Share

Bab 4

    "Hati-hati." Lengan Suha ditarik dari bahu jalan oleh seseorang. Suha membuka mata perlahan. Wajah didongakkan memandang raut wajah yang tidak dikenali itu. 

   Lelaki itu tersenyum manis kearah Suha."Lain kali hati-hati ye. Pandang kiri dan kanan dulu sebelum melintas okay cik." ujar lelaki itu. 

   Belum sempat Suha mengucapkan terima kasih, lelaki itu sudah berlalu meninggalkan dirinya. Untung sahaja lelaki itu menyelamatkan dirinya. Tapi siapa lelaki tu? Arhan menepuk bahu Suha membuatkan Suha pantas menoleh. 

  "Hoi! Kau memang sehari tak berangan tak boleh ke hah?" Suha mengeluh. Mula dah mamat ni. 

  "Erk yea yea… Maaf." ujar Suha. Arhan mengelengkan kepala. 

  "Kau boleh cepat sikit tak. Lembab." Sekali Arhan meninggalkan Suha di belakang. 

  "Arhan tunggu." Suha mengejar langkah Arhan sebelum dia ditinggalkan. 

  

  Kiri dan kanan tangan Suha dipenuhi dengan beg kertas berisi pakaian seraya langkahnya dibawa keluar dari pusat membeli-belah itu.

   Arhan sama sekali tidak membantu Suha. Suha mencebikkan bibir. Dia ingat tak berat ke? Dahlah dari tadi asyik membebel je.

  "Oh sebelum aku terlupa,esok pagi aku nak kau kemas semua pakaian kau." Arhan memandang Suha. 

  "Kenapa?" soal Suha bodoh. 

  "Kau tak perlu tahu. Yang pasti aku nak kau kemas barang pakaian kau semua dan esok pagi aku nak kau tunggu dekat lobi. Kau faham tak?" Suha hanya menganggukkan kepala. Meskipun dia tidak faham mengapa Arhan menyuruhnya seperti itu. 

  Setibanya sahaja di rumah, Suha merebahkan tubuh ke atas katil. Sempat Arhan mengingati dirinya sekali lagi sebelum dia melangkah keluar dari kereta.

  "Kenapa dia suruh aku kemas semua pakaian aku?Takkanlah dia nak ajak aku tinggal kat rumah dia. Arr merepeklah kau Suha." omel Suha sendiri. 

   "Takpelah, tunggu jelah esok." Suha menepuk-nepuk bantalnya. Mata dipejam rapat. Tidak lama kemudian, dia terlena dibuai mimpi. 

    Kunci rumah bertukar tangan. Arhan menyerahkan kunci apartment. 

Sementara Suha yang memerhati menelan liurnya. Tidak percaya apartment ini adalah miliknya. 

  "Betul ke apartment ni untuk aku? " soal Suha kebingungan. 

  Arhan menjungkitkan kening. "Habis untuk hantu sebelah kau tu ke?"usik Arhan.

  "Kelakarnya kau ni." Ketawa Suha dibuat-buat. Eee mamat ni. Aku tanya, dia boleh buat lawak bodoh dia dekat sini. Suha melangkah masuk ke dalam rumah. Mata meliar memandang isi rumah tersebut. Cantik. Rumah yang lengkap dengan perabot yang tersusun cantik. 

  "Kau jangan ingat aku bagi apartment ni. Kau boleh bawa masuk jantan lain datang sini." sindir Arhan. Bibir tersenyum senget. 

   Keluhan dilepaskan. Entah sampai bila Arhan melayani dia seperti ini. Harus berapa kali dia jelaskan pada Arhan. Suha mengenggam erat kunci yang berada di tangannya. 

  "Arhan…" seru Suha perlahan. 

  Tubuh disandarkan pada pintu utama. Arhan menyilang tangan, mata tidak dialihkan dari memandang Suha. 

  "Hah kau nak apa? "soal Arhan kasar. 

  "Aku nak minta maaf." mohon Suha. 

  Berkerut seribu dahi Arhan mendengar permohonan maaf Suha. 

  "Sebab?" soal Arhan. 

   "Sebab perkahwinan ni. Sebab terjadinya perkahwinan ni. Aku tahu aku hanyalah isteri di atas kertas sahaja." Arhan ketawa. Kedengaran sungguh sinis di telinga Suha. 

  "Wah! Bestnya jadi perempuan macam kau kan. Senang je minta maaf. Kenapa kau tiba-tiba nak minta maaf ni?  Nak simpati dari aku ke? " 

  Kepala digelengkan. "Tak bukan macam tu. Aku ..." 

  Arhan mendekati Suha, membuatkan tubuh Suha mengeletar. Suha telan liur. 

  "Baru sekarang kau nak minta maaf?  Dah terlambatlah perempuan." Arhan mencengkam pipi Suha. 

  "Arhan.. Sa.. Sakit. " ngongoi Suha. Suha memegang pergelangan tangan Arhan. 

   "Aku tak minta pun semua ni jadi… Aku..." Kata-kata Suha dipintas oleh Arhan. Pipi Suha dilepas kasar. 

  "Aku apa Suha? Kau dengar sini, sampai bila pun aku takkan terima kau sebagai isteri aku. Aku akan pastikan hidup kau takkan senang. " ujar Arhan sambil senyum senget. 

  Suha diam. Terasa air mata bergenang di tubir mata. Ditahan air mata itu dari tumpah. 

  "Lepaskan aku." pinta Suha perlahan.

  Mendengar permintaan Suha, mencerlung marah Arhan memandang Suha. Suha mengemam bibir, menahan sebak. 

  

   "Kau ingat aku ni lelaki jenis apa?!" Suara Arhan meninggi dan kasar. Suha memejamkan mata, kecut perut Suha mendengar suara Arhan. 

  "Kau yang nak sangat kan perkahwinan ni terjadi. Kau jangan pernah bermimpi yang aku akan lepaskan kau Salena Suha." Arhan ketap bibir. 

  Susuk tubuh Suha dipandang dengan rasa marah yang membuak-buak. Terasa mahu saja ditampar pipi gebu itu agar Suha menyedari apa yang dia ucapkan. 

  "Bukankah kau tak cintakan aku?  Lagipun perkahwinan ni suatu kesilapan. Jadi tak ada salahnya kau lepaskan aku." ujar Suha berani sambil menentang raut wajah Arhan. 

  Buk!  

  Pintu rumah ditumbuk Arhan. Terangkat bahu Suha kerana terkejut dengan tindakan Arhan. Rasa takut tiba-tiba menerpa dirinya. Adui apa kau buat ni Suha?  

  "Sekali lagi kau timbulkan hal ni, aku akan buat hidup kau lebih teruk dari ni." Jari telunjuk tepat ke wajah Suha. 

  Arhan berlalu meninggalkan Suha. Suha mengurut dadanya. Jantungnya seumpama nak pecah dengan sikap Arhan. Langkah kaki Arhan terhenti. 

  "Aku nak kau simpan rahsia perkahwinan ni baik-baik. Pastikan tiada siapa pun yang tahu. " ucap Arhan serius. 

Ting! 

   Sejurus sahaja pintu lif terpelahang luas, susuk tubuh Arhan melangkah masuk ke dalamnya. Fikirannya menerawang mengingati permintaan Suha. Lepaskan Suha? Memang tak akan Arhan lakukan. Arhan tahu juga hukum. Hukum haram menceraikan isterinya tanpa sebab yang kukuh. 

  Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Arhan melangkah keluar. Kunci rumah diseluk dari dalam poket seluar. 

  "Abang. " Arhan menoleh kebelakang sebaik sahaja mendengar namanya diseru. 

  Bibir mengukir senyuman. Naura mendekati Arhan. 

  "Abang dari mana ni? Bukan ke pagi tadi abang dah pergi office ke? " soal Naura. Arhan menelan liur. Otak ligat mencari alasan.

  "Ohh tak, abang lupa. Abang ingatkan ada dokumen yang tertinggal tadi." jawab Arhan tersekat-sekat. Bibir Naura terbentuk 'O'. 

  "Sayang tak ke butik ke?" 

  "Rasanya kejap lagi kot. Hah ni abang, rumah dekat atas tu dah ada orang tinggal. " beritahu Naura. Arhan menjongketkan kening. 

  "So ada kaitan dengan kita ke? " Naura menampar lembut tangan Arhan. 

  "Eee abang ni laa. Saya teruja sebab kita ada jiran baru. Saya nak jumpa dia laa nanti." 

  Jumpa?  Habislah kalau perempuan tu pecahkan rahsia ni. Aku mesti halang Naura dari berjumpa dengan perempuan tu. 

  "Sayang, janganlah terlalu ramah sangat. Kita tak tahu hati manusia tau sayang." Arhan mencuit hidung Naura. 

  Naura menyilang tangan. "Apa salahnya abang? Dekat sini saya takde kawan tau. Sunyi sangatlah." rungut Naura. 

  Keluhan dilepaskan. "Yealah, but jaga diri sayang tu. Dahlah abang pergi office dah ni. " Arhan mengucup dahi Naura sebelum berlalu meninggalkan Naura. 

  . Arhan mengetap bibir. Perasaan takut menyerbu diri. Bagaimana kalau Naura mengetahui hal sebenarnya? Tidak! Naura tidak boleh tahu bahawa Suha adalah isteri nombor dua. 

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status