BUNYI deruman air terjun membuatkan Indira tersenyum sendiri seraya matanya dipejamkan rapat. Kedua-dua belah tangannya didepakan ke udara. Dia menyedut oksigen segar yang secukupnya sekali gus menenangkan hatinya. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki di kawasan air terjun. Kali terakhir ketika dia masih kecil lagi.
Sungguh dia tidak sangka, Qarizh datang dengan menunggang motorsikal kemudian dirinya dibawa ke sini. Masak-masak dia ingatkan Qarizh membawanya ke pusat membeli-belah. Memang kekok benar tatkala dia membonceng motorsikal berkuasa tinggi dengan lelaki itu.
"Tenang?" soal Qarizh kepada Indira. Dia mengambil tempat tidak jauh dari gadis itu seraya tangannya dibawa silang ke dada.
Indira mengerling Qarizh dari ekoran matanya. Lelaki itu tidak menoleh ke
Bang! Bang! Bang!TEMBAKANdilepaskan secara bertubi-tubi membuatkan Indira gagal mengesan siapa gerangan-gerangan yang menyerang mereka. Qarizh masih lagi memegang lengannya erat sepertinya tiada tanda-tanda mahu lepas."Sampai bila kita nak bersembunyi belakang ni? Dia orang boleh kesan. Kita kenablahdari sini," ujar Indira memberi idea kepada Qarizh."Masalahnya sekarang ni,sorangkena balas serangan dansoranglagi kena tunggang motor. Macam mana?"Indira menggolengkan matanya. Sisi kepala Qarizh ditunjalnya selamba. Sudahlah bahu lelaki itu cedera, sempat lagi dia menunjal kepala Si Qarizh.
SEPERTIbiasa pada waktu pagi-pagi begini, Izz akan menyediakan sarapan pagi. Dara Alana yang sudah siap berseragam sekolah, berpimpinan tangan menuruni anak tangga bersama dengan Indira menuju ke dapur untuk menikmati santapan pagi yang dibuat oleh Izz. Qarizh tidak lagi kelihatan batang hidungnya. Mungkin masih lena dibuai mimpi."Eh, Qarizh mana? Dia tak turun sekali?"Indira mengerling ke tingkat atas. Bahunya diangkat sekali. "Entahlah. Tidur lagi agaknya.""Pergilah kejut. Sarapan sama-sama.""Erk... adik juga kena kejut? Abangkan lelaki, pergilah kejut."Izz memandang toya ke arah Indira. Tangannya dinaik bersilang ke dada. "Kejut dari luar bilik
TERKEKEH-KEKEHQasrina dan Indira ketawa sehingga terhinggut-hinggut bahu mereka tatkala Saif dan Thakif membuat lawak. Perkenalan di antara Indira dan kawan-kawan Qarizh membawa satu makna pada dirinya sendiri. Dia tak pernah berasa seronok seperti ini. Begini rupanya kalau mempunyai kawan sendiri. Lagi-lagi yang jenis masuk air. Kering gusi dia ketawa dibuatnya."Abang Saif ni, sudahlah! Senak perut Qas tau." Tersandar tubuhnya ke kusyen sofa sambil kepala digeleng-gelengkan dengan matanya terpejam. Letih.Indira di sebelah Qasrina tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Matanya beralih ke arah jam segi tiga yang tergantung pada dinding bilik lepak itu. Sudah menunjukkan pukul satu petang. Namun kelibat Qarizh dan juga Alana masih tidak kelihatan. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu aplikasi What
Lima tahun yang lalu,ALDIberpegangan tangan dengan isterinya sebaik saja keluar dari perut kereta. Rumah bungalow dua tingkat itu dipandang sekilas sebelum jari telunjuk naik menekan punat loceng rumah sehingga kedengaran loceng itu berbunyi nyaring."Abang, nak jumpa dia untuk apa? Bukan urusan hari tu dah selesai?" soal si isteri."Memang dah selesai. Abang dengan dia ada hal sikit nak dibincangkan.""Abang percayakan dia ke? Entah-entah dia pun musuh kita dalam selimut. Macam mana?"Aldi tersenyum sambil menggelengkan kepalanya sekali. Dia faham akan perasaan isterinya yang risau akan dirinya kerana selama ini mudah percayakan orang sehingga mereka
TUBUHdihempaskan kasar di sebelah Alana yang sudah diulit mimpi sejak dalam perjalanan pulang ke rumah. Ketika itu juga, Izz Benazir baru saja memarkirkan keretanya di dalam garaj. Pelik Indira dibuatnya. Semakin kerap angahnya itu pulang lewat ke rumah. Bila ditanya, kerja yang menimbun tak pernah habis. Musykil."Haih, aku geram betullah. Siapa yang iri hati sangat dengan aku ni? Apa yang Qarizh buat dengan lelaki tu? Banyak betul soalan bermain dalam kepala otak aku. Boleh jadi gila macam ni...," bebel Indira seorang diri dengan nada perlahan. Tidak mahu si kecil yang sedang lena tidur terganggu dengan suara bebelannya."Angah pun asyik balik lambat aje. Kerja arkitek dah serupa kerja Perdana Menteri. Apalah dia buat sampai tengah malam macam ni baru nak balik?"
SEPANJANGperjalanan, masing-masing hanya menyepi. Tiada seorang pun yang berani membuka mulut ketika ini dek wajah Qarizh yang menyinga itu. Alana yang duduk di atas riba Qasrina turut mendiamkan diri. Dahinya sekejap-sekejap berkerut. Hairan melihat mereka yang hanya membisu. Hendak bersuara takut dirinya dimarahinya."Qas minta maaf. Ini semua salah, Qas. Qas yang ajak akak keluar. Qas...""Diam."Percakapan Qasrina terbantut tatkala sepatah perkataan keluar dari mulut Qarizh. Indira di sebelah hanya menjeling. Sama sekali tidak puas hati dengan cara Qarizh."Patutnya kau bersyukur yang kita orang selamat. Maksud aku, adik kau selamat. Benda dah jadi. Salah kau juga yang suka biarkan adik kau terperap dalam ru
KEMEJAbiru gelap itu dimasukkan ke dalam seluar slack berwarna hitam supaya kelihatan kemas. Hari ini hari pertama dia akan bekerja di Mestika Royals Holdings atas suruhan Qarizh sendiri. Selain skop kerjanya menjaga Qasrina, kini dia berpeluang untuk mencari pengalaman bekerja di dalam suasana pejabat. Dia dilantik untuk menjadi kerani pertanyaan kaunter bersama Qasrina. Di mana ada Qasrina, di situ wujudnya dia.Anak-anak buah Qarizh yang sudah diberikan kepercayaan untuk menghantar dan menjemput Alana di sekolahnya. Izz Benazir juga sudah memberikan keizinan kepada mereka. Jadi, tiada apa yang perlu Indira khuatirkan sekarang ini."Kak, siap dah? Abang Hilmi dah tunggu kita dekat luar. Abang dah gerak dulu tadi sebab adameetingpagi ni."In
GAMBARbersaiz kecil yang muat diletakkan di dalam dompetnya diusap perlahan. Entah kenapa hari ini, perasaan rindu pada arwah Ilman Renaldi membuak-buak di dalam hatinya. Setiap kali dia melihat Dara Alana, sepertinya Ilman berada di hadapannya. Masih segar lagi pesanan Ilman dan Kaisara sehari sebelum mereka meninggalkan dunia."Along takut yang along tak dapat nak jaga adik lagi. Semuanya abang serahkan dekat angah. Giliran dia pegang tanggungjawab along. Tolong jaga dan didik Alana bila along dengan kak long tak ada nanti. Itu saja pesanan abang. Dan pegang ayat yang pernah along ajar tu sampai bila-bila."Matanya terpejam rapat bila suara arwah bermain di gegendang telinganya. Dia kena kuat. Hatinya harus cekal. Dia tidak boleh lembik mahupun lemah sama sekali."Kak, jauhnya termenung," tegur Qasrina yang baru saja menuruni anak tangga."Hah, tak adalah. Akak tunggu kaulah. Dah siap ke?"Qasrina tersenyu