Share

Bab 8

Farhan pun duduk santai dibawah pokok itu ditemani oleh ayah Nadia sambil ambil angin. Tanpa menyepi keadaan Pakcik Man ingin bertanya Farhan beberapa soalan. Sedang Nadia didalam rumah membuat minuman untuk ayahnya dan Farhan. 

   “Farhan pakcik ingin bertanya kamu beberapa soalan boleh?” tanya Pakcik Man

    “Tanya apa tu pakcik? ” jawab Farhan 

    “Kamu masih ada ibubapa? ” tanya Pakcik Man

Farhan tiba-tiba senyap apabila mendengar soalan yang diberikan oleh ayah Nadia. 

    “Farhan, kamu ok? ” tanya Pakcik Man dengan kehairanan 

   “Saya ok pakcik ” jawab Farhan dengan nada sedih 

   “Atau pakcik ada salah cakap dengan kamu? ” tanya Pakcik Man dengan perasaan yang serba salah kerana selepas dia bertanya soalan itu Farhan seakan-akan sedih 

    “Saya ok pakcik ” jawab Farhan 

   “Ibubapa saya telah meninggal dunia sudah hampir dua tahun” balas Farhan kepada Pakcik Man

   “Oh, maafkan pakcik Farhan kerana membuat kamu sedih dan membuat kamu teringat akan kedua ibubapa kamu” ujar pakcik Man 

   “Tak apa pakcik, perkara yang dah lepas biarkan lepas” balas Farhan sambil mengelunjurkan kakinya

   “Kenapa ibubapa kamu meninggal?” tanya Pakcik Man kepada Farhan.

   “Ibubapa saya meninggal dunia kerana akibat kemalangan diselekoh tajam dihadapan Sekolah Bukit Indah ” jawab Farhan

   “Oh,diselekoh tajam itu selalu pakcik dengar banyak kes kemalangan disitu berlaku ” ujar Pakcik Man 

   “Betul, disitu sangat tajam sekelohnya sangat berbahaya jika bawa kenderaan dengan laju” balas Farhan sambil terkenang peristiwa yang terjadi di masa itu 

   “Jadi sekarang kamu tinggal dimana?”tanya Pakcik Man 

   “Saya duduk dirumah pusaka arwah ibubapa saya ” jawab Farhan 

   “Oh.  Kamu ada berapa adik-beradik? ” Pakcik Man bertanya lagi 

   “Saya anak tunggal tak ada adik- beradik” jawab Farhan

Sedang mereka berborak lalu Nadia datang ke parkin dengan membawa dulang yang berisi dua gelas air dan sepinggan kuih. 

   “Ayah dan Farhan berborak apa? ” tanya Nadia kepada ayahnya

   “Borak kosong saja kan Farhan” jawab ayahnya 

   “Ya betul tu” balas Farhan kepada Nadia 

Mereka minum dan makan petang bersama. Setelah selesai Farhan pun balik ke rumah dengan menaiki keretanya 

   “Pakcik dan Nadia saya balik dulu ya” ujar Farhan terus bangun 

   “Oh ok, hati-hati ” jawab Nadia dan ayahnya 

Dari situ la detik permulaan dan perkenalan antara Farhan dan Nadia.  Mereka perlu mengambil masa yang lama untuk kenal hati dan budi masing-masing. Ayah Nadia pun kelihatan suak kepada Farhan.  Mereka memilih jalan untuk berkawan dahulu sebelum ingin membina masjid yang kukuh. Nadia ke kerja dengan menumpang Farhan pada setiap hari, mereka mula untuk bermesej dan menelefon untuk serasikan perhubungan mereka. Perhubungan mereka cukup lengkap bak kata pepatah “Bagai pinang dibelah dua” itulah umpama yang sesuai dengan mereka berdua. Dengan usia yang ke arah matang mereka hanya fikir ke arah kebaikan tetapi Farhan belum bersedia untuk memberitahu ayah Nadia tentang perhubungan mereka. 

Pada suatu malam,  Farhan mesej Nadia dan berkata “Nadia perhubungan kita harus kita beritahu ayah awak? ” tanya Farhan yang sedang berbaring diatas  katil 

   “Awak dah bersedia untuk beritahu ayah saya? ” tanya Nadia kepada Farhan 

   “Entahlah rasanya belum bersedia untuk beritahu hal sebenarnya tentang kita,  ayah awak hanya tahu yang kita berkawan saja ” ujar Farhan 

   “Ya, ayah saya tak tahu yang kita sedang bercinta dia tahu yang kita sedang berkawan saja” jawab Nadia 

   “Ada patut terus terang atau macam mana? ” Farhan meminta pendapat kepada Nadia

   “Itu semua atas keberanian awak, kalau awak berani boleh saja terus terang” balas Nadia 

   “Oklah, nanti saya fikirlah jalan yang terbaik untuk kita” jawab Farhan 

  “Ok” balas Nadia sambil baring menghadap telefonnya

 Lalu mereka sambung bermesej ditelefon sambil memikirkan jalan yang terbaik untuk mereka.  Mereka sependapat untuk terus terang saja pada ayah Nadia tetapi semua itu bergantung pada keberanian Farhan. Jika Farhan berani semuanya ok tetapi jika Farhan tidak berani untuk beritahu mereka akan tetap fikirkan jalan yang lain. 

Keesokannya ,Farhan datang menjemput Nadia ke kerja dengan menaiki motosikal Farhan. Setelah beberapa hari memikirkan Farhan terpaksa memberanikan dirinya untuk memberitahu Pakcik Man. 

Pada suatu hari, Farhan datang ke rumah Nadia tanpa pengetahuan Nadia. Dia turun dari motosikal lalu berjalan setapak demi setapak untuk sampai ke hadapan pintu rumah. Jantungnya sangat berdegup laju dengan perasaan bercampur berdebar. Lalu dia memberi salam. 

   “Assalamualaikum ” Farhan melafaz salam dengan sedang berdiri dihadapan pintu rumah. Kedengaran tapak kaki yang sedang menuju ke  pintu hadapan  dan menyahut “Waalaikummusalam, siapa tu? ” tanya Pakcik Man

   “Saya Farhan ” jawab Farhan dengan kesejukkan kerana ketakutan 

   “Oh, Farhan kenapa kamu datang  ke sini? Nadia tak ada dirumah dia keluar dengan Amalina” balas Pakcik Man 

   “Saya tahu. Saya datang kesini bukan nak jumpa Nadia tapi nak jumpa pakcik” ujar Farhan 

  “Kenapa nak jumpa pakcik?” tanya Pakcik Man 

   “Sa.. Sa.. Sa.. Saya nak beritahu tentang hal saya dengan  Nadia ” jawab Farhan dengan bibirnya yang sedikit gagap 

  “Hal apa tu Farhan? Pakcik tak faham” Pakcik  Man bertanya  lagi dengan dahi berkerut 

    “Saya dengan Nadia sebenarnya sedang bercinta” jawab  Farhan dengan peluh yang sednag mengalir didahinya

  “APA!? Kamu dan Nadia bercinta?” tanya pakcik  Man dengan nada sangat terkejut 

   “Pakcik tak suka saya dan Nadia bercinta? ” tanya Farhan

   “Bukan tak suka tetapi pakcik agak terkejut bila kamu cakap macam tu kamu tak main-main?” tanya ayah Nadia 

   “Saya betul-betul tak main-main pakcik. Saya cintakan anak pakcik ” jawab Farhan dengan hati yang sangat tulus 

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status