Share

BAB 1

Enam belas bulan sebelumnya... 

KRINGGG!! jam sudah menunjukkan pukul enam pagi. Aryan Syah, juruterbang berusia 28 tahun berdarah kacukan arab dan melayu yang terbaring di atas katil bingkas bangun. "Okay... Last flight for Nour Airlines today, Captain Aryan, please say goodbye for the airlines crews." 

Kain tuala dililitkan di pinggang. Aryan Syah leka merenung pantulan dirinya sendiri di hadapan cermin di dinding bilik mandi. "Hari ini hari terakhir aku di UAE, goodbye Abu Dhabi, and hello Kuala Lumpur!"

Pagi ini Aryan Syah ditugaskan untuk mengetuai penerbangan Nour Airlines 7E55 dan 7E56 untuk sektor Abu Dhabi ke Cairo dan Cairo ke Abu Dhabi. Pesawat yang dikendalikan pada pagi ini adalah pesawat narrow body, Airbus A320:214 bernombor pendaftaran A6-NEE. 

Langkah diatur, beg bagasi beroda ditarik menuju ke balai perlepasan. Pandangan matanya kini tertumpu kepada dua orang cabin crew yang baru sahaja memulakan tugas untuk hari ini. Salah seorang daripadanya adalah Adriana Sofea, satu-satunya gadis berbangsa melayu yang lulus semasa sesi temuduga pengambilan cabin crew yang dijalankan di Kuala Lumpur tiga bulan yang lalu. 

Gadis itu segera menghampiri Aryan Syah yang baru sahaja meloloskan diri dari security zone Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. "Hello captain... I'm Sofea, Adriana Sofea, twenty years old. I'm from Malaysia, today is my first day working with this airline. Please teach me if there is anything to be taught."

Dari Malaysia? Setahu aku, gadis-gadis dari Malaysia, anggun, lemah lembut, tapi dia ni... dah macam cabin crew yang lain aje... rambut perang, terkinja-kinja! Gedik semacam aje. getus hati Aryan Syah, dia hanya memberikan senyuman sebagai membalas kata-kata gadis itu. Ada ke nak minta tunjuk ajar dengan juruterbang? Sedangkan dia cuma pramugari jer! 

Sebaik masuk ke dalam perut pesawat, Aryan Syah segera memasukkan beg bagasinya di ruangan simpanan barangan compartment di atas tempat duduk penumpang hadapan. Pembantu juruterbang untuk penerbangan pagi ini yang baru sahaja melangkah masuk dikerlingnya sekilas. "Azrul, hari ini kita ada dua cabin crew yang baru."

"Ye... aku tahu. Salah seorang dari mereka tu awek melayu, dari negara aku, Malaysia." Azrul Rosman, juga berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Dialah yang banyak membantu Aryan Syah bertutur dalam bahasa melayu. 

"Aku jugak..." pintas Aryan Syah sambil tersenyum. 

"Eleh... kau tu melayu celup aje. Not pure malay!" sahut Azrul Rosman pula. 

Aryan Syah pula tersenyum. 

Baru sahaja selangkah kakinya melangkah untuk masuk ke dalam kokpit pesawat, ketua pramugari, Angeline menghampiri Aryan Syah sambil memberikan senyuman. "Good morning Captain Aryan, our pax are full for this flight."

"Wow! That's good news!" 

"Oh, by the way... Captain, do you want to drink anything for breakfast? Coffee or hot chocolate? Angeline bertanya. 

"Hmm... give me a cup of hot chocolate and some cheese cake."

"Me too!" Azrul Rosman pula mencelah. 

"Okay..." Angeline segera mengorak langkahnya ke ruangan galley untuk menyediakan sarapan untuk dua orang juruterbang pesawat itu. 

__________✈️__________

SEBAIK sahaja gear pendaratan mencecah lantai landasan lapangan terbang antarabangsa Cairo, Aryan Syah menghela nafas lega. Dia mengerling ke arah pembantunya, Azrul Rosman yang duduk di sebelah. "Azrul, thank you so much!"

"Thank you for what?" 

"Untuk semuanya. Korang semua tahu kan hari ni hari terakhir aku bersama dengan airline ni?" Kening kirinya dijongketkan ke atas. Senyuman dilempar ke arah sahabat baiknya itu. 

"Oh, pasal tu... mestilah tahu. Jadi, kau betul-betul bertekad untuk mencari papa kandung kaulah lepas ni?"

"Hmm... yelah. Habis tu, kau ingat aku nak berpindah ke Malaysia tu hanya untuk duduk goyang kaki? Terima kasih sahabat, kau banyak mengajar aku bertutur dalam bahasa melayu," ujar Aryan Syah. 

"Kau tahu ke di mana papa kandung kau berada sekarang?" soal Azrul Rosman ingin tahu. 

"Pasal tu... err... aku masih belum tahu lagi di mana keberadaan dia. Tapi aku selalu stalk akaun f* dia. Dia sekarang dah ada keluarga baru. Kalaulah dia tak bercerai dengan mama aku 25 tahun yang lalu, pasti kami masih hidup bersama." Aryan Syah melepaskan keluhan panjang. Ada genang di tubir matanya ketika ini.

"Habis tu... takkan kau nak cari dia macam tu aje, Kuala Lumpur tu besar bro!"

"Tahulah aku macam mana nak cari nanti. Aku akan cuba contact dia. Apa yang aku tahu, semalam dia ada post status di f******k dia, dia sekarang berada di Abu Dhabi, UAE untuk satu minggu. Dan kau tahu tak, kenapa aku beriya-iya sangat memilih flight petang ini untuk ke Kuala Lumpur tu?" Senyuman terus terukir di bibir jejaka berkulit putih berhidung mancung itu. Itulah hasilnya bila menjadi stalker dalam diam.

"Aku tak faham..." balas Azrul Rosman sambil mengerutkan pelipis di dahinya itu. 

"Aku sempat save gambar status dia tau! Nah kau tengok ni," ujar Aryan Syah seraya mengeluarkan telefon bimbit miliknya dari poket seluar. Punat power di sisi telefon bimbit itu ditekan dan dengan pantas jarinya menguis skrin dan membuka folder galeri dan menghulurkan telefon bimbit itu kepada Azrul Rosman di sebelah. 

Azrul Rosman terlopong dengan matanya membuntang sebaik sahaja melihat gambar yang ditunjukkan oleh Aryan Syah kepadanya.

"Ha... tengok tu, kan dah melopong. Hahaha!" Pecah tawa Aryan Syah melihat reaksi pembantunya itu. 

"Biar betul ni bro?! Dia ni papa kandung kau? Dia bergambar sambil pegang tiket untuk flight balik ke Kuala Lumpur hari ini. Dia naik airline kita?" Azrul Rosman bersuara selepas terdiam beberapa minit. 

"Yelah... Kenapa? Kau tak percaya?!"

"Aku kenal dia ni. Hari tu... dia inilah salah seorang daripada penumpang class VIP flight kita orang minggu lepas, Dato' Hareez... seorang usahawan yang berjaya," ujar Azrul Rosman panjang lebar. 

Tanpa kedua-dua juruterbang itu sedari, seseorang sedang memerhati dan mencuri dengar apa yang mereka sembangkan di dalam perut kokpit itu. Pada masa yang sama juga, pintu kokpit itu sudah terbuka luas sebaik sahaja pesawat selamat tiba di parking bay lapangan terbang itu. 

Jadi, Kapten Aryan Syah ni anak Dato'? Wow, interesting! Aku takkan lepaskan peluang ni. Senyuman sinis diukir sambil menyandar dan berpeluk tubuh. Dia kembali mengatur langkah ke arah rakan pramugari yang lain sedang bersedia untuk menerima kemasukan penumpang-penumpang untuk penerbangan balik ke Abu Dhabi. 

Selepas satu jam berikutnya, pesawat Nour Airlines Airbus A320:214 bernombor pendaftaran A6-NEE kembali membelah awan dengan kelajuan 865 kilometer sejam pada ketinggian 38,000 kaki dari aras laut. 

"Aku dah lama tahu papa kandung aku seorang ahli perniagaan dan memiliki syarikatnya sendiri." Aryan Syah berkata. "Cuaca nampak baik hari ni..."

"Aku harap, lepas ni kau jangan lupakan aku dan harap kau berjaya," sahut Azrul Rosman pula. 

"Flight 56, this is call from Abu Dhabi air traffic center, please report your current status."

Sedang Aryan Syah dan Azrul Rosman berbual sambil menikmati makanan tengah hari di dalam kokpit itu, tiba-tiba sahaja pengawal dari pusat trafik udara Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi menghubungi mereka. 

Aryan Syah segera mengaktifkan microphone seraya menjawab panggilan itu. "This is flight 56, Nour Airlines Airbus A320:214 with registration number Alpha six dash November Eccor Eccor. we are now at an altitude of 38,000 feet above sea level at a speed of 865 kilometers per hour. We will arrive within approximately 20 minutes from now."

"Copied, Flight 56, you can start descending from altitude 38 to 32. Runway 36R is ready to accept your arrival."

"Okay, roger." Punat elevator dan gear tujahan ditekan dan serta-merta pesawat yang sedang memecut laju itu menurun dari ketinggian 38,000 kaki perlahan-lahan kepada 32,000 kaki dari aras laut. 

Beberapa saat selepas itu, sekali lagi pengawal trafik udara menghubungi mereka. " Flight 56, please reduce from 32 to 20 and continue toward 3."

"Flight 56, roger," sahut Aryan Syah. 

Kini pesawat yang dikendalikan oleh juruterbang muda itu meluncur dengan laju sambil menurun dari ketinggian 38,000 kaki kepada 20,000 kaki dari aras laut dan semakin menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, UAE. 

__________?__________

DUDUKNYA dilabuhkan di atas kerusi Balai perlepasan. Dia teruja kerana dia memilih penerbangan untuk ke Kuala Lumpur sama dengan penerbangan yang akan dinaiki oleh papa kandungnya, Dato' Hareez. Malah dia juga memilih tempat duduk bersebelahan dengan papa kandungnya itu dengan harapan agar dia dapat berbual dan mengenali papanya dan dia juga berharap agar Dato' Hareez ingat dan mengenali dirinya. 

Penerbangan 7E610 dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur pada petang ini menggunakan pesawat wide body Airbus A330:243 bernombor pendaftaran A6-NFU. 

Sebaik sahaja menapak masuk ke dalam perut pesawat, Aryan Syah segera melabuhkan duduknya di atas kerusi VIP bernombor 3A bersebelahan dengan tempat duduk papa kandungnya. Hai, tak sabarnya nak jumpa dia. 

Beberapa saat selepas itu, satu figura lelaki berusia dalam lingkungan 50an menghampiri tempat duduknya. Dia mengenakan kemeja berwarna biru muda dan coat kelabu gelap. Aryan Syah bingkas bangun sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan lelaki itu. 

Papa... bisik hatinya. "Assalamualaikum." Aryan Syah memulakan bicara sambil tersenyum. 

Lelaki itu tidak menyahut salam darinya. Serta-merta raut wajah Aryan Syah berubah. Tangan yang dihulurkan untuk bersalaman dengan ayah kandungnya itu juga tidak dihiraukan. Papa... ini Aryan, anak papa! Dalam hati, Aryan Syah menjerit memanggil papanya itu. Dia kembali melabuhkan duduknya. Dia membuang pandang ke arah luar tingkap. Kenapa papa tak nak layan? Sahut salam pun tak nak. 

Aryan Syah teringat akan sesuatu, tergesa-gesa dia bangun dari kerusi. "Maafkan saya." sengaja dia menggunakan bahasa melayu untuk meminta diberi laluan untuknya berdiri untuk mengambil bagasi yang disimpan di dalam compartment di atas tempat duduk. 

Dato' Hareez yang duduk sambil memasang tali pinggang keledar itu sempat mengerling ke arah jejaka itu. Dia boleh bertutur bahasa melayu? 

Sehelai kertas lukisan yang dikeluarkan dari beg bagasi di atas terjatuh dan betul-betul mendarat di atas pangkuan Dato' Hareez. Cepat-cepat Aryan Syah merampas semula kertas lukisan yang terpapar lukisan tangan sebuah kapal terbang dan seorang pilot. Ye! Itu adalah lukisan tangan yang dihasilkan oleh papa kandung Aryan Syah sempena ulang tahun kelahirannya yang ketiga. Beberapa hari sebelum orang tuanya itu bercerai. 

Dato' Hareez sempat membaca ayat yang tertulis di atas kertas itu.

'For my beloved son...'

Aryan Syah kembali melabuhkan duduknya. Dia sempat memberikan senyuman kepada Dato' Hareez yang mengerling ke arahnya. Kertas lukisan yang dihadiahkan oleh papa kandungnya itu dipeluknya dengan erat seraya memejamkan matanya. Harap-harap dia perasan dan ingat akan lukisan yang dia hadiahkan ni. 

"Hi Captain Aryan Syah. Wow. I really did not notice that you're existence in this flight too. So, good luck for your quest for searching your biological father." Salah seorang dari kru penerbangan menegur Aryan Syah yang sedang duduk sambil merenung ke arah luar tingkap pesawat itu. 

"Thanks Farouk." Senyuman diukir sebagai membalas kata-kata pramugara yang menegurnya sebentar tadi. 

Aryan Syah? Macam kenal aje dengan nama tu. Yelah! Itu... itu nama anak sulung aku. Tapi... takkanlah dia ni... tak! Bukan dia. Dato' Hareez bermonolog dalam hati sambil mengerling ke arah jejaka kacukan melayu dan arab di sebelahnya itu. Tapi rupa paras dia ni seakan-akan... Ah, lupakanlah. Tapi sebelum ni puas aku cari isteri dan anak aku di Abu Dhabi... tapi tak jumpa. 

"Assalammualaikum..."

Lamunan Dato' Hareez terhenti dek sapaan dari Aryan Syah. "Wa... waalaikumsalam, err..." kata-katanya terhenti. 

"Terima kasih kerana sudi terbang bersama kami." Aryan Syah segera menekup mulutnya sebaik kata-kata itu keluar dari mulutnya. Apa ni? Dah resign dengan airline ni, buat apa bagi ayat ni? 

"Boleh bertutur bahasa melayu ke?" soal Dato' Hareez. Dah terang-terang cakap melayu, bertanya lagi. "Harriz, saya Dato' Harriz."

Aryan Syah mengangguk. "Ye... saya Aryan, Aryan Syah bin Hareez." Tanpa diduga, Aryan Syah tersebut nama penuhnya di hadapan Dato' Hareez. Tangan dihulur untuk bersalaman. Sebaik sahaja salamnya disambut, sepantas kilat Aryan Syah mencium pergelangan tangan papa kandungnya itu lama, seolah-olah tak nak dilepaskan. "Papa..."

Dah lama aku tak merasa sentuhan kulit ni... 25 tahun!

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status