Share

Bab 2

   Pintu bilik diketuk bertubi-tubi. Suha dan Arhan yang sedang tidur terganggu dek ketukan pintu bagai nak roboh. Arhan yang sedang enak memeluk bahu Suha, manakala Suha pula sedang pinggang Arhan membuka mata. Terbeliak mata Arhan gadis yang dipeluk itu.

   "Kau.. " Serentak kedua-duanya bersuara.

    Pintu bilik masih diketuk bertalu-talu membuatkan keadaan bertambah bingit. Arhan pantas bangun dari katil. Tuala dicapai lalu dililitkan pada tubuhnya yang terdedah. Suha pula mengambil selimut bagi menutupi tubuhnya.

   

   Arhan membuka pintu. Ternampak sekumpulan lelaki berserban. 

  “Maafkan kami, encik.Kami dapat laporan ada pasangan bukan mahram berada di dalam bilik ini." ujar salah seorang dari lelaki itu. 

   Arhan terbungkam. Seolah mindanya tidak mampu mencerna apa yang terjadi. 

  “Boleh kami masuk?” Sekumpulan lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik. Arhan mengundurkan dirinya memberikan ruang kepada sekumpulan lelaki itu. Kepalanya dipaling memandang ke arah Suha. Gadis itu berdiri kaku dengan selimut yang menutupi badannya.

   “Er... mungkin tuan salah faham ni. Kami…” Lidahnya keluh. Arhan meraup rambut kasar. 

  “Awak berdua ada apa-apa ikatan?Adik-beradik ataupun suami isteri?” soal salah seorang dari lelaki berserban itu. Suha menundukkan wajah. Tangan mengenggam erat selimut yang berada di tubuhnya. 

  Arhan masih diam membisu. Otaknya ligat berfikir mengapa perkara sebegini terjadi pada dirinya. 

   "Sila ikut kami ke Jabatan Agama. Cik sila bersiap dan ikut kami." Suha hanya menganggukkan kepala. Baju yang berada di atas lantai dicapai. Sesekali dia mengerling ke arah Arhan yang masih statik memandang dirinya. Jelas sekali, lelaki itu kelihatan sedang menahan api kemarahan terhadap dirinya. 

    Arhan menyilang tangan kedada. Tubuh disandarkan pada kerusi. Seorang lelaki memandang Suha dan Arhan silih berganti. 

   "Apa aku dah buat?" soal Arhan. Lagak seperti tidak bersalah dan tidak berbuat apa-apa. 

  Keluhan dilepaskan. "Encik tahu bukan jika tiada mempunyai ikatan tidak boleh berdua-duaan di dalam bilik. Encik bernikahlah dengan gadis ini daripada encik terus menerus membuat perkara tidak sepatutnya." jelas lelaki itu. 

  "Kalau dia tak goda aku, perkara ni tak akan terjadilah." sinis Arhan mengejek. 

  

  "Encik diminta untuk mengahwini gadis ini."

  "Kahwin dengan betina ni?!  What the hell?  Hei, aku tak ada hatilah nak dengan perempuan pelacur macam dia ni." tempik Arhan kuat. Kenal pun tidak, tiba-tiba disuruh kahwin. No way! 

  Suha mengetap bibir geram. Kata-kata yang dilemparkan oleh Arhan memperlihatkan seolah dirinya tidak mempunyai maruah sama sekali. 

  Aku bukan pelacur! jerit hati Suha. Mahu saja dia menghamburkan kata-kata itu. Biar Arhan tahu dia bukan pelacur seperti yang dimomokkan oleh Arhan. 

  "Encik sila beri kerjasama." 

  Setuju atau tidak, Arhan tidak mempunyai pilihan. Dia harus bernikah dengan Suha. Selesai sahaja urusan mereka berdua. Arhan melangkah keluar meninggalkan Suha dibelakang.

    Arhan gigit bibir. Dugaan ini memang berat untuk dia galas. Tak sampai sehari mengenali Suha, perempuan ini sekarang sudah sah menjadi isterinya. Gila! Memang kerja gila. Otak Arhan berfikir ligat. Apa yang harus dia lakukan?  Ke mana ingin dicampakkan Suha? Bagaimana pula dia ingin memberitahu Naura akam hal ini?  Buntu! 

  Suasana sepi menemani mereka berdua. Hanya suara dari radio sahaja kedengaran. Suha membuang pandangan keluar tingkap kereta. Rasa bersalah menyelebungi hati Suha. Dia tahu ini semua terjadi kerana salahnya. 

  "Urm encik"

  "Buat sementara waktu, kau tinggal dulu dekat sini," Arhan memotong bicara Suha. Kereta diberhentikan di perkarangan hotel bajet. Suha hanya membisu, tidak berganjak dari tempat duduk. 

  "Kau tunggu apa lagi?!  Turunlah! " jerkah Arhan. Terangkat bahu Suha kerana jerkahan Arhan yang boleh membuatkan telinganya pekak. 

  "Tapi saya tak ada duit." Tergagap-gagap Suha menjawab. Arhan senyum sinis. 

  "Hotel murah macam ni pun kau tak mampu ke?" perli Arhan. 

  Hilang sudah sifat perikemanusian dalam diri Arhan gara-gara mengikut nafsu amarah. Ditambah pula dengan kejadian menimpa mereka berdua. Bagi Arhan, Suha penyebab ini semua terjadi. 

  Suha mendengar kata-kata Arhan hanya mampu tunduk. Sedih? Sememangnya perasaan itu ada. Perit ia rasakan bila mendengar kata-kata makian dan cacian dari Arhan. Dia rela menjadi mangsa amukan amarah Arhan. 

  Melihat Suha hanya tunduk membisu, Arhan mendengus sebelum keluar dari kereta. Tidak lama kemudian, Arhan muncul bersama kunci di tangan. 

  "Ini kunci bilik kau. Sekarang kau keluar. Kau jangan nak keluar bilik tu selagi aku tak suruh. Kau faham! Kalau aku tahu siap kau aku kerjakan." ugut Arhan. 

  Kunci bilik dilemparkan tepat ke wajah Suha. Matanya mencerlung memandang Suha. Terkejut Suha tatkala kunci itu mengena wajahnya. Suha hanya mampu menghela nafas. Perlahan-lahan Suha mengambil kunci. Suha mengangkat wajah memandang wajah Arhan, kecut perutnya melihat wajah berang Arhan. 

   "Terima kasih, " ucap Suha lembut. Langkah kaki dituju kearah bilik. Belum sempat dia melangkah jauh, kedengaran namanya dipanggil. 

  "Kau tutup badan kau yang terdedah tu. Kalau cantik takpe juga." Arhan mencampakkan beg plastik kearah Suha. 

  Sekali lagi, plastik itu tepat mengena wajah Suha sebelum plastik itu jatuh ke atas tanah. Beberapa orang yang lalu-lalang di kawasan itu hanya memandang ke arah mereka berdua. Suha mengambil beg plastik itu lalu cepat-cepat menuju ke arah bilik. Malu diperlakukan seperti itu oleh Arhan. 

  Setelah masuk ke dalam bilik, Suha merebahkan tubuh ke atas katil. Apa yang harus dia buat untuk teruskan hidup ini? Dia sudah bergelar isteri tapi suaminya melayaninya dengan teruk. Apa salah aku? tangis Suha perlahan. Entah apalah nasib dirinya kelak. Mata dipejam erat dan berharap ada sinar untuk dirinya. 

   Arhan tiba di rumah. Masuk sahaja dalam apartment, matanya meliar mencari isterinya. Kelihatan isterinya, Naura sudah tidur membiarkan TV terpasang. Wajah Naura di renung, bibir tersungging snyum. Wajah isterinya ini mampu memberi ketenangan dalam hatinya. Kepala Naura diusap sebelum dia mencium pipi dan dahi isterinya. 

  Maafkan abang sayang. Abang telah duakan sayang. Lalu Arhan mengangkat Naura masuk ke dalam bilik. 

  Naura mengeliat kecil. Pantas dia bangun dari pembaringan bila merasa ada tangan yang melingkari pinggangnya. 

  "Abang?" berkerut dahinya bila melihat Arhan sedang lena disampingnya. Tangan naik membelai rambut Arhan. 

  Perlahan-lahan Arhan membuka matanya. Bibir tersenyum manis tatkala paginya dihiasi dengan wajah isteri menyapa matanya. 

  "Good morning sayang" Arhan memeluk erat tubuh isterinya. Kedua-dua belah pipi Naura dikucup lembut. Naura tergelak perlahan bahu Arhan dipukul lembut. 

  "Abang bila balik?  Tak cakap pun kan." soal Naura. Naura mencebikkan bibir. Tangan disilang ala-ala protes. 

  Hidung Naura dicuit lembut. Pipi Naura digomol. 

  "Ee sakitlah abang" omel Naura. Arhan hanya mentertawakan isterinya. Geli hati melihat gelagat isterinya. 

  "Maaflah, abang ada hal penting semalam. Itu yang lewat balik tu." jelas Arhan. Naura menganggukkan kepala bibir terbentuk huruf 'O'. 

  Naura menjungkitkan kening bila melihat Arhan hanya memandang dirinya. Senyuman tidak lekang dari bibir suaminya. 

  "Abang kenapa?" soal Naura tidak berpuas hati dengan tatapan suaminya. Arhan mengelengkan kepala. 

  Pantas sahaja tangannya mengeletek perut Naura membuatkan Naura mengekek ketawa kerana geli. 

  "Abang stop. Gelilah abang." Arhan berundur tawanya masih tersisa. Naura menyeka airmata akibat terlalu ketawa. 

  "I love you sayang" ucap Arhan penuh kasih. Dahi Naura dikucup lembut. 

  "I love you more" balas Naura. Arhan mengusap lembut perut Naura. Semoga kebahagian ini kekal selamanya, bisik hati Naura. Naura memeluk tubuh suaminya dengan erat. Arhan membelai lembut rambut Naura. 

  

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status