DATUK ZAKI mundar-mandir berjalan di dalam pejabatnya. Dia berasa tidak sedap hati dan diasak gelisah yang bukannya kepalang. Entah apa yang membuatkannya gelisah pun dia tidak pasti.
Sejak dia mendesak peguamnya Encik Yusuf agar menyegerakan urusan menuntut rumah Moyang Man dan kebun getah Pak Cik Omar, Encik Yusuf seolah-olah ada menyembunyikan sesuatu darinya. Ada sesuatu yang membuatkan Encik Yusuf seakan teragak-agak dalam menyelesaikan urusannya.
Encik Yusuf tiba dengan membawa satu beg berisi dokumen. Wajahnya tenang, kemudian riaknya bertukar serius ketika menghunuskan pandangan mata ke tampang majikannya. Datuk Zaki tertanya-tanya apa agaknya yang yang akan disampaikan oleh Encik Yusuf kepadanya.
Setelah kedua-dua mereka melabuhkan punggung di atas kerusi pejabat barulah Datuk Zaki memulakan bicara.
“Saya minta maaf Datuk, saya tak dapat teruskan urusan tuntutan harta Moyang Man dan Pak Cik Omar.” Encik Yusuf menuturk