Share

BAB 11

SEPANJANG berada di rumah Mr.Wong, Amir dijaga dengan baik oleh mereka sekeluarga. Bila tiba waktu makan, Amir akan singgah di rumah Mak Temah, jiran Mr.Wong yang tinggal bersebelahan rumahnya. Bila tiba waktu solat pula, Amir akan mengikuti Pak Din, suami Makcik Timah ke masjid berdekatan.

Amir dan Ah Cheng akan belajar dan menghabiskan masa terluang bersama. Sesekali Syahir akan menyertai mereka bermain bola atau beriadah di taman tasik.

Pada suatu petang, mereka sedang ralit bermain catur di laman rumah. Seorang budak perempuan terlihat sedang berlari anak menghampiri mereka.

“Mei Mei, buyao darao women. Zai qita difang wan (Mei Mei, jangan ganggu kami. Mainlah di tempat lain),” kata Ah Cheng pada budak perempuan berkenaan.

“Aii, comelnya dia. Siapa tu, Ah Cheng?” tanya Amir, tersenyum melihat kecomelan anak cina tersebut. Rambutnya diikat tocang dan dihiasi riben merah. Ada anak patung kecil dalam dakapannya.

Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status