Share

BAB 75

“AMIRA, kau tetap nak pergi?” Soalan Sofea menyentuh hatinya. Seraya mengangguk perlahan, dia mengukir senyuman simpul di bibir.

“Aku ingatkan kedatangan kau kali ni adalah kepulangan kau untuk selamanya. Kau nak tinggalkan Amir lagi?” Buat kesekian kalinya Sofea bertanya.

Hati Amira kian tersentuh. Digenggamnya jari-jemari Sofea dan merenung tepat ke dalam anak mata Sofea.

“Pada perancangan asal. Ya, tetapi jawapan yang aku peroleh adalah sebaliknya. Aku dah pun dapat jawapan yang sebenarnya, Sofea. Jawapan yang pasti,” jawab Amira jujur.

Sofea terpana seketika. Dia seolah-olah tidak faham atau enggan memahaminya. Amira mengerti akan reaksi yang dipamerkan oleh Sofea. Tetapi, dia hanya membiarkan masa dan takdir yang menentukan. Harap Sofea memahaminya.

Selepas bersalaman dan saling berpelukan, Amira melambai ke arah Sofea sekeluarga sambil memacu langkah menuju ke teksi yang telah menantinya di luar pagar kediaman Sofea.

Amira pergi sendiri. Dia tidak mahu sesiapa pun menghantarnya
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status