Share

18

Am masuk ke kelas tanpa reaksi. Wajah rakan-rakan sekelas memandang kepadanya dengan wajah yang sukar untuk Am tafsirkan. Punggung Am terus dihenyak ke kerusi belajar, tiba-tiba Hira mendekati mejanya.

"Awak..." panggil Hira sambil meletak dagunya di atas mejanya. Badan Hira sedang duduk mencangkung di hadapan meja Am. Bibirnya mencebik sambil mengelip mata penuh manja kepada Am.

"Eihhh!" terkejut Am dibuatnya dengan wajah Hira yang seolah-olah meminta penampar.

"Kau dah kenapa gila?" tinggi nada suara Am kerana terkejut bukan main kepalang.

"Lambatnya awak masuk kelas, awak pergi mana?" tanya Hira dengan nada manja membuatkan Am berasa geli-geliman seketika. Air liurnya ditelan sambil memandang ke sekeliling.

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status