Share

Kerana Kau Milikku
Kerana Kau Milikku
Author: Cherry

Bab 1

Salena Suha menilik pakaian dihadapan cermin. Bibir tersungging senyum berasa puas dengan penampilan dirinya.Rambut ikal mayang dilepaskan. Dia bekerja sebagai pelayan disebuah kelab. Sejak ibunya dan ayah tirinya meninggal dunia, dialah yang menyara keperluan diri dan abang tirinya, Imran Ziqri.  

   

   "Cantik juga aku ni.. " puji Suha sambil tergelak perlahan. Tanpa dia sedar, seseorang sedang memerhatinya dari sebalik pintu yang tidak tertutup rapat. 

   

   Tubuh disandarkan pada pintu. Bibir mengukir senyuman sinis. Bibir digigit geram. Tubuh dihadapan itu dipandang penuh nafsu. Dengan langkah penuh berhati-hati, dia mendekati gadis itu. Tangan naik merangkul pinggang ramping Suha.  

   

   Pantas Suha menoleh "Abang.. " riak wajahnya berubah pucat kerana takut.  

   

   "Yea adik abang.. Cantiknya adik abang ni mengoda sangat.." bisiknya lunak. Tangan naik mengelus pipi Suha.  

  

 Suha berundur setapak cuba meleraikan pelukan Imran. Imran semakin mengemaskan rangkulan.  

  

   "Kenapa ni ..? Bukankah kita dah biasa macam ni dari dulu hurm…" soal Imran penuh kehairanan.  

 

    "Erk tak abang.. Adik nak pergi kerja dah ni..Adik pergi dulu ye.. " pinta Suha sedikit gentar.

Baru sahaja dia ingin melangkah keluar. 

   Tangannya direntap kasar membuatkan dia hilang pertimbangan. Tubuhnya jatuh terbaring diatas katil.  

   

   Imran menindih tubuh Suha. Pergelangan tangan dicengkam kuat membuatkan Suha sukar untuk bergerak. Imran mendekatkan bibir pada telinga Suha.  

   

   "A-Abang.. Abang nak buat apa..?  Lepaskan adik.." Suha meronta meminta dilepaskan. Tubuhnya mengeletar kuat.  

  

   "Kau gila aku lepaskan peluang depan mata. Aku dah lama perhati kau tau tak. Badan kau ni dah lama aku nak rasa.." ujar Imran dengan penuh sinis.  

   

Berkerut wajah Suha seolah tidak mempercayai apa yang baru sahaja dia dengar. Tangan cuba dilepaskan dari cengkaman Imran.  

  

    "Abang please. Lepaskan saya. Saya tak nak.." rayu Suha. Airmata mengalir perlahan di pipi.  

  

   Imran tidak mengendahkan rayuannya. Dengan rakus, dia mengucup leher Suha. Suha meraung tidak rela dirinya diperlakukan seperti itu. Suha berusaha menolak tubuh Imran.  

  

   "Ish kau duduk diam boleh tak.. Jangan berlagak sucilah perempuan. Macam je kau tak biasa dilayan macam ni kan. Sebenarnya kau suka kan.." sindir Imran. Suha mengetap bibir.  

  

   Suha menolak tubuh Imran membuatkan Imran jatuh ke sisi katil. Dengan kudrat yang ada, dia berlari keluar dari rumah itu. Mata meliar memandang sekeliling, cuba mencari bantuan.    

   "Suha…! Kau jangan nak lari..!! " jerit Imran.  

  

   Suha yang mendengar suara Imran itu semakin pantas melarikan diri. Tiba di persimpangan, Suha meluru melintas jalan tanpa menoleh. 

   Terpaku Suha seketika melihat cahaya lampu menyuluh tepat kearahnya. Suha berada di tengah jalan seolah terkaku tidak mampu untuk bergerak bagi mengelakkan diri dari dirempuh.  

  

   "Arghhh..! " pekik Suha.  

   

   Arhan terkejut segera menekan pedal brek kereta. Suha memandang kereta yang berada dihadapannya. Kelihatan dari bahu jalan Imran sedang mendekatinya. Segera Suha membuka pintu kereta dan masuk kedalam.  

  

   "Eh kau siapa..?  Kau nak mati ke berdiri tengah jalan hah..?!  Tak sayang nyawa ke..?  Keluar perempuan, sebelum aku tarik kau keluar. " ujar Arhan dengan nada sedikit tegas.  

  

   "Tolonglah saya. Saya betul- betul perlukan bantuan Encik." rayu Suha sedikit getar.  

  

   Arhan menjongket kening memandang Suha. Jelas terserlah wajah gadis itu pucat ketakutan. Tubuh kecil itu mengigil kuat. Imran mengetuk tingkap kereta milik Arhan membuatkan Suha pantas menoleh ke sisi.  

  

   "Encik jangan.. " terhenti tindakan Arhan yang hampir menurunkan tingkap. Berkerut seribu dahi Arhan.  

  

   "Kenapa..? Kau kenal dia ke..?" soal Arhan. Suha menganggukkan kepala. Wajah ditundukkan.  

  

   Imran tidak berputus asa. Tangan masih mengetuk tingkap kereta Arhan. Perlahan-lahan Arhan menurunkan tingkap.  

  

   "Yea encik, ada apa ye..? " soal Arhan.Senyuman terukir di bibir.  

  

   "Tu adik aku.." bibir menjuih kearah Suha. Arhan mengerling Suha yang berada disisinya. Suha mengelengkan kepala.  

  

   "Ohh yea ke.. Tapi dia tak kenal encik jadi saya minta diri dululah ye.." Arhan menaikkan semula tingkap. Jelas kelihatan wajah Imran yang sudah memerah menahan marahnya.  

  

   Arhan tidak mengendahkan riak bengis dari Imran. Kereta dipecut meninggalkan kawasan itu. Suha hanya mendiamkan diri sepanjang jalan. 

  

   "So siapa nama kau..?  Tadi tu siapa..?" soal Arhan memecahkan kesunyian antara mereka.  

  

   "Erk saya Salena Suha. Tadi itu abang tiri saya."ujar Suha perlahan. 

  

   Arhan menjongketkan kening, "Abang kau..?Habis tu kenapa kau lari dari dia..?". Suha menceritakan satu persatu kejadian yang menimpa dirinya.  

  

   "Aku Ayden Arhan." ujar Arhan memperkenalkan dirinya tanpa dipinta. "Kau nak pergi mana ni..?  Aku boleh hantarkan."  

  

   "S-Saya.. Erk saya takde tempat tinggal."

beritahu Suha perlahan.  

  

   Mana aku nak tinggal ni? Entah. Sekarang memang dia tidak mempunyai tempat tinggal. Untuk dia kembali ke rumah sebumbung dengan Imran, tak mungkin. Pasti dia akan diganggu oleh Imran sedangkan dia sudah berjaya melarikan diri dari lelaki itu.  

  

   Glup..! Tak ada tempat tinggal? Rasa sebiji batu menghempap dirinya. Dugaan apakah yang aku terima ni?  Sekilas Arhan memandang Suha. Wow..!  Seksi gila. Dengan baju ketat paras paha yang terdedah terlihat jelas kulit putih mulus paha milik Suha. Memang tergoda. Kalau macam nilah gayanya, silap-silap hari bulan, aku pun boleh tergoda.  

  

   Fikiran Arhan tiba-tiba teringatkan sesuatu. Entah-entah gadis ditepinya ini seorang pelacur.  

  

   "Ke kau ni pelacur kelab malam..?" soal Arhan berbaur sinis.  

  

Membulat mata Suha memandang Arhan. Seakan tidak percaya tuduhan lelaki itu pada dirinya.  

  

   "Encik fikir saya macam tu ke?" berang dengan tuduhan Arhan. Suha pantas menyoalnya semula.  

  

   "Manalah tau kan..? Sebab aku tengok pakaian kau macam tak cukup kain je. " ujar Arhan dengan selamba.  

 

   "Kalau encik tak nak tolong takpe. Turunkan je saya kat mana-mana. Lagi satu jangan nak menilai orang tanpa usul periksa encik." 

 

    "Dah malam ni. ". Sejurus mengucapkan kata-kata itu, kereta Arhan meluncur laju membelah jalan. Entah mengapa dia berasa bertanggungjawab keatas keselamatan Suha.  

  

Meskipun dia tidak mengenali Suha biarlah malam ini dia membantu Suha mencari tempat berlindung. Kesian pula melihat keadaan Suha sebegitu rupa.  

   

  Kereta diberhentika di perkarangan hotel. Suha memandang keluar tingkap.  

  

    "Jom.." ajak Arhan yang sudah pun keluar dari perut kereta. Teragak-agak Suha untuk mengikuti langkah kaki Arhan.  

  

  "Kau termenung apa lagi?  Cepatlah sikit.." ujar Arhan. Mahu tidak mahu terpaksalah Suha menbuntuti langkah Arhan. Berdebar jantung Suha tatkala Arhan menghentikan langkahnya dihadapan sebuah bilik hotel. Dalam hati, bermacam andaian buruk berlegar-legar dalam mindanya.  

   

   "Masuklah.." pelawa Arhan lalu tombol pintu dipulas setelah kunci dicucuk. Tubuh sudah pun memasuki ke dalam bilik hotel yang sederhana besar itu. Lambat-lambat Suha masuk ke dalam bilik itu.  

   

   "Malam ni buat sementara waktu, kau tidurlah dulu dalam bilik ni, "ujar Arhan.  

  

Suha diam. Matanya terkebil-kebil. Bingung seketika. Otaknya sudah tidak mampu untuk berfungsi dengan baik.  

  

   "Okay, kalau macam tu aku balik dulu." ucap Arhan. Fikir Arhan, Suha setujulah untuk bermalam di bilik hotel.  

  

   "Err.. Encik Arhan.." Tergagap-gagap Suha memanggil Arhan. Melihat Arhan berura-ura untuk keluar dari bilik itu.  

  

   "Hah kenapa..?" termati langkah Arhan untuk keluar dari bilik itu.  

 

   "Encik nak tidur mana malam ni..?" soal Suha takut-takut.  

  

    Kalau boleh dia tidak mahu Arhan meninggalkannya sendirian didalam bilik itu. Tambahan pula, Suha takut andai Imran berjaya menemuikannya di sini 

 

    "Pandailah aku cari tempat tidur aku nanti. Kenapa..?" soal Arhan penuh kehairanan. 

 

    "Sa.. saa.. saya takut.. " teragak-agak Suha memberitahu.  

  

   "Kau tak payah nak takut sangat. Bilik ni aku dah sewa untuk kau. Lagi satu takkan ada yang jumpa kau dekat sini." Arhan cuba menenangkan Suha.  

   

Perasaan belas simpati mengetuk hati Arhan. Tambahan pula bila Suha menceritakan bahawa dia hampir dirogol abang tirinya, Imran. Terkadang terdetik dalam hati Arhan, lelaki mana yang tak tergoda bila melihat gadis seseksi ini? Begitu juga dengan Arhan.  

  

   Justeru, sebelum apa-apa perkara buruk bakal berlaku, lebih baik Arhan tidur di tempat lain sahaja.  

  

   "Encik tolong saya.. Saya takut. Jangan tinggalkan saya dekat sini.." rayu Suha sambil memegang tangan Arhan.  

  

   Entah mengapa dia berasa sangat takut bila bersendirian. Tangan Arhan digenggam erat. Air mata mengalir laju. Masih lagi terbayang-bayang peristiwa Imran yang hampir saja menodainya. Meskipun dia pelayan kelab namun dia tidak pernah menyerahkan diri kepada pelanggan yang berkunjung ke kelab itu. Hati Arhan pula berdebar saat Suha menyentuh tangannya buat kali pertama. Naluri lelakinya berperang hebat ditambah pula melihat Suha yang berpakaian seperti itu.  

  

Namun, melihat keadaan Suha yang basah dengan air mata, hati lelaki Arhan berasa belas kasihan. Arhan membalas genggaman tangan Suha.  

 

    "Aku ada.. Jangan risau. Kau takkan apa-apa, " pujuk Arhan.  

  

    Semakin kuat esakan Suha. Arhan memeluk Suha erat. Rambut Suha diusap lembut. Suha membalas pelukan Arhan. Masing-masing hanyut dalam pelukan yang berbalas.

Kaugnay na kabanata

Pinakabagong kabanata

DMCA.com Protection Status