Share

BAB 13

HARI ini Amir masih cuti sekolah sempena menyambut hari pekerja. Amir termenung dan memikirkan air muka Syahir semasa dia mengintip Bella tempoh hari. Dia berasa tidak sedap hati.

Ketika bersekolah dulu, hanya kerana dendam Syahir sanggup memukul seorang pelajar hingga parah akibat diejek dan dihina kerana miskin. Dia tidak peduli dengan tindakan disiplin dan dibuang sekolah. Tidak menjadi ‘kudis’ pun baginya, asalkan puas hati.

Amir berjalan ke rumahnya dengan niat untuk menjengah keadaan rumahnya dan membersihkan apa yang patut. Setibanya di sebatang lorong, dia terlihat Syahir sedang berbual dengan beberapa orang yang, juga sangat Amir kenali.

Amir menyembunyikan diri disebalik dinding untuk mengelakkan kehadirannya disedari oleh mereka.

Dilihatnya Syahir sedang membincangkan sesuatu dengan budak-budak samseng lorong tersebut. Amir tidak mendengar butir perkataan yang mereka bincangkan tetapi dia dapat mengagak mereka sedang merancang sesua

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status