Share

Bab 7

Setelah mereka berborak dan berehat. Jam menunjukkan pada pukul 7 malam. Kedengaran azan di speaker di wad. Lalu Farhan pun terpaksa berundur  diri kerana dia kepenatan. 

    “Pakcik dan awak. Saya minta dulu ya badan penat sangat hari ini” ujar Farhan sambil mengedipkan matanya secara perlahan 

    “Oh, kamu dah nak balik? ” tanya Pakcik Man 

   “Ya, pakcik” jawab Farhan sedang memegang kunci motosikalnya

   “Oh, ok” balas Nadia lantas senyum 

   “Esok saya datang jemput Pakcik dan Nadia  menaiki  kereta ”ujar Farhan terus bangun dari kerusi membetulkan uratnya

    “Ok, hati-hati ya Farhan” balas ayah Nadia

    “Baik, pakcik” kata Farhan

   “Awak nak saya temankan awak keluar? ” tanya Nadia

   “Tak apalah, awak temanlah ayah awak disini” jawab Farhan

 Farhan pun beredar dari wad itu.  Nadia kemas barang-barangan ayahnya supaya esok dia tidak kelam-kabut. Sedang dia berkemas ayahnya sudah nyenyak tidur diatas katil lalu dia terus meletakkan kepala diatas katil ayahnya. Mereka pun telah nyenyak tidur .

Jam menunjukkan pada pukul 6:30, Nadia bangun dan kejutkan ayahnya supaya bersiap- siap kerana doktor dan nurse akan datang untuk periksa keadaan ayah. Nadia bangun dan menuju ke pintu tandas, melangkah masuk dan membuka paip air untuk memberus gigi dan mencuci muka. Selepas dia keluar dari tandas, nurse dan doktor datang untuk memeriksa tekanan darah, suhu, dan macam-macam berkenaaan ayah. Doktor berkata kepada ayah “Pakcik rasa ok tak hari ini? ” tanya doktor kepada ayah Nadia

    “Ok, rasa sihat dan cergas” balas ayah Nadia yang sedang bersandar 

   “Ok, saya dah periksa. Tekanan darah pakcik, suhu pakcik semua ok ”ujar doktor sambil senyum lebar nampak giginya 

   “Alhamdulillah, pakcik dah boleh ke kan doktor? ” tanya ayah Nadia kepada doktor itu

   “Ya, pakcik dah boleh keluar hari ini ” jawab doktor itu

  “Ok doktor, tapi pukul berapa? ” tanya ayah Nadia lagi

   “Pukul 9 atau pukul 10 pakcik dah boleh keluar ” jawab doktor dengan senyuman manis

   “Baik doktor,  terima kasih ” balas ayah Nadia dengan perasaan gembira kerana dia akan balik ke rumah 

   “Sama-sama pakcik” ujar doktor terus pergi dari situ

  “Ayah dah boleh keluar dari hospital, gembira sebab ayah rindu dengan rumah dan tempat kerja ayah.  Nanti ayah dah boleh ke kerja lah kan Nad? ” ujar ayahnya tidak sabar untuk pulang kerumah 

   “Yeay, boleh ayah tapi ingat ayah tak boleh terlalu penat nanti ayah sakit lagi.  Nad tak mahu ayah sakit lagi” balas Nadia terus pegang tangan ayahnya

   “Ya, baik Nad” jawab ayahnya 

    “Ayah,  Nad kemas lagi sedikit barang ayah dan barang-barang Nad, semalan Nad tak sempat kemas kesemuanya sebab Nad ngantuk” ujar Nadia langsung mencangkung membuka kabinet 

   “Ya lah, Nad” balas ayahnya

    “Kamu jangan lupa ingatkan si Farhan tu takut dia lupa pula datang untuk menjemput kita pulang” balas ayah Nadia lagi

    “Baik ayah,  sebentar lagi Nad hubungi Farhan” ujar Nadia sedang mengemas pakaiannya

Nad mengemas dan memasukkan barangan kedalam bag berzip. Dia sudah selesai mengemas barang-barangnya. Dia dan ayahnya berasa lapar lalu dia turun ke lobi dibawah untuk membeli sarapan. Dia beratur untuk memesan minuman panas dan dia memegang beberapa plastik ditangannya.  Lansung dia bayar dan bergerak naik ke wad menaiki lift. 

  “Ayah, Nad belikan ayah mee hoon dan air teh panas, boleh? ” tanya Nadia dan menunjukkan plastik bungkusan makanan itu kepada ayahnya

    “Boleh Nad, ayah tak kesah” jawab ayahnya yang baru keluar dari tandas

   “Nah ayah,  makan dulu ” ujar Nadia meletakkan makanan diatas meja 

Mereka makan dan habiskan makanan. Selepas makan Nadia mesej Farhan beritahu ayahnya akan keluar hospital . Farhan akan datang menjemput mereka menaiki kereta yang berjenis proton. Beberapa jam kemudian Farhan tiba tepat pada pukul 8 pagi dan membawa roti canai. 

    “Selamat pagi Pakcik dan Nadia ” ujar Farhan perasaan penuh semangat dan gembira 

   “Selamat pagi Farhan” jawab Nadia dan ayahnya

   “Saya ada bawa roti canai untuk awak dan pakcik” ujar Farhan 

   “Kami baru lepas sarapan tapi tak mengapa saya dan ayah temankan awak makan sebelum kita bergerak” balas Nadia ke Farhan 

   “Oh, pakcik dan Nadia dah makan? ” tanya Farhan

   “Ya, kami dah makan ” balas ayah  Nadia 

   “Nah, duduk lah makan” ujar Nadia terus bangun dari kerusi memberi Farhan duduk dan makan

   “Ok” balas Farhan

Farhan pun makan-makan ditemani oleh Nadia dan Pakcik Man. Selesai Farhan makan jam berdetik pukul 9. Dia terus pergi ke kaunter untuk bertanya berkenaan tentang waktu untuk ayah Nadia keluar dari hospital. Nurse disitu memberitahu bahawa sebentar lagi ada nurse masuk ke wad untuk mencabut jarum ditangan Pakcik Man. Farhan berkata “Ok” kepada nurse itu. Dia masuk ke dalam wad beritahu Nadia dan ayahnya.  Selepas beberapa minit menunggu kedengaran bunyi tapak kasut nurse dan bunyi troli besi . Kemudian,  nurse itu berhenti dihadapan pintu dan bertanya “Ini wad Pakcik Sulaiman ya? ” 

    “Ya betul nurse” jawab pakcik Man

    “Ok, saya mahu cabut jarum ditangan pakcik” jawab nurse itu

   “Ok nurse” balas ayah Nadia

Nurse pun mencabut jarum ditangan ayah Nadia secara perlahan dan dah selesai kata nurse itu. 

   “Nanti awak bawa ayah awak kebawah tempat pembayaran bil hospital, ya” ujar nurse itu 

   “Ok nurse” jawab Nadia 

Mereka terus turun ke tempat pembayaran bil hospital lalu Farhan berkata kepada Nadua dan ayahnya “Saya masuk dalam dahulu, awak dan pakcik tunggu diluar tau”

   “Saya nak  ikut awak masuk dalam ” Nadia berkata terus mengekori Farhan dibelakang

Tiba dikaunter pembayaran nurse pun memberitahu jumlah bayaran hospital Pakcik Man sebanyak RM900 . Farhan terus mengeluarkan sejumlah wang didalam dompetnya kemudian menghulurkan duit kepada nurse itu. Nurse itu pun memberi resit dan mereka terus berlalu pergi dari kaunter tersebut 

   “Kenapa wka bayarkan bil hospital ayah saya? ” tanya Nadia yang sedang berjalan 

Farhan senyap tidak menjawab langsung pertanyaan Nadia kerana dia ikhlas membantu Pakcik Man dan Nadia. 

   “Saya ikhlas tolong awak dan ayah awak” jawab Farhan

   “Tapi... ” balas Nadia dengan jantung berdegup laju kerana kepenatan jalan

   “Farhan terima kasih kerana bayarkan bil hospital  pakcik ” ujar ayah Nadia kepada Farhan 

  “Macam mana pakcik tahu? ” tanya Farhan 

   “Nad beritahu pakcik ” jawab ayah Nadia 

   “Oh, sama-sama pakcik” ujar Farhan sambil senyum 

Mereka telah tiba dirumah dan ayah dab Nadia sangat gembira. Farhan turut keluar dari kereta untuk mengambil udara segar. 

    “Akhirnya, sampai juga dirumah ” ujar ayah Nadia kepada Farhan

   “Alhamdulillah pakcik” balas Farhan sedang duduk diatas parkin dan berteduh disebuah pokok jambu  dihadapan rumah Pakcik Man

   “Pakcik saya duduk disini sambil ambil angin segar ” uajr Farhan 

   “Boleh, Farhan duduk sajalah ” jawab Pakcik Man

   

  

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status