TEPAT jam 5:15 petang pesawat Red Skyline Boeing B737:8FZ bernombor pendaftaran 9M-JVH penerbangan OX280 dari Singapura mencecah lantai landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Maka tamatlah tugas Aryan Syah untuk hari pertamanya bertugas untuk Syarikat Penerbangan Red Skyline. Senyuman terukir di bibir. Dia mengerling pembantunya C.O Pilot Nasrul Effendy yang sedang khusyuk mengemaskini data penerbangan untuk pesawat itu. "Nasrul, esok kau naik aircraft apa dan destinasi kau esok...?"
"Kalau aircraft tu aku tak berapa pasti lagi, tapi esok jadual aku... KL ke Darwin, Australia. Tapi kalau destinasinya Darwin... buat masa ni flight ke situ hanya menggunakan aircraft Boeing B738 aje, eh! Lupa... Airline ni hanya ada boeing 738 aje," jawab C.O Pilot Nasrul Effendy. "Kenapa kau tanya?"
"Betul ni?" Aryan Syah bertanya sambil tersengih di hadapan Nasrul Effendy. "Jadual aku esok pun akan ke Darwin jugak tapi, sebelum tu tengah harinya flight aku ke Sibu Sarawak lepas tu barulah ke Darwin, flight OX15."
Nasrul Effendy tidak percaya apa yang dia dengar tetapi senyuman terukir di bibir. "Biar betul ni?"
"Kenapa? Kau tak percaya ke?" Aryan Syah bertanya.
"Hai... Aku terlupa, minggu ni kita tetap dalam team yang sama," ujar Nasrul Effendy seraya bingkas bangun dari kerusi.
Terkebil-kebil Aryan Syah mengerling Nasrul Effendy yang baru sahaja bangun dari kerusi seraya menapak keluar dari perut kokpit itu. Senyuman terukir di bibir. "Kalau macam tu... baguslah."
Baru sahaja Aryan Syah menapak keluar dari perut kokpit itu, pada masa yang sama juga Ezma Umaira yang beru sahaja menapak keluar dari laboratory. Aryan Syah terus berjalan tanpa menoleh dan dengan tiba-tiba...
Bukk!!
Aryan Syah terlanggar bahu kiri Ezma Umaira dan menyebabkan kepala gadis itu terhantuk di dinding galley pesawat.
Ezma Umaira jatuh terduduk di lantai galey itu. Dia mecerlung tajam merenung tepat ke arah Aryan Syah. "Apa ni kapten?! Sakit tau! Berapa kali kapten nak langgar saya hari ni?"
"Alamak! I'm so sorry Ezma... saya tak perasan awak tadi." Aryan Syah cepat-cepat menghulurkan tangan untuk membantu Ezma Umaira bangun.
Pap!! Sepantas kilat Ezma Umaira menepis tangan Aryan Syah. "Tak payah! Aku boleh bangun sendiri!" Dia cuba bangun. "Ke tepilah! Aku nak balik!"
Berdesing telinga Aryan Syah sebaik sahaja Ezma Umaira berkata dan menolak bantuannya. Hai... garangnya dia... aku dah minta maaf pun tak nak terima? Dia menggeleng kepala sambil mengerling ketua pramugari itu berlalu keluar dari perut pesawat. "Cantiknya bahasa dia!"
"Perangai si Ezma Umaira tu memang macam tu... kalau kau nak tahu, kita orang gelar dia gadis harimau, tau!" Nasrul Effendy berkata seraya mengeluarkan beg bagasi miliknya dari compartment di atas tempat duduk VIP itu.
sedang Nasrul Effendy berceloteh panjang, seorang gadis selaku ketua kru pembersihan di dalam pesawat menghampirinya.
"Maaf, saya nak anda tandatangan di sini untuk kami memulakan operasi membersih interior pesawat ni..."
"Oh, A.I.C ye... tapi saya bukan big boss untuk flight ni... cik boleh minta signature dari boss flight ni yang tinggi lampai serta handsome ala model berdiri dekat sebelah saya ni." Panjang lebar Nasrul Effendy berkata. Sepatutnya ketua pramugari si Ezma Umaira yang kena sign!
Aryan Syah sudahpun pecah tawa sebaik sahaja kata-kata dari Nasrul Effendy itu menampar telinganya. "Banyaklah kau punya model. Aku ni biasa-biasa ajelah." Dia terus menghampiri ketua syif untuk pembersihan dalaman pesawat itu. Fail yang dihulurkan untuk dia menandatangani borang pembersihan itu disambar seraya menghulurkan tangannya untuk menerima pen biru dari gadis itu. Dia sempat memberikan senyuman. Diperhatinya nama gadis itu yang tertulis di dalam borang. "Nadia Zaujah Binti Zainudin. Wah... cantik nama dia."
Tersipu-sipu malu gadis yang berdiri di hadapannya sebaik sahaja kata-kata pujian dituturkan oleh Aryan Syah. "Eh, mana ada... nama saya biasa aje tu!"
Aryan Syah tersenyum seraya menyerahkan semula fail kepada Nadia Zaujah. Dia cepat-cepat mengeluarkan beg bagasinya yang juga diletakkan di dalam compartment di atas tempat duduk VIP itu juga.
Nasrul Effendy pula sudahpun menapak keluar dari perut pesawat itu. Dia masih berdiri di hadapan pintu masuk pesawat itu sementara menunggu Aryan Syah.
Sedang dua juruterbang muda itu melangkah ke balai ketibaan, pandangan mata mereka berdua terarah kepada figura ketua pramugari, Ezma Umaira yang sedang membebel sambil jarinya sibuk menguis skrin telefon bimbitnya.
Aryan Syah segera menghampiri Ezma Umaira. "Hai Umaira, kenapa ni macam marah-marah aje? Awak masih marahkan saya pasal tadi ke?" Dia perasan dahi sebelah kiri gadis itu terdapat satu benjolan kecil. "Saya betul-betul minta maaf pasal tadi."
Ezma Umaira mengalihkan pandangannya ke arah jejaka tinggi lampai di sebelahnya. Cerlungan maut dihadiahkan kepada Aryan Syah. Dia tidak membalas kata-kata juruterbang itu, sebaliknya dia kembali menyibukkan dirinya dengan telefon bimbitnya seraya mendail nombor seseorang. Aryan Syah yang berdiri di sebelahnya diabaikan.
"Hai Umaira. Hang dah kenapa buat muka masam mencuka lagu tu?" Nasrul Effendy tiba-tiba bersuara.
"Geram! Adik saya... pagi tadi dah janji akan jemput saya balik petang ni... tapi sekarang dia cakap ada dekat Genting Highland pulak! Siapa yang tak sakit hati? Dahlah tengah sakit kepala ni!" Panjang lebar Ezma Umaira berkata sambil itu dia mengurut-urut dahinya yang jelas ada benjolan akibat terhantuk di dinding galley pesawat akibat bertembung dengan Aryan Syah tadi.
"Habis tu macam mana ni?" Nasrul Effendy bertanya. "Nak cheq hantar.. cheq naik moto RXZ, lagi pulak cheq takdak bawak helmet extra."
Ezma Umaira mengetap bibirnya, geram. Menyesal aku tak ikut Syazwana tadi! Dia mengerling Nasrul Effendy dan Aryan Syah yang berdiri di sebelahnya. "Hmm... terpaksalah balik naik ERL rasanya... lepas tu naik grab ajelah."
Aryan Syah yang berdiri di sebelah Ezma Umaira itu tersenyum sebaik sahaja ayat-ayat yang keluar dari mulut gadis itu menyapa telinganya. "Kalau macam tu... saya boleh hantarkan Umaira ke rumah terus dari KL Sentral... saya jugak naik ERL sebab saya tinggalkan kereta dekat KL Sentral. Jadi awak tak payah naik grab..."
Ezma Umaira terlopong sekejap sebaik sahaja kata-kata dari Aryan Syah menampar telinganya. Selepas itu dia mengerling Aryan Syah. Kecil besar matanya mengerling ke arah juruterbang tinggi lampai itu. "What?? Balik sama dengan dia?"
Aryan Syah manjongketkan kening kirinya seraya berpeluk tubuh sambil mengerling gadis manis selaku ketua kru kabin untuk penerbangan yang diketuainya untuk minggu ini. "Umaira... nak tak nak, awak kena ikut arahan first officer awak ni. Untuk satu minggu ni, awak tak boleh lari dari saya."
Nasrul Effendy yang berdiri di sebelah Aryan Syah tergelak mendengar arahan dari Aryan Syah itu. Dia pecah tawa seraya mengenyitkan matanya ke arah Aryan Syah. Kemudian dia mengerling pula Ezma Umaira yang sudah melopong di hadapan mereka bedua. "Betul! Aku setuju!"
TING! Isyarat pasangkan tali pinggang keledar telah pun dipadamkan. Sejurus selepas itu, Pramugari Syazwana bingkas bangun dari tempat duduk. Dia segera mencapai gagang alat interkom seraya berpaling menghadap para penumpang di dalam kabin itu. "Tuan-tuan dan puan-puan, tanda isyarat pasangan tali pinggang keledar telah pun dipadamkan. Untuk keselamatan anda, sila duduk dan pastikan tali pinggang keledar sentiasa dipasang. Kami akan menyediakan makanan tengah hari untuk anda sebentar saja lagi. Ladies and gentlemen, the seat belt signal has already been turned off.For your safety, please sit down and make sure seat belts are always fastened. We will prepare lunch for you. "Psst!" Airish Syafiqa yang duduk di tempat duduk bernombor 2A di sebelah Aryan Syah itu mengerling abangnya lama. "Abang..." Aryan Syah yang sedang mengelamun di sebelah Airish Syafiqa itu tidak mempedulikan panggilan dari adiknya itu. Otaknya ligat memikirkan apa yang tel
EZMA UMAIRA melajukan langkah kaki meninggalkan Aryan Syah yang masih berdiri menunggu jawapan. Dia terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. "Awak... Umaira! Setuju tak?" laung Aryan Syah berharap agar gadis pujaan hatinya itu menerima lamarannya. Dia ni, time macam ni pun sibuk nak melamar aku? Maaf awak! Laju tangan kanannya menyeka air mata yang tiba-tiba sahaja mengalir keluar. Aku belum bersedia lagilah! Otaknya ligat memikirkan gadis ketua kru kabin yang mengganggu Aryan Syah semasa dalam penerbangan semalam. Dia ingin tahu apa hubungan sebenar di antara mereka berdua. Aku baru aje kenal Aryan Syah, takkan nak terima terus lamaran dia kot! Langkah kakinya terhenti seraya menoleh ke kiri dan ke kanan. "Di mana aku ni? Adoi Umaira... di sini bukannya Kuala Lumpur! yang aku terhegeh-hegeh melarikan diri dari si Crazy Kitten tu tadi dah kenapa?!" Telefon bimbit yang disimpan di dalam beg tangannya dikeluarkan. Baru sahaja dia hend
"TERIMA kasih aunty. "Ezma Umaira melabuhkan duduk di sebelah Datin Yasmin. Kemudian dia mengerling ke arah beg-beg kertas yang berisi pakaian-pakaian yang dibeli di pusat beli-belah di bandar Abu Dhabi petang tadi. Datin Yasmin tersenyum. Dia nenoleh ke sebelah kirinya. Ezma Umaira dikerling seraya pergelangan tangan gadis itu dicapai. "Terima kasih untuk?""Untuk semua ni, aunty. Saya tak tahu nak balas macam mana...""Alah... sikit aje ni Umaira."Datin Yasmin tersenyum seraya memeluk bahu Ezma Umaira. Dia tahu gadis itu banyak makan hati semenjak semalam lagi ketika di dalam penerbangan dari Kuala Lumpur. Dia perasan cara renungan Ezma Umaira kepada anak tiri bujangnya penuh dengan tanda tanya. Si Aryan ni pun satu, bawak girlfriend pergi holiday, tapi takde pun dia bawak bakal menantu aku n
"APA perempuan tu buat dekat situ? Kenapa dia beriya-iya sangat nak goda buah hati aku?" Ezma Umaira yang memerhati tingkah ketua kru kabin Nour Airlines yang tiba-tiba datang ke arah Aryan Syah dan tiba-tiba memeluk tubuh jejaka itu. Entah-entah dia dengan Aryan memang ada apa-apa hubungan ke sebelum ni? Aryan ni pun satu, yang dia melayan sangat perempuan tu dah kenapa? Apa guna dia ajak aku bercuti ni kalau dia nak bermesra dengan perempuan lain? Ni dah lebih ni! Dia segera mengatur langkah. Tapak kasut dihentak kuat. Geram!Ezma Umaira masih berdiri tercegat di hadapan pintu balai ketibaan itu. Sedang dia sibuk menoleh ke kiri dan ke kanan memerhati pemandangan di dalam terminal itu..."Ehem... kenapa berdiri tercegat aje dekat sini? Kenapa tak jalan dengan..." Aryan Syah yang baru sahaja datang dari arah belakang gadis itu menyapa namun belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Ezma Umaira terus memintas.
TEPAT jam dua petang pesawat penerbangan Nour Airlines 7E417 boeing B757:3CV itu mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. "Ladies and gentlemen, we have safely landed at Abu Dhabi International Airport..." Sedang ketua kru kabin sibuk memaklumkan kepada penumpang penerbangan itu, Aryan Syah yang baru sahaja terjaga dari tidurnya itu terus mengerling ke arah Ezma Umaira sambil menggosok mata. Dia sempat menguap sekejap. Ezma Umaira perasan dirinya sedang diperhatikan oleh satu-satunya jejaka yang berjaya menakluk hatinya itu memberikan senyuman buat Aryan Syah. Aryan Syah pula segera mengenyit matanya ke arah Ezma Umaira. "Hai... korang berdua ni asyik berbalas pandang siap yang dekat sini mengenyit mata, yang dekat sana pulak asyik tersenyum aje. Menyampah pulak papa tengok. B
"CABIN crew be seated for take off.""Abang, dah nak terbang dah ni! Kenapa abang masih duduk dekat situ? Masuklah dalam kokpit sana!""Airish... diamlah, dik."Airish Syafiqa tergelak melihat reaksi Aryan Syah yang duduk berseorangan di tempat duduk 1A, kemudian dia mengerling ke arah Ezma Umaira yang duduk di sebelahnya juga sudah tergelak. Mana taknya, dari tadi lagi dua beradik itu asyik bercakar.Dato' Hareez yang duduk di tempat duduk bernombor 2B di belakang anak sulungnya itu sudah menggeleng kepala. Manakala Datin Yasmin pula yang duduk di sebelah suaminya itu malas nak ambil peduli, dia memasang headphone di telinga dan menyibukkan diri dengan menonton filem yang disediakan di dalam penerbangan itu.Aryan Syah memerhati ke seluruh zon A dalam kabin pesawat itu. Kad keselamatan yang diselitkan di dalam poket sisi t