Share

BAB 17

FATIN

Aku mengeluh panjang. Yusuf meminta bantuan aku supaya membantu seorang anggota polis yang dituduh sebagai pembunuh. Aku pasti akan kalah kerana kekurangan bukti untuk mempertahankan defendan kerana terdapat cap jari defendan pada pisau yang dijadikan sebagai alat untuk membunuh mangsa. Yang menjadi saksi terhadap pembunuhan ini hanya isteri mangsa, Nur Qalisya yang telah melihat segala yang berlaku.

Hanya dia yang boleh menjadi saksi pembunuhan ini tetapi malangnya kematian suaminya yang tragik telah menyebabkan dia trauma. Dia hanya diam, tidak bercakap walaupun sepatah. Aku sedih melihat dia dengan keadaan begitu. Seperti hilang semangat untuk teruskan kehidupan apabila orang yang kita sayang pergi dalam keadaan mengerikan begitu. Aku juga pasti akan mengalami situasi yang sama sekiranya sesuatu berlaku pada Yusuf. Aku berulang-alik dari hospital kerana mahu berjumpa dengan Qalisya dengan harapan dia akan bercakap sesuatu tentang pembunuhan ya

Заблокированная глава
Продолжайте читать эту книгу в приложении

Related chapter

Latest chapter

DMCA.com Protection Status