Share

Part 6: Sakit

Sejak kelmarin lagi Pn Sri memerhatikan akan sikap anak gadisnya yang kurang ceria seperti selalu. Dia sudah dapat menduga, ianya sudah pasti kerna encik abang sedang outstation. Sehari tak berjumpa, boleh demam urat dibuatnya. Inikan pula sudah masuk hari ke3. Sudah tentulan si pengantin gantung itu bertambah murung.

  Malah makin buruk, hari ini Puteri langsung tidak turun dari bilik. Puan Sri sudah mula resah kerna anaknya belum mengambil sebarang makanan dari pagi. Jam sudah menunjukan pukul satu petang. Puteri tak juga kunjung turun dan masih mengurung diri dibiliknya.

   Puan Sri mula berasa tidak sedap hati. Langsung dia bergegas memasuki lif untuk membawanya kebilik Puteri ditingkat atas.

Pintu lif yang tidak jauh dari bilik Puteri telah terbuka. Dia segera keluar dan melangkah menuju bilik anaknya. 

Pintu bilik Puteri dipulas tombolnya perlahan-lahan. Oh, tidak berkunci. Bagus. Segera Puan sri masuk kedalamnya.

"Puteri.."

Sapanya perlahan sambil melangkah menghampiri katil.

Tiada jawapan didapati. Tubuh itu diselubungi dengan selimut dan terbaring nyenyak diatas tilam.  

Puan sri semakin curiga. Langkah mendekati semakin dipercepat. Punggung lalu diletakkan diatas tilam bersebelahan anak gadisnya sebaik dirinya tiba.

"Puteri sayang. Mari bangun. Sudah pukul berapa ni tak bangun lagi? Puteri tak lapar ke?"

Tegurnya lembut bertanya. Dia tahu keadaan anaknya sedang sensitif saat ini. Rindu berat dengan encik suami la tew!

Kain selimut perlahan diselak. Wajah anaknya kelihatan sedang tidur pulas dengan peluh mencurah diwajah. Puan sri lalu menyentuh pipi Puteri untuk menyeka peluh diwajah gadis itu.

"Ya Allah. Panasnya."

Alangkah terkejut dia bila tangannya terasa bahang sebaik menyentuh kulit pipi Puteri. 

Wajahnya mula cemas melihat anak gadisnya yang masih memejam mata. Dahi gadis itu diusap beberapa kali, anak rambut yang sedikit menutupi ditolak kebelakang dengan hati risau.

"Puteri. Bangun sayang. Puteri, mari bangun makan ubat. Puteri demam, sayang."

Dicuba untuk mengejut Puteri yang masih belum membuka mata. Rindu terhadap suami sampai naik deman badannya. Aduhai!

"Abang. Puteri nak abang. Abang, balik cepat."

Didalam igaunya, panggilan untuk si suami disebut tanpa membuka mata. Puan sri mengeluh pendek. Hatinya kini bertambah risau. Dan Sekali lagi dia mencuba untuk mengejut anaknya.

    Usai diberi ubat, Puteri lalu dibiarkan berehat. Puan sri segera datang pada suaminya untuk memberi tahu akan keadaan Puteri.

"Macam mana ni bang? Dah sampai macam tu sekali. Bila Maleek balik sini? Risau saya tahu. Makan pun tak nak. Tak habis-habis panggil suami dia."

Pn sri bersungguh-sungguh memberi tahu suaminya yang sedang duduk menikmati secawan kopi dimeja ruang tamu. Terpancar kerisauan diwajah seorang ibu melihat keadaan anaknya begitu.

Lain halnya dengan Tan Sri. Lelaki itu seolah dapat menduga akan helah disebalik itu. Dah main demam-demam pulak. Saja nak kasi daddy bersimpati la tuh, lepastu benarkan suami dia tinggal disini? Heh,, macam-macam lah akal dia.

***

   "Yan, kau drive ayu sangat la Yan. Laju lah sikit. Bila nak sampai KL kalau macam ni?"

Maleek merungut melihat gaya pemanduan Aryan yang baginya terlalu perlahan. Mereka baru tiba di Pahang selepas menempuh perjalanan beberapa jam dari Kedah. 

   "Pala hotak kau ayu? Satu enam aku bawak ni. Kau nak suruh aku bagi laju macam mana lagi?"

Balas Aryan tidak puas hati. Sudahlah dia saja yang drive dari tadi. Lepastu pandai-pandai pula komplain.

   "Satu enam je? Aku corner pun satu lapan tahu tak? Satu enam kau bawak long distance macam ni memang besok lah sampainya."

Masih tak henti mengomeli cara pemanduan Aryan yang jauh lebih berhemah berbanding dirinya.

"Kau nak laju aku berenti tepi. Kau pulak bawak. Banyak songeh pulak kau."

Gerutu si Aryan yang sudah bengang.

"Ala, kau bawak jelah. Aku sakit kepala ni. Tapi kau bawak laju sikit. Biar cepat sampai KL."

"Kau tak sabar-sabar nak jumpa bini kau kan? Lepastu gesa aku suruh laju? Pala hotak kau?"

"Kau single, mana faham perasaan orang yang dah berkahwin ni."

Sempat kata-kata perlian diledekkan pada sepupunya. Aryan sudah mencipta empat penjuru urat didahi. Bengang dia dengan celoteh Maleek. Tak habis-habis perli orang.

"Kau memang banyak bunyik kan? kau bawak sendiri la, nah? menyampah aku."

"Bising lah kau ni. Cepat jelah. Kepala aku sakit ni. Kalau tak aku dah bawak dah."

Adunya sambil mengurut kepala yang disandarkan pada bahu kerusi.

Aryan menoleh sedikit. Meski bengang, dia tetap bersimpati. Sambil mengawal pemanduan, tangannya lalu mecapai ruangan kecil di dashboard kereta miliknya. Sebatang coklat Cadbury saiz sederhana yang sempat dibelinya semasa di Langkawi dibawanya keluar dan diberi pada Maleek.

"Nah, kau makan coklat ni. Bagi hilang sakit kepala."

Maleek berdecit berpaling wajah. Coklat yang dihulur tidak diendah. 

"Aku tak ada mood la nak makan coklat."

"Dalam keadaan macam ni, tak kira mood ke tak de mood ke. Makan je. Nah ambil."

Dia tetap menggesa Maleek supaya mengambil coklat untuk melegakan sakit kepalanya. 

Dengan wajah mendatar, Maleek pun menerima coklat yang dihulur. Katanya memang betul, makan coklat boleh hilangkan sakit kepala. Iya ke?

Belum sempat Maleek membuka bungkusan coklat, telifon bimbit didalam saku berbunyi. Sebuah panggilan telah masuk, dan dia perlu segera mengangkatnya.

'Daddy'

Nama itu terpapar sebaik dia menyua skrin kewajah. Coklat ditangan tidak jadi dibuka, dan telah disumbat kedalam poket kemeja. Panggilan daddy perlu dijawap. Bimbang ada perkara mustahak yang perlu diketahuinya.

***

    Empat puluh lima minit selepas itu, kereta Aryan yang telah bertukar pemandu tiba dengan selamat dihalaman rumah banglow tiga tingkat kediaman Tan sri Baharudin. 

  Selepas mendapat panggilan dari ayah mertuanya yang mengabarkan bahawa isterinya sedang demam, Maleek langsung menyuruh Aryan berhenti ditepi highway. dan kemudian mengambil alih pemanduan.

  "Allahuakbar. Allahummah solli alaa Muhammad. Ya Allah, kau lindungilah aku Ya Allah. Maleek, kau nak mati sorang-sorang pergilah mati. Kau jangan ajak aku sekali. Aku tak kahwin lagi, woii! Kau mati tak apa, jahanam kereta aku ni nanti, SYAITON."

Lebih kurang begitulah jeritan Aryan selepas dia menyerahkan stering untuk dipandu oleh Maleek. 

200 kilo miter perjam dibawa ketika menuruni Genting Sempah, cukup membuat Aryan seperti tertinggal roh dibelakang. Sakit kepala yang dirasakan oleh Maleek tadi langsung hilang serta merta sebaik dia menerima panggilan dari mertuanya. 

Pekikan Aryan yang menyumpah seranah padanya juga diabaikan. Didalam kepalanya kini hanyalah Puteri. 

Sudahlah dua hari dia tidak dapat berhubung dengan gadis itu angkara merajuk dan telah menyekat nombornya dari sebarang panggilan dan chat. Sampai naik migrain kepalanya akibat terlalu rindu. Tiba-tiba hari ini dapat khabar yang isterinya sedang demam. Berdesup dia pandu kereta Aryan macam pelesit lajunya.

      Kereta telah selamat diparkir dihadapan rumah. Langsung Maleek keluar membiarkan Aryan terkial-kial keluar dari kereta dengan keadaan hampir mabuk. Bergolak isi perutnya bila keretanya dipandu oleh Maleek secara laju. 

    Maleek tiba dipintu, dan langsung disambut oleh ayah mertuanya. Tangan sang mertua dicapai lalu dicium hormat. 

"Assalamualaikum, daddy." Sapanya kelihatan tergesa-gesa.

"Walaikum salam. Sampai pun." Dijawap tenang oleh Tan Sri.

"Err, daddy. Puteri dekat mana?"

Tanpa basa basi lagi, langsung dia bertanya dimana isterinya.

"Isteri kamu dibilik dia. Selepas makan ubat tadi terus tidur."

Jelas Tan sri memberi tahu.

"Boleh saya jumpa tak daddy?"

"Boleh. Tapi tunggu mommy bawa turun nanti."

"Kalau saya naik bilik?"

"Jangan. dia sedang tidur tu. jangan diganggu dulu. Mari, teman daddy beri ikan makan."

Terkebil-kebil Maleek mendengarnya. Mulutnya terlopong bingung terasa. Hati sudah menggebu-gebu dengan rasa rindu ingin bertemu isteri tersayang, ayah mertua pula ada saja helahnya.

Ooo, daddy main helah-helah ya? Kalau macam tu, aku pun boleh main helah jugak. Dia bergumam dalam hati.

Aryan lalu ditoleh, senyum senget terukir dibibir kemudian.

Aryan yang sudah tahu akan maksud jelingan sepupunya itu telah menjatuhkan bahu. Keluhnya  lalu kedengaran diwajah jengkelnya.

Haih, ada la ni kerja aku. Sabar jelah. Tak bagi gaji lebih kat aku, siap kau!

Dia menggerutu seorang diri. Jawatan PA kepada CEO baharu Symphony Resorts yang telah dimandatkan oleh Tan Sri padanya perlu menjankan tugas sebenar, yaitu menjadi tukang coverline sang CEO berjumpa isteri.

Parah!

TBC

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status