Share

Bab 3

Keesokannya, jam menunjukkan pada pukul 8 pagi dan Nadia bersiap untuk pergi ke kerja dengan menumpang ayahnya kerana motosikal dia belum siap dibaiki. Ayahnya pun mulakan perjalanan untuk menghantar Nadia. Setelah hampir satu jam perjalanan mereka dan mereka selamat sampai ditempat Nadia bekerja lalu ayahnya berkata “Nad nanti kalau dah balik kerja terus hubungi ayah ” 

     “Baik ayah nanti kalau Nad dah balik kerja Nad hubungi ayah” balas Nadia sambil membetulkan tudungnya

    “Jangan lupa pula” kata ayahnya 

   “Ok ayah” balas Nadia sambil berjalan perlahan ke hadapan 

Ayahnya pun beredar dari situ dan Nadia pun membuat kerja-kerjanya. 

Jam menunjukkan pada pukul 12 tengah hari, waktu untuk Nadia rehat. Dia keluar berjalan kaki untuk membeli air sedang dia berjalan kaki dia terserempak dengan si Farhan. Lalu Farhan pun menegur Nadia.

   

     “Hai Nadia”  Farhan menyapa Nadia dengan senyum

     “Hai Farhan” balas Nadia sambil memilih makanan diatas meja 

    “Motor awak dah baiki ke? ” tanya Farhan

     “Belum lagi ” balas Nadia

     “Oh, habis awak pergi kerja naik apa dan dengan siapa? ” tanya Farhan ke Nadia

    “Saya naik motosikal dengan menumpang ayah saya”  jawab Nadia 

     “Oh” balas Farhan

  

Nadia memesan air milo ais dan dia menyuruh pakcik tersebut kira jumlah makanan dan minumannya. Pakcik itu pun berkata “Ini semua RM8 saja” balas pakcik tersebut kepada Nadia.

     “Ok, sekejap ya” jawab Nadia sambil mengeluarkan dompetnya

Lalu Farhan datang ke pakcik itu langsung mengeluarkan sejumlah duit dari dompetnya. Farhan berkata “pakcik kirakan sekali jumlah makanan dan minuman saya” balas Farhan. Pakcik itu pun menjawab “Makanan ni semua RM7”

    “Ok, pakcik tetapi kira sekali dia punya makanan dan minuman ” balas Farhan sambil menghulurkan duit kepada pakcik itu

     “Ok” pakcik itu mengambil duit tersebut

     “Eh, awak tak apa saya bayar sendiri”  kata Nadia sambil menghulurkan duit pada pakcik tersebut 

   “Pakcik tidak mengapa saya bayarkan semua sekali” balas Farhan sambil melihat wajah pakcik itu

    

    “Ok, baik” jawab pakcik itu sambil menghulurkan duit baki kepada Farhan

    “Terima kasih pakcik” balas Farhan kepada pakcik itu

     “Terima kasih pakcik” balas Nadia kepada pakcik itu

     “Sama-sama” jawab pakcik itu

Mereka pun keluar dari kedai itu dan Nadia berkata “Kenapa awak bayarkan duit makanan dan minuman saya? ” tanya Nadia sambil melintas jalan

    “Kenapanya? Saya nak belanja awak tak boleh ke?” balas Farhan 

    “Bukannya tak boleh tapi saya ada duit ” jawab Nadia 

   “Tak apalah, awak simpan duit awak tu nanti-nanti awak pula belanja saya,boleh? ” tanya Farhan sambil melangkah mahu duduk dikerusi berdepan dengan Pasar Mini itu

     “Boleh, nanti saya belanja awak pula” jawab Nadia 

    “Ok” balas Farhan

   “Saya masuk dalam dulu, ya? ”tanya Nadia 

    “Eh, kejap lah.  Makanlah sekali dengan saya” jawab Farhan

    “Hurmm.. Tapi saya nak makan didalam bersama kawan-kawan saya” balas Nadia

   

     “Makanlah diluar sambil tu saya nak bertanya sedikit soalan pada awak” jawab Farhan yang sedang duduk 

    “Nak tnya soalan apa Farhan? ” balas Nadia 

    “Duduklah dahulu sambil kita berborak sambil kita makan” jawab Farhan

    

    “Ok lah,  awak nak tanya apa?” tanya Nadia lalu duduk 

    “Saya nak tanya awak dah berpunya ke belum?” tanya si Farhan sambil malu

    “Belum lagi,  kenapa? ” jawab Nadia sambil buka bekas makanan 

    “Oh, saja tanya” balas Farhan sambil minum air

Mereka pun berborak sambil makan. Setelah 20 minit mereka rehat lalu mereka beredar dari situ untuk sambung membuat kerja-kerja. 

Jam menunjukkan pada pukul 6 petang waktu semua pekerja Pasar Mini Indah pulang ke rumah. Lalu Nadia berjalan kaki ke stesen bas untuk menunggu ayahnya. Dia menghubungi ayahnya lalu berkata “Assalamualaikum ayah, Nadia sudah pulang kerja” 

    “Waalaikummusalam ya Nad, ok tunggu ayah sampai” balas ayahnya sambil memakai baju 

    “Baik ayah,  Nad tunggu di stesen bas” jawab Nadia sedang duduk di stesen bas

   “Ok Nad, ayah gerak sekarang” balas ayahnya sambil menghidupkan motosikal

    “Baik ayah” jawab Nadia

Nadia pun menunggu ayahnya sambil bermain telefon bimbit. Sedang dia menunggu Farhan ternampak Nadia di stesen bas lalu dia memanggil Nadia

    “Nadia!” jerit Farhan dari jauh yang sedang menuju ke stesen bas itu

 Nadia pun menoleh segera sambil terkejut kerana ada yang menjerit memanggil namanya. Dia terlihat seperti motosikal Farhan dari jauh. Lalu Farhan pun memberhentikan motosikalnya di stesen bas itu

    “Kenapa awak jerit-jerit nama saya ni?” balas Nadia sambil mengkerutkan mukanya

    “Awak tunggu siapa?” tanya Farhan

   “Saya menunggu ayah saya ambil ” balas Nadia sambil melihat telefonnya

   “Oh, kalau macam tu jomlah saya tolong hantarkan awak pulang nak? ” tanya si Farhan

   

    “Eh!, tak apa ayah saya sudah dalam perjalanan ke sini” balas Nadia sambil menggelengkan kepala

 Mereka berborak berdua lalu ayahnya si Nadia pun sampai. Ayahnya lekas turun dari motosikal kerana dia ingatkan si Farhan nak apa-apakan anaknya. Ayahnya menjerit “Woi budak kenapa kau ganggu anak aku!? ” tengking ayah Nadia sambil menunjukkan jari telunjuk kepada Farhan

    “Saya tak buat apa-apa dengan anak pakcik” balas Farhan sambil angkat kedua-dua tangan dengan muka ketakutan

    “Ayah, dia tidak lakukan apa-apa pun pada Nad” jawab Nad kepada ayahnya

    “Betul ke Nad, dia tidak apa-apakan Nad? ” balas ayahnya

    “Ya, ayah dia tidak lakukan apa-apa” jawab Nad

Farhan pun mengangguk kepalanya sambil melihat wajah ayah Nadia. 

    “Baiklah kalau begitu, pakcik minta maaf ya nak” ujar ayah Nadia

    “Tak apa, pakcik” balas Farhan sambil tersenyum 

    “Nama siapa?” tanya ayah Nadia kepada Farhan

    “Nama saya Farhan pakcik ” jawab Farhan

   “Oh” balas ayah Nadia

   “Nama pakcik siapa?” tanya Farhan kepada ayah Nad

   “Nama pakcik Sulaiman tapi panggil sajalah Pakcik Man”balas ayah Nadia

   “Baik, pakcik Man” jawab Farhan

  “Kamu berdua bercinta ke? ” tanya ayah Nadia

   “Tak lah, ayah” balas Nadia sambil ketawa

   “Tak, pakcik” balas Farhan

  

     “Oh, pakcik ingatkan kamu berdua bercinta ” balas ayannya sampai mengaru kepala

   “Eh!, tak lah ayah” jawan Nadia sedang ketawa

    “Kalau bercinta apa salahnya” balas ayah Nadia

 Nadia dan Farhan pun ketawa sambil mengaru kepalanya. Percakapan Pakcik Man itu seolah-olah dia suka pada Farhan. 

     “Farhan nanti boleh lah pergi kerumah pakcik ya? ”

   “Boleh pakcik nanti saya datang” balas Farhan sambil lihat wajah Nadia

    “Ayah jomlah kita pulang,  Nad penat” jawab Nadia

    “Ya lah, pakcik balik dulu ya Farhan” balas Pakcik Man ke Farhan

   “Ok pakcik , hati-hati dijalanan "balas Farhan 

   “Baik nak, kamu juga hati-hati pulang ” jawab Pakcik Man

   “Ok pakcik” balas Farhan

Ayah Nadia terus menghidupkan motosikalnya dan memakai topi keledar.

    “Bye awak” balas Nadia sambil naik diatas motosikal

   “Bye” balas Farhan sambil melambai tangan

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status