PAP!
MAK melemparkan buku catatannya ke arah aku. Tepat kena dekat bahu aku. Sakit dia tak payahlah aku cakap macam mana. Berbisa rasanya. Sudahlah buku catatan mak tu sejenis kulit keras.
"Apa kau buat ni, Aara? Hari-hari telinga aku ni asyik kena dengar aduan Puan Jessica. Kau ni dah kenapa? Nak menggatal sangat dalam rumah ni?" tengking mak. Aku rasa sampai luar bilik boleh dengar.
"Mak..."
"Aku tak nak dengar apa-apa alasan kau! Aku menyesal bawa kau kerja dengan aku kat sini. Memalukan betul. Kau berdua-duaan dengan Tuan Julian tu kenapa? Nasib baik Puan Jessica nampak, kalau tak entah apa kau nak buat dengan dia tu."
Aku terkedu seribu bahasa. Macam tu sekali mak pandang serong dekat aku? Hina sangat aku pada pandangan mak. Aku pun rasa menyesal kerja dekat sini. Kenapa mak buat aku macam bukan anak dia? Sedangkan selama ni dia marah sekejap saja. Lepas tu, dia bagi aku semangat semula. Tapi, sekarang dah tak ada. Semua tu dah hilang tanpa aku tahu apa sebabnya.
"Tak apalah, mak. Kalau mak memang dah tak percaya, Aara. Tapi Aara memang tak buat semua tu. Aara dengan Julian tak ada apa-apa. Pintu pun terbuka luas masa tu. Silap Aara sebab biarkan dia masuk dalam bilik Aara. Sebab tu, tiada sesiapa yang boleh percayakan Aara. Mak sendiri pun dah tak percayakan anak dia," balas aku dengan nada sayu sebelum mengorak langkah ke dapur. Kerja yang tertangguh tadi, aku sambung semula. Pekakkan telinga sajalah apa orang nak cakap. Janji aku memang tak buat apa-apa.
"Pandai kau melawan sekarang, Aara. Memang aku tak percayakan kau dah. Kau menggunakan kecantikan kau tu untuk pikat lelaki. Aku malu," ujar mak dengan nada sindiran lalu dia meninggalkan aku. Entah ke mana dia pergi pun aku tak tahu. Biarlah aku sendiri. Ada mak pun macam tak ada mak.
"Morning, sayang...," suara Ivander menampar gegendang telinga aku membuatkan bulu roma aku merinding tinggi.
"Nak apa?" soal aku dengan nada keras. Lelaki macam ni tak boleh dibiarkan. Ada masanya kena sergah juga.
"I want you," bisiknya.
"Please behave yourself, Ivan. Jangan buat aku jadi kurang ajar dengan kau. Aku ni hanya pekerja dan kau hanya majikan aku. Sedar tu," ujar aku tegas.
"Argh!" Dia menolak tubuh aku sehingga belakang tubuh aku tersandar pada bibir kabinet. Tubuhku dipusing menghadapnya. Kedua-dua belah tangannya ditahan pada permukaan kabinet. Dan saat ini, wajah kami sangat dekat sehingga aku dapat rasakan deruan nafas hangatnya menampar wajahku.
"Jangan cabar aku, Aara. Sekali aku dah suka, aku akan dapatkan dengan cara macam mana sekalipun. Ingat tu. Aku dah cakapkan yang aku sukakan kau. Dan aku nak kau layan aku. Mana tahu kau boleh bagi aku anak. Aku dah lama teringinkan anak. Jess tak mampu bagi aku anak sebab dia mandul. Bukan aku."
Membulat mata aku mendengar permintaan dia. Gila ke apa lelaki ni? Aku bagi dia anak? Apa dia ingat aku ni apa? Betul-betul dia pandang aku macam aku ni seorang perempuan murahan.
"I love you, babe." Dia mengucup pipi aku seraya menyelitkan rambutku yang terjuntai ke belakang telinga.
"Ja..."
Laju saja Ivander menekup mulut aku daripada menjerit. Dia mengucup wajahku beberapa kali sehingga aku mula meronta minta dilepaskan. Mana orang lain? Tak akan aku dengan dia saja ada dekat rumah ni? Mana mak? Mana Jessica? Rae, tolong Aara!
"Your lips are so sweet for me, babe."
Pang! Tanpa rasa teragak-agak lagi, tangan aku naik menampar pipinya. Boleh tahan kuat sampaikan terundur dia beberapa tapak jauh dari aku. Fikir aku ni murah sangat ke sampai dia boleh buat aku macam ni?
"How dare you, Aara?" marah Ivander sambil menyentuh pipinya. Sakit ke tu?
"Apa? Kau nak cakap aku apa? Kau buat aku macam aku ni murah sangat! Aku datang sini nak kerja sebagai pembantu rumah, bukan nak layan kau macam aku ni seorang pelacur!"
Pang!
Aku terkesima saat pipiku ditampar oleh Jessica yang entah bila masa muncul depan kami berdua. Dia nampak ke apa yang terjadi tadi?
"Berani kau tinggikan suara dekat suami aku? Kau kenapa, huh? Kau nak goda suami aku ke apa?"
Ni lagi sorang. Tak habis-habis tuduh aku ni nak goda suami dia. Boleh tak aku nak ludah depan dia? Rasa jijik bila tengok dia orang berdua ni. Tak habis nak tuduh-tuduh aku. Asyik aku aje yang buat salah. Dia orang semua ni tak pernah buat salah ke?
"Saya cakap saya tak buat tu tak buatlah. Kenapa asyik nak tuduh saya ni, goda suami puan? Saya tak buatlah. Suami puan ni yang prevert sangat! Asyik nak kacau saya!" tempik aku. Hilang sabar. Memang had limit kesabaran aku sudah capai tahap maksima.
"Berani kau..." Jessica mengangkat tangannya untuk menampar aku buat kali kedua. Tetapi, laju saja tangan seseorang menarik sehingga Jessica terjatuh di atas lantai. Tercengang Ivander dibuatnya.
"Sei estremo! (Korang berdua memang dah melampau!)" tengking Julian dengan wajah bengisnya. Nafasnya berombak laju. Dan sekarang, baru aku ingat yang Julian tak balik dari malam tadi. Dia tidur sebaik saja berbual dengan aku. Memberi aku nasihat dan kata-kata semangat. Dari situlah, Jessica nampak kami berdua, berdua-duaan dalam bilik tu dan dia mengadu pada mak.
"Aara, masuk dalam kereta Julian."
Aku terpinga-pinga. Dia nak bawa aku ke mana? Tak akan aku nak tinggalkan mak sorang di sini?
"Tapi..."
"Now, Aara!" marah Julian. Kecut perut aku dibuatnya. Tak pernah aku tengok Julian marah macam ni sekali.
"Ba... baik." Laju saja aku mengorak langkah ke dalam bilik dan bersiap. Sekarang ni aku memang tak fikir apa. Aku rasa nak berambus aje dari rumah ni.
"Hoi, Aara! Kau nak pergi mana? Aku ni majikan kau bukan dia!" tempik Jessica. Dia melepaskan dengusan kasar.
"Dia berhenti daripada kerja dengan kau. Macam hamba abdi. Jangan sampai aku buat laporan polis. Biar korang dapat malu!" ujar Julian sebelum dia melangkah bersama dengan aku ke keretanya.
"Tapi Julian... baju Aara..."
"Tak payah. Nanti Julian ambil. Sekarang ni Aara duduk dekat rumah kawan Julian. Jangan risau. Dia perempuan."
Aku sekadar menganggukkan kepala. Julian langsung tak pandang aku. Dia menghidupkan enjin kemudian laju dia menukar gear kepada R untuk mengundur keluar dari garaj kereta rumah ini.
"Macam mana dengan..."
"Nanti Julian beritahu dia orang. Jangan risau. Julian tak boleh biarkan Aara lagi duduk dekat sini."
Laju betul dia celah percakapan aku. Tak sempat aku nak sebut nama dia orang berdua, Julian dah tahu siapa kau maksudkan. Tabik spring sekejap. Aku pergi mendadak macam ni, macam mana dengan mak, ya? Risau pula dia kenapa-kenapa. Ke aku tak payah fikir pasal dia sebab dia dah selesa kerja dekat situ.
Syukur, ada orang sudi nak selamatkan aku daripada dua orang majikan aku yang perangai bertopengkan syaitan. Perlahan aku mengelap pipi yang terkena ciuman Ivander tadi. Terasa jijik dengan diri sendiri. Tak dapat nak lindungi diri sendiri. Semuanya nak harapkan orang.
Apalah nasib aku macam ni? Sampai bila aku nak bergantung dengan orang?
SUNGGUH meriah suasana rumahku hari ini dengan tetamu-tetamu yang dijemput hadir ke majlis hari kelahiran Noah yang ke-8 tahun. Staf-staf yang bekerja di Princeville Holdings turut hadir ke majlis hari kelahiran anak aku ini. Ini kali pertama mereka diundang ke rumah majikan sendiri. Jadi, muka masing-masing teruja dapat menjejakkan kaki di rumah keluarga Princeslon ini.Rae tidak mahu ketinggalan juga. Sanggup terbang dari Itali ke sini semata-mata mahu menyambut hari kelahiran Noah bersama-sama kami. Fazio diarahkan untuk menjaga syarikat di sana sementara Rae berada di sini. Mujur Fazio seorang wakil yang sangat boleh dipercayai. Dan ada satu berita gembira buat kami sekeluarga. Rae bakal melangsung perkahwinannya pertengahan tahun ini nanti. Julian orang yang paling bersorak sekali diikuti dengan Rery.Aku tak sangka. Akhirnya Rae akan berkahwin juga dengan gadis pilihannya yang merupakan anak jati Malaysia. Sekarang n
PAGIini, aku hanya mengenakandresslabuh berwarnababy blue. Sehelai selendang berwarna krim yang aku beli bersama dengan Melina tempoh hari sudah terlilit cantik di kepalaku. Hari ini, aku akan menambahkan lagi kejutan buat si suami yang lagi membersihkan diri di dalam kamar mandi. Aku harap dia gembira akan perubahan aku pada hari ini. Semoga aku terus istiqamah untuk menutup aurat."Ho..."Aku memalingkan tubuh ke belakang apabila terdengar sepertinya Rery mahu memanggil aku tetapi panggilannya terbantut. Mungkin terkejut melihat penampilan aku."Ya, biy?" Aku tersenyum."Is that really you, honey?" soal Rery dengan riak wajahnya sangat terkejut.
SEPERTI yang aku katakan, malam ini adalah malam perbincangan kami sekeluarga. Rery sudah dapat kesan keadaan Noah yang sepertinya lemah saja. Reaksi anak lelakinya hari ini tidak terlalu ceria seperti sesebelum ini. Rery yang ingin mendukung tubuh Noah, laju saja Noah menggelengkan kepala. Itu yang membuatkan Rery bertambah pelik. Bila aku menceritakan tentang kejadian di sekolah tadi secara ringkas. Terus saja senyumannya mati. Diganti dengan kerutan seribu di dahi. Itu sudah cukup membuatkan aku tahu yang emosi Rery sudah berubah. Sudahlah baru balik dari kerja. Agak lambat juga sampai ke rumah. Tepat jam 10 malam. Terus saja dia meminta diri untuk membersihkan tubuhnya.Tak lama itu, Julian dan Melina datang bersama dengan Eusoff. Eusoff terus saja duduk di sebelah Noah yang sedang menonton televisyen bersama dengan si kembar. Suasana sepi saja memandangkan mereka tahu, emosi papa kesayangan mereka ketika ini dalam keadaan tidak baik.
JAM tangan yang terbelit pada pergelangan tanganku dikerling sekilas. Masa masih lagi berbaki satu jam lagi sebelum anak-anak menamatkan sesi persekolahan mereka pada hari ini. Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik, pejam celik saja dah nak masuk waktu tengah hari. Tak ada apa sangat yang kami buat pada hari ini. Sekadar berjalan sambil bercerita sesama sendiri."Tekak ni terasa pulak nak makan susyi. Kita singgah Sushi King sekejap awak," ajak Melina.Aku hanya menganggukkan kepala. Tangannya aku kembali genggam kemudian kami bersama-sama menuju ke Sushi King yang tidak jauh dari situ. Aku pun tiba-tiba saja terasa mahu makan Sushi King. Jarang-jarang aku nak mengidam makanan macam ni. Biasanya kalau keluar makan bersama Rery, dia yang paling kuat sangat mengidam macam-macam makanan. Aku pun bedal sajalah."Kita bungkus sajalah. Lepas tu, kita terus ambil dia orang dekat sekolah. Takut sesak pulak wakt
BIBIR melengkung senyum. Sedar tak sedar, malam ini malam terakhir aku di Pulau Langkawi ini. Dan malam ini juga, Rery membawa aku mengambil angin di Pantai Cenang. Boleh dikatakan ramai juga pengunjung yang hadir pada malam ini. Ada yang sedang berkumpul bersama ahli keluarga dan ada juga yang sedang menjamu selera di gerai-gerai makanan kecil yang dibuka di tepi pantai."Aara Malika..."Mata aku terpejam seketika. Sudah bertahun-tahun lamanya aku dah lama tak dengar orang memanggil aku dengan nama itu. Secara automatik, aku teringatkan arwah ayah dan ibu yang berada di kampung. Memori-memori ketika aku kecil bermain-main di dalam kotak fikiran. Perasaan rindu mula terpasak di dalam hati. Ya Allah... rindunya aku pada mereka. Terutama sekali arwah ayah yang sangat menyayangi aku. Menatang aku dengan minyak yang penuh. Sedangkan aku bukanlah anak kandungnya."Arif..." Aku hanya tersenyum kecil sebaik saja
Di Pulau Langkawi, Malaysia.AKU tersenyum memerhatikan Rery dan Julian sedang melayani anak-anak bermandi-manda di dalam kolam renang. Melina turut tersenyum memerhati gelagat mereka. Kami berdua hanya duduk di bibir kolam renang sambil menepis-nepis air menggunakan kaki. Kuat betul tawa Ryana dan Ryan memeriahkan suasana kolam renang itu. Suka sangat dapat bermain air."Adra... apa yang awak rasa sekarang ini?" soal Melina sambil memeluk bahuku."Saya rasa bahagia. Dan saya harap sangat yang tiada lagi konflik akan timbul lagi. Biarlah kebahagiaan ini kekal buat selamanya sehingga kali terakhir saya bernafas. Saya tak nak tengok anak-anak saya terkena tempias lagi. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Keadaan Noah tu pun sampai sekarang saya rasa sedih dan terkilan." Bibirku menguntumkan senyuman kecil. Anak mata terpaku pada Noah yang sedang menyelam bersama Eusoff."Ya. Saya f
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia. TROLI bagasi ditolak oleh Rery sambil sebelah tangannya merangkul pinggangku. Syukur, kami selamat sampai ke tanah air bersama dengan anak-anak. Begitu juga dengan Julian dan Melina. Rae dan Fazio seperti yang dikatakan oleh Rery. Mereka berdua diberi amanah dan kepercayaan untuk mewakili syarikat di sana. Jadi, tidak perlulah Rery berulang-alik ke sana. Semuanya akan diketahui perkembangan Princeville di sana melalui dalam talian saja."Honey, nak makan atau nak singgah mana-mana? Ke nak balik terus?" soal Rery."Honey ikut biy saja. Kalau biy lapar, kita makanlah dulu. Tadi dalam flight pun biy makan sikit aje."Rery menjuihkan sedikit bibirnya. Anak matanya meliar melihat suasana sekeliling. "Kita singgah Subway la. Tekak terasa nak makan Subway pula."
BIBIRKU melengkung senyum lebar. Daun pintu kereta aku tolak lalu berlari keluar dari perut kereta. Setelah beberapa hari terperap di dalam rumah kerana menjaga Rery dan Noah sehingga sihat seperti biasa. Begitu juga dengan diri aku sendiri. Sepanjang kami di rumah, banyak aktiviti keluarga yang kami lakukan bersama."Mama tunggu!" jerit Ryana dan Ryan serentak. Diikuti dengan Eusoff di belakang.Aku tertawa kecil. Tangan didepa luas ke udara sambil kepala didongak ke atas. Mata dipejam seketika sebelum dicelikkan semula. Hari ini, Rery membawa kami ke berjalan-jalan sekitar Venice tanpa ada gangguan. Seperti biasa, pastinya ada mata-mata yang akan menjaga kami sekiranya ada pihak musuh yang datang menyerang secara tiba-tiba."Cantiknya!" ujar aku dengan sorakan gembira.Rery yang sedang mendukung Noah tersenyum kecil lalu dia mendekati kami. Bahuku dipeluknya rapat ke dadanya. Noah menguc
KATA-KATA Pablo bermain di fikiranku. Keadaan Noah tak seperti yang aku mahukan. Dia terpaksa menanggung parut kesakitan itu sehingga dewasa kelak. Tatkala menerima berita itu, jantung aku bagaikan gugur. Tidak lagi berdegup. Kecewa dan sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Macam mana Noah nak meneruskan hari-harinya sekiranya dia mendapat tahu perkara itu nanti?"Honey..."Aku tersentak dari lamunan apabila terasa satu tangan kekar menyentuh bahuku. Perlahan aku angkat muka. Wajah Rery aku pandang sayu. Hampir saja air mataku mahu jatuh buat sekali lagi."Noah macam mana?""He is still sleeping."Aku hanya angguk sekali. Lemah. Rasa macam hilang separuh kekuatanku apabila melihat keadaan Noah seperti itu."Jangan macam ni, honey. Biy tahu Noah seorang yang kuat. Dia akan menerima berita ini dengan hati yang terbuka.