"I want nobody, nobody but you!" Theo menepuk-nepuk tangannya. Lirik yang sama dinyanyikan lagi lalu tangannya ditepuk lagi mengikut rentak.
"Bisinglah kau ini" marah Ethan. Matanya memandang ke arah skrin telefonnya semula. Nak belajar pun tak senang!
"Kalau tak nak dengar, tutuplah telinga" balas Theo dengan muka yang tidak bersalah.
"Masalahnya aku dah pakai airpod ini tapi still dengar suara katak kau itu" ujar Ethan lagi. Theo mencebik.
"Whatever" kata Theo dengan reaksi yang sengaja ingin mencari pasal. Sengaja hendak buat Ethan naik darah dengan perangainya. Dia menyanyi lagi tetapi dengan nada yang lebih kuat.
Ethan hanya bersabar sahaja. Dia menyambung ulangkajinya. Jayden disebelah hanya bermain game. Ethan mengeluh lagi.
"Jayden, please" Jayden memandang Ethan. Bahunya diangkat. Kakinya yang berada di atas meja digoyang-goyangkan.
Lelaki itu menyambung bermain permainan videonya. Cukup bising dengan bunyi tembakan di dalam game PUBG itu.
Ethan mengetuk kepalanya perlahan dengan telefon ditangannya. Dia bangkit berdiri. Tidak senang dia hendak belajar dengan suasana seperti itu. Kakinya melangkah pergi.
"Woi! Pergi mana?" jerit Theo apabila lelaki itu melangkah pergi meninggalkan kelas 5 Bronze 3 itu. Semua guru sedang bermesyuarat dan sekarang kebanyakan pelajar berkeliaran.
"Mati!" balas Ethan. Dia berjalan tanpa hala tujuan. Kakinya melangkah ke belakang bangunan. Dia kenal dengan figura itu.
"Hazel" tegur Ethan. Hazel yang sedang bermain dengan Milo mendongakkan kepalanya. Dia mengukir senyuman nipis untuk lelaki itu.
Ethan membalas senyuman itu. Ethan mengambil tempat duduk di sebelah Hazel dan turut menyandarkan badannya di batang pokok.
"Kau buat apa dekat sini seorang-seorang?" tanya Ethan. Hazel masih lagi membelai Milo.
"Aku memang biasa lepak dekat sini" balas Hazel. Terasa sedikit janggal kini. Mungkin kerana ini adalah Ethan dan bukan Theo atau Lucas yang banyak mulut.
"Mana yang lain?" tanya Hazel. Mungkin dia sudah berasa selesa hendak berkawan dengan 4 lelaki itu. Entahlah.
"Theo dengan Jayden ada dalam kelas dia orang. Lucas aku tak tahu" jawab Ethan. Tangannya naik membelai Milo. Dia tersenyum.
"Kucing kau ke?" tanya Ethan kepada gadis itu. Hazel menggelengkan kepalanya.
"Taklah. Kucing ini memang ada dekat sekolah tapi aku suka main dengan dia" balas Hazel. Ethan mengambil Milo dari Hazel. Milo dibelainya.
Ethan tersenyum manis. Milo sangat manja. Hazel yang melihat senyuman itu terpaku. Serius hensem!
"Nama dia apa?"
"Ha?" Lamunan Hazel terhenti. Dia berdehem perlahan.
"Nama dia apa?" Ethan mengulangi semula soalan. Hazel dipandang sekilas.
"Milo" balas Hazel. Ethan menganggukan kepalanya. Milo dipulangkan semula kepada Hazel.
Hazel menyambung bermain dengan Milo. Ethan mengeluarkan telefonnya daripada poket seluar dan aplikasi ulangkaji menjadi pilihannya.
Hazel membelai kucing itu yang berada di dalam pelukannya. Dia mengerling ke arah Ethan disebelahnya yang sedang memandang skrin telefon.
"Kau buat apa?" tanya Hazel ingin tahu. Ethan menunjukkan skrin telefonnya. Hazel menganggukkan kepalanya. Awalnya lelaki itu belajar addmath. Rasanya dia tidak lagi belajar bab itu.
"Nak aku ajar?" pelawa Ethan. Hazel membulatkan matanya.
"Kau dah belajar ke tajuk ini dalam kelas?" tanya Hazel ingin tahu. Ethan menggelengkan kepalanya.
"Tapi aku tahu macam mana nak buat. Senang saja" Hazel hampir terlupa. Lelaki ini sememangnya genius.
"Kau nak ajarkan ke?" tanya Hazel berminat. Mana dia tahu dia boleh pandai addmath. Lagipun subjek addmath ini dia agak lemah.
Ethan menganggukan kepala sebagai jawapan. Dia tidak pernah menawarkan untuk mengajar sesiapa termasuk sahabat-sahabatnya sebab dia tahu dia orang takkan nak.
Kalau diajaknya Theo ulangkaji pasti lelaki itu akan balas, 'Aku dah cukup bijak untuk belajar semua ini. Jadi tak payah belajar'
Kalau Jayden pula, nampak saja jejaka itu dingin tetapi lelaki itu tak boleh lepas daripada bermain game. Lelaki itu memang gamers teruk. Dia hanya akan belajar apabila peperiksaan semakin hampir.
Kalau Lucas pula, lelaki itu bukan sahaja malas belajar malah kaki ponteng. Kalau diajak belajar memang jejaka itu tidak mahu.
"Ada kertas?" tanya Ethan. Hazel mengangguk lalu kertas A4 dikeluarkan daripada beg sekolahnya. Pen juga turut dikeluarkannya. Milo dibiarkan berbaring di sebelahnya.
"Ini soalan dia" Ethan menuliskan soalan di atas kertas A4 itu lalu dia mula mengajar membuat jalan kerja yang betul. Hazel mengangguk faham.
"Nah cuba" ujar Ethan setelah selesai membuat jalan kerja. Hazel mengambil pen di tangan Ethan. Dia mencuba membuatnya. Sesekali Ethan membantunya.
"Betul ke?" tanya Hazel dengan
ragu-ragu. Kertas ditunjukkan kepada lelaki itu. Ethan meneliti jalan kerja tersebut.
"Good" Kepala Hazel diusap perlahan. Hazel terpaku. Ethan menarik tangannya apabila perasan wajah Hazel yang kelihatan merah. Mungkin gadis itu malu. Dia tersenyum kecil.
"Ha dating!" Hazel dan Ethan memandang ke arah punca suara itu. Hazel terus mengangkat Milo yang tidur ke pangkuannya. Dia cuba menahan malu.
"Kau nak apa manusia?" tanya Ethan malas. Wajah sahabat-sahabatnya dipandang. Lucas mencebik. Theo tersengih. Jayden seperti biasa dengan wajah tanpa riaknya.
"Dating tak ajak eh" kata Lucas lagi.
"Ajak kau buat apa? Itu bukan dating namanya" balas Ethan selamba. Hazel disebelah sudah menahan malu. Selambanya Ethan!
"Hazel suka lah itu. Elelele" usik Theo. Suka melihat Hazel yang menahan malu.
"Dah tak payah nak usik dia. Aku dengan dia study saja" ujar Ethan. Menahan sahabat-sahabatnya dari mengusik Hazel dengan lebih lagi.
"Eleh! Nak backup lah itu!" kata Theo sekadar mengusik. Hazel hanya tersenyum. Malu sebenarnya apabila diusik sebegitu.
Tanpa mereka sedari Lucas sudah berada di belakang pokok. Jayden perasan dengan kehadiran Lucas di situ.
Dia mengangkat sebelah keningnya ke arah lelaki itu. Lucas sekadar meletakkan jari telunjuknya di bibir sebagai isyarat untuk diam.
Lucas menyeluk plastik yang dilipat kemas di dalam poket seluarnya. Getah dibuka lalu dia terbalikkan plastik tersebut.
"Suprise!"
"Argh!"
"Lucas!"
________
Hazel keluar dari bilik persalinan pelajar perempuan dengan wajah tanpa riak. Rambutnya kelihatan lembab dan dia memakai baju sukan sekolah.
"Hazel dah siap!" jerit Lucas. Dia tertawa kuat apabila Hazel memberinya pandangan yang setajam bak mata helang.
"Sengal lah kau Lucas" ujar Jayden kepada Lucas. Lucas hanya ketawa sahaja.
"Jadikan suprise aku?"
"Suprise kepala otak kau!" marah Hazel. Tidak pasal-pasal dia perlu mandi kerana Lucas menuang tepung di atas kepalanya.
"Kau ini comel lah bila marah" Lucas menarik kedua belah pipi Hazel tetapi gadis itu menepis kasar.
"Wuu! Garang!" Lucas membuat gaya seperti mencakar. Hazel sudah mengangkat tinggi tangan yang digenggam. Tinggal hendak tumbuk sahaja Lucas. Lucas tertawa lagi.
"Apa hal bising sangat? Dari jauh aku dah dengar suara langsuir ketawa" tegur Ethan yang baru tiba. Dia menggosok rambutnya yang lembab. Dia juga turut mandi kerana terkena tempias tepung.
"Tak guna kau" Ethan membuat muka mengejek. Lucas mengembangkan hidungnya dan membuat muka buruk. Mengejek Ethan kembali. Ethan malas hendak melayan.
"Kenapa kau tukar baju sukan?" tanya Jayden kepada Theo yang turut baru tiba bersama Ethan.
Theo menemani Ethan ke bilik persalinan pelajar lelaki manakala dia dan Lucas menemani Hazel. Sekadar menunggu gadis itu di luar bilik persalinan. Takkan nak masuk sekali.
"Support member" balas Theo ringkas dengan sengihan. Jaranglah kalau Theo tidak tersenyum atau menyengih. Selalu saja wajah itu terhias dengan senyuman.
"Aku pun nak juga!" Lucas berlari pergi kerana ingin menukar baju sukan. Dia rimas memakai uniform sekolah. Jayden mengikuti langkah Lucas dengan berjalan santai sahaja.
"Tak apa ke pakai baju sukan?" tanya Hazel kepada Ethan dan Theo.
"Tak apa. Paling-paling pun langgar peraturan sekolah. Tak begitu Ethan?" Ethan mengangguk kepala bersetuju.
Hazel sudah gelisah. Tidak pernah lagi dia melanggar peraturan sekolah dengan memakai baju sukan bukan seperti yang ditetapkan.
"Tak kena denda ke?"
"Kena denda? Sekejap aku fikir"

THE STUPIDOS"The friendship will never ends"_____"Ethan!" Hazel berlari anak menuju ke arah Ethan. Terkejut Ethan dibuatnya apabila Hazel memeluknya. Nasib sahaja tidak tertumpah air di dalam gelas ditangannya itu."Kau ini nasib tak tumpah air aku ini" kata Ethan. Hazel mendongak memandang Ethan dengan sengihan."Marah ke?" tanya Hazel ingin tahu. Ethan menunduk memandang gadis itu. Dia menjentik dahi Hazel perlahan."Tak" balas Ethan selamba. Hazel mencebik."Dah ke tepi. Aku nak minum air ini" Ethan menyuruh gadis itu melepaskan pelukan."No" balas Hazel. Dia mengetatkan pelukan. Ethan mengangkat sebelah keningnya."Hmm?" Hazel mengerdip-ngerdipkan matanya. Wajah comel ditayangkan."Kau nak apa ini? Cakap saja" ujar Ethan. Apabila Hazel sudah membuat perangai manja sebegitu, pasti ada yang gadis itu ing
THE STUPIDOS"The friendship will never ends"_____"Dah siap belum?" tanya Hazel kepada Theo. Kelihatan lelaki itu tergesa-gesa menyumbat barangnya ke dalam bagasi."Aku dah kata ambil flight seminggu ke 2 minggu awal. Tak ada lah rushing macam ini. Ini lusa kau nak kahwin baru malam ini sibuk nak balik London" bebel Hazel. Susah betul dapat kawan bebal macam ini."Alah sayang. Aku nak enjoy saat-saat terakhir aku jadi bujang" balas Theo tanpa rasa bersalah. Bagasinya dizip lalu ditarik keluar. Hazel mengikuti langkah lelaki itu."Banyaklah kau. Ini baju pengantin kau macam mana?" tanya Hazel. Theo tergelak kecil."Nanti sampai London aku beli saja baju lain. Pilih saja lah mana-mana. Pakai sehari saja pun" Membulat mata Hazel mendengarkan kata-kata lelaki itu."Habis itu yang siang tadi kau pergi butik itu buat apa
THE STUPIDOS"The friendship will never ends"____Theo menggoyang-goyangkan kakinya yang terletak elok di atas meja kopi. Mulutnya pula mengunyah makanan ringan. Matanya tidak lari daripada memandang kaca televisyen itu.Pap!"Sakit lah gila!" marah Theo apabila kakinya menjadi mangsa pukulan menggunakan alat kawalan jauh itu."Kau buat apa dekat sini?" tanya Theo kepada Natalie yang berdiri di tepinya. Alat kawalan jauh ditangan Natalie dirampas."Aku tunggu kau 2 jam tahu tak? Kata nak fitting baju!" marah Natalie. Theo tergelak sahaja tanpa rasa bersalah."Kau yang nak pakai baju itu. Fitting lah seorang-seorang. Lagipun aku sibuk""Sibuk kepala lutut atuk kau!""Eh atuk aku itu atuk kau juga tahu" balas Theo selamba. Natalie mengetap giginya.Natalie melabuhkan duduknya di sebelah
THE STUPIDOS"The friendship will never ends"____"Nak ke tak nak?" Lucas memandang siling biliknya. Pensel ditangannya dipusing-pusingkan."Nak ke tak nak?""Nak ke tak nak?"Lucas duduk tegak semula. Kerusinya dipusingkan menghadap meja kerjanya. Kertas A4 dicapai. Dia perlu membuat lirik lagu untuk lagu barunya."Haish!"Sesungguhnya tangannya tak menulis seperti apa yang difikirnya. Saat melihat nama Bella yang ditulisnya di atas kertas tadi, terus sahaja dia mencampak pensilnya. Dia menggelengkan kepalanya."Nak ke tak nak?" tanya Lucas lagi kepada diri sendiri."Apa aku buat ini? Serupa orang gila dah" Rambutnya diserabaikan. Dia merenung A4 di hadapannya itu. Pensil dicapai semula."Nak ke tak nak?" Tanpa sedar tangan Lucas bergerak menulis di atas A4 tadi.Bell
THE STUPIDOS"The friendship will never ends"_____"Woi! Kambing!" Tersedak Theo apabila mendengar jeritan Lucas itu."Mana kambing?" Theo bangkit berdiri. Sekelilingnya dipandang mencari haiwan itu."Kambing!""Mana kambingnya?" Theo berdiri di atas sofa. Matanya memandang sekeliling ruang tamu mencari keberadaan kambing yang dimaksudkan oleh Lucas itu."Kau kambing!""Mana? Macam mana kambing itu boleh masuk dalam rumah kita?" Theo masih mencari kambing tersebut."Kambing!" Lucas tertawa kecil melihat kebodohan Theo itu."Mana tak guna?" jerit Theo."Kau lah kambing itu!" Theo memandang Lucas tajam. Dia melompat turun dari sofa itu lalu mencapai bantal kecil dan dibaling ke arah Lucas tetapi Lucas sempat mengelak. Lucas tergelak kuat."Woi! Kau tunggu nasib kau
LUCAS HARVEY"Weyh tengok itu Lucas""Hensemnya""Betul itu"Lucas hanya meneruskan langkahnya ke dalam perkarangan sekolah. Banyak mata yang memandang ke arahnya. Dia sudah biasa dengan situasi itu."Lucas!"Lucas tersenyum lebar melihat gadis itu. Gadis itu berdiri bersama 3 jejaka yang lain. Dia melambai ke arah gadis itu lalu berlari anak ke arah mereka._____"Minggu depan kita akan adakan konsert dekat London. Esok kita akan fly ke sana. Tak ada apa lagi. Itu saja lah" ujar Mark sambil matanya beberapa kali melihat helaian kertas ditangannya. Takut dia tertinggal apa-apa maklumat penting.Lucas memandang Mark. Lamunannya terhenti apabila mendengar kata-kata Mark. Tiba-tiba sahaja dia teringat kisah zaman sekolahnya."Itu saja kan?" Mark mengangguk sebagai jawapan.Lucas bangkit berdiri l
-Your problem is my problem too-____"Ethan. Ethan. Ethan" Hazel berlari masuk ke dalam villa setingkat itu. Diterjah sahaja rumah itu sebaik sahaja dia keluar dari perut teksi tadi."Ethan!" Hazel masih mencari-cari manusia bernama Ethan Einsteirn itu. Mana lelaki itu pergi? Main sorok-sorok ke? Kenapa tak bagitahu dulu nak main sorok-sorok?"Suzen. Oh Suzen. Ada nampak pakcik Hazel tak?" Hazel mengangkat kucing berwarna kelabu itu dan bercakap dengannya. Suzen cuba melepaskan diri.Jangan tanya mengapa nama kucing itu seperti nama perempuan. Itu semua disebabkan dua orang manusia bernama Theo Zander dan Lucas Harvey. Berebut mahu meletakkan nama sedangkan itu kucing Ethan.Meow!"Alah. Pakcik Ethan"Meow! Meow! Meow!Kelihatan kucing betina itu seperti memarahinya. Hazel mencebik. Dia meletakkan Suzen di atas lantai
-They are always with me when Ineed them, I just hope they will stayby my side until my last breath-_____"Nef! Oh my gosh! We meet again!" ujar Sophia teruja. Kali ini gadis itu berpakaian kasual sahaja. Skirt jeans paras lutut dan baju tshirt lengan panjang.Jayden yang sedang menunggu Theo mengeluh. Boleh pula terjumpa dengan gadis ini. Elok saja selama dia tengah bercuti ini tidak berjumpa, tiba-tiba dia yang baru balik dari Jepun ini terserempak dengan Sophia."Nef! You look so handsome. Awak pilot rupanya" puji Sophia dengan senyuman manis. Jayden hanya buat tidak dengar sahaja. Matanya melilau mencari Theo. Katanya mahu menjemput dia pulang."Nef...""I'm not Nef" ujar Jayden apabila gadis itu asyik memanggil dirinya sebagai Nef. Entah nama siapa gadis itu gunakan."Habis itu awak tak nak bagitahu nama awak. Saya panggil saja
-To love is nothing. To be loved issomething. But to love andbe loved, that's everything-_____Hazel memuncungkan bibirnya apabila melihat Ethan yang sibuk dengan iPadnya. Sejak tadi lelaki itu sibuk dengan kerjanya."Aku haus""Pergilah minum""Aku lapar""Masaklah sana" balas Ethan yang masih memandang iPadnya. Hazel mencebik."Aku bosan""Diam saja""Masakkan untuk aku. Kau masak sedap" pinta Hazel. Lengan baju Ethan ditarik-tarik. Ethan memandang Hazel. Dia menggelengkan kepalanya."Aku tengah busy ini" Jarinya bergerak-gerak di atas skrin iPadnya itu. Hazel mengembungkan pipinya.Dia duduk menghadap Ethan dari tepi. Kakinya diletakkan di atas riba Ethan. Bahunya disandarkan di sofa. Kakinya dihentak-hentak di atas peha Ethan. Rasakan."Sakitlah