Share

BEM 53

BELIKAT disandarkan ke belakang. Tangan dibawa bersilang ke dada. Keringat yang menjejeh di dahi, diseka menggunakan belakang telapak tangannya. Pandangannya dipusatkan pada si isteri yang sedang ligat menumbuk punching bag tanpa ada niat mahu berhenti. Seakan-akan melepaskan dendam sepuas-puas hatinya. Lagipun sudah lama, mereka tidak mengasah skil menggunakan punching bag. Sibuk sangat menguruskan orang gila yang tidak kenal erti serik.

"Fuh!" Indira melepaskan jeritan lega sambil melompat kecil. Dia memandang ke arah Qarizh yang sedang duduk di atas sofa.

"Awal pancit?" Indira tersengih.

Qarizh mencebik kecil. "Penatlah. Lagipun, nak bagi ruang dekat sayang. Dah lama tak asah, kan?"

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status