Share

Bab 2

“Nadia marilah saya hantar awak ke rumah dah lewat petang ni” kata Farhan

      “Eh, tak apa saya boleh tunggu teksi atau grab saja” balas Nadia sambil melihat ke kiri dan ke kanan

     “Dah petang sangat ni dah tak ada grab atau teksi lah” balas Farhan sambil membetulkan rambutnya

      “Hrmm...  Tak apa saya boleh tunggu kawan saya ambil saya” balas Nadia

     “Bila kawan awak datang ambil awak? ” tanya Farhan

    “kejap lagi lah tu dia sampai” balas Nadia

     “Dah petang sangat bahaya lah awak duduk seorang diri disini nanti takut apa-apa yang terjadi pula” balas Farhan dengan nada lembut

     “Tak apalah, saya cuba menelefon kawan baik saya dulu mungkin dia ada masa untuk hantar saya pulang ke rumah” jawab Nadia

     “Jangan ganggu kawan awak kalau dia sedang bekerja” balas Farhan

    “Hurmm.. Kalau macam tu saya jalan kaki sajalah” balas Nadia lalu beredar dari situ

 Matahari pun sudah terbenam. Nadia cuba memberi banyak alasan kepada Farhan agar Farhan tidak menghantarnya ke rumah. Namun Nadia memilih untuk berjalan kaki tetapi Farhan menghalangnya kerana hari semakin lewat malam.  Farhan cuba untuk mengejar Nadia menggunakan motosikalnya. Beberapa kali pelawaan Farhan ditolak kerana si Nadia takut dengan sikap Farhan yang suka memaksa tetapi ini bukan satu paksaan yang kejam kerana dia mahu Nadia selamat sampai, dia sangat risau jikalau Nadia berjalan kaki seorang diri disini kerana disini jalan agak sunyi dan menakutkan.

 Setelah berkali-kali Farhan memujuk Nadia dan akhirnya dia membuat keputusan untuk menumpang dengan Farhan. Apabila mereka sampai dipersimpangan keluar dari stesen bas tersebut Nadia bertanya Farhan beberapa soalan. 

     “Esok awak kerja ke?” tanya Nadia 

    “Esok saya kerja, kenapa? ” balas Farhan

    “Oh, tak ada apa saja bertanya awak, hehe” balas Nadia sambil senyum

     “Saya nak bertanya soalan lagi pada awak boleh ke Farhan? ” tanya Nadia

     “Boleh saja, soalan apa tu Nadia? ” jawab Farhan sedang fokus membawa motosikalnya

   “Ok, saya nak tnya awak dah berapa lama kerja di Pasar Mini Indah?” soal Nadia

   “Saya dah bekerja disana hampir dua tahun juga” jawab Farhan

   “Oh, dah lama la ya awak bekerja disana? ” Nadia bertanya lagi

   “Ya, saya dah lama kerja disana” balas Farhan sambil tersenyum 

Setelah beberapa minit perjalanan,mereka menuju ke jalan cendana dan mereka kelihatan ada sebuah masjid disitu lalu Farhan pun berhenti seketika dimasjid itu dan Nadia berkata “Kenapa awak berhenti disini, rumah saya depan sanalah” jawab Nadia sambil kehairanan

    “Saya nak buang air sekejap dari tadi saya main menahan,hahaha” balas Farhan sambil ketawa 

   “Oh ok,  baiklah tapi jangan lama sangat tau,  saya takut” balas Nadia sambil turun dari motosikal tersebut 

    “Ok,  awak tunggu saya. Jangan pergi kemana-mana , saya pergi sekejap saja” jawab Farhan lalu menuju masuk kedalam masjid itu

    “Ok” jawab Nadia yang sedang ketakutan melihat ke kiri dan ke kanan

Jalan disitu agak seram kerana sunyi saja gelap pula, lalu Nadia berkata dalam hatinya “Kenapalah waktu macam ni kau nak buang air Farhan” jawab hatinya sambil muka ketakutan . Sementara Nadia masih menunggu dia pun duduk dikerusi, dan tidak sampai beberapa saat dia duduk lalu Farhan pun sampai.  Perasaan Nadia berasa sangat lega. 

   “Ok dah jom sambung perjalanan kita” kata Farhan yang sedang memakai topi keledar 

   “Fuh”  keluh si Nadia sambil naik diatas motosikal

   “Kenapa Nadia?” tanya Farhan

   "Tak ada apa cuma saya lega sikit bila awak datang dengan cepat” balas Nadia

    “Oh, dah jom kita sambung perjalanan sikit lagi” jawab Farhan sambil menghidupkan motosikalnya 

    “Ok Farhan” balas Nadia

Mereka pun bergerak dari situ dan terus kan perjalanan. Selepas mereka bergerak dari situ mereka telah masuk diperkampungan cendana lalu Farhan pun bertanya Nadia

    “Nadia rumah awak yang mana satu?”soal Farhan 

   “Rumah saya dihadapan lagi,  rumah saya batunya warna kelabu dan kayu nya berceloren putih” jawab Nadia

    “Ok, baik Nadia” 

Farhan pun terus menuju kehadapan dan dia telah masuk disatu kawasan perumah lalu Nadia berkata “Berhenti awak ini rumah saya” Nadia berkata sambil menepuk bahu Farhan

   “Opss! maaf-maaf saya fikirkan ke hadapan lagi, hehe” jawab Farhan sambil memberhentikan motosikalnya 

   “Tak apa” balas Nadia lalu turun dari motosikal 

   “Besar juga rumah awak ” tanya Farhan sambil melihat rumah Nadia yang diperbuat dari kayu dan batu

    “Hehe, biasa saja rumah saya” balas Nadia 

    “Saya suka rumah yang diperbuat dari kayu” jawab Farhan sambil senyum

    “Oh, saya masuk dalam dulu awak dah lewat sangat ni nanti takut ayah saya marah pula” balas Nadia

     “Ok, ok selamat malam ” Farhan membalas lalu menghidupkan motosikalnya 

     “Ok, selamat malam juga ,hati-hati dijalanan ” jawab Nadia terus menuju masuk ke pintu rumahnya

    “Baik awak, bye” balas Farhan sambil melambai tangannya 

    “Bye” jawab Nadia

Krek krek krek 

Nadia membuka pintu rumah dan dia terus berlari menuju masuk ke dalam bilik  kerana dia risau kalau ayahnya akan memarahi dia kerana balik lewat malam,sedang dia berlari tiba-tiba terdengar punyi petikan suis dan lampu menyala. Dia sudah pasti ayahnya menunggu dia pulang lalu ayahnya berkata “lewat kamu pulang Nad, kamu pergi mana? ” soal ayahnya sambil cekak pinggang

    “Ayah rupanya terkejut Nad ingatkan siapalah tadi” balas Nadia sambil menunjukkan muka terkejut

    “Ayah tanya kamu tu, jangan buat-buat terkejut pula” balas ayahnya sambil menunggu jawapan Nadia

    

   “Ceritanya panjang ayah” jawab Nadia dengan nada serius

     “Pendekkan ceritanya” balas ayahnya

     “Baiklah ayah, ceritanya begini motosikal Nad rosak ditepi jalan semasa mahu pergi ke kerja dan ada seorang lelaki ini tumpangkan Nad ke kerja sebab Nad dah lewat sangat ke kerja lalu dia menghantar Nad dan rupanya lelaki itu salah seorang pekerja di Pasar Mini Indah tempat Nad bekerja. Nad pun sambung buat kerja sedang Nad buat kerja Nad lupa yang Nad tak ada kenderaan untuk pulang ke rumah. Lepastu Nad telefon kawan-kawan tapi mereka sibuk bekerja. Nadia pun bercerita semua pada ayahnya

 Lalu ayahnya berkata “Kenapa Nad tak menghubungi ayah saja boleh ayah tolong ambil Nad pulang ke kerja” balas ayahnya sambil melihat muka Nadia

   “Nad tak mahu menyusahkan ayah ” jawab Nadia

   “Dah pergi masuk bilik, jangan lupa mandi dahulu sebelum tidur ” pesanan ayahnya kepada Nadia

     “Baik ayah,  Nad minta maaf ayah sebab balik lambat” jawab Nadia

   “Ya lah,  lain kali bagitahu ayah saja” balas ayahnya 

     "Nad masuk bilik dulu ayah” ujar Nadia sambil selangkah kehadapan 

  

Ayah pun menuju masuk ke biliknya

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status