Share

Bab 4

Selepas Nadia dan ayahnya pulang dia pun segera beredar dari situ. Nadia dan ayahnya sudah tiba dirumah lalu Nadia terus masuk ke dalam bilik lalu ayanya memanggil Nadia

   “Nad ,mari sekejap” ujar ayahnya 

   “Ya, ayah” balas Nadia sambil berjalan menuju ke ayahnya

   “Ayah nak bertanya sedikit” tanya ayahnya

   “Tanya apa ayah?” balas Nadia

   “Betuk ke kamu tak ada apa-apa hubungan dengan si budak Farhan tu? ” tanya ayahnya 

   “Betul ayah kami tidak ada apa-apa hubungan selain dari seorang kawan” jawab Nadia

   “Oh, bukan apa ayah tengok dia tu baik saja dengan kamu dan dengan ayah” balas ayahnya

    “Dia memang baik orangnya, lemah-lembut dan suka menolong orang” jawab Nadia

   “Ayah suka lah dengan dia sebab dia peramah dengan ayah” balas ayahnya sambil tersenyum 

   “Huh!? Apa maksud ayah? ”  balas Nadia dengan muka terkejut

     “Ayah rasa kamu sesuai dengan dia” jawab ayahnya

   "Merepek ayah ni tau” balas Nadia sambil gelengkan kepala

   "Betullah ayah tak tipu kamu” jawab ayahnya

   "Hahaha, dah lah ayah Nad masuk dalam dulu , Nad mengantuk sangat” balas Nadia sambil menguap

    

    "Asal cakap pasal jodoh mengantuk lah , banyak sunguh alasan kamu” balas ayahnya 

Nadia pun terus menuju masuk kedalam biliknya. Dia berkata “Habislah ayah dah minat dengan si Farhan tu ” jawabnya sambil menepuk dahi

Nadia pun pergi mandi sebelum tidur ketika dia sedang mandi bunyi telefonnya

Ting ting ting 

Sesudah mandi lalu dia melihat telefonnya rupanya si Farhan yang mesej Nadia, dia agak terkejut kerana dari mana si Farhan boleh dapat nombornya . Dia pun bertanya Farhan “Dari mana awak boleh dapat nombor saya?” tanya Nadia

    “ Saya dapat nombor awak dari kawan awak,  hehe” balas si Farhan

   “Kawan saya? Siapa dia? " tanya Nadia

   “ Saya tak tahu nama dia siapa tapi dia tinggi-tinggi, tidak pakai tudung dia kata awak sahabat dia” balas Farhan

   "Amalina ke yang bagi nombor saya pada awak? ” Nadia bertanya lagi

   “Oh, mungkinlah tu ” balas Farhan 

    “Macam mana awak boleh kenal Amalina?” tanya Nadia

   “Awak lupa eh, saya kan pernah jumpa kawan awak ” balas Farhan

   “Oh, saya terlupa” jawab Nadia 

   “Hahahahaha” balas Farhan

    “Kenapa awak mesej saya? ” tanya Nadia

   “Saja-saja, awak tak tidur lagi ke? ” tanya Farhan

   

    “Belum lagi saya baru selesai mandi lepastu baru nak tidur ternampak mesej awak tu saya balas” balas Nadia

    “ Maaf mengganggu awak tidurlah esok sambung mesej lagi“ jawab Farhan

   “Ok, selamat malam” balas Nadia

   "Selamat Malam" jawab Farhan

Pada jam 7 pagi, Nadia bangun dari tidur dan bersiap-siap untuk ke kerja lalu dia memanggil ayahnya supaya hantarkan dia ke kerja. Berkali-kali Nadia panggil ayahnya tetapi ayahnya tidak menyahut lalu dia masuk ke dalam bilik untuk melihat ayahnya tapi ayahnya terbaring diatas katil dengan badan yang sangat panas .

Nadia terus menghubungi Farhan untuk meminta tolong bawa ayahnya ke hospital. Beberapa minit kemudian Farhan pun datang dengan menaiki kereta. 

   “Awak cepat awak, badan ayah saya panas sangat” kata Nadia sambil ketakutan

   “Ya, awak sabar ” balas Farhan

    

   “Saya takut kalau apa-apa jadi pada ayah” balas Nadia sambil menangis

    “Awak jangan menangis, awak kena kuat demi ayah awak” jawab Farhan sambil memandu kereta dengan laju

   

Mereka telah tiba di Hospital Besar Zanariah lalu mengangkat ayah keluar dari kereta langsung doktor bawa ke bilik kecemasan. Doktor berkata “Awak tidak dibenarkan masuk” kata doktor kepada Nadia. Nadia terduduk lalu menangis.

    ”Macam mana kalau ayah saya tinggalkan saya” tanya Nadia kepada Farhan sambil menangis teresak-esak

    “Awak jangan kata begitu, kita doakan supaya ayah awak selamat” balas Farhan

Setelah menunggu hampir satu jam lalu doktor pun keluar dari bilik kecemasan. Nadia berkata “Doktor macam mana dengan ayah saya?” 

   

     “Ayah awak demam panas, suhunya sangat tinggi ” balas doktor 

    “Macam mana keadaan ayah saya sekarang? ” tanya Nadia

   "Ayah awak direhatkan dahulu ” jawab doktor itu

   “Saya boleh tengok ayah saya doktor? ” tanya Nadia lagi sambil mengelap air mata

   “Boleh tetapi sekejap saja, pesakit perlukan banyak rehat ” kata doktor itu 

     "Baik doktor” jawab Nadia

Doktor itu pun menganguk kepala lalu pergi. Farhan sangat sedih apabila melihat Nadia menagis tidak berhenti-henti. Nadia pun lantas masuk ke dalam wad diikuti Farhan. 

    “Ayah, ayah rehatlah dahulu ya” kata Nadia sambil pegang tangan ayahnya

    “Awak banyakkan bersabar Nadia” balas Farhan sambil senyum 

   “Saya takut kehilangan ayah saya, kalau ayah saya pergi dengan siapa saya nak mengadu, berkongsi cerita. Saya dah tiada ibu ” balas Nadia sedang teresak-esak

Sedang itu Nadia berkongsi cerita tentang arwah ibunya. Farhan mendengar cerita Nadia lalu dia terikut sebak dan mengelap air mata  secara perlahan lalu dia menghulurkan tisu kepada Nadia. 

     “Maafkan saya Nadia kalau membuat awak bertambah sedih bercerita tentang arwah ibu awak” balas Farhan

    “Tidak mengapa Farhan saya niat untuk berkongsi cerita dengan awak” jawab Nadia

   “Saya ke kerja dulu Nadia sebab saya sudah terlambat untuk ke kerja nanti habis kerja saya datang sini bawa makanan untuk awak” ujar Farhan

    “Ok” jawab Nadia

Selangkah Farhan keluar dari pintu wad lalu Nadia memanggilnya. 

    “Farhan!” panggil Nadia

    “Ya, awak ada nak kirim apa-apa ke?” tanya Farhan

   “Tak ada, saya nak ucapkan terima kasih kerana awak sudi menolong saya”  kata Nadia

    “Sama-sama awak” balas Farhan

    “Lagi satu saya nak minta tolong boleh? ” tanya Nadia

   “Boleh, minta tolong apa tu Nadia? ” balas Farhan

    “Tolong saya beritahu boss yang saya nak ambil cuti beberapa hari sebab nak jaga ayah saya dihospital” kata Nadia

    “Ok baik,  nanti saya beritahu boss” balas Farhan

   “Ok, terima kasih” balas Nadia

   “Awak ada nak pesan apa-apa lagi? tanya Farhan

   “Hrmm...  Tak ada setakat itu saja” jawab Nadia sambil senyum

Farhan pun berlalu pergi ke kerja. Setelah habis waktu bekerja, Farhan terus belikan makanan untuk Nadia. Selepas itu dia terus ke hospital dengan memandu kereta.

40 minit diperjalanan Farhan sudah sampai di hospital lalu menuju masuk ke dalam wad. Farhan telah tiba di depan pintu wad Pakcik Man lantas dia melihat Nadia sedang tidur bersebelahan dengan ayahnya. Hatinya sangat sayu bila melihat keadaan Pakcik Man yang terlantar diatas katil. 

Farhan terus kejutkan Nadia yang sedang tidur kerana Farhan tahu yang Nadia belum makan lagi dari pagi

    “Nadia, Nadia bangun saya dah belikan makanan untuk awak” kejut Farhan sambil memegang bahu Nadia

    “Huh!? Oh awak” balas Nadia yang masih mamai baru bangun dari tidur 

    “Saya ada belikan awak makanan”  kata Farhan

   “Oh, ok saya basuh muka dahulu” balas Nadia terus ke singki 

 Farhan pun duduk ditempat Nadia lalu dia melihat keadaan Pakcik Man.

     “Awak dah makan ke Farhan” tanya Nadia

    “Saya dah makan tadi” jawab Farhan

 Nadia terus membuka bungkusan makanan dan makan. Farhan meneman Nadia makan sambil berborak. 

    “Alhamdulillah kenyang perut saya, terima kasih awak belikan makanan untuk saya” Nadia berkata sambil senyum 

   “Sama-sama” balas Farhan

   “Awak nak balik bila dah lambat ni? ” tanya Nadia 

   “Saya balik lambat sikit lah esok saya cuti” balas Farhan 

    

    “ Oh, jomlah kita berborak-borak diluar sambil ambil angin malam” ujar Nadia

   “Ok” balas Farhan terus berjalan keluar

Mereka pun berjalan keluar dari wad dan duduk sambil sembang-sembang. Mereka bercerita tentang kisah silam mereka. Kekhusyukkan mereka bercerita jam telah menunjuk tepat pada pukul 11 malam

  

    “Awak jam pukul berapa ?” tanya Nadia

   “Alamak! ” balas Farhan

   “Kenapa awak?” tanya Nadia sambil terkejut 

   “Jam dah pukul 11 malam” jawab Farhan

  “Huh!? Sekejap saja pukul 11 malam patutlah saya sudah mengantuk ” balas Nadia

   “Itulah, saya tak sangka sudah pukul 11 malam” balas Farhan

   “Awak balik lah, saya pun sudah mengantuk nak tidur” ujar Nadia lalu menguap

    “Ok lah, saya balik dulu” balas Farhan

   “Ok” balas Nadia 

   “Esok saya bawa sarapan untuk awak dan Pakcik Man, ya? tanya Farhan

   “Ok” balas Nadia

   

    “Terima kasih juga Farhan kerana awak banyak tolong saya” balas Nadia lagi

     “Sama-sama awak,  mana yang saya mampu tolong saya tolong” balas Farhan sambil senyum

   “Awak nak saya teman awak ke masuk ke dalam wad? ” tanya Farhan ke Nadia

    “Eh, tak apa ” jawab Nadia

    “Ok” balas Farhan sambil menuju ke keretanya

     “Ok, nanti kalau awak dah sampai rumah jangan lupa mesej saya” balas Nadia

   “Ok awak” balas Farhan dan terus menghidupkan keretanya

      “Bye, awak” lambai Nadia ke Farhan

     “Bye” balas Farhan lalu terus pecut laju

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status