Share

Bab 5

    Suha termenung sendirian. Dah hampir sebulan perkahwinannya dengan Arhan. Ah, lifeless rasa hidup macam ni! Tapi apa dia boleh buat? Hidupnya ini hanya bergantung pada Arhan 100 peratus. 

   Menjenguk Suha seakan-akan tak ada masa. Dalam minggu ini, hanya dua kali sahaja Arhan menampakkan batang hidungnya. Itu pun hanya sekejap sahaja. Sibuk sangatkah Arhan sampai tak ada masa untuk menjenguk dirinya?  Entahlah, Suha juga tidak pasti. 

  Suha menghela nafas. Bosan! Suha takut andai Arhan memarahinya jikalau Suha beramah mesra dengan penduduk dii apartment ini. Biarlah dia dianggap sombong daripada dia harus menghadapi kemarahan Arhan. 

  Keluar kejap je takpe rasanya. Lagipun Arhan takkan tahu kan. Desus hati Suha. 

   Telefon bimbit miliknya dicapai. Sewaktu mereka keluar membeli barang keperluan Suha, Arhan membelikan Suha sebuah telefon bimbit. Tapi jenama cap ayam ajelah. Yang boleh membuat panggilan keluar masuk dan bermesej. Suha melangkah keluar dari apartment. 

   Mata meliar memandang kawasan taman permainan yang terdapat di apartment itu. Suha menarik nafas dalam sebelum menghembuskan perlahan-lahan. Buat pertama kalinya dia keluar tanpa pengetahuan Arhan. 

   "Awak."

   Suha menolehkan wajah bila namanya dipanggil. Berkerut dahi Suha bila memandang wajah gadis itu. Cuba mengingati siapa wanita di hadapannya ini. 

  "Naura Naqila? " soal Suha sedikit teragak-agak. 

  Wanita itu tersenyum sambil laju mengangguk membenarkan apa yang Suha sebutkan. Setelah berapa tahun mereka berpisah tanpa khabar kini mereka bertemu semula. 

  "Ya, saya Naura Naqila. Awak apa khabar?  Saya tak sangka saya bertemu awak dekat sini." Naura melangkah mendekati Suha. 

  Suha masih mematung seakan masih tidak percaya. Pantas Naura memeluk tubuh Suha. Kejadian terakhir mereka berdua terimbau kembali dalam fikiran Suha. Saat di mana rakan-rakannya menghina dirinya. 

  "Kenapa dia kat sini?  Dia bukan perempuan baik-baik."

  "Sanggup jual badan pada orang untuk cari makan, duit haram."

   Dan Naura Naqila hanya diam membisu sebelum turut berlalu meninggalkan Suha. Hatinya hancur saat itu 

   "Maafkan saya Suha." Belakang tubuh Suha digosok perlahan. 

  Suha meleraikan pelukan. Wajah Naura ditatap lama. Perlahan-lahan airmata mengalir di pipi. 

  "Tak, awak tak salah. Awak layak buat keputusan awak. Awak layak memilih untuk berkawan dengan sesiapa pun." Naura menyeka airmata Suha. 

  "Shh dah laa tu. Tu semua bukan kemahuan awak pun kan. Saya dah lama cari awak. Tak sangka jumpa awak kat sini." ujar Naura. 

   Suha hanya tertawa kecil. "Saya minta maaf." 

   Kepala digelengkan. "Takpe takpe. Saya happy sangat jumpa awak. Eh awak tinggal kat sini juga ke? " soal Naura menukar topik. 

  "Err.. Err.. " Tergagap-gagap Naura untuk menjawab. 

  "Sayang." Pantas Arhan mendekati mereka berdua. Sejak dari tadi dia memerhati Suha dan Naura. Sungguh dia tidak sangka Suha adalah kenalan Naura. Malah lebih teruk sahabat Naura. 

  "Eh abang, awal balik hari ni? " soal Naura sambil mengucup tangan suaminya. 

  "Ohh haah saja balik awal sikit. " jawab Arhan dengan riak yang tenang. Sesekali dia mengerling kearah Suha. Bibir diketap geram. Sudah berapa kali dia berpesan kepada Suha untuk tidak keluar dari apartmentnya. 

   "Hah abang, ni Salena Suha. Kawan saya dari zaman sekolah." Naura tersenyum manis kearah Suha. Suha hanya menganggukan kepala. 

  "Maaf, saya pergi dulu. Jumpa nanti ye Naura. " cepat-cepat Suha pergi dari situ. 

Selamat, tak payah nak tambah dosa kering! Sepanjang perjalanannya untuj sampai ke apartmen, fikiran Suha bercelaru. Apa permainan yang cuba Arhan lakukan?  Dia meletakkan kedua-dua isterinya di bawah satu bangunan dan hanya satu tingkat sahaja yang memisahkan mereka?  Malah yang lebih mengejutkan Naura Naqila isteri pertama Arhan? 

   Arhan mengenggam erat tangan Naura. Otaknya ligat berfikir. Mengapa harus Salena Suha menjadi sahabat bagi Naura?  Bagaimana kalau Naura mengetahui hubungannya dengan Suha?  Entahlah, dia juga tidak tahu. 

  "Abang. " Arhan tersentak dari lamunan. 

  "Hah yea kenapa sayang? " soal Arhan. Rambut Naura diselitkan kebelakang telinga. 

  "Abang, hari ni saya happy sangat sebab dah jumpa kawan baik saya." ujar Naura perlahan. Senyuman tidak lekang di bibir. 

  Arhan mengangguk. "Yea abang tahu. Tapi Salena Suha tu.. " terhenti bicara Arhan. Tak mungkin kan, mungkin perasaan aku je. 

  "Suha apa abang? " soal Naura tidak berpuas hati. 

  "Tak, takde apalah sayang." Arhan menolak pintu apartment mereka. Lalu masuk ke dalam apartmen. 

  Suha menyandarkan tubuh pada kepala katil. Bantal dipeluk erat. Keluhan dilepaskan. 

  "Sekarang macam mana? Semua yang jadi salah aku." Suha menekup wajah ke bantal. Meraung semahunya. Sungguh dia tidak sampai hati melukai hati Naura. Pasti Naura akan benci pada dirinya selepas ini. 

  Suha mengangkat wajahnya. Airmata membasahi pipi. Dia nekad untuk memberitahu Naura mengenai hal ini. Dia tidak sanggup. 

  Pagi telah menjelma. Selesai bersarapan, Suha membasuh pinggan yang digunakan. Kedengaran pintu apartmennya diketuk. Langkah kakinya dihalakan ke arah pintu utama. 

  Setelah pintu dibuka, wajah Arhan menyapa mata Suha. Sebuah senyuman diukir kepada Arhan walaupun Suha sedia maklum bahawa Arhan tidak akan membalas senyumannya. Perlahan-lahan Suha meraih tangan Arhan lalu dicium lembut belakang tangan itu. Teringat Suha akan pertama kali Suha bersalaman dengan Arhan dulu, dapat dilihat riak wajah pemuda itu tidak suka dengan tingkah laku Suha, namun Arhan tidak membantah. 

  Sejak dari itu, Suha meneruskan edisi bersalaman dengan Arhan setiap kali lelaki itu menjenguknya. 

  Tanpa menghiraukan Suha, langkah kaki Arhan dihalakan ke arah sofa. Punggungnua dilabuhkan di atas sofa. Kepala diletakkan ke sofa. Penat!  Hari ini dia mengambil cuti untuk menghantar Naura pulang ke rumah mama mentuanya. 

  "Nak air ke? " Seperti biasa, Suha akan menanyakan soalan tersebut kepada Arhan. Bukan Suha tidak mahu berbual mesra dengan Arhan,  tetapi sikap Arhan yang sentiasa dingin dengannya membuatkan Suha berasa kekok. 

  "Tak nak, aku nak balik dulu, " ucap Arhan perlahan. Baru sahaja selangkah Arhan melangkah, tubuhnya terhenyak kembali di atas sofa. Kepalanya terasa pening tiba-tiba. Arhan memicit kepalanya. Matanya berpinar. 

  "Kenapa ni?  Tak sihat ke? " spontan Suha duduk di sebelah Arhan. Belakang tangannya dilekapkan di dahi Arhan. 

  "Panasnya. Awak demam ni. "gumam Suha. 

  "Sikit aje. Aku balik dulu. " Arhan ingin bangun namun terbantut tatkala mendengar Suha bersuara. 

  "Badan awak panas. Awak tidur kat sini ajelah malam ni. Lagi pun Naura tak ada kat rumah kan. " cadang Suha. Bukannya dia tidak melihat Arhan membantu Naura mengangkat beg pakaian tadi dari tingkap apartmentnya. 

  "Sikit aje ni. " tolak Arhan. 

  "Tapi kalau terjadi apa-apa kat awak nanti macam mana? Awak sorang-sorang kat rumah tu. " Suha masih lagi dengan cadangannya. 

  "Aku larat lagi nak jalan.. Tak mati lagi. " Suara Arhan bernada sinis dan tegas, tapi tidaklah dingin. 

   Baru sahaja ingin bangun dari duduknya, dia terduduk ksmbali. Opening kepala mulai menyerang. 

  "Janganlah degil. Malam ni tidur aje kat sini. At least saya boleh tengok-tengokkan." Suha masih lagi cuba memujuk Arhan. Arhan hanya diam selepas itu. 

  "Rehat dalam bilik ya? " ucap Suha apabila melihat Arhan tidak membantah. Suha memapah Arhan masuk ke dalam bilik. 

  

   

Comments (1)
goodnovel comment avatar
alanasyifa11
sejauh ini suka banget ama ceritanya! bakal lanjut baca setelah ini~ btw author gaada sosmed kah? aku pingin follow nih
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status