Share

BAB 4

Author: Iqmal Izzat
last update Huling Na-update: 2022-02-04 00:23:46

‘DALAM dunia yang kejam dan mementingkan diri, ada juga insan yang berhati mulia.’ Monolog Amir sendiri. Lensa pandangannya masih terpaku pada kelibat gelandangan yang sedang beratur mendapatkan makanan.

Dia mula berminat dan tanpa dia sedari, jangkah kakinya sudah membawanya dekat dengan tempat pengagihan makanan tersebut.

“Adik nak makanan? Sila beratur ya.” Seorang petugas menyapa Amir.

“Eh tak, saya cuma datang nak tengok saja,” balas Amir. Masih meninjau-ninjau ekor matanya ke arah tempat pengagihan makanan itu.

Seorang lagi petugas datang menghampiri Amir, “Berminat nak sertai kami? Tapi tiada gaji, suka rela je.”

Amir mencungkit senyum. Syahir pula tiba-tiba menghilang. Puas dia mencari di seluruh pelusuk lorong itu, rupa-rupanya Syahir sedang berbual mesra dengan seorang gadis, salah seorang petugas di tapak gelandangan itu.

Syahir tidak berminat untuk menyertai mereka tetapi tidak pula menghalang Amir untuk menyertai NGO tersebut. Dari kejauhan, Syahir memerhatikan sahabatnya, ‘Suka hati kaulah. Buatlah apa yang kau suka asalkan kau bahagia.’

Malam itu, Amir mula membantu apa yang perlu. Dia mula berasa seronok dan ikhlas melakukannya. Tidak lama kemudian, terlihat seorang gadis menghampirinya.

“Hai Amir, saya Sofea. Awak kenal saya?” Sofea menyapa Amir yang dilihatnya sibuk menyusun barang-barang. Bibirnya memutikkan senyuman sebaik sepasang mata itu sudah selamat berlabuh pada wajahnya.

“Eh hai, erm … Sofea? Awak sama sekolah dengan saya kan?” Sengaja Amir bertanya walhal dia sudah mengetahui.

“Haah. Awak pun sertai NGO ni juga?”

“Ya, baru sertai hari ini. Erm okeylah, banyak lagi barang nak kena angkat ni. Kita jumpa lain hari ya.” Amir layangkan senyum tipis.

Secara tidak sedar, keterujaan mula menjerap masuk ke dalam dirinya Tak sabar rasanya dia ingin menunggu minggu hadapan untuk beradu mata dengan Sofea sekali lagi. Kerana perasaan itu, sudah menampakkan pucuknya.

Esoknya,

HARI yang indah. Setiap detik menjadi indah bagi anak remaja ini. Amir tidak pernah merasai perasaan sebegini dalam hidupnya. Pelik baginya, namun amat bahagia. Setiap detik dia akan tersenyum bersendirian. Mengelamun sambil melukiskan lekuk wajah Sofea yang comel dan tersenyum dalam benak fikian.

Perasaaan apakah ini? Tak sabar rasanya untuk bersiap ke sekolah dengan memakai uniform barunya yang telah dijahit tag nama dan lencana itu.

Di sekolah, wajah berseri-seri Amir disedari oleh beberapa rakan sekelasnya. Usikan ditabur, tidak terkecuali bubuk hinaan.

“Hai ... dah jatuh cinta ke?”

“Ada ke orang mahukan anak pembunuh macam dia tu.”

Hati Amir sedikit ‘terbakar’ namun dipekakkan telinganya. Perasaan marah tentunya bertemali dalam lubuk hatinya. Tetapi apabila pesanan ibu dan gurunya kembali terngiang-ngiang dalam kotak memori, dia terpaksa gagahkan diri untuk terus bersabar.

Sofea tidak sekelas dengan Amir. Tetapi sejak malam itu, Sofea semakin berani menghampiri Amir. Memang diluar jangkaan, rupanya Sofea ini amat baik akhlaknya malah pandai menghormati orang lain.

Walaupun ramai mengetahui kisah hidup Amir, Sofea tetap kagum dengan semangat yang ditonjolkan Amir. Ditambah pula apabila Amir terpilih sebagai pelajar terbaik walaupun dengan keadaan yang serba kekurangan.

Sejak hari itu, Sofealah satu-satunya gadis yang berani menegur dan mendekati Amir. Sesekali mereka mengulangkaji pelajaran di perpuskataan sekolah bersama.

Amir juga amat kagum dengan Sofea. Walaupun datang dari keluarga yang kaya dan terhormat, orangnya amat merendah diri dan bersopan santun.

Sofea juga tidak malu untuk menyertai NGO yang membantu gelandangan dan bantuan lain di bawah NGO. Melalui Sofea juga, Amir banyak belajar dan mengetahui tentang peranan NGO dan badan-badan kebajikan yang lain.

Barulah Amir tahu rupa-rupanya ada badan kebajikan yang boleh membantu isteri dan wanita yang teraniaya seperti ibunya.

“Kalaulah aku tahu awal-awal dulu, komfem aku dah bawa ibu lari dan minta bantuan. Tidaklah nasib ibu dan kakak jadi macam sekarang.” Amir mengeluh sendiri.

Melalui Amir juga, Sofea belajar erti ketabahan dan kegigihan yang sebenar. Walaupun hidupnya diselubungi kesenangan dan kemewahan, namun jiwanya mudah rapuh. Melihat ibu bapanya sering sibuk sehinggakan tiada masa untuknya.

Sofea kesunyian dan terasa kosong. Mahu berjumpa seminggu sekali pun payah. Mujurlah Sofea pandai membawa diri.

Sudah terlalu bosan dengan televisyen, novel dan telefon bimbit, Sofea tergerak untuk menyertai NGO. Itupun secara kebetulan ada sebuah badan NGO sedang mempromosi dan memperkenalkan badan mereka ketika dia bersiar-siar. Sejak itu, Sofea mula bergerak aktif bersama mereka.

Seminggu sekali, Amir dan Sofea akan bertanggam muka di tapak gelandangan. Sesekali juga Sofea akan datang ke pasar tempat Amir bekerja. Itupun bersama Cik Pah, pembantu rumahnya.

Sementara Cik Pah mencari barang basah, Sofea ambil kesempatan untuk menemani Amir makan ketika waktu rehatnya. Amir sememangnya tidak menduga bahwa Sofea sanggup menjejakkan kakinya di pasar yang kotor dan berlecak itu.

MR.WONG sibuk berurusan dengan pengedar. Matanya mengelih sekilas memerhatikan Amir. Dilihatnya anak muda itu sedang bergelak tawa bersama seorang gadis. Selesai berurusan, langkah kakinya diheret menghampiri Amir. Kebetulan, gadis itu sudah pulang.

“Wah, sudah ada girlfriend aaa, banyak cantik oo ...” Mr.Wong mengusik sambil pura-pura membetulkan kaca mata.

“Eh Mr.Wong, terkejut saya. Bila masa Mr.Wong ada dekat sini?” Amir terkejut. Pastinya kemunculan tanpa disedari itu mampu membuatkan jantungnya luluh.

“Haiya, baru saja maa. Itu tadi siapa? Lu punya girlfriend ka?” tanya Mr.Wong.

“Eh Mr.Wong ni, mana ada … itu kawan saya, Sofea namanya.” jawab Amir.

“Oh Sofea namanya. Sudah cukuplah tu, baik lu siapkan ini kerja. Uncle ada kena jumpa orang.” Senyum berkulum di bibirnya sebelum berlalu pergi.

“Orait boss!”

PADA cuti sekolah dan ketika Amir tidak bekerja, Sofea akan membawa Amir menyertai program dibawah rakan muda. Mereka lebih gemar aktiviti rekreasi seperti ‘sukan’ mendaki gunung dan rock climbing.

Semakin lama, hubungan Amir dan Sofea semakin terikat kuat dan tanpa sedar ia telah membuahkan cinta pandang pertama. Mereka juga telah terlupa bahwa helang dan pipit masakan boleh terbang bersama.

Bukan itu sahaja, mereka juga terlupa bahwa langit tidak selalunya cerah. Ada ribut yang bakal melanda ...

Patuloy na basahin ang aklat na ito nang libre
I-scan ang code upang i-download ang App

Pinakabagong kabanata

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   EPILOG

    “MAMA dengan papa tak sayang kakak lagi ke? Asyik dengan baby je. Nanti bila adik dah keluar, mesti mama lagi sayangkan adik, kan?” Suara kecil yang pelat manja mengejutkan pasangan suami isteri Amir dan Sofea.Mereka meledak tawa kecil.“Mari sini, sayang.” Amir memanggil, kemudian didukungnya anak gadis yang baru pandai bertatih itu mendapatkan mamanya yang sedang mengusap perutnya di buaian yang terletak di taman yayasan.Tangan kecil itu dilekapkan atas perut Sofea yang sedang memboyot itu.“Ini adik kakak, ada dua tau. Mesti seronok kakak tak sunyi lagi selepas ni.” Amir memujuk anak gadisnya yang merajuk itu. Ubun-ubun itu kemudian diusap pula oleh Sofea.“Ada dua? Kembar? Sejak bila kita ada keturunan kembar?” Tiba-tiba suara Salmah mencelah dari tepi.“Yalah, sebelah mama pun tak ada.” Datin Maria pula menyampuk.Tertawa Amir dan Sofea, pecah pula rahsia mereka untuk buat kejutan.“Kalau macam tu, dari kamilah …” Spontan Amir menjawab. Sofea sekadar menahan tawanya daripada te

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 77

    SEBAGAI penyatuan dua cinta, kedua-dua keluarga tidak melupakan adat. Segalanya berjalan mengikut adat. Merisik, meminang, bertunang. Tidak perlu menunggu lama untuk bernikah, kedua-dua pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan tiga bulan dari tarikh bertunang.Segala persiapan perkahwinan tidaklah terlalu sukar untuk mereka kerana persiapan berupa kenduri dibuat oleh team syarikatnya sendiri manakala persiapan lain pula banyak dibantu dan disokong oleh rakan-rakan persatuan NGO.Pastinya insan yang paling sibuk ialah ibu Amir dan mama Sofea.Datin Maria amat cerewet dalam bab penjagaan kesihatan dan kecantikan Sofea. Dia akan memastikan Sofea benar-benar sihat. Makan pakainya, keselamatannya dipantau setiap masa. Sehingga hampir setiap detik Datin Maria berada di samping Sofea.“You are the only one my daughter, Sofea. Pertama dan terakhir. Mama tak akan ada detik-detik macam ni lagi selepas Sofea bernikah nanti. Dan … mama ingin pastikan yang kali ini tiada apa-apa yang buruk

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 76

    AMIR kembali semula ke pejabatnya selepas begitu lama dia bercuti. Kasihan dia terhadap Ah Cheng kerana terpaksa meng-galas tugasnya ketika ketiadaannya.“Tak apa, Amir. Aku faham perasaan kau, bukan masalah yang kau cari pun. Nasib baik kita tak ada projek besar lagi. Mudahlah sikit,” ujar Ah Cheng apabila Amir berkali-kali memohon maaf.Sebelum menghidupkan komputer ribanya, Amir teringat semula gurauannya bersama ibu dan kakaknya malam tadi. Dia tersenyum sendiri. Teringat juga dia terhadap uncang berisi loket kristal yang diberikan oleh Amira tempoh hari.Uncang itu masih selamat dalam simpanan-nya.Selepas waktu pejabat, seperti biasa Sofea akan singgah di yayasan. Ketika tiba di sana, Salina sedang berkaraoke bersama penghuni yayasan yang lain. Ketibaannya tidak disedari kerana Sofea menyelinap masuk secara senyap melalui belakang tempat duduk.Dia mencuri dengar nyanyian Salina yang memukau bak bangsi buluh perindu. Sofea terpegun, benarlah cerita daripada Amir. Salina merupaka

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 75

    “AMIRA, kau tetap nak pergi?” Soalan Sofea menyentuh hatinya. Seraya mengangguk perlahan, dia mengukir senyuman simpul di bibir.“Aku ingatkan kedatangan kau kali ni adalah kepulangan kau untuk selamanya. Kau nak tinggalkan Amir lagi?” Buat kesekian kalinya Sofea bertanya.Hati Amira kian tersentuh. Digenggamnya jari-jemari Sofea dan merenung tepat ke dalam anak mata Sofea.“Pada perancangan asal. Ya, tetapi jawapan yang aku peroleh adalah sebaliknya. Aku dah pun dapat jawapan yang sebenarnya, Sofea. Jawapan yang pasti,” jawab Amira jujur.Sofea terpana seketika. Dia seolah-olah tidak faham atau enggan memahaminya. Amira mengerti akan reaksi yang dipamerkan oleh Sofea. Tetapi, dia hanya membiarkan masa dan takdir yang menentukan. Harap Sofea memahaminya.Selepas bersalaman dan saling berpelukan, Amira melambai ke arah Sofea sekeluarga sambil memacu langkah menuju ke teksi yang telah menantinya di luar pagar kediaman Sofea.Amira pergi sendiri. Dia tidak mahu sesiapa pun menghantarnya

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 74

    AMIRA tiba di hadapan pintu kediaman Amir. Kelihatannya sunyi. ‘Mungkin dia orang kat yayasan. Tapi … masih terlalu awal.’ Fikir Amira.Baru sahaja dia ingin menghubungi Amir, tiba-tiba daun pintu itu terkuak. Salmah terkejut meli-hatkan susuk tubuh Amira yang tercegat di hadapan pintu sementara Amira tergamam melihatkan mereka sekeluarga berpakaian serba hitam dan sedang bersedih.Tanpa banyak bicara, Amira menyertai mereka mengiringi jenazah Zakuan ke tanah perkuburan.Keluangsa Zakuan apatah lagi. Kehilangan Zakuan secara tiba-tiba itu memberi tamparan hebat kepada mereka. Tetapi sebagai orang Islam yang beriman, mereka menerima takdir qada dan qadar yang telah ditentukan.Amir kelihatannya begitu sedih. Kehadiran Amira tanpa sebarang khabar mengejutkan Amir, tetapi dia tidak menebarkan sebarang reaksi.Amira mafhum, dia juga terkejut sebenarnya. Pelbagai peristiwa tragis telah berlaku dan dia mengetahuinya dengan menyaksikan sendiri di hadapan matanya.“Sofea … mengapa kau mesti l

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 73

    SOFEA mengerling ke arah cermin pandang belakang keretanya, sesekali cermin sisi pula. Dia berasa tidak sedap hati. Mungkin sangkaannya sahaja gamaknya.Sejak beberapa hari ini, dia berasa seperti diekori. Kebimbangan yang merusuh disuarakan kepada Zakuan. Perjaka itu hanya memintanya berdoa dan berhati-hati. Jika perlu, dia akan menemani jika ada urusan yang memerlukan dia keluar kawasan.Zakuan juga terpaksa meminta bantuan Amir untuk mengawasi Sofea terutama sekali jika Sofea ke yayasan kerana dia juga selalu ke luar daerah.“Siapa pula yang ganggu Sofea? Sofea ada musuh ke?” Zakuan mengutarakan persoalan itu ketika mereka bertiga berkumpul di yayasan.Sofea dan Amir termenung sejenak.“Tak mungkin Haris. Aku tak rasa dia akan berdendam atas apa yang berlaku pada kami.” Sofea menyatakan pendapatnya.Gangguan-gangguan pelik seperti nota dan mesej misteri agak menganggu benak fikirannya. Entah apa motif pengirim berkenaan. Sofea sendiri tidak faham.Amir juga cuba mencari jawapan. Da

Higit pang Kabanata
Galugarin at basahin ang magagandang nobela
Libreng basahin ang magagandang nobela sa GoodNovel app. I-download ang mga librong gusto mo at basahin kahit saan at anumang oras.
Libreng basahin ang mga aklat sa app
I-scan ang code para mabasa sa App
DMCA.com Protection Status