Share

Bab 3

    BEBERAPA minggu berlalu, perubahan sikap Arhan semakin ketara. Arhan lebih banyak termenung dari bercakap. Pelik Naura melihat tingkah laku Arhan. Apa jadi dengan Arhan ni? 

  Tubuh kaku suaminya sedang mengadap TV Naura tatap tanpa berkedip. Perlahan-lahan Naura mendekati suaminya lalu duduk disebelahnya. 

   Tangan Arhan yang berada di atas paha Naura pegang. Langsung Arhan tidak bereaksi sampaikan sentuhan dari Naura tidak dia sedari. 

  "Abang.. " seru Naura perlahan. Arhan masih tidak berkutik. 

  "Abang.. " Kali ni sedikit tinggi nadanya. Masih tetap sama. Arhan seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri. 

 "Abang! " suara ditinggikan. Tangan menepuk paha Arhan. 

 "Hah" Arhan tersentak. 

 Wajah terpinga-pinga seolah baru sahaja tersedar dari lamunan. Berkerut wajah Naura melihat respons yang diberikan Arhan. Sah! Memang Arhan sembunyikan sesuatu darinya. Tapi apa benda tu? Tanpa sempat Naura bersuara, Arhan berdiri meregangkan tubuh. 

  "Sayang lepas asar abang nak keluar" beritahu Arhan. 

  Sudah hampir 3 minggu, Suha berada di hotel itu dan selama itu jugalah Arhan langsung tidak menjenguk. Amarahnya masih tersisa terhadap wanita itu menyebabkan dirinya tidak ingin menjenguk Suha. 

  "Lupalah tu." omel Naura. Arhan memandang Naura penuh kehairanan. 

  "Lupa apa pulak? " soal Arhan bodoh. Dia langsung tidak ingat apa-apa. 

  Naura mengelengkan kepala. "Abang kan dah janji nak bawa saya jalan keluar hari ni" beritahu Naura. 

  "Lupalah sayang" akui Arhan. 

  "Hurm pelik. Sejak bila abang jadi pelupa ni" omel Naura. Arhan terdiam. Nak jawab sebenarnya.. 

  Abang jadi pelupa sejak abang kahwin dua. Tapi 'madu' tu abang simpan dulu. Sekarang tengah fikir macam mana nak bagi sayang 'madu' tu. 

  "Hey abang, diam pula" Naura memetik jari di hadapan wajah Arhan. "Kenapa ni?  Ada masalah ke?  Nak share tak? " soal Naura. 

  Pelik Naura dengan sikap Arhan. Arhan bukanlah seorang yang mudah lupa akan janjinya. Apa jadi dengan suaminya? 

  Abang kahwin lagi satu ke.. 

  Naura menepis apa yang terlintas di fikirannya. Tak mungkin Arhan sanggup menduakan dirinya. Naura tahu Arhan amat mencintai dirinya. 

   Sayang abang sebenarnya dah kahwin lagi satu.. 

  Ayat itu berlegar-legar di minda Arhan. Ingin sahaja dia mengucapkan ayat itu kepada Naura. Tapi memberitahu Naura, terasa berat pula mulutnya berkata. Tak sampai hati dia melukai hati isterinya. 

  "Abang mengelamun lagi ke ni" Yana memetik jarinya sekali lagi. Musykil Naura dibuatnya. 

  "Abang keluar sekaranglah ye" ujar Arhan. Tangan mencapai kunci kereta yang berada di atas meja. 

  "Abang nak ke mana? " soal Naura. 

  "Abang nak keluar kejap je" jawab Arhan. 

  Belum sempat Naura berpesan, Arhan sudah melangkah keluar dari rumah. Dengan rasa malas yang amat Arhan memandu. Ikutkan hati dia tidak mahu bertemu dengan Suha. Namun kerana perkataan tanggungjawab dia terpaksa melakukan itu. 

  Walau bagaimanapun, Suha sudah sah menjadi isterinya. Sama ada Arhan suka atau tidak, Suha sudah berada dibawah tanggungjawabnya. Ya, itulah kenyataannya meskipun dia cuba menidakkan kenyataan itu. 

   Suha merenung kipas yang berpusing di atas syiling. Sudah tiga minggu dia berada di hotel itu. Kebosanan mula melanda dirinya. 

  Fikiran Suha melayang memikirkan Arhan. Dekat manalah rumah Arhan? Siapa Arhan sebenarnya? Pekerjaan, ahli keluarga Arhan semua tentang Arhan langsung dia tidak tahu. Pertemuan yang tidak sampai walau sehari, mereka sudah menjadi suami isteri. 

  Daripada posisi baring, Suha duduk di atas sofa. Kepalanya terasa sakit tiba-tiba. Suha memicit-micit kepalanya yang sakit. Takkanlah migrain pula. 

  Kedengaran pintu bilik hotelnya diketuk bertalu-talu. Suha kerut dahi. Dalam hati tertanya siapa pula yang datang? Arhan? Pintu masih diketuk. Suha mengagahkan diri untuk berdiri. Pandangan mata mula kabur, tubuhnya rebah menyembah lantai. 

  Arhan sudah hilang sabar. Sudah berkali-kali pintu diketuk sehingga lenguh tangannya. Andaian buruk mula bermain dalam fikiran Arhan. Ke mana gadis ni pergi?  Keluar dengan jantan lain ke apa?

 Arhan mengetap bibir sekali lagi pintu diketuk kali ini lebih keras. Namum masih tiada jawapan. 

  Arhan mendengus kasar. Poketnya diseluk. Diambil kunci pendua bilik hotel itu. Pintu yang tadinya terkunci terus terbuka. Keadaan bilik sunyi sepi. Arhan melangkah masuk. Langkah kaki Arhan terhenti tatkala melihat sekujur tubuh Suha terbaring kaku. Pantas Arhan mendekati Suha. 

  Pipi Suha ditepuk berkali-kali. "Hoi kau kenapa? Bangun." seru Arhan. Namun Suha tidak memberi apa-apa respons. Arhan mencempung tubuh Suha untuk ke katil. 

  Suha membuka mata perlahan. Dengan perlahan-lahan dia bangun dari katil. 

  "Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau sakit? " soal Arhan kasar sebaik sahaja melihat Suha sudah sedar dari pengsan. 

  "S.. Saya sakit kepala je. Tak teruk pun. " jawab Suha sedikit getar. 

  "Tak teruk kau kata?  Kalau tak teruk takdenya kau pengsan tadi. Eh kau boleh tak sehari tak susahkan aku." dengus Arhan. 

   

   Suha mendengar bebelan Arhan hanya pekakkan telinga. Ish mamat ni mulut dah serupa mak nenek. Sempat Suha mengutuk Arhan dalam hati. 

  "Hoi kau dengar tak ni?" tersentak Suha dari lamunannya. 

  "Hah yea yea, dengar. " jawab Suha perlahan. Arhan mengelengkan kepala. Kenapalah aku kena hadap perempuan macam dia ni? Dahlah asyik mengelamun je, hurm nasiblah kau Arhan hoi. 

  "Kau bersiap cepat. Aku tunggu dekat bawah." arah Arhan. Kaki melangkah keluar dari bilik itu.Dengan pantas, Suha bersiap sebelum Arhan membebel lagi sekali. 

   Kereta diberhentikan di ruang parkir. Suha yang asyik mengelamun terkulat-kulat bila Arhan berhenti. Asyik sangat mengelamun sehingga tak sedar. 

  "Nah kau ambik duit ni. Kau pergi beli baju yang cukup kain. Sakit mata aku tengok kau pakai baju macam ni." Arhan menghulurkan beberapa keping not RM 100.

  Hati Suha bagaikan dihiris mendengar ucapan dari Arhan. Dipandang pakaian yang tersarung di tubuhnya. Baju T shirt lengan pendek paras bahu dipadankan dengan skirt paras betis. Rasanya takdelah seksi mana. 

  "Kau tunggu apa lagi hah?!  Keluarlah! Beli barang keperluan kau tu! " arah Arhan dengan nada suara yang tinggi. Terangkat bahu Suha mendengar nada suara Arhan begitu tinggi. 

  

   "Teman aku boleh tak? Aku tak tahu jalan dekat sini. Aku takut." Suha bersuara perlahan. Arhan mendengus kasar. 

  "Kau kerja dekat club malam tak takut, tapi pergi ke tempat awam yang memang selamat kau takut pula!." tempelak Arhan seraya membuka pintu kasar. 

  Suha menundukkan wajah. Diam seribu bahasa. Bingit telinga Suha apabila Arhan menutup pintu dengan kasar. 

  "Keluarlah. Kenapa kau ingat aku nak bukakan kau pintu macam tuan puteri bagai! " tengking Arhan. 

  Suha keluar dari perut kereta. Kaki melangkah cuba mengejar Arhan yang sudah meninggalkannya. Tanpa menoleh ke kiri kanan, Suha melintas. 

Pin..!  Pin..! 

   Terkaku Suha ditengah jalan. Sebuah kereta meluncur laju dihadapannya. Entah kenapa Suha seakan tidak mampu bergerak. Matanya mula berkaca. Inikah pengakhiran hidupnya? 

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status