Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
A Million Misery [Bahasa Malaysia]

A Million Misery [Bahasa Malaysia]

Nur Qismina Sofia
Mengisahkan watak Monika yang merupakan seorang artis rakaman. Dia berasal dari sebuah keluarga ternama, kaya dan berpengaruh. Namun dia berusaha merahsiakan identitinya dari diketahui umum untuk keselamatan dirinya yang menjadi buruan pembunuh upahan setelah kesemua ahli keluarganya mati dalam satu kejadian yang tragis. "Polis ada tunjukkan satu fail sulit dekat aku. Dalam fail tu ada gambar-gambar mayat ahli keluarga aku. Yang menarik perhatian ialaha tanda yang sama ditinggalkan di beberapa bahagian tubuh mereka." Kehidupannya semakin teruk. Dia tidak tahu kemana arah patut dituju. Dia tergelincir di dalam lembah penuh kegelapan. "Aku mengaku ketika aku berumur belasan tahun, aku pernah ambil benda-benda macam tu. Dengan harapan ia dapat menolong aku keluar dari dunia realiti walaupun untuk seketika." Tepat pada masanya, Haliene hadir dalam hidupnya. Haliene merupakan pemilik studio rakaman yang menjadi naungan Monika juga selaku sahabatnya. Dialah yang bertanggungjawab membantu Monika keluar dari dunia gelap setelah pelbagai dugaan dilaluinya. Dia menjaga Monika seperti adik perempuan kandungnya sendiri. "Umm... aku tertanya-tanya apa akan terjadi kalau kita tak pernah berjumpa? Aku tentunya dah mati." Haliene juga menyimpan rahsia yang Monika tidak tahu mengenai pembunuhan keluarganya juga kemalangan yang hampir meragut nyawanya. "Sampai bila kau nak kita semua terus berlakon? Bila ingatan dia dah pulih nanti, dia akan tahu juga siapa dia. Kau tak boleh nak rahsiakannya lagi. Aku kawan dia, aku kenal dia dahulu dari kau." Credit Cover Book (pink colour): via Monika Santucci's social media post
103.7K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Peluang Diriku Bahagia [Bahasa Malaysia]

Peluang Diriku Bahagia [Bahasa Malaysia]

Nuuna Mohd
Hun Aqeel — Dikelilingi ahli keluarga yang sangat menyokong kerjayanya sudah memadai baginya. Apabila ditikam kawan baik sendiri yang sanggup bermain cinta dengan kekasih hatinya…punah segala benda untuk percaya orang lain selain ahli keluarga tercinta. Erina Durah — Masuk dalam kehidupan seorang artis yang sedang meningkat naik dengan kejayaan lakonan beliau, dia tumpang bahagia walau dia hanya seorang PA kepada Hun Aqeel. “I bagi you kepercayaan untuk handle segala akaun media sosial I. Jangan buat loklak pulak.” - Hun Aqeel. “Haha relax lah boss. Ya baik saya tak buat onar. Saya jaga penuh tatatertib bos punya Instagram Facebook dan segala benda lah. Tu termasuk hati bos tu.” - Erina Durah. “Aip! Hati hati jangan buat main. Karang jatuh hati kat I padan muka you. I malas layan..” - Hun Aqeel. Dan bila kata kata Hun Aqeel itu terkena batang hidung sendiri… “Be my girl, Erina Durah? I think I dah jatuh hati kat you.” - Hun Aqeel. Dugaan datang tatkala kebahagiaan menyembah mereka berdua. “Please, I want you back! Lupakan Erina. Dia takkan dapat bahagiakan you macam mana kita dulu sayang.” Segala kenangan lampau dia bersama Christina menjelma di fikiran Hun Aqeel. Berbelah bahagi rasa hati. Adakah dia tamak? Erina Durah pun dia mahu! “Lelaki semua sama! Ingat hati aku ni apa. Syok hora horei bila dipermainkan. Benci!!” Hati yang terluka baru saja dirawat. Tapi sudah dikecewakan balik. Tetapi, semudah itukah Erina Durah mahu melepaskan Hun Aqeel kepada Christina? Tidak! Dia akan membuka mata Hun bahawa kenangan Hun bersama Christina sudah lama terkubur. Dia yakin Hun Aqeel adalah takdirnya.
103.6K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
5678910
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status