Semua Bab Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]: Bab 41 - Bab 50
74 Bab
MP 40
AKU dan Rery menunggu di ruang tamu, rumah peguam keluarga kami. Boleh tahan mewah juga rumahnya. Tak jauh dari situ, aku ternampak anak-anak kecil sedang bermain di dalam indoor playground. Mungkin itu cucu-cucunya. Ramai juga. Semuanya comel-comel belaka. Teringat pula dekat Noah dengan Eusoff di rumah. Melina yang menjaga mereka sementara aku dan Rery mahu menyelesaikan wasiat harta keluarga kami."Maafkan saya, menunggu lama. Ini dia fail-fail yang ditinggalkan oleh arwah Tuan Jonathan." Fail-fail yang berada di tangan Encik Muhamed aku ambil lalu merapatkan tubuhku ke bahu Rery. "Jadinya, semua harta keturunan keluarga Handerville akan diberikan sepenuhnya kepada Juliana Adra. Manakala, untuk keturunan keluarga Princeslon akan diberikan sepenuhnya kepada Rery El-Sharif. Turunkan tanda tanga
Baca selengkapnya
MP 41
"Il figlio di papà! (Anak papa!)" "Papà è lento! (Papa lambat!)"AKU mengemamkan bibir cuba menahan sebak yang terbuku di dada. Ini adalah video yang terakhir sebelum kami terlibat dalam kemalangan. Rindu aku pada mereka semakin lama semakin menggunung. Kenapa hati ini rasa terseksa setiap kali melihat wajah ceria mereka? Sakitnya. Sakitnya bila aku langsung tak dapat mengingati kenangan aku bersama kedua-dua orang tuaku. Sekiranya, video ini tidak wujud. Hati aku terus-menerus sakit kerana tak mampu nak mengingati sedikit pun momen kami bersama."Honey..." Aku mendongakkan kepala sekali gus air mataku jatuh menitis ke pipi. Bibirku terketar-ke
Baca selengkapnya
MP 42
"KENAPA tiba-tiba je kau nak sambung belajar dekat Australia? Ada apa-apa yang kau rahsiakan daripada aku ke?" soal Rery kepada Rae.Aku di sebelah Rery hanya mendiamkan diri. Sepertinya aku tahu kenapa Rae tiba-tiba saja memaklumkan pada kami semua yang dia nak sambung pengajian di luar negara. Adakah disebabkan aku? Sebab dah banyak kali, dia cuba mengelak daripada aku. Aku nak tegur dia pun, sampai sekarang masih tidak berpeluang."Aku nak sambung belajar, tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Sebab aku rasa, aku nak sambung belajar. Kenapa? Setahun aku, kalau nak sambung belajar dalam usia aku ni. Masih boleh lagi," jawab Rae dengan riak tenang. Tak ada menunjukkan yang dia sedang menyembunyikan sesuatu. "Aku tak kisah. Tapi, kita dah selalu bersama w
Baca selengkapnya
MP 43
AKU menoleh ke kiri. Nampaknya kami sudah sampai di hadapan rumah mak. Di sinilah tempat aku membesar suatu ketika dulu. Di hadapan halaman rumah itu adalah tempat selalu aku bermain. Tiba-tiba rindu pula dengan kenangan aku sewaktu kecil. Lebih-lebih lagi dengan arwah ayah. Arwah ayah rajin melayan aku waktu kecil berbanding dengan mak. Waktu dia menghembuskan nafas yang terakhir, bagaikan separuh nyawa aku hilang terbang entah ke mana. Semangat aku ketika itu terkubur bersama jasad arwah ayah. Setiap hari, aku tak pernah lupa untuk menziarahi kubur ayah."Honey, are you okay?" soal Rery kepada aku."Ya, biy. I am okay. Sorry, did you ask me anything?"Rery menggelengkan kepalanya. Noah yang berada di tempat duduk belakang, si
Baca selengkapnya
MP 44
SENYUMAN lebar melekung pada bibir si suamiku. Dia merenung dalam sepasang anak mataku dengan pandangan yang redup. Aku ligat meleraikan tali lehernya. Dia baru saja pulang dari pejabat. Biasanya tali leher ni dia yang buka sendiri. Tapi, hari ini entah angin mana yang merasuki dia, menyuruh aku untuk menanggalkan tali lehernya itu. Lain macam saja perangai Rery hari ni. "Biy ni dah kenapa? Tersenyum-senyum," tegurku. Mata masih lagi terpaku pada tali lehernya."Kenapa? Salah ke biy nak pandang muka honey yang cantik ni?" Daguku didongakkan ke atas supaya anak mata kami bertatapan antara satu sama lain. "Weird." "Niente di strano
Baca selengkapnya
MP 45
TERTELAN air liur aku melihat wajah bengis Rery. Sepanjang aku menceritakan apa yang berlaku di pasar raya mini tadi, dia hanya mendiamkan tidak berkutik. Sampai aku dah habis cerita sekarang ni pun, dia masih membisu. Muka pula dingin semacam. Kecut perut aku dibuatnya. Noah pula tekun menonton siaran kartun kesukaannya di kaca televisyen. "Biy?" Aku mengusap lembut lengan Rery. Risau juga dia langsung tak memberi sebarang respons. Aku nak tahu juga apa yang dia fikir, sampai tak bersuara."Dia memang dah melampau. Berani dia sentuh honey. Memang nak kena. Dia belum kenal lagi siapa biy yang sebenar." Akhirnya Rery bersuara. Pic suaranya boleh dikatakan tegang. Nampak sangat dia tengah marah sekarang ni.Sekali
Baca selengkapnya
MP 46
BAJU kurta berwarna maroon aku sarungkan pada tubuh Noah sebaik saja memakaikannya seluar jeans biru gelap. Malam ni, Rery mengajak kami makan malam bersama-sama. Katanya dia pulang awal ke rumah, kerjanya sudah siap. Jarang-jarang kerjanya dia nak siap awal macam ni. Biasanya pukul sembilan malam, barulah nampak batang hidung. Paling lambat pun, jam sebelas malam."Mama, where are we going?" soal Noah sambil menundukkan wajah untuk melihat penampilannya pada malam ini."Papa ajak kita dinner dekat luar. Noah kata rindu papa, kan? Papa selalu balik lambat. Jadi hari ni, papa balik awal."Noah mendongakkan wajahnya seraya tersenyum lebar. "Lepas makan, boyeh tak kita jalan-jal
Baca selengkapnya
MP 47
GLOCK MEYER 22  yang berada di dalam genggaman aku, aku tenung lama. Tak sangka senjata kesukaan aku ini boleh terlepas masuk ke dalam Malaysia. Licik juga otak abang aku ni. Tahu-tahu saja dia suruh Chen bagi aku satu senjata untuk melindungi diri. Bukan sembarangan guna macam dekat Itali sana. "Adra, awak dah sedia?" soal Chen yang sedang fokus memandu. Aku hanya menganggukkan kepala bagi menjawab soalannya itu. Anak-anak buahnya yang lain mengekori kami dari belakang. Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Kiri dan kanan jalan raya ini dikelilingi hutan. Boleh tahan tebal juga hutan. Tempat yang nak dituju ini boleh dikatakan dekat dengan tempat kejadian Rery kemalangan. Yang peliknya, aku sempat meninjau ke dalam kereta suamiku. Tiada langsung kesan apa-apa seperti darah. 
Baca selengkapnya
MP 48
HENING.Masing-masing merenung sesama sendiri. Aku masih lagi berfikir ketika ini. Macam mana dia boleh hidup lagi? Bukan ke Rery sendiri cakap yang dia dah mati? Aku yang tembak dia selepas menembak si tua tu! "Kau terkejut ke, Adra? Terkejut yang aku masih hidup lagi?" Aku hanya membisu. Darah aku berderau panas. Aku tak boleh terima hakikat yang dia masih hidup. Macam mana benda macam ni boleh terjadi?"Jess..." Perlahan Ivander memanggil isterinya itu. Aku pun tak pasti sama ada mereka sah lagi menjadi sepasang suami dan isteri atau tidak. "Kenapa? Terkejut I masih hidup, Ivan? You memang lelaki tak guna, kan? Menyesal I jadi isteri you selama n
Baca selengkapnya
MP 49
Tit... tit... "HONEY...""Ermph..." Beberapa kali aku cuba untuk mencelik kelopak mataku. Begitu berat sekali. Bagaikan ada batu-bata yang menghempap kelopak mataku ini. Sadis sungguh!"Mama..." "Mama..."Dua suara kanak-kanak yang sangat aku kenal sepertinya menyalurkan kekuatan untuk aku membuka mata. Kabur. Lebih-lebih lagi lampu yang menerangi segenap satu ruangan ini menyilaukan pandangan aku."Yay! Mama dah bangun!" jerit Eusoff gembira. Dia bertepuk-tepuk tangan bersama-sama dengan Noah yang duduk di atas riba Rery.
Baca selengkapnya
Sebelumnya
1
...
345678
DMCA.com Protection Status