Share

Part 7: Coklat

   Dia telah tiba dilantai atas selepas menyelinap memasuki lif. Meski dia belum pernah menginjakkan kaki dibahgian lantai atas, namun atas dorongan hati yang tidak sabar mahu berjumpa isteri, dia sampai juga akhirnya.

  Terdapat beberapa buah pintu bilik di lantai tiga rumah itu, matanya meliar mencari mana satu bilik isterinya. Puteri pernah memberitahunya tentang seluk beluk lantai atas dan juga kedudukan biliknya. Berbekalkan daya ingatan yang begitu aktif ketika ini, dia pasti, bilik yang tidak jauh dari lif itu adalah bilik isterinya. Tanpa membuang masa, langkah terus dibuka menuju bilik tersebut.

  Pintu bilik yang tidak berkunci dikuak perlahan. Matanya dipejam beberapa saat ketika sebuah aroma menerpa hidungnya sebaik pintu terbuka. Aroma yang dirindukannya, aroma khas milik Puteri Zaharah. Membuatnya yakin bahawa dia tidak salah masuk bilik. 

Langsung sahaja kakinya dibawa melangkah masuk. Pintu ditutup lalu dikunci. Bimbang ada yang mengekori, kacau nanti. 

Dia memusing badan, matanya lalu disapa oleh pemandangan bilik yang cantik, besar dan luas berkonsepkan royal. Tetapi bukan itu yang menarik perhatiannya. Tumpuan pandangannya kini hanyanya pada katil. Katil bersaiz super king berukiran mewah itu dihampiri perlahan.

Kerna dia yakin, objek yang dia cari-cari sedang terbaring disitu.

"Assalamualaikum. Princess, abang datang, sayang." Sapanya perlahan sambil terus mara menghampiri.

   Puteri masih lagi hanyut didalam lena, namun tersentak bagai mimpi yang nyata. Tidur nyenyaknya terhenti sebaik suara yang dirindui itu kedengaran menyapa ditelinga. Perlahan matanya dibuka meski masih berat terasa. 

   "Abang. Abang ke tu?"

   Mendengar suara itu, kakinya terpanggil untuk mempercepatkan langkah. Yakin dirinya bahawa itu benar sang isteri yang dirindui.

   Maleek telah tiba disisi katil. Langsung dia mengambil tempat untuk meletakkan punggung diatas tilam bersebelahan Puteri yang masih terbaring.

   "Abang." Gadis itu telah membuka mata, penglihatannya langsung disapa oleh kehadiran lelaki yang amat dirinduinya. Segera dia bangun menegakkan tubuh. Hatinya sungguh gembira melihat sosok lelaki itu nyata dihadapannya.

   "Princess. Sayang abang demam ya? Ooh, kesiannya." Langsung kedua tangannya naik meraba wajah pucat gadis itu. Disentuh dan dibelai manja, sebelum dibawa turus masuk kedalam pelukan. Begitu erat dia mendakap kemas tubuh lemah Puteri yang telah melentokkan diri didalam pelukankannya. Rambut, pipi, leher habis dijelajahi dengan bibirnya. 

Puteri yang keasyikan menikmati sentuhan itu telah membalas memeluk suaminya. Tubuh sasa lelaki itu dirangkul kejap. Rindunya sudah terlerai, sakitnya sudah terubat. Pelukan melepaskan rindu semakin erat. 

"Puteri rindu abang." Suara seraknya kedengaran dari dalam pelukan suami, membuat lelaki itu tegak bulu roma serta merta. Pelukan terhadap tubuh isterinya semakin dipererat. Wajahnya juga sudah dibenam pada leher Puteri dan dicium sepuas hati.

"Abang pun rindu, sayang. Rindu sangat-sangat."

Hampir lima minit mereka hanyut dalam pelukan yang seperti terkena sumpahan melekat itu, sebelum akhirnya terlerai jua. 

Sudah puas melepas rindu? 

Belum lagi! Sudah lah rindu setengah mati, dapat pula berjumpa didalam bilik berduaan begini, peluang untuk melepaskan rindu makin terbuka luas kini.

Selama ini meski berjumpa setiap hari, tidak lah dapat mereka serapat ini. Berjumpa pun diruang tamu, makan bersama, duduk ditaman, berjalan-jalan. Sentuhan paling kuat pun hanyalah sekadar kucupan didahi isteri. Tidak berani hendak menyentuh lebih, kerna bimbang diperhatikan ahli keluarga. 

Kini, bila dapat peluang berjumpa dibilik berkuci begini, fuhhh.. gejolak didada lain maciam rasanya. 'Sayang hanya milik abang, kini dan selamanya.'  Tudiaaa!

    Wajah gadis itu ditatap sayang. Tanganya masih tak lepas memegang kedua pipi isterinya. Senyum rindu terukir dibibir keduanya sambil terus mentautkan tenungan. Wajah pucat Puteri kini mula berseri dengan senyum yang menghiasi. 

  "Bila abang sampai?"Dia bertanya perlahan.

"Baru je." Balas Maleek dengan renungan angau menatap isterinya.

"Macam mana daddy boleh bagi abang masuk? Bukan ke daddy tak bagi abang datang kebilik Puteri?" Puteri bertanya lagi.

"Daddy memang tak bagi. Tapi abang nak masuk jugak. Tak tahan sangat rindu kat Princess abang ni tahu tak?" Ayat geramnya disertai cubitan manja pada pipi Puteri. Gadis itu seronok diperlakukan begitu kerna dia juga amat merindui lelaki ini.

"Abang. Puteri lapar. Abang tak ada bawa makanan ke?" Suami sudah tiba, maka lapar pun terasa. Sedari tadi langsung tak ada selera. Kehadiran lelaki itu telah membuat seleranya terbuka. 

Maleek menggaru kepala. Baru sahaja berjumpa didalam bilik begini, takkanlah nak turun cepat-cepat? Rugilah. Dia berdesis demikian.

"Lapar? Aduh, abang tak tahu pula sayang tak makan lagi. Nak turun sekarang ke?"

"Ala, kalau ada makanan ringan pun tak apa. Puteri malas nak turun. Tak larat." Rengeknya semakin manja. Membuat Maleek sekali lagi menggaru kepala mencari idea.

Ahaa...

Baru dia teringat sesuatu.

Saku kemeja dirabanya kemudian. Coklat Cadbury yang Aryan beri tadi masih ada disitu. Langsung saja dicapai dan dibawa keluar.

"Sayang. Abang ada coklat ni je. Nak ke?"  Ujarnya sambil menyua coklat kehadapan.

Puteri sudah tersenyum girang. "Nak abang. Nak!." Gembiranya dia. Meski hanya sebatang coklat, tetapi ianya dari tangan orang tersayang, sungguh ianya begitu mengujakan.

Maleek pun sungging senyum gembira melihat isterinya sudah mula ceria. "Sekejap ya, biar abang bukakan." bicara Maleek yang seperti berbisik perlahan.

Tak lama kemudian, tangannya lalu bertindak mengoyak pembungkus coklat bagi mengeluarkan isinya. Puteri sudah tidak sabar-sabar menunggu coklat disuap kemulut dengan hati teruja.

Maleek mematahkan sepotong coklat, lalu perlahan didekatkan pada mulut isterinya.  "Aaa.. buka mulut." bisiknya. Puteri pun ternganga menunggu suapan coklat kemulutnya.

Eh,, tapi... mana coklatnya?

Puteri kembali monyok bila cebisan coklat tidak jadi disuap padanya. Tetapi malah Maleek memasukan kedalam mulutnya sendiri.

"Alaa, abang. Puteri nak." Puteri merengek.

Maleek mengoyak senyum melihat reaksi isterinya itu. Sengaja dia mahu menyakat. Coklat yang masih berada dimulut telah diapit dengan gigi. Maleek kemudian menyuakan coklat dibibir langsung kemulut isterinya.

Dengan senang hati Puteri menyambut coklat dengan mulutnya. Membolehkan bibir mereka bertemu untuk menikmati coklat hingga kecebisan terakhir.

"Sedap tak?" Gumamnya perlahan. Suaranya sudah lain macam, gemersik bagai angin menusuk. 

Coklat juga sudah habis dinikmati berdua dari mulut kemulut. Bibir keduanya juga sudah comot dengan sisa-sisa coklat. Rambut Maleek yang rapi tadinya kini sudah kucar kacir akibat dironyok geram oleh Puteri. Dia biarkan saja isterinya berbuat begitu ketika mereka sedang intim semasa menikmati coklat barusan.

"Sedap, abang. Nak lagi." Jawap Puteri dengan desahan nafas terputus-putus.

"Coklat dah habis la sayang."

"Bukan nak coklat lagi. Nak yang ni." Matanya menghantar tenungan menggoda sambil meletakkan jarinya pada bibir Maleek. 

Bibir itu lalu mengoyak senyum perlahan, sebelum kembali ditekup pada mulut Puteri begitu rakus sekali. 

Beberapa saat mereka telah hanyut. Kerinduan yang membuak telah sampai dikemuncak. Naluri suami isteri serasa ingin dilangsaikan segera. Namun akhirnya Maleek kembali tersedar. 

Nafasnya kasar diatur perlahan sambil mula melepaskan pelukan. Sedar dirinya sudah hampir hilang kawalan, dan bimbang takut terbabas lebih jauh nanti. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia tolak badan isterinya supaya terbaring ditilam. Dan..... Yummy...!

Tetapi tidak. Dia perlu mengawal diri. Belum tiba masanya untuk dia menunaikan kewajipan itu. 

"Ala, abang. Nak lagi." Puteri merengek kecewa. Ciuman suaminya terlalu mengasyikan sehingga dia belum puas menikmatinya.

"Cukuplah dulu sayang. Bahaya kalau banyak-banyak." Isterinya dipujuk dengan sentuhan lembut kewajah itu. Ikutkan hati, abang pun tak cukup, sayang. Nak habiskan sekarang pun boleh! batinnya berbisik.

Puteri pula sudah cemberut. Wajahnya merengut manja ditunjuk pada suami. Namun perlahan otak nakalnya mendapat satu idea untuk menjerat suaminya supaya tidak dapat lari lagi. Senyum nakal terukir dibibir, dia harus menjalankan muslihatnya segera. 

TBC

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status