Share

BAB 7

"AKU nak ke toilet sekejap."

"Okey... selamat melabur emas ye kapten!" Berdekah C.O Pilot Nasrul Effendy ketawa sebaik sahaja ucapan itu terkeluar dari mulutnya.

Aryan Syah terhenti langkahnya seraya menoleh ke arah pembantu juruterbang, CO pilot Nasrul Effendy yang sudahpun menahan perut sambil ketawa. Dia terlopong. "Tak ada emas nak dilaburkan pun. Aku nak buang air ajelah!"

"Yelah..." sahut Nasrul Effendy pula. "Jangan lama sangat, aku pun nak ke toilet jugak ni."

"Bagi aku masa dua minit aje, okey..." ujar Aryan Syah seraya menekan punat untuk membuka pintu kokpit seraya menapak keluar. Sebaik sahaja menapak keluar dari perut kokpit, dia sempat memberikan senyuman kepada pramugari Syazwana dan Ezma Umaira yang berada di galley hadapan. Mereka berdua sedang menyediakan pencuci mulut untuk diedarkan kepada penumpang-penumpang kelas VIP di dalam penerbangan itu.

"Hai Kapten Aryan," sapa Ezma Umaira seraya melemparkan senyuman manisnya.

Aryan Syah yang baru sahaja membuka pintu laboratory itu mengerling ke arah ketua pramugari yang tersenyum itu. Dia terpaku. Cantiknya...

Sekitar dua puluh kilometer di hadapan, pergolakan udara sedang berlaku. C.O Pilot Nasrul Effendy segera menekan punat tanda isyarat untuk memberitahu kepada penumpang-penumpang di dalam kabin untuk memasang tali pinggang keledar masing-masing kerana pesawat akan berhadapan dengan pergolakan udara pada bila-bila masa sahaja.

Lima belas saat selepas itu, baru sahaja Aryan Syah menapak keluar dari laboratory, pesawat Boeing B737:8FZ itu bergoncang menandakan ianya sedang melalui kawasan udara yang bergolak dan bertekanan rendah. Nampak jelas tompokan awan kumulonimbus di luar. Cepat-cepat tangan Aryan Syah mencapai dinding galley untuk bertahan.

Pada masa yang sama juga Ezma Umaira yang tergesa-gesa untuk mendapatkan alat interkom untuk memaklumkan keadaan cuaca kepada penumpang di dalam kabin dengan tidak sengajanya tersadung kakinya tepat di hadapan Aryan Syah. Disebabkan itu juga kepalanya tersembam ke dada bidang Aryan Syah. Cepat-cepat Aryan Syah mencapai bahu ketua pramugari itu. "Awak okay tak ni?"

"Sorry Kapten!" Cepat-cepat Ezma Umaira mencapai bahu kiri dan lengan kekar kanan Aryan Syah untuknya berpaut.

"That's okay..." Aryan Syah tersenyum. Dia merenung lama ketua pramugari itu seraya mengerling ke arah penumpang-penumpang yang menyaksikan mereka berdua ketika ini. Dia menoleh pula ke arah Syazwana yang terlopong di sudut galley itu. "Err... Syazwana, maklumkan kepada..."

"Baiklah kapten." Belum sempat Aryan Syah menghabiskan kata-katanya, Syazwana segera memintas. Dia faham dan tahu apa yang hendak Aryan Syah katakan. Sepantas kilat dia mencapai alat interkom yang terletak di sudut bersebelahan dengan pintu hadapan.

"Tuan-tuan dan puan-puan, tanda isyarat tali pinggang keledar telah dinyalakan oleh kerana keadaan cuaca yang kurang memuaskan. Sila kembali ke tempat duduk dan pasangkan tali pinggang keledar anda. Penggunaan tandas pada masa ini adalah tidak dibenarkan sama sekali. Ladies and gentlemen, seat belt signals have been activated due to bad weather conditions. Please return to your seat and plug in your seat belts. Use of the laboratories at this time is not allowed." Gagang interkom disangkutkan semula di sudut tepi pintu pesawat. Dia segera mendapatkan Ezma Umaira yang masih lagi berbalas pandangan mata dengan Aryan Syah.

"Ehemmm... seronoknya berbalas pandang, mata bertentang mata!" tegur Syazwana.

"Err... kapten? Kapten Aryan okey ke tak ni?" Ezma Umaira pula bertanya.

Aryan Syah terpegun. Dia terpaku menyaksikan pemandangan indah di hadapan matanya. Cantiknya... mata dia.

"Kapten, are you okay?" Sekali lagi Ezma Umaira menegur Aryan Syah yang seperti dipukau dengan kecantikan gadis itu.

"Err... Sorry!" Aryan Syah bingkas bangun seraya menapak ke arah pintu kokpit.

"Lama betul melabur..." tegur C.O Pilot Nasrul Effendy sambil tergelak.

Aryan Syah kembali melabuhkan duduknya di kerusi kokpit. Dia mengerling ke arah pembantunya, Nasrul Effendy yang duduk di sebelahnya seraya menggelengkan kepalanya. "Kau ni..."

Beberapa saat selepas itu pegawai trafik udara dari Pusat Kawalan Trafik Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menghubungi mereka. "Flight 2204, sila laporkan status terkini anda."

Sepantas kilat Aryan Syah mengaktifkan microphone untuk menjawab panggilan itu. "Ini penerbangan Red Skyline flight 2204, B737:8FZ Niner Mike dash Juliet Victor Hotel sekarang pada ketinggian 37,000 kaki dari aras laut pada kelajuan 895 kilometer sejam dan akan mendarat dalam kiraan masa 25 minit dari sekarang."

"Red Skyline 2204, sekarang anda boleh beralih dari altitud 37 kepada 25,000 kaki," sahut pengawal trafik udara pula.

"Okay, roger..." sahut Aryan Syah seraya menolak gear tujahan untuk menggerakkan elevator supaya pesawat menurun ke paras yang dibenarkan.

Sedang Aryan Syah khusyuk membelek data penerbangan pesawat yang dikendalikan itu, pintu kokpit dibuka. Dia menoleh ke arah pintu itu dan figura ketua pramugari, Ezma Umaira kini berada di hadapan matanya.

"Err... Kapten Aryan, maafkan saya. Saya nak ambil dulang yang..." ujar Ezma Umaira namun belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Aryan Syah segera menghulurkan dulang yang berisi pinggan dan piring bekas santapannya bersama dengan Nasrul Effendy sebentar tadi.

"Nah... Terima kasih," ucap Aryan Syah.

Ezma Umaira menghulurkan tangan untuk menyambut dulang itu namun belum sempat dulang itu bertukar tangan, sekali lagi pesawat itu bergoncang oleh kerana keadaan cuaca yang buruk di luar sana dan lebih-lebih lagi ketika ini pesawat sedang menurun dan meredah tompokan awan hujan dan ribut petir yang membadai ruang udara Liku, Kalimantan barat bersempadan dengan negeri Sarawak, Malaysia. Disebabkan itu juga, satu cawan yang masih bersisa minuman hot chocolate tertumpah tepat di bahagian dada uniform juruterbang Aryan Syah.

"Ops! Oh gosh!!"

"Alamak! Kapten Aryan. Uniform kapten tu..." tegur Ezma Umaira.

"Takpe-takpe... I'm okay, don't worry..." sahut Aryan Syah pula. "Sikit aje ni."

SEBAIK sahaja pesawat selamat mendarat dan diparkirkan di parking bay gate 8, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Ezma Umaira berdiri di sebelah pintu hadapan mengerling penumpang-penumpang yang keluar dari perut pesawat. "Terima kasih..." ucapnya bersama senyuman manisnya kepada penumpang satu-persatu. Sehinggalah kesemuanya selamat keluar dari perut pesawat.

Sejurus itu, Aryan Syah menapak keluar dari perut kokpit pesawat. Dia tergesa-gesa mengeluarkan beg bagasinya dari ruangan simpanan barangan di compartment di atas tempat duduk VIP. cepat-cepat dia mengeluarkan uniform yang disediakan di dalam beg bagasinya itu. Kemudian dia mengerling ke sekelilingnya. Kebetulan pada masa itu keempat-empat pramugari sedang duduk sambil bersembang di kerusi penumpang kelas ekonomi. Cepat-cepat dia membuka kancing uniform putihnya itu seraya melepaskan uniform putihnya yang kotor dengan kesan tumpahan sisa hot chocolate dari tubuh kekarnya. Maka terserlah bentuk tubuhnya yang kekar. Sepantas kilat dia merampas uniform putih yang baru dikeluarkan dari beg bagasinya tadi.

"Fuyooo! Sadonya body!"

Terkejut Aryan Syah sebaik sahaja jerkahan dari pembantu juruterbang, C.O Pilot Nasrul Effendy yang baru sahaja menapak keluar dari perut kokpit itu menumbuk gegendang telinganya. "Kau ni... terkejut aku!"

Nasrul Effendy tersengih. "Hehe... sorry la bro! Aku pernah jugak terkena macam ni dua minggu lepas masa dalam flight balik dari Perth."

"Inilah dugaan kita sebagai juruterbang... Aku dah selalu mengalami situasi macam ni," sahut Aryan Syah pula.

"Ehem... err... Kapten Aryan, Kapten Nasrul... Dalam masa sepuluh minit lagi kita akan menerima kemasukkan pax untuk flight OX2207 pulak." Ezma Umaira tiba-tiba mencelah menyebabkan Aryan Syah kalut menoleh ke arah ketua pramugari yang berdiri di belakangnya itu dengan keadaan butang baju uniformnya yang masih belum dikancingkan.

Ezma Umaira terkejut sebaik sahaja pandangan matanya menangkap pahatan six pack tubuh kekar juruterbang itu seraya menoleh ke arah luar tingkap. "Ops! Sorry once again captain!"

"Err... takpe, it's okay... Saya nak bersiap-siap sekejap. Err... pax untuk flight 2207 ni penuh jugak ke?" Aryan Syah segera menapak ke arah laboratory sambil bertanya kepada Ezma Umaira.

"Yes captain... pax for our next flight is full."

"Okey... harapnya our next flight ni tak delay kerana hujan kat luar tu," ujar Aryan Syah sebelum meloloskan dirinya ke dalam laboratory.

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status