Warung Jemmy. Begitu ramai pelanggan datang malam ini. Dia dan Amani bertungkus lumus menyiapkan order. Amani yang sudah semakin cekap telah mengambil alih bahgian membancuh air, membolehkan si Pondan Jemmy itu fokus pada bahgian dapur pula. Meski hanya berdua, namun mereka dapat tanganinya dengan cermat.
"Amani.. tolong pergi kedai kejap boleh?"
Laung si Jemmy bersama lenggoknya. Sementara tangannya sedang melagakan kuali dengan sudip bagi mensebatikan nasi goreng yang sedang dibuatnya."Boleh. Nak beli apa?"
Dijawap pantas oleh Amani yang baru siap menghantar pesanan pada meja pelanggan."Tolong beli sos ikan, kicap manis, plastik pembungkus size kecil, lepas tu topup mi kuning sikit. Takut tak cukup. Belilah empat ke lima bungkus lagi."
Omelnya sambil menggoncang-goncang kuali ditangan."Apa dia abang Jemmy? Tulis boleh tulis? Tak clear lah abang Jemmy cakap."
Jemmy kacip gigi seketika. Ishh, budak ni. Api dimatikan, proses membuat nasi goreng kampung pun tamat. Nasi disudukan kedalam pinggan, disusun rapi sebelum dibawa oleh Amani untuk diserahkan pada pelanggan.
"Sekejap abang Jemmy tulis."
Sementara Amani menghantar nasi goreng, Jemmy telah menulis catitan pada kertas barang-barang yang Amani kena beli dikedai sebentar nanti. Mujur kedai runcit tidak begitu jauh. Hanya jalan kaki sahaja dari tempat itu. Usai itu, kertas dan juga wang diserahkan pada Amani untuk membeli barang-barang yang dicatitnya.
Sebelum pergi ke kedai, Amani terlebih dahulu memberi tahu Ramona yang mana wanita itu turut berada dikedai itu. Selepas berehat dua hari dirumah, kondisinya kini mula sedikit membaik, membolehkannya turun serta keluar bersiar-siar.
"Mommy, Amani nak pergi kedai sekejap. Mommy kalau nak makan pesan je dengan abang Jemmy. Nanti Amani bayarkan."
Pesannya pada mommy nya.Ramona tersenyum lembut dan termangut menyetujui kata-kata anak angkatnya.
"Baiklah. Amani hati-hati pergi kedai tu. Jaga-jaga, anjing banyak."Pesan mommy nya hanya mendapat anggukan dari Amani, sebelum gadis itu mula mengatur langkah menuju kekedai runcit.
Sepeninggalan Amani, Razi pula tiba dimeja Ramona. Wanita itu langsung membuang pandang kesamping. Ini kalau dah muncul ni tak ada benda lain la ni. Naik jijik dia mahu melihat wajah durjana lelaki itu.
"Hai mommy Mona. Sehat dah ke? Hehehe, sori la. Aku belasah kau lebih hari tu. Kau degil sangat."
Sapanya bersama senyum sampai telinga. Lelaki itu telah mengambil kerusi bagi untuknya meletakkan punggung.Ramona tahu, bila sudah begini tampangnya, tak ada lain lah yang dia mahu. Sebelah mata pun Ramona tak sudi mahu memandang. Mulutnya bungkam tidak mahu menjawap kata-kata lelaki itu. Namun Razi tidak perduli pun. Dia tetap saja mendekati wanita itu.
"Mona. Jom kita on malam ni. Lama dah kau tak layan aku."
Rambut Ramona dicuit sedikit menggunakan hujung jari. Wanita itu masih membuang pandang."Aku tak sihat. Kau cari orang lain."
Dingin bicaranya menjawap tanpa memandang Razi."Ala, tak kan tak sihat lagi? Lagipun, aku tak ada duit nak on dengan orang lain. Kau jelah yang aku ada."
Mata Ramona mengecil. Pandangnya ditusuk tajam kewajah Razi. Lelaki ini sungguh melampau.
"Kau dah kebas duit anak aku 500, lepas tu kau kata tak ada duit. Dan sekarang kau nak tidur dengan aku free macam tu aje? Kau memang dasar bapak ayam tak tahu malu kan."Pedas mulutnya membidas. Tidak kuasa lagi dirinya mahu berlembut dengan syaitan bertopeng manusia dihadapannya itu.Bengang dengan kata-kata Ramona, Razi kemudian bingkas. Wajahnya mendengus marah membalas tenungan tajam Ramona.
"Ok. Kau tak nak layan aku kan? Kau tengok jap lagi apa aku buat."Usai ucapannya, Razi pantas menghayun langkah meninggalkan tempat itu. Ramona tidak tahu apa yang lelaki itu mahu lakukan. Tetapi dia berharap supaya tidak terjadi apa-apa yang buruk terhadap Amani.
Razi menghayun langkah deras membawa hati yang mendongkol kerana telah ditolak hajatnya oleh Ramona. Matanya kini meliar kesan kemari dikawasan kedai runcit diseberang jalan. Kawasan itu sedikit terselindung dan agak jauh.
Bibirnya koyak senyum senget. Kelibat gadis bertudung bawal pink itu dikesan keluar dari kedai runcit baru sahaja selesai menyudahi urusannya membeli barang.
Matanya awas memerhatikan gadis itu yang terus melangkah keluar menuju jalan raya. Diekori dari belakang perlahan-lahan. Ditunggunya masa gadis itu untuk tiba ditempat yang agak terselindung untuk memudahkan kerjanya.
Amani terus membawa langkah untuk pulang kekedai Jemmy tanpa perasaan was-was. Kakinya terus dihayun sehingga tiba dikawasan yang agak sunyi, disitu Amani mula merasa tidak sedap hati. Bunyi tapak kaki kedengaran seperti mengekori langkahnya. Namun Amani teruskan sahaja menapak.Sehinggalah dia tiba dikawasan agak gelap diberhampiran simpang, seseorang telah menyergap tubuh kecilnya dari belakang.
Amani menjerit dan meronta minta dilepaskan. Plastik bungkusan ditangan juga terlepas.
"Tolong... AAAAAA,, lepaskan.."
Amani menjerit sekuat hati menggunakan segenap kekuatan sebelum lelaki itu bertindak menekup mulutnya. Amani terus meronta untuk melepaskan diri."Diam lah. Aku nak rasa kau sikit je. Selama ni aku geram je dengan kau tahu tak. Tapi sebab aku ni baik, tak nak usik kesucian kau, aku tahan je. Ni kau dah barai ni boleh la bagi aku merasa, kan."Sambil bergelut merangkul Amani, mulut Razi menghambur kata-kata itu.Amani masih berusaha bergelut melepaskan diri. Beberapa kali dia cuba memukul lelaki itu, namun tak dapat. Lelaki itu pantas mengelak dari pukulan tangan kecilnya.
Pin. Pin..!
Bunyi hon dari sebuah kereta yang lalu dikawasan itu telah memeranjatkan Razi. Tangannya serta mereta terlepas dari merangkul Amani. Wajahnya bengang kerana sekali lagi hajatnya digagalkan seseorang.
Amani yang sudah terlepas dari Razi segera mencapai plastik bungkusan yang dibelinya tadi. Tudung yang sudah herot dibetulkan. Nafas yang termengah-mengah diatur perlahan.
Mata mereka kemudian tertumpu pada sosok seseorang yang keluar dari kereta yang mana kendaraan itu telah berhenti disitu.
Lelaki itu keluar dari Mercedes nya dan melangkah meghampiri mereka dengan wajah ketat. Amani sangat bersyukur kerana Tuhan telah mengirimkan penyelamat untuknya.
"Ehem.."
Kedengaran lelaki itu berdehem memecah hening. Wajah Razi sudah risau bila lalaki itu menghantar tenungan kearahnya."Apa you buat ni Razi? Dengan budak perempuan pun nak berkasar ke?"
Tegurnya tegas. Lelaki itu telah tiba dihadapan mereka."Errr, tak ada Tuan. Saja main-main dengan Amani je."
Razi berdalih. Wajah lelaki itu dilirik risau olehnya.Sementara Amani sudah mula menjauh dari Razi. Gadis itu masih dalam ketakutan dan menunduk wajah.
Terkejut Amani bila tiba-tiba tangan kasar Muaz telah menggenggam pergelangan tangannya. Wajahnya cemas memandang lelaki itu. Namun senyum ikhlas Muaz perlahan melenyapkan rasa takutnya.
"Jom, I hantar awak balik."Ujar Muaz sambil menarik tangan Amani perlahan. Dan membawa gadis itu menuju keretanya. Disaksikan oleh Razi yang masih tercengang, Amani telah selamat masuk kedalam kereta Muaz. Sebelum kereta itu melesat pergi meninggalkannya."Bukak la tudung tu."Kata-kata Fairuz kedengaran diruang dapur yang sunyi itu. Amani yang sedang sibuk membuat scremble egg melirik sedikit dengan wajah jengkel, sebelum matanya kembali difokuskan pada kuali.Suka hati je nak suruh bukak-bukak. Kau ingat kau siapa? Hatinya mengomel sendiri. Fairuz semakin tercabar melihat respon gadis itu mendiamkannya. Posisinya digeser semakin hampir pada Amani. Senyum senget dilorek dbibir, apabila tangannya sudah semakin berani menyentuh tudung dikepala Amani."Bukak jelah. Aku dah tengok dah pun. Apalagi nak disorok-sorok?""Tak payah lah."Terperanjat Fairuz dengan respon gadis itu kali ini. Dia menepis tangan Fairuz dengan kasar sementara matanya sudah mencerlung menjeling dirinya, sebelum mata itu kembali dihadapkan pada dapur dihadapan.Sekali lagi Fairuz menunjuk respon 'wow'. Dia langsung tak menyangka gadis itu akan berubah sikap sebegini dra
Amani menyeret kaki membawa diri kebilik. Tidak diendah lagi rasa sakit dikaki olehnya. Hatinya terlalu terguris dengan perlakuan Fairuz padanya. Sungguh tidak patut perlakuan pemuda itu memperlakukannya begitu. Air mata telah jatuh tanpa disuruh. Amani duduk merehatkan punggung dibirai katil melayan perasaannya buat seketika.Maya dikatilnya yang telah lena dipandang sebentar. Sebelum dirinya berganjak bangun menuju bilik air. Diatas tikar sejadah dia bersimpuh melantunkan zikir serta memanjat doa. Tak lupa Alfatihah dititip buat sang ibu dialam sana. Rayunya pada Yang Esa meminta agar wanita yang telah melahirkannya itu diampunkan segala dosa semasa hayatnya. Airmatanya dibiar berlinang membasahi kain telekung dibadan. Rasa rindu mula mencekam jiwa. Rindu pada yang telah tiada, adalah rindu yang tiada penghujungnya.Amani telah hanyut dalam tangisnya. Per
"Amani.."Mak Tom menegur dari belakang ketika gadis itu sedang ralit membasuh pinggan."Ya, Mak Tom."Hanya lehernya dipusing bagi menoleh pada Mak Tom dibelakang."Mak Tom nak balik dulu ya. Dah pukul 8 setengah ni. Ubat kencing manis mak Tom lupa pula nak bawak.""Oh. Baiklah Mak Tom. Mak Tom hati-hati ya.""Iyalah. Amani pun sudah-sudah la tu buat kerja. Kaki Amani kan masih sakit."Mak Tom melirik kebawah bagi melihat kaki Amani yang telah berbalut bandage."Dah okey dah ni Mak Tom. Lagipun Amani habiskan kerja sikit aje ni."Alasannya diberi supaya Mak Tom tidak risau."Emm, iyalah. Habis basuh pinggan ni terus naik bilik ya. Yang lain-lain tu biar besok Mak Tom uruskan.""Baik Mak Tom."Usai berpesan demikian, Mak Tom segera pamit meminta diri. Wanita pengidap kencing manis itu sudah berasa lain macam badannya kerna terlambat mengambil ubat untuk hari ini akibat terlupa membawa bek
"A-awak. Ba-Baby nak ma-maggi boleh?"Amani paling pandangan sektika pada Maya, apabila kedengaran gadis OKU itu berkata demi kian. Ahh, sudah. Nak maggi la pulak!Amani membuang keluh sejenak. Jam dinding dikerling sebentar. 9:30pm. Awal lagi, boleh lah dia turun bawah sekejap. Bukan apa, kalau lambat-lambat dia pun sedikit seram dirumah itu. Maklumlah, ruangannya besar-besar. Bila seorang diri, serasa seperti ada sesuatu mengintai. Terus merinding bulu romanya."Emm, baiklah. Baby nak maggi apa?"Tanyanya kemudian."Nak, ma-maggi cup. Yang, pe-perisa, ayam!""Okey. Tunggu sekejap ya. Saya turun dulu. Nanti saya bawa naik kesini."Anggukan Maya dilihatnya. Amani kemudian mencapai kain tudung lagi sekali lalu dibalut buat menutupi kepala. Segera dia menuju pintu lalu menapak keluar. Satu persatu kitchen kabinet dibuka. Dia sudah terlupa dimana dia menyimpan stok ma
Porche milik Fairuz telah tiba dihadapan university tempat Amani menuntut. Kereta itu diperlahankan sebelum ia berhenti sepenuhnya.Fairuz melepaskan tangan dari memegang stering, dan telah memeluk tubuhnya sendiri. Pandangannya kosong dibuang kehadapan, sebelum gumamnya kedengaran."Siapa kau ni sebenarnya?"Soalan itu dilontar tanpa mengubah pandangannya. Amani tersentak dan menoleh laju kearahnya. Wajah lugu gadis itu sedang tidak faham dengan apa yang Fairuz utarakan."Er,, apa maksud Yuz?" Perlahan Amani bertanya supaya lelaki itu memberinya sedikit pencerhan.Fairuz mengerling gusar kearah Amani. Wajah garangnya kelihatan sangat tidak berpuas hati."Yuz?" Sempat Fairuz sungging senyum sinis diantara kata-katanya."Siapa yang benarkan kau panggil aku Yuz? Kau bukan family aku, jadi jangan nak pandai-pandai kau panggil aku Yuz." Ucapannya diteruskan, kasar tanpa perasaan.Amani sudah terdiam ditempatnya. W
Isnin pagi 10am.Suara telifon membingitkan telinga, serta mengusir segala mimpi-mimpi indah yang bermain-main diminda. Matanya terpisat-pisat cuba dibuka meski kantuk masih bersarang dikepala.Meja kecil sebelah katil diraba tanpa membuka mata sepenuhnya. Iphone 11 yang masih bercas dicapai segera. Skrin telifon disua ke muka, memaksa gam-gam yang melekat dimata enyah dengan segera.'My Dad'Nama itu sekali lagi memunculkan diri pada skrin. Keluhnya dilepaskan. "Apa yang orang tua ni nak pagi-pagi ni?" Dia menggerutu sendirian. Mahu tak mahu, panggilan dijawap juga."Hallo ayah." Sapanya dengan suara serak akibat bangun tidur tergesa-gesa."Morning, Baby Boy. Do you just a wake? Seriously?" Balas sang ayah.Kembali Fairuz membuang keluhnya. Celik mata je dah kena bebel. Masa kat UK tak ada pun orang call pagi-pagi dan membebel macam ni."Ermm. What do you want, ayah? Yuz ngantuk ni. Kalau nak membebel