafiz. Naura yang mahu meneru
"AKU betul-betul tak sangka wife Tuan Hafiz tu muda sangat. Entah-entah dia tu lebih muda daripada kita ni," ujar Nana salah seorang pembantu rumah di dalam rumah besar milik Hafiz."Betul kata kau tu, aku sendiri pun terkejut. Macam tak percaya Tuan Hafiz kahwin dengan perempuan muda macam tu. Aku syak umur dia tu lebih muda daripada kita semua ni," setuju Mimi rakan sekerja Nana yang juga merupakan pembantu rumah."Apa yang kamu semua nak pelik sangat? Zaman sekarang ni orang dah tak heranlah. Muda ke tua ke kalau dah namanya jodoh tu tak ada siapa pun yang boleh halang," celah Mak Bi selaku tukang masak di rumah itu."Memanglah orang tak heran Mak Bi, tapi Madam Naura dengan Tuan Hafiz tu saya tengok jauh sangat perbezaan usianya. Kalau beza 4 ke 5 tahun saya tak pelik tapi pada pandangan mata kasar saya, Madam Naura dengan Tuan Hafiz tu jarak usianya terlalu jauh. Dah macam anak dengan bapak. Madam Naura tu nampak sangat macam budak-budak ka