All Chapters of OBSES (BAHASA MALAYSIA): Chapter 81 - Chapter 90
102 Chapters
(S3) BAB 16
“ Jack pernah suntik aku. Kalau kau nak bunuh mereka, aku rasa baik kau teruskan. Lagipun mereka ni memang dah jadi mesin pembunuh.”Aku mengeluarkan pistol. Peluru di isi. Aku akan mempunyai masalah untuk menentang mereka kerana kekurangan peluru.“ So kalau macam tu. Baik kita bunuh diorang dulu sebelum kita pula dibunuh.”Lan sudah tidak peduli tentang mereka lagi. Matlamat dia mahu menyelamatkan Aina. Aku pula mahu menyelamatkan adik aku, Laila.“ Ayuh!!”Lan mengacu senapang ke arah mereka. Tembakan demi tembakan berganti-ganti. Keadaan semakin kecoh apabila mereka seperti mayat hidup menghampiri kami.“ Jangan gentar wahai rakyat ku. Sesiapa yang dapat membunuh mereka, aku akan berikan hadiah ini sebagai ganjaran.”Jack menayang ubat V-4 ke udara. Pengikut Jack makin rancak menyerang kami.“ Owh sial. Penat aku nak bunuh seorang seorang macam ni.”
Read more
(S3) BAB 17
“ Abang..Tengok ni.”Panggil adik aku. Terus aku tersedar sebelum berlari ke arahnya. Ya. Kami dah jumpa mayatnya. Aku akan pastikan mayatnya dikebumikan secara sempurna. Aku berasa angin semacam dari belakang. Aku menoleh. Muncul Kamal, Ady dan Salman yang berdiri di belakang aku. Mereka menunding ke bawah tanah. Aku terus menggorek. Aina dan Laila turut sama membantu. Jari-jemari aku mula sakit kerana tidak berhenti mengorek tanah. Aku mula terjumpa sesuatu. Ada satu kotak yang ditanam. Aku keluarkan kotak itu. Saki baki tenaga yang aku ada aku gunakan untuk membuka kotak yang terkunci.“ Prakkkk..”Kotak mula terbuka. Aina terus menjerit manakala Laila menahan diri dari muntah. Sepasang biji mata dijumpai dalam kotak pelik itu.Ada banyak kotak lagi yang tertanam di situ.“ Sempurnakan kami.”Kamal tersenyum memandang aku sebelum menghilangkan diri bersama Ady
Read more
(S3) BAB 18
Aku pulang ke rumah. Aina menyambut aku. Tangan aku dicium dan aku pula membelai rambutnya. Perkara yang kami amalkan selepas kami berkahwin. Dia mengurut bahu aku.“ Ramai peminat perempuan tak hari ni?”Soalnya lembut tapi dalam nada cemburu.“ Hehe takde. Yang perempuan kawan saya jaa.”Jawab aku. Dia mengangguk faham. Aku baru teringat tentang surat itu. Aku membelek poket. Surat yang dilipat tadi segera dibuka.“ Surat apa tu sayang?”Aina terasa teruja.“ Entah. Ada peminat kirim. Saya pelik sebab dia bagi surat ni dekat kawan saya.”Hati aku yang memenuhi rasa curiga segera membaca isi dalam surat tersebut. Selepas habis dibaca, nafas aku mula tercungap-cungap.“ Sayang kenapa ni?”Aina mula gelisah melihat aku panik begitu.  Aku memeluk erat Aina. Aku mula berdebar. Aku tak pernah rasa takut macam ni. Aku takut ke
Read more
(S4) OBSES CINTA BAB 1
Banduan bernombor 2443 selesai menunaikan solat. Dia bangun lalu duduk di atas lantai. Dia melemparkan pandangan ke arah luar. Ada suatu masa dia mengeluh seketika. Hatinya sedikit tenang selepas selesai melakukan solat sunat taubat. Rutin hariannya sebelum dia melelapkan mata. Tapi dua minggu ini dia tidak dapat tidur dengan lena. Jadi dia perbanyakkan amalan dengan zikir dan sentiasa mendekatkan diri dengan pencipta. Ya dia runsing. Pernah juga dia tanya pada diri. Adakah tuhan mahu menerima amalannya? Dia pendosa. Sudah menzalimi hidupnya sendiri. Dia yang musnahkan kehidupannya gara-gara mengikut nafsu semata. Dia rebahkan badannya. Tinggal lagi 3 hari untuk dia terus sujud. Kerana tidak lama lagi dia bakal dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Balasan terhadap perbuatannya. Dia mengalihkan badannya ke kanan. Masih sama tidak mampu untuk dia melelapkan walaupun seketika. “Kenapa ni 2443? Tak boleh tidur ke?” Suara seorang lelaki bergema. Dia mula
Read more
(S4) OBSES CINTA BAB 2
Alhamdullillah aku berjaya sampai ke sekolah pada pukul 7.40 pagi. Cilaka betul aku berlari lebih kurang sama jaa macam berjalan. Aku memandang pintu pagar yang tertutup rapat. Takkan nak panjat kot. Aku berkira-kira dengan faktor ketinggian dan berat badan aku. Lepas ke tak ni? Lantaklah. Aku lempar beg aku ke dalam sekolah. Aku membaca bismillah sebelum mula memanjat pagar. Aku berjaya sampai ke puncak dan melompat. Pendaratan yang sempurna. Aku tersengih sendirian. Aku mengambil beg. "Ehem" Aku terkejut apabila dibelakang aku berdirinya crush pujaan hatiku. Zulaikha yang memakai baju kurung biru muda dan skirt labuh memandang tajam ke arah aku. "Awak lambat." Tegur dia. Aku menggaru kepala."Eerr sorry. Janji tak ulang dah." Jawab aku sambil mengangkat sumpah."Aah takde takde tulis nama." Minah sebelah dia bersuara. Aku pandang nametag dia, Siti."Alaaa baru first time aku lambat. Rilek lah." Aku cuba kompromi. "Maaf
Read more
(S4) OBSES CINTA BAB 3
"Awak buat apa tu?" Hampir melatah aku dibuatnya apabila muka Zulaikha berada di sebelah aku. Aku cuba menutup buku itu tetapi gagal. Dia berjaya rampas buku aku."Eh jangan baca. Bagi lah balik." Aku cuba meminta dengan lemah lembut. Dia menjelir lidah."Nak baca boleh?" Dia membuat mimik muka comel seperti kanak-kanak yang merayu dibelikan mainan. Aku serba salah. Serba tak kena. Aku nak mencarut tapi aku tak pandai. Akhirnya aku mengalah setelah melihat matanya yang bulat itu. Dia menaikkan kening. Aku tewas. Dia terus menyelak halaman buku itu. Zulaikha pandang aku kemudian berpaling semula pada buku. Dia mengigit bibir. Sekejap dia tersengih sekejap dia tersenyum. Aku keliru. Apa yang lucu gila?"Sejak bila?" Soal dia."Bila apa?" Jawab aku tidak mengerti."Yelaa sejak bila awak crush dekat saya." Dia shoot terus soalan itu. Aku tergamam." Mmmm aaaaaaa errrrrrr..." Itu saja aku mampu balas. Dia merampas pen yang berada di tangan aku.
Read more
(S4) OBSES CINTA BAB 4
"Alaaa rilek bro. Jangan menangis." Solehin memujuk aku. Mana ada aku menangis." Aku lekas menyeka air mata yang mengalir tanpa henti."Yelaa yelaa. Suka hati kau lah. Nak main ml ke tak ni?" Kadang aku rasa mahu belasah dia tapi bila fikir balik sia-sia saja."Setan. Aku tengah murung sempat lagi kau ajak main game." Marah aku. Aku melemparkan pandangan ke luar. "Taknak sudah. Aku lagi sikit nak masuk epic dah ni." Aku tidak menghiraukan godaan Solehin. Dia bangkit lalu beredar ke kedai mencari rokok yang kehabisan. Aku cuba mencari jalan bagaimana mahu hadap muka Zulaikha tu nanti. Tulaa gelojoh sangat nak ada awek. Aku membuka fon. Aku mahu meluahkan perasaan aku dalam watpadd. Harapan..kadang-kadang membahagiakan. Ada kalanya memeritkan. Harapan memberikan kita kekuatan. Tetapi boleh juga menjadi kelemahan. Sama seperti aku. Mengharapkan bidadari dari kayangan menjadi
Read more
(S4) OBSES CINTA BAB 5
Aku memandang Solehin. Dia tekun membaca surat itu. Penuh perasaan. Dia mula berfikir namun gagal. Masih tidak dapat meneka siapa yang menghantar surat. Lucu bila awak kata mahu berkenalan dengan saya sedangkan awak sudah mengenali saya. Benar, kadang-kadang kita lebih mencari orang yang berada jauh di mata sehingga tidak sedar ada yang sedang cuba mendekati. Andai tuan hamba bijak bestari, cuba teka siapa puteri yang menulis surat ini. Hehe..sahabat_pena Aku membaca surat itu lagi. Aku yakin ada orang yang cuba permainkan aku. Bukan kali ini. "Bro, kau rasa siapa ek?" Soal Solehin yang mula curiga."Entah. Aku rasa ada orang nak prank aku." Aku cuba berfikir positif."Huishh banyak betul masa dia nak prank kau macam ni." Solehin tidak menerima kata-kata aku. Aku diam. "Apa kata kita balas semula surat ni. Nak tak?" Solehin mula menyuarakan idea.
Read more
(S4) OBSES CINTA BAB 6
"Serius?" Mata aku terbeliak apabila mencuri dengar perbualan rakan-rakan sekelas. Mereka semua memandang aku."Ahaa kau tak tahu ke?" Rakan aku mengerut dahi. Aku menggeleng."Tak." Pendek jawab aku. Belum sempat aku mahu tanya lebih terperinci Cikgu Heni masuk ke dalam kelas. (pssttt jangan tanya sebab apa aku kerap guna nama cikgu ni)Aku memandang papan putih. Segala soalan dan bebelan Cikgu Heni aku tidak hiraukan. Fikiran aku mula hilang. Hanya jasad berada dalam kelas."Psstt kau tau tak Zulaikha dah berhenti sekolah?" Suara Solehin berbisik. Aku mengangguk."Sebab apa?" Soal aku turut berbisik."Entah laa banyak khabar angin. Aku takut jatuh fitnah jaa." Jawab Solehin jujur."Kamu berdua sembang apa lagi? Bawa keluar buku latihan." Cikgu Heni memotong perbualan kami. Aku membuka zip beg. Aku cari buku latihan math aku untuk dihantar."Sial!!" Terlepas perkataan keramat tu di bibir aku. Buku latihan aku hilang. Takda dalam beg.
Read more
(S4) OBSES CINTA BAB 7
Di rumah, Solehin terbaring di atas katil. Fikiran dia kusut. Dia takut hari itu bakal tiba. Pasti Wan akan kecewa. Pintu diketuk dari luar. Solehin membuka pintu membenarkan ibu tirinya masuk ke dalam. Sebenarnya ibu kandung Solehin meninggal ketika usianya 10 tahun. Encik Talib, ayah Solehin membuat keputusan untuk berkahwin lain kerana tiada masa untuk menguruskan Solehin. Pekerjaan Encik Talib yang sentiasa berulang-alik dari luar negara sukar untuknya mencurah kasih pada Solehin. Puan Maria cuba merapatkan diri dengan Solehin tetapi tidak pernah berjaya. Dia sedar Solehin masih belum dapat menerima kenyataan Puan Maria sebagai ibu tirinya. Sejak itu Solehin mula memberontak. Dia mengikut pilihan yang dia sendiri tidak pasti akan akibatnya. Puan Maria melihat Solehin berbaring di atas katil. Suasana menjadi sunyi sepi. "Err, Solehin jom turun makan." Puan Maria cuba memujuk. "Takpa aku tak lapar." Jawab Solehin acuh tak acuh.&
Read more
PREV
1
...
67891011
DMCA.com Protection Status