Minggu kedua Kasyaf berada di Shin High School. Setakat ini, kehidupannya berjalan dengan lancar walaupun asyik dikerumuni pelbagai pelajar dari peringkat umur.
Hari ini, seperti biasa Kasyaf akan bangun awal untuk menjamah roti dan air susu halal yang dibelinya di kedai serbaneka 24 jam setiap hari. Selesai bersarapan sendiri Kasyaf terus bangun dan mengambil kasut sekolahnya yang berada di hujung katil.
"Kay!" jerit Suho dari luar bilik.
"Apa?" tanya Kasyaf tanpa ada rasa mahu membukakan pintu bilik itu untuk Suho masuk ke dalam biliknya.
"Aku nak tanya, kau ada perfume tak? Perfume aku dah habis, roomate aku pun tak pakai perfume." Laung Suho dari luar.
"Kejap, balas Kasyaf sambil mengapai minyak wanginya yang terletak di dalam almari pakaian.
Seraya itu langkahnya menuju ke arah pintu bilik lalu membukanya. Laju dia menghulur botol mi
Hai semua... Terima kasih ya sudi baca cerita saya yang tak seberapa ni 😄. Kalau ada salah silap boleh je tegur, nanti saya cuba betulkan ☺.
"Selamat pagi Mrs Jee," sapa Mr Kwan yang berdiri di pintu kelas 4-B2."Oho... Mr Kwan. Kenapa awal-awal datang kelas saya ni? Nak ajak dating, tunggulah rehat nanti." Tersipu malu Mrs Jee dibuatnya apabila Mr Kwan tidak lekang dek senyumannya."Eh bukan cikgu," balas Mr. Kwan terus senyuman sipu Mrs. Jee mati. Semua pelajar kelas itu sudah mula menahan ketawa melihat gelagat Mrs Jee."Oh, hem hem... jadi ada apa cikgu ke sini?" soal Mrs. Jee selepas berdehem beberapa kali untuk menghilangkan rasa malunya."Ni saya ada bawa pelajar baru." Terang Mr. Kwan."Oh ya? Mana budaknya?" Mrs. Jee mula terjengguk-jengguk keluar bilik darjah mahu melihat mana pelajar yang dikatakan oleh Mr Kwan tu."Silakan..." panggil Mr Kwan dan pelajar itu pun masuk ke dalam kelas.Kasyaf yang tadi hanya memerhati tanpa reaksi, kini matanya terbeliak deng
"Hello?" Jimien melambai tangan ke depan muka Hira. Gadis itu dari tadi mencebik dan termenung saja sambil menongkat dagu sendiri."Kau tengoklah tu Mien! Handsomenya, Am nama dia. Aduh, aku rasa aku dah jatuh cinta pandang pertamalah Jimien! Omo ottokhaji? (macam mana sekarang?)" omel Hira panjang lebar sambil mengoncang lengan Jimien. Sampai naik pening kawan dibuatnya."Yah! Yah!" Jimien cuba menolak tangan Hira dari mengoncang lengan dia. Naik rimas jadinya, digoncang lengan sampai pening."Kau ni angau teruk sangat ni. Demam ke?" soal Jimien sambil meletakkan tangan ke dahi Hira. Mahu merasa sama ada panas atau tidak suhu badan rakan semejanya itu.Hira mula mendecit kuat, lalu menolak kasar lengan Jimien."Aku nak ikut dia orang pergi bilik guru. Kau nak ikut tak?" tanya Hira dengan senyuman melebar. Mata pula bersinar-sin
"Sampai bila kita nak lari ni?" tanya Am separuh menjerit ke arah Jimien dan juga Kasyaf yang berada di kiri dan kanannya.Kini, mereka bertiga sedang berlari laju seolah-olah didenda oleh guru."Kena kejar Hira sampai dia berhenti. Dia memang cepat melatah! Tambah-tambah kalau dia terkejut." jerit Jimien."Asal aku kena join sekali!" jerit Kasyaf pula sambil menolak-nolak bahu Am."Manalah aku tahu!" balas Am pula yang turut menolak tangan Kasyaf dari menolak bahunya.Tidak semena-menanya mereka masuk ke padang dan berlari laju hanya kerana mahu memberhentikan Hira dari terus berlari.Akhirnya, kedengaran loceng rehat bergema ke segenap ruangan sekolah mereka. Am berhenti dari terus berlari dan memandang ke belakang lalu tergolek jatuh. Penat yang dialaminya mengalahkan atlet balapan. Tercugap-cugap Am dibuatnya, habis habis baju sekolah
"Weh kau fikir tak apa aku fikir?" tanya Jinyoung sambil tersenyum senget ke arah Jaebum."Apa benda kau ni?" soal Jaebum yang sedang mencuci tangan di singki. Dia tak faham dengan kawannya yang pendek ini. Mereka bukannya duduk dalam satu tubuh yang sama, hati dan fikiran pun lain-lain tiba-tiba tanya soalan begitu. Terang lagi bersuluhlah Jaebum tak tahu apa yang difikirkan oleh Jinyoung."Adui kau ni, kita sekat jalan budak tu. Apa lagi, kerja macam biasalah." Jinyoung menepuk-nepuk bahu Jaebum sambil sekejap-sekejap dia menoleh ke arah pintu bilik tandas Am."Oh ya tak ya juga kan, ha jomlah." Otak Jaebum baru saja dapat berfungsi dan barulah dia faham apa yang difikirkan oleh Jinyoung ketika itu.Mereka berdua melangkah keluar dari tandas. Seperti biasa, tunggu di luar tandas untuk mengenakan mangsa buli mereka. Mata Jaebum melirik ke sekelili
Jam menunjukkan pukul 3 petang. Kini Am berada di taman bunga. Keluhan berat dilepas dengan malas."Tak guna betul! Kalau dekat Malaysia cikgu yang main denda-denda ni. Dekat sini pengawas sendiri yang denda pelajar. Apa hal lah hidup aku ni! Malaysia camni, Korea camtu! Ahhhsetoreslahaku gini!" bebel Am sendirian sambil buat kerja tak ikhlas.Segala daun dan rumput kering di taman bunga itu diambil dengan kasar. Menyampah! Itu belum lagi dia kena beritahu keluarganya tentang hal masuk asrama, lagi haru hidup dibuatnya."Apa kau bebelsorang-sorang tu?" Seorang lelaki yang agak tinggi sedikit daripada Am mendekatinya sambil mengunyah sesuatu di dalam mulut."Kau siapa? Jangan kacau aku!" marah Am yan
"Asrama?" Puan Amiran seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru saja Am terangkan tadi. "Asrama lelaki ke perempuan?" tanya Puan Amiran lagi dan Am hanya mengangkat bahu. "Ma kalau tak setuju, tulis hangul besar-besar yang mama tak setuju habis cerita. Biar Mrs. Jee tu tahufamilyAm tak suka Am duduk asrama hahaha," kata Am dengan panjang lebar diakhiri dengan ketawa seronok. "Bagus juga cadangan cikgu tu," tiba-tiba suara terkejut Puan Amiran berubah kepada suara biasa. Am mula membulatkan mata. "Mama!" jerit Am. Encik Murshid mula mengenyit matanya kepada Puan Amiran. Puan Amiran tersenyum lebar. "Da
"Yah! Ira! Apa kau buat dengan anak ikan aku tu!" jerkah Puan Suria dari arah dapur sambil bekejaran ke depan bilik Am dibawa juga bersamanya sudip. Al-maklumlah tengah memasak katakan. Tak sempat nak tinggal sudip, terkejut mendengar suara Sehun yang gentleman itu menjerit kuat."Siapa dia ni nek!" tanya Am sambil menunding jari kepada Sehun."Anak ikan aku ni. Kau buat apa dengan dia? Ya tuhan! Ira, kau gigit tangan dia? Sehun, mehke dapur, nek sapukan ubat denganbuhplaster," ajak Puan Suria dan Sehun hanya mengikut saja. Am mula mencebik."Cucu sendiri tak ada pula beria nak ambil berat sampai macam tu sekali," omel Am sambil menayang wajah menyampah kepada neneknya dan Sehun."Kan aku d
Am masuk ke kelas tanpa reaksi. Wajah rakan-rakan sekelas memandang kepadanya dengan wajah yang sukar untuk Am tafsirkan. Punggung Am terus dihenyak ke kerusi belajar, tiba-tiba Hira mendekati mejanya."Awak..." panggil Hira sambil meletak dagunya di atas mejanya. Badan Hira sedang duduk mencangkung di hadapan meja Am. Bibirnya mencebik sambil mengelip mata penuh manja kepada Am."Eihhh!" terkejut Am dibuatnya dengan wajah Hira yang seolah-olah meminta penampar."Kau dah kenapa gila?" tinggi nada suara Am kerana terkejut bukan main kepalang."Lambatnya awak masuk kelas, awak pergi mana?" tanya Hira dengan nada manja membuatkan Am berasa geli-geliman seketika. Air liurnya ditelan sambil memandang ke sekeliling.