Share

MP 9

Author: nurshaza
last update Last Updated: 2021-06-18 12:55:09

AKU menilik setiap beg plastik yang berada di dalam butt kereta. Lepas saja puas melepaskan segala luahan yang terpendam di pantai tadi, aku meminta tolong Rery dan Rae membawa aku ke pasar raya untuk membeli barang dapur yang dipesan oleh mak. Anak mataku sempat mengerling ke arah jam tangan yang terlilit di pergelangan tangan. Sudah jam 10 malam dan aku perasan ada banyak kasut di hadapan pintu masuk utama. Dia orang semua tak balik lagi ke? Macam mana aku nak masuk rumah? Nak kena masuk rumah guna pintu belakang ke? Haih...

"Aara, kenapa?" soal Rae sambil menyebakkan rambutnya ke belakang. Beberapa beg plastik yang berada di hadapan aku, diambil.

"Eh, tak apalah. Saya boleh bawa."

Rae menjegilkan anak matanya. Okey, aku mengalah. Pantang betul. Sudah seharian dua beradik ni banyak tolong aku. Aku tak tahu macam mana nak balas jasa mereka berdua. Kalau dia orang tak ada, aku tak tahulah keadaan aku sekarang ni macam mana. Sesat dekat bandar tu agaknya. Yelah, tak pernah masuk bandar. 

"Hmm... Rae, saya masuk guna pintu belakang ajelah. Tengoklah tu, ada banyak lagi kasut. Dia orang semua tak balik lagilah."

Rae sekadar menggelengkan kepalanya sambil memutarkan bebola matanya. Segera dia melangkah ke pintu belakang rumah. Rery pula duduk bersantai di dalam kereta sambil bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbit. Serius saja muka dia. Dingin. 

"Assalamualaikum... Aara dah..." Ayat aku terhenti saat susuk tubuh seseorang sudah terpacak berdiri di hadapan aku sambil bercekak pinggang.

"Aduh!" Aku meringis kesakitan apabila pergelangan tangan aku dicengkam kuat olehnya.

"Cos'hai che non va? (Kau dah kenapa?" soal Rae. Terketap-ketap bibirnya menahan marah. 

"Non devi interferire! (Kau tak perlu masuk campur!)" balas Ivander dengan reaksi wajahnya bengis. Dia mengetap bibirnya kuat. 

"Kau pergi mana?" soal Ivander dengan nada berbisik. Betul-betul dekat cuping telinga aku. Secara automatik aku menjadi gerun melihat dia begini. 

"Sa...saya pergi..."

"Pergi mana?" marah Ivander. 

Berkerut-kerut dahi aku menahan sakit pada pergelangan tangan. Semakin lama semakin kuat dia mencengkam. Lebam rasanya.

"Dayus. Jangan sakiti perempuan." Entah dari mana, tiba-tiba saja dia muncul di belakang Rae. Rery meleraikan cengkaman Ivander pada pergelangan tangan aku.

"Non essere occupato! (Jangan sibuklah!)" Ivander melawan. Tapi, masih lagi pandai mengawal suaranya. Takut-takut kalau Jessica dengarlah tu. 

"Tuan, saya cuma pergi beli barang dapur saja. Janganlah bergaduh. Saya..."

"Kau diam, Aara. Aku dah cakapkan yang aku tak suka kau rapat dengan dia orang semua. Kenapa kau ni keras kepala sangat?" Dahiku ditunjal-tunjal beberapa kali sehingga menyebabkan mataku terpejam sekali gus dahi berkerut menahan sakit. 

"Sei estremo! (Kau melampau!)" marah Rae. Dia mencekak kolar baju Ivander sehingga sepupunya itu tersandar pada dinding dapur. 

Aku segera menarik lengan Rae. Menghalang untuk dia bertindak seterusnya. Aku tak mahu sesiapa dengar pergaduhan ini. Nanti makin parah keadaan aku dekat dalam rumah ni.

"Kau balik." Keras nada suara Ivander menghalau dua orang sepupunya itu keluar dari rumahnya. 

Rery menarik bahu Rae sehingga keluar rumah menggunakan pintu belakang tadi. Aku serba-salah. Adakah aku punca mereka bertiga bergaduh? Salahkah aku?

"Aara, kau memang degil!" marah Ivander. Suaranya diperlahankan supaya tiada siapa dengar dan tahu kami berdua berada di dapur.

Pang! Suasana menjadi sunyi saat Ivander berani-beraninya menampar aku. Ini kali pertama aku ditampar. Hari tu, Jessica ditampar oleh Julian. Dan sekarang, aku ditampar oleh Ivander? Sakit dia tak perlu aku terangkan macam mana. Perit. Seperit hati aku kini.

"Tu... tuan..."

"Aku dah cakap, kan? Kalau kita berdua, panggil aku Ivan! Apa yang kau tak faham bahasa?" Ivander mula mengamuk tak tentu pasal. Mujur saja tiada siapa yang masuk ke dapur. 

Air mata aku mengalir laju. Tangan naik memegang pipi yang terasa pijar. Sakitnya...

"Air mata kau tu terlalu murah untuk aku, Aara. Kau tu makan batu ke apa? Sampai langsung tak dengar cakap aku. Aku dah cakapkan, jangan rapat dengan dia orang berdua. Aku tak suka!" Dia memukul kepala dan bahu aku beberapa kali. Makin deras air mata aku mengalir.  Sakit. Sakit sangat.

"Ivan, enough..." 

Ivander tersentak. Laju saja dia menoleh ke belakang. Kelihatan Julian sedang berdiri sambil merenung ke arahnya tajam. Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari ke arah Julian seraya menangis teresak-esak. Sakitnya tak terkata. 

"Kau buat apa dengan Aara?" soal Julian. Tangannya menarik bahuku rapat ke dadanya menyebabkan aku tergamam di dalam dakapannya. 

"Kau jangan nak sibuk. Pergi mampus. Kau tak diundang pun dalam rumah ni," balas Ivander selamba. Tangannya disilangkan ke dada. Begitu angkuh sekali wajahnya saat memandang kami berdua. 

"Tolong, sedar diri kau tu. Kita semua ni tak layak duduk rumah ni. Kau ingat tu. Kau tu cuma menumpang saja, Ivan." 

Aku hanya membisu. Tak faham apa yang mereka cuba cakapkan. Kepala aku tiba-tiba saja berdenyut-denyut. Mungkin aku terlalu banyak berfikir. Aku diam saja. Selagi aku boleh tahan, aku akan tahan. Tak mahu menyusahkan sesiapa lagi. Aara Malika, tolong jadi kuat. Kuatkan diri kau.

"Kau, kalau datang sini tak sahkan tak sakitkan hati aku. Langsung tak hormat aku," ujar Ivander.

Julian tersungging sebuah senyuman. Sepertinya mengejek.

"Siapa yang patut hormat siapa? Aku ni abang ipar kau. Patutnya kau yang hormat aku. Ini tidak. Kurang ajar," sindir Julian.

Ivander terus saja meluru ke arah Julian sambil mengacukan penumbuknya. Tetapi, aku sempat menghalang dia dari terus menumbuk Julian. Dadanya aku tolak dengan keberanian yang aku ada. 

"Tuan, tolong. Jangan bergaduh. Saya tahu salah saya. Maafkan saya. Saya janji yang saya tak akan buat lagi. Tolong, saya merayu," mohon aku bersungguh-sungguh. Tak sanggup aku nak tengok pergaduhan ini terus berlaku di hadapan mata. Aku tak mahu ada sesiapa yang cedera disebabkan aku. Aku tak nak...

Ivander melepaskan dengusan kasar sebelum menjatuhkan penumbuknya ke sisi tubuh. Dia merenung Julian sebelum renungannya beralih ke arah aku. Tajam renungannya. Bagaikan ada maksud tersirat. Terus saja dia pergi meninggalkan kami berdua di dapur. 

"Aara, Aara okey tak? Sakit?" Julian mengusap pipiku lembut. Pipi yang terkena tamparan Ivander sebentar tadi. 

"A... Aara okey. Terima kasih, Julian," ucapku sambil menolak lembut tangannya. Terasa janggal pula dia berbuat seperti itu. Lagi-lagi pula dia lelaki. 

"Maafkan, Julian. Julian terlepas. Julian tak sengaja."

Aku tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala. 

"Tak apa. Aara faham. Sejak bila Julian ada kat sini? Dah lama ke?" 

Dia menganggukkan kepala.

"Sejak pagi tadi. Julian cara Aara. Ada juga Julian tanya dekat mak Aara. Tapi, mak Aara cakap Aara keluar beli barang. Lama Julian tunggu Aara," jawabnya dengan nada suara sedih. Dia kecewa ke? Kesiannya dia dah lama sangat tunggu aku dari pada tadi. 

"Maafkan Aara. Aara tak tahu pula yang Julian ada juga. Ingatkan kawan-kawan Puan Jess saja." 

Julian tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

"Kawan dia, kawan Julian juga sebenarnya. Kawan satu sekolah dulu. Tak apa, Julian faham. Janji Aara dalam keadaan selamat. Tak adalah Julian risau sangat. Keluar dengan Rae dan Rery, kan?" 

Aku tersenyum. Baiknya Julian ni. Prihatin sangat pasal aku. Sama macam Rae dengan Rery. Terima kasih, Ya Allah. Masih ada yang sudi prihatin dengan aku. Saat aku rasa keseorangan, Kau hantarkan tiga orang lelaki yang memahami aku. 

"Julian, Aara masuk bilik dulu, ya. Badan Aara letih. Esok Aara kena bangun awal lagi."

Julian senyum. Dia menganggukkan kepala. Tangan naik melambai ke arah aku. 

"Assalamualaikum," ucap Julian.

"Waalaikumussalam...," balas aku sambil melangkah masuk ke dalam bilik. 

"Ah... ermphh!" Jeritan aku terbantut saat mulutku ditekup ketat olehnya. Aku terkejut. Macam mana Ivander boleh masuk dalam bilik aku. Sejak bila dia masuk? 

"Kau jangan ingat, aku lepaskan kau macam tu aje. Rery dengan Rae kau nak layan. Julian pun sama? Perempuan murahan ke kau ni, hah?" 

Tersentap aku dengan kata-katanya. Teruk sangat ke aku ni sehinggakan dia menggelar aku perempuan murahan? Aku cuma berkawan. Salah ke?

"Last warning untuk kau. Lagi sekali aku nampak kau bermesra dengan dia orang semua. Memang hidup kau tak tenang, Aara. Kau beritahu sesiapa pasal hal ni. Jangan harap kau boleh hidup bebas. Kau ingat kata-kata aku ni!" 

Dia menolak tubuh aku sehingga terhentak ke dinding sebelum melangkah keluar dari bilikku dengan dengusan kasar. Aku melorot jatuh pada dinding bilik sambil menangis tanpa mengeluarkan bunyi. Terhinjut-hinjut bahu aku melepaskan tangisan. Apa salah aku? Kenapa aku kena hadap manusia macam ni? 

Perlahan aku menarik kedua-dua belah lutut rapat ke dadaku. Muka aku sembamkan pada lutut. Sepuas-puasnya aku melepaskan tangisanku. Mak, tolong Aara. Aara takut, mak. Mana mak Aara yang sayangkan Aara? 

Aara rindukan mak yang lama. Aara takut mak. Dia selalu ugut dan kacau Aara. Semua orang tuduh Aara yang bukan-bukan. Macam mana Aara nak kuat? 

"Aara..." 

Aku mendongakkan kepala. Baru aku perasan yang pintu bilik aku tidak tutup. Habislah... kalau dia tahu macam mana? Mesti Ivander marahkan aku... 

Continue to read this book for free
Scan code to download App

Latest chapter

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   EPILOGUE

    SUNGGUH meriah suasana rumahku hari ini dengan tetamu-tetamu yang dijemput hadir ke majlis hari kelahiran Noah yang ke-8 tahun. Staf-staf yang bekerja di Princeville Holdings turut hadir ke majlis hari kelahiran anak aku ini. Ini kali pertama mereka diundang ke rumah majikan sendiri. Jadi, muka masing-masing teruja dapat menjejakkan kaki di rumah keluarga Princeslon ini.Rae tidak mahu ketinggalan juga. Sanggup terbang dari Itali ke sini semata-mata mahu menyambut hari kelahiran Noah bersama-sama kami. Fazio diarahkan untuk menjaga syarikat di sana sementara Rae berada di sini. Mujur Fazio seorang wakil yang sangat boleh dipercayai. Dan ada satu berita gembira buat kami sekeluarga. Rae bakal melangsung perkahwinannya pertengahan tahun ini nanti. Julian orang yang paling bersorak sekali diikuti dengan Rery.Aku tak sangka. Akhirnya Rae akan berkahwin juga dengan gadis pilihannya yang merupakan anak jati Malaysia. Sekarang n

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 71

    PAGIini, aku hanya mengenakandresslabuh berwarnababy blue. Sehelai selendang berwarna krim yang aku beli bersama dengan Melina tempoh hari sudah terlilit cantik di kepalaku. Hari ini, aku akan menambahkan lagi kejutan buat si suami yang lagi membersihkan diri di dalam kamar mandi. Aku harap dia gembira akan perubahan aku pada hari ini. Semoga aku terus istiqamah untuk menutup aurat."Ho..."Aku memalingkan tubuh ke belakang apabila terdengar sepertinya Rery mahu memanggil aku tetapi panggilannya terbantut. Mungkin terkejut melihat penampilan aku."Ya, biy?" Aku tersenyum."Is that really you, honey?" soal Rery dengan riak wajahnya sangat terkejut.

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 70

    SEPERTI yang aku katakan, malam ini adalah malam perbincangan kami sekeluarga. Rery sudah dapat kesan keadaan Noah yang sepertinya lemah saja. Reaksi anak lelakinya hari ini tidak terlalu ceria seperti sesebelum ini. Rery yang ingin mendukung tubuh Noah, laju saja Noah menggelengkan kepala. Itu yang membuatkan Rery bertambah pelik. Bila aku menceritakan tentang kejadian di sekolah tadi secara ringkas. Terus saja senyumannya mati. Diganti dengan kerutan seribu di dahi. Itu sudah cukup membuatkan aku tahu yang emosi Rery sudah berubah. Sudahlah baru balik dari kerja. Agak lambat juga sampai ke rumah. Tepat jam 10 malam. Terus saja dia meminta diri untuk membersihkan tubuhnya.Tak lama itu, Julian dan Melina datang bersama dengan Eusoff. Eusoff terus saja duduk di sebelah Noah yang sedang menonton televisyen bersama dengan si kembar. Suasana sepi saja memandangkan mereka tahu, emosi papa kesayangan mereka ketika ini dalam keadaan tidak baik.

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 69

    JAM tangan yang terbelit pada pergelangan tanganku dikerling sekilas. Masa masih lagi berbaki satu jam lagi sebelum anak-anak menamatkan sesi persekolahan mereka pada hari ini. Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik, pejam celik saja dah nak masuk waktu tengah hari. Tak ada apa sangat yang kami buat pada hari ini. Sekadar berjalan sambil bercerita sesama sendiri."Tekak ni terasa pulak nak makan susyi. Kita singgah Sushi King sekejap awak," ajak Melina.Aku hanya menganggukkan kepala. Tangannya aku kembali genggam kemudian kami bersama-sama menuju ke Sushi King yang tidak jauh dari situ. Aku pun tiba-tiba saja terasa mahu makan Sushi King. Jarang-jarang aku nak mengidam makanan macam ni. Biasanya kalau keluar makan bersama Rery, dia yang paling kuat sangat mengidam macam-macam makanan. Aku pun bedal sajalah."Kita bungkus sajalah. Lepas tu, kita terus ambil dia orang dekat sekolah. Takut sesak pulak wakt

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 68

    BIBIR melengkung senyum. Sedar tak sedar, malam ini malam terakhir aku di Pulau Langkawi ini. Dan malam ini juga, Rery membawa aku mengambil angin di Pantai Cenang. Boleh dikatakan ramai juga pengunjung yang hadir pada malam ini. Ada yang sedang berkumpul bersama ahli keluarga dan ada juga yang sedang menjamu selera di gerai-gerai makanan kecil yang dibuka di tepi pantai."Aara Malika..."Mata aku terpejam seketika. Sudah bertahun-tahun lamanya aku dah lama tak dengar orang memanggil aku dengan nama itu. Secara automatik, aku teringatkan arwah ayah dan ibu yang berada di kampung. Memori-memori ketika aku kecil bermain-main di dalam kotak fikiran. Perasaan rindu mula terpasak di dalam hati. Ya Allah... rindunya aku pada mereka. Terutama sekali arwah ayah yang sangat menyayangi aku. Menatang aku dengan minyak yang penuh. Sedangkan aku bukanlah anak kandungnya."Arif..." Aku hanya tersenyum kecil sebaik saja

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 67

    Di Pulau Langkawi, Malaysia.AKU tersenyum memerhatikan Rery dan Julian sedang melayani anak-anak bermandi-manda di dalam kolam renang. Melina turut tersenyum memerhati gelagat mereka. Kami berdua hanya duduk di bibir kolam renang sambil menepis-nepis air menggunakan kaki. Kuat betul tawa Ryana dan Ryan memeriahkan suasana kolam renang itu. Suka sangat dapat bermain air."Adra... apa yang awak rasa sekarang ini?" soal Melina sambil memeluk bahuku."Saya rasa bahagia. Dan saya harap sangat yang tiada lagi konflik akan timbul lagi. Biarlah kebahagiaan ini kekal buat selamanya sehingga kali terakhir saya bernafas. Saya tak nak tengok anak-anak saya terkena tempias lagi. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Keadaan Noah tu pun sampai sekarang saya rasa sedih dan terkilan." Bibirku menguntumkan senyuman kecil. Anak mata terpaku pada Noah yang sedang menyelam bersama Eusoff."Ya. Saya f

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 66

    Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia. TROLI bagasi ditolak oleh Rery sambil sebelah tangannya merangkul pinggangku. Syukur, kami selamat sampai ke tanah air bersama dengan anak-anak. Begitu juga dengan Julian dan Melina. Rae dan Fazio seperti yang dikatakan oleh Rery. Mereka berdua diberi amanah dan kepercayaan untuk mewakili syarikat di sana. Jadi, tidak perlulah Rery berulang-alik ke sana. Semuanya akan diketahui perkembangan Princeville di sana melalui dalam talian saja."Honey, nak makan atau nak singgah mana-mana? Ke nak balik terus?" soal Rery."Honey ikut biy saja. Kalau biy lapar, kita makanlah dulu. Tadi dalam flight pun biy makan sikit aje."Rery menjuihkan sedikit bibirnya. Anak matanya meliar melihat suasana sekeliling. "Kita singgah Subway la. Tekak terasa nak makan Subway pula."

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 65

    BIBIRKU melengkung senyum lebar. Daun pintu kereta aku tolak lalu berlari keluar dari perut kereta. Setelah beberapa hari terperap di dalam rumah kerana menjaga Rery dan Noah sehingga sihat seperti biasa. Begitu juga dengan diri aku sendiri. Sepanjang kami di rumah, banyak aktiviti keluarga yang kami lakukan bersama."Mama tunggu!" jerit Ryana dan Ryan serentak. Diikuti dengan Eusoff di belakang.Aku tertawa kecil. Tangan didepa luas ke udara sambil kepala didongak ke atas. Mata dipejam seketika sebelum dicelikkan semula. Hari ini, Rery membawa kami ke berjalan-jalan sekitar Venice tanpa ada gangguan. Seperti biasa, pastinya ada mata-mata yang akan menjaga kami sekiranya ada pihak musuh yang datang menyerang secara tiba-tiba."Cantiknya!" ujar aku dengan sorakan gembira.Rery yang sedang mendukung Noah tersenyum kecil lalu dia mendekati kami. Bahuku dipeluknya rapat ke dadanya. Noah menguc

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 64

    KATA-KATA Pablo bermain di fikiranku. Keadaan Noah tak seperti yang aku mahukan. Dia terpaksa menanggung parut kesakitan itu sehingga dewasa kelak. Tatkala menerima berita itu, jantung aku bagaikan gugur. Tidak lagi berdegup. Kecewa dan sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Macam mana Noah nak meneruskan hari-harinya sekiranya dia mendapat tahu perkara itu nanti?"Honey..."Aku tersentak dari lamunan apabila terasa satu tangan kekar menyentuh bahuku. Perlahan aku angkat muka. Wajah Rery aku pandang sayu. Hampir saja air mataku mahu jatuh buat sekali lagi."Noah macam mana?""He is still sleeping."Aku hanya angguk sekali. Lemah. Rasa macam hilang separuh kekuatanku apabila melihat keadaan Noah seperti itu."Jangan macam ni, honey. Biy tahu Noah seorang yang kuat. Dia akan menerima berita ini dengan hati yang terbuka.

Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status