Share

BAB 16

YUSUF

“Kau yakin ke dia boleh tolong?” Ashraf separuh berbisik. Aku hanya mengangguk.

“Jangan risau Ikmal. Yusuf kata dia kenal seorang peguam yang boleh handle kes kau ni. Kau sabar sikit ja.” Naufal cuba yakinkan lelaki yang bernama Ikmal itu. Baru aku tahu nama dia. Ikmal hanya diam. Mungkin masih tidak percaya yang dia menjadi penjenayah dalam kes pembunuhan ini. Aku meminta izin untuk beredar. Kepala aku terasa berdenyut hebat. Aku mahu pulang ke rumah.

Ketika dalam perjalanan, aku baru perasan ubat yang diberi ayah semakin berkurang. Aku perlu mendapatkan yang baru bagi mengurangkan sakit kepala aku. Mimpi buruk yang aku alami membuatkan aku kurang tidur dan serabut. Botol air di atas meja aku teguk. Selesai minum, aku berbaring di atas katil. Aku cuba memejamkan mata. Aku tidak sedar bila yang aku terus hanyut dalam alam mimpi. Semuanya gelap.

Aku berjalan tanpa arah tujuan.

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status