Share

Part 4: Video Call

    

    Sesuai seperti yang Tan Sri beritahu semalam, Maleek dan juga Aryan telah tiba dipejabat memenuhi undangan Tan Sri. Beliau sebagai Pengarah Syarikat Symphony Resorts yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu, amat berbesar hati mengundang kedua jejaka itu datang ke syarikatnya. 

  Langsung sahaja mereka dibawa kebilik pejabat Tan Sri yang megah berkonsep luxury mencerminkan company yang menyajikan kemewahan dalam setiap layanannya.

  "Selamat datang. Alhamdulillah. Tiba pun kamu berdua."

Ujar Tan Sri yang gembira dengan kehadiran mereka.

  "Mari, ikut saya."

Tan sri lalu meminta mereka untuk mengikuti langkahnya. Tan sri membawa kedua pemuda itu keluar dari bilik pejabat, dan dibawanya untuk meninjau keadaan syarikat itu. 

Tan sri lalu memperkenalkan Maleek kepada para staff selepas dia meminta mereka untuk berkumpul buat seketika.

   "Perkenalkan buat kamu semua, inilah dia, menantu saya. Maleek namanya. Mulai dari hari ini, dia akan mengendalikan jawatan CEO dalam syarikat kita. Jadi, saya harap kamu semua dapat membantu dan bekerja sama dengan dia."

Maleek terperanjat mendengar ucapan yang meniti lancar dilisan ayah mertuanya. Dia yang sedang mendapat tepukan riuh oleh para staff hanya memberi senyum segan akibat masih terkejut. 

Usai sesi perkenalan barusan, Maleek lalu dibawa ke bilik pejabat khas yang telah Tan sri persiapkan untuk dirinya. Semakin terbuka rahangnya menyaksikan bilik yang besar dan megah dengan susun atur mewah bertemakan warna black&gold sebagai lambang kemewahan. Sukar untuk dirinya percaya, bahawa bilik itu adalah khas untuk dirinya. Maleek meneguk air ludah serta mengerdip matanya beberapa kali.

  "Maaf daddy.Tapi,, kenapa daddy beri jawatan ini pada saya secara tiba-tiba?" Dalam gugupnya yang masih terkagum-kagum dia bertanya.

Tan sri tersenyum memandang tepat wajah menantunya. Sebelum ucapannya menyusul kemudian.

"Kenapa? Kamu tak suka?"

"Bu-bukan begitu, daddy. Tapi, saya tak yakin boleh membawanya."

Sekali lagi Tan sri melorek senyum. Bahu sang menantu yang lebih tinggi darinya ditepuk perlahan.

"Come on lah Maleek. Kamu ni sama saja macam Zd. Suka merendah diri. Bimbang tak boleh buat lah, apa lah.Tengok buktinya, baru minggu pertama Zd mula aktif disini, dia sudah membawa impak positif yang cukup memberangsangkan. Daddy yakin kamu pun pasti memiliki kemampuan yang sama."

Jelas Tan sri menegaskan.

"Tapi daddy. Jawatan ini terlalu besar untuk saya. Saya...."

Maleek tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila ayah mertua telah lebihdulu menengahi.

"Aryan kan ada. Dia boleh bantu kamu. Boleh kan Aryan?"

Wajah Tan sri dialih pada Aryan kini.

Aryan yang berdiri sisebelah Maleek lalu mengangguk setuju.

"Bo-boleh Tan sri. InsyaAllah."

"Eloklah kalau begitu. Perlu kamu berdua ketahui, syarikat ini hampir kerugian banyak dana akibat penggelapan wang syarikat oleh pihak yang tidak bertanggung jawap. Kamu sebagai penyiasat, pasti akan lebih telus untuk melakukan siasatan bila telah mengambil bahgian didalam syarikat ini. Saya mahu, kamu bekerja sama dengan Zd untuk segera menyelesaikan masalah ini."

Mereka mengangguk faham. Keputusan Tan sri telah disetujui olehnya. 

Derap kaki dari arah belakang kedengaran, mereka menoleh laju. Zd telah tiba membawa senyum diwajah dan mara menghampiri kedua sepupunya.

"Selamat bergabung di Symphony Resorts."

Ucap lelaki bertubuh sasa itu sambil merangkul bahu kedua sepupunya.

  Tan sri menghela nafas lega kini. Ketiga spy keprcaayaannya telah bergabung didalam company. Dia yakin, kegiatan penggelapan wang syarikat pasti akan tumpas tak lama lagi.

***

   Tugasan Maleek telahpun bermula. Dia perlu membantu ayah mertuanya untuk menguruskan syarikat. Bekerja sama dengan kedua sepupunya, sudah tentu ianya menjadi semakin mudah. Syarikat gergasi yang memliki cabang diseluruh negara, dan juga di beberapa buah negara asean itu telah menyita fokusnya. Disamping itu, dia juga melakukan penyelidikan pada bahgian akaun untuk memeriksa jumlah keluar dan masuk kewangan syarikat itu. Dibantu oleh Aryan, Maleek tentu mudah menjalaninya.

Oh, jangan dilupa, Cik bini dirumah juga perlu diberi perhatian juga. Setaip hari, selepas tamat waktu pejabat Maleek akan pulang kerumah Tan sri untuk berjumpa isteri tercinta. Kebiasaannya Maleek akan menghabiskan masa sehingga malam disana. Selepas makan malam bersama keluarga mertua, barulah dia meminta diri untuk pulang kerumah. 

Dan,, seperti biasa. Dia harus menghadap drama isterinya yang tidak habis-habis merengek memintanya untuk tidak pulang.

Maleek sudah menggigit rahang terasa geram melihat isterinya merengek begitu. Nak terkam sekarang boleh tak? Haa, menggoda sangat kenapa? Ingat iman abang ni tebal sangat ke? 

Maleek mengurut dada cuba memujuk hati supaya bersabar. Sabara Maleek, sabar. Tempoh sebulan itu telah kau jalani selama seminggu sudah. Maknanya, tinggal lagi tiga minggu dan segalanya akan menjadi milik kau. Sabar dulu ya. Tahu lah tak tahan. 

Sekali lagi hatinya cuba dipujuk.

    Tidak puas berjumpa tadi, sebelum tidur mereka akan membuat panggilan video pada telifon bimbit. Itu wajib. Tiada hari tanpa video call. Kadang-kadang sedang makan pun bertemankan handphone yang sedang aktif dengan video call. Menjelang tidur adalah mesti. Tidak boleh skip. Nanti tak boleh tidur sebab rindu. Adeh..!

  "Abang..."

Sapa suara manja Puteri begitu lunak memanggil suaminya.

"Yes, my Princess."

Maleek membalas sapaan manja sambil membiarkan jari jemarinya menari diatas papan kekunci kompiuter riba diatas pangkuannya. Ada sedikit kerja yang perlu disiapkan sambil merehatkan punggung diatas pembaringan.

"Abang buat apa lagi tu?"

"Abang siapkan pelan untuk besok ni. Besok abang kena handle meeting dengan anak syarikat yang dari Singapore. Ini merupakan meeting presentation pertama abang tahu dalam Symphony Resorts. Berdebar juga rasanya."

Jelasnya bersungguh-sungguh. Sambil sesekala melirik pada skrin telifon. Sedang fokusnya kini pada layar laptop didepan.

Penjelasan suaminya langsung tidak menarik minatnya untuk mengetahui. Puteri sudah memanjangkan muncung dibibir. Wajahnya merengut kerna Maleek masih lagi sibuk dengan kerja.

"Abang...." 

Panggilnya panjang meleret kini. Suaranya sudah bertukar lebih manja.

"Iya, Princess."

Laju-laju Maleek menjawap. Tidak mahu rajuk si buah hati menjadi-jadi nanti.

"Abang sudah la kerja tu. Layan la Puteri. Nak merajuk la macam ni."

"Ala, tak nak la merajuk. Ok, ok. Bagi abang siapkan kerja sebentar ya sayang. Sikit je lagi."

"Tak nak! Abang... Sudah laa tu.."

"Sabar sayangku."

Rengekan sang isteri terpaksa diabai sebentar, Maleek perlu fokus pada kerjanya yang sedikit lagi hampir siap.

Puteri telah berpeluk tubuh diatas katilnya. Wajahnya merengut gusar apabila suaminya masih dengan kerjanya.

Perlahan Puteri memutar bola mata. Otaknya seperti sedang menangkap satu idea yang terlintas, dan mencipta senyum senget dibibir.

  "Abang....."

Sekali lagi dia memanggil suaminya. Kali ini dengan suara meleret manja.

"Iya, sayang.!"

Jawap Maleek tanpa memandang, kerna matanya masih fokus pada skrin kompiuter.

"Abang, tengok sini sekejap."

Ujarnya meminta Maleek melihat pada skrin telifon.

Maleek menuruti permintaan isterinya. Karang merajuk betul dia juga yang susah.

Alamak, apa ni?

Maleek menjatuhkan rahang luas-luas. Dia yang sedari tadi sedang fokus pada kerja, terus kucar kacir otaknya. Niat mahu melirik sedikit kini sudah ditancap melekat pada skrin telifon itu tanpa mahu lagi mengubah pandangan.

Matanya terbeliak besar-besar menyaksikan apa yang terpapar pada skrin itu. Air liur hampir berjatuhan, namun laju-laju dia telan semula.

Disaksikan oleh matanya, isterinya sudah mendedahkan bahgian dada yang sudah tanpa pakaian, namun masih ditutupi dengan comforter. Membuat jantungnya seperti mahu meledak saja.

Langsung hilang fokus Maleek pada kerja yang sedang dilakukan. Laptop juga telah dialih keatas meja. Skrin telifon kini dipandang tak lepas. Dia juga telah mengambil tempat diatas tilam untuk merebahkan tubuh. Puteri yang telah membuat aksi-aksi menggoda itu dipandang bagai mahu terkeluar biji mata.

"Sayang.... Tolong jangan seksa abang macam ni."

Suaranya sudah bergetar cuba merayu pada isteri supaya menghentikan perbuatannya. Dia sudah hampir naik gila.

Namun malang, Puteri justeru semakin memburukkan keadaan. Gadis itu semakin mempamer senyum seksi serta menggigit kecil bibir bawah, sengaja mahu menduga suaminya. Kain selimut ditarik sedikit kebawah. Lurah dada gebunya sengaja dipamer. 

Maleek sudah menggigil ditempat. Bibir bawah digigit geram. Kepalanya digosok kasar kegeraman. Skrin telifon serasa mahu dimakan.

"Oh, Princess. Jangan la kejam sangat. Suka sayang eh seksa abang macam ni."

Puteri tidak membalas kata-katanya. Dia sengaja membiarkan lelaki itu tersiksa menatap keindahan miliknya. Senyumnya diperlihatkan semakin menggoda. 

"Sayang...."

Maleek sudah semakin menggila.

"Yes..."

Jawap Puteri dengan gemalai.

"Tarik lagi selimut tu. Kebawah sikit."

Puteri menuruti, kain selimut ditarik sedikit kebawah. Namun ditahan dari terdedah lebih jauh.

Maleek mengeluh kecewa.

"Ala, bawah lagi sayang. Nak tengok."

Puteri tersenyum nakal. Lalu dituruti kemahuan suaminya. Selimut ditarik kebawah, namun tapak tangan pula bertindak menutupi eset miliknya.

Bertambah geram Maleek jadinya. Macam ni punya gaya, mahu dia pergi panjat pagar rumah Tan sri malam-malam buta kejap lagi ni. Kasar sangat gurauan Cik bini kali ini. Memang confirm langgar trafic light kalau begini gayanya. 

TBC

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status