Share

BAB 10

Aвтор: Rabetkha
last update Последнее обновление: 2021-06-17 17:29:02

INSPEKTOR Mastura masih lagi tidak percaya bahawa ASP Jimmy mampu menumpaskan penjenayah yang terlibat dalam kes culik, malam semalam.

Pagi-pagi lagi dia sudah mengeluh berat saat meluahkan perasaan di hadapan Koperal Raju dan Inspektor Keith.

Sejak di rumah lagi, Inspektor Mastura terkenangkan kisah semalam. Selagi dia tidak mendapat jawapan dari segala persoalan yang melanda minda, selagi itulah dia mahu mencari jawapan yang sebenar.

“Apa yang peliknya? Kira okeylah tu kalau Tuan Jimmy dapat tumpaskan jenayah tu,” tutur Inspektor Keith sambil menjongket kening kanan.

“Kita semua tahu yang dia tak ada dekat pejabat semalam. Kes kanak-kanak tu dilaporkan hilang pun tak sampai lima belas minit. Tahu-tahu dia dah dapat tangkap penjenayah tu. Tak pelik ke dia boleh tangkap penculik tu sedangkan dia berada di luar waktu berkerja.” Turun naik dadanya saat bercerita. Bila bercerita hal ASP Jimmy, ada saja yang tak kena.

Inspektor Keith menjuling mata ke atas.

Haih, tak habis-habis lagi masalah iri hati dia ni.

“Dekat media sosial pun belum keluar tentang kehilangan kanak-kanak tu. Hurm, hati saya pun tertanya-tanya soal Tuan Jimmy. Saya hairan bila dia dapat tahu yang lelaki itu ada sembunyikan kanak-kanak dalam kereta.” Giliran Koperal Raju pula melantunkan pendapatnya. Mendengar ujaran Koperal Raju, senyuman Inspektor Mastura melebar.

“Eeh, semalam koperal tak pertikaikan pun hal ni. Kenapa hari ni koperal pun meragui Tuan Jimmy? Minah pelik ni hasut koperal untuk jadi negatif juga ke?” soal Inspektor Keith di celahan tawa tawar. Kepala menggeleng laju memerhati dua insan di depannya.

Mengapa perlu mempertikaikan bantuan orang lain?

“Bukan berfikir negatif, cuma pelik sikit je.”

“Kenapa nak pelik? Itu dikira rezeki Tuan Jimmy sebab dah dapat tangkap penculik tu. Kalau lambat sikit, mesti budak perempuan tu dah mati.” Inspektor Keith membalas lagi. Masih cuba memberi pandangan positif. 

“Dia tu bukan Detective Conan sampai boleh dapat hidu orang-orang jahat dekat Malaysia ni. Kenyataan dia membuatkan perasaan aneh timbul dalam hati aku ni. Masuk akal ke bila dia kata kereta tu mencurigakan, sebab itulah dia tahan. Macam tak masuk akal!”

Inspektor Mastura masih lagi menghamburkan segala rasa aneh yang muncul dalam diri.

“Tuan Jimmy tu dah lama berkhidmat sebagai anggota polis. Mungkin dia dah biasa nampak kereta mencurigakan di tengah jalan, sebab itulah dia perasan yang kereta semalam pun mencurigakan. Secara kebetulan agaknya dia ternampak suspek berkelakuan aneh dekat atas jalan.” Inspektor Keith membuat spekulasi sendiri. Reaksinya lebih serius kali ini.

“Kebetulan yang aneh. Hebat betul mata dia kalau dekat tengah jalan pun boleh detect benda yang pelik-pelik. Lagi satu, siapa lelaki yang ada dengan dia tu? Siap jadi saksi lagi untuk kes penculikan tu.” Susah sungguh nak fahamkan Inspektor Mastura.

“Itu Ahmad, kawan Tuan Jimmy. Memang patut pun dia jadi saksi. Dia yang nampak segala kejadian dan dia yang buka but kereta tu. Saya rasa tak ada apa-apa yang perlu dipertikaikan dalam hal ini,” jelas Sarjan Munir yang berdiri tepat di belakang Inspektor Mastura. Masing-masing terus pusingkan tubuh saat mendengar satu suara berbicara tegas.

Nyata, mereka terkejut dengan kehadiran Sarjan Munir.

Terkulat-kulat Inspektor Mastura bila Sarjan Munir rupanya mendengar perbualan antara mereka. Tajamnya telinga.

“Mustahillah seorang anggota polis boleh tangkap penjenayah sepantas itu. Kes yang sebelum ini pun susah dia nak tumpaskan. Tak akanlah isu culik ni mudah sangat dia jumpa penjahat. Saya yakin dia pun ada kaitan dalam hal ini. Saya juga yakin yang kawan dia tu pun suspek dalam kes penculikan tersebut.”

Terbelalak mata semua orang bila Inspektor Mastura menuduh yang bukan-bukan. Ikut sedap mulut berkata-kata sehinggakan orang lain pun tak sanggup nak menghadam setiap perkataan.

Sarjan Munir yang baru melabuhkan punggung atas kerusi sudah tayang wajah menyinga. Dia rasa tuduhan Inspektor Mastura sangat melampau.

“Ada kaitan? Apa maksud Puan Mastura ni? Tak akanlah polis berkaliber macam Tuan Jimmy tu terlibat dalam kes jenayah? Kalau tak suka pun, tolong jangan jatuhkan fitnah. Tak baik.” Inspektor Keith menempelak kasar. Tak sangka perkataan itu akan keluar dari bibir seorang anggota polis sepasukan dengannya.

“Boleh tak Puan Mastura beritahu kami, kenapa puan selalu sangat nak pertikaikan kerja Tuan Jimmy. Kenapa puan tak boleh nak terima kenyataan yang dia dah selamatkan mangsa.”

Sarjan Munir bercekak pinggang ketika bertanya. Lelaki itulah yang selalu menjadi pembela tegar ASP Jimmy bila Inspektor Mastura sering mencari kesalahan si jejaka.

“Saya …” Tergagap-gagap mahu menyusun kata. Matanya fokus perhatikan riak wajah yang membengis. Dia tahu Sarjan Munir antara anggota polis paling lama dalam unit mereka. Jadi, dia perlu lebih banyak berdiam jika lelaki itu sudah menegurnya.

“Saya tak mahu kita semua ni jadi badut dia. Orang lain buat kerja, tapi orang lain dapat nama. Kita semua ini rakan sepasukan, jadi dia tak boleh buat kerja seorang diri.” Suara Inspektor Mastura sangat menjengkelkan.

“Badut? Bila masa pula Tuan Jimmy jadikan kami badut dalam pasukan ni? aku rasa dia baik saja.” Inspektor Keith semakin sukar untuk mentafsir insan di hadapannya.

“Kenapa semua orang tak reti nak buka mata bila hal itu melibatkan Tuan Jimmy? Dia tu pakai sihir ke untuk buatkan orang sayangkan dia?”

Inspektor Mastura buat tuduhan melulu. Dia langsung tak fikirkan hati dan perasaan orang lain yang mendengarnya.

“Jaga mulut puan. Jangan jatuhkan fitnah ke atas orang lain. Saya hormati Puan Mastura kerana puan pihak atasan kami. Tapi kalau beginilah caranya puan berkerja, saya rasa lebih baik puan tanggalkan uniform yang berharga ni!”

“KENAPA semua orang sibuk nak marah aku? Salah ke apa yang aku cakap? Salah ke kalau aku cuma nak bertanya? Aku cuma nak tahu kebenarannya sahaja.” Inspektor Mastura membebel sendiri. Dari tadi marahnya mahu meletus di hadapan semua orang yang berada di kafe, tapi Inspektor Mastura cuba bersabar depan rakan-rakan yang lain.

Masuk saja ke dalam pejabat, tubuhnya terus dilabuhkan atas kerusi sambil tangan menongkat dagu. Tak puas hati dengan semua orang. Rasa tak fokus ingin melakukan pekerjaan jika otak kian bercelaru. Banyak perkara yang berlegar dalam ingatan.

Banyak perkara yang berkait dengan ASP Jimmy masih belum menemui jawapannya.

“Masuk Pusat Latihan Polis sama tahun dengan aku, tapi dia yang naik pangkat dulu! Mesti dia tu kaki bodek, suka nak nampak diri tu hebat. Aku ini pun bersusah payah nak kejar pangkat ASP, dia pula senang sangat dapat pangkat tu.” Inspektor Mastura melepaskan perasaan marah seorang diri.

Inspektor Mastura tidak akan duduk senang selagi kedudukannya tidak setaraf ASP Jimmy. Tak akan ada istilah puas hati dalam hidupnya jika hal itu melibatkan ASP Jimmy.

Tak ada rehat untuknya selagi dia tidak dapat capai apa yang dia mahukan.

“Senang-senang aje engkau naik pangkat. kita berdua ni tamat latihan sama-sama dan pangkat kita pun sama. Tapi kenapa mudah sangat kau naik pangkat? Apa kurangnya aku dan apa hebatnya engkau ha? Dari dulu lagi orang asyik nak membandingkan kita berdua je.”

Bergetar sepasang mata miliknya. Kepalan penumbuk digenggam kuat. Emosi bercampur-campur. Hatinya merana setiap kali terkenangkan kata-kata orang sekeliling yang sering merendahkan dirinya di depan ASP Jimmy.

Apa yang ada dalam diri ASP Jimmy sehinggakan semua orang tunduk dan patuh dengannya? Kenapa semenjak di pusat Latihan dulu, lelaki itu sering menjadi perhatian. Pelik.

“Aku boleh jatuhkan kau sekelip matalah Jimmy. Aku akan cari kelemahan kau untuk naikkan diri aku sendiri!”

BARU saja melangkah keluar dari lif, tangan ASP Jimmy terus dicengkam kuat. Lelaki itu terus pusingkan badan menghadap tubuh yang menarik tangannya. Terkedu sedikit bila melihat wajah Inspektor Mastura yang berada di hadapannya. Wajah polos itu mula dipandang hairan.

“Kenapa dengan awak ni? Kenapa tiba-tiba tarik tangan saya ni. Awak ada niat nak menggoda saya ke?” meleret persoalan yang keluar dari bibir ASP Jimmy. Matanya membulat besar.

“Saya nak ajak Tuan Jimmy makan tengahari dengan saya.” Meletus tawa di bibir ASP Jimmy. Teragak-agak mahu mempercayai pelawaan itu.

“Awak ni bermimpi di siang hari ke sampai ajak saya makan bersama?” ASP Jimmy bertanya tanpa tapisan. Kening berkerut panjang memandang Inspektor Mastura.

“Saya memang nak ajak tuan makan bersama. Nak raihkan kejayaan tuan tangkap penculik semalam. Tak boleh ke?” Inspektor Mastura masih mencuba. Wajah polos dipamerkan agar ASP Jimmy dapat melihat ketulusannya.

“Saya ni tak selesa dengan awak. So, saya rasa tak ada kepentingan pun untuk kita makan berdua.” Mentah-mentah ASP Jimmy menolak. Dia buat rolling eyes.

Mastura licik orangnya. Setiap yang dia lakukan pasti ada sebabnya yang tersendiri.

“Salah ke kalau saya nak berkenalan dengan Tuan Jimmy dengan lebih rapat? Kita ni satu pasukan dan kita ni juga pernah masuk pusat latihan sama-sama. Tuan lupa?” Tanpa dipaksa-paksa, tawa ASP jimmy semakin kuat sehinggakan segenap ruang bergema.

Inspektor Mastura sudah menghela nafas berat. Rasa tercabar.

“Kita ni memang dah berkenalan pun. Kita berdua ni ibarat musuh dekat sini. Tak akan pula musuh nak ajak musuh berdamai?” soalan dari ASP Jimmy benar-benar menduga. Wajah Inspektor Mastura berona merah menahan kemarahan dari meletus.

Aku nak tunjuk baik pun salahkah? Kenapa dia sibuk nak memperli aku begitu rupa? Hati Inspektor Mastura sempat berbisik.

“Saya tak pernah anggap tuan musuh pun. Kenapa tuan nak anggap saya musuh pula?” suaranya yang tadinya tenang kini berubah garau dan lebih kuat.

“Musuh je yang selalu pertikaikan kerja musuh dia. Kebiasaannya, musuh je yang try hard untuk menampakkan kelemahan musuh dia.” Senyuman sinis ASP Jimmy membuatkan hati semakin pedih bersulam benci.

“PUNCA kematian dia sebab di tikam berkali-kali. Sebelum ditikam, mangsa bergelut dengan suspek.” ASP Jimmy angguk kepala mendengar penjelasan Inspektor Keith. Fokus dia memerhati.

“Awak masih tak jumpa motif pembunuhan ni?” soalnya hairan.

“Saya dah soal siasat semua jiran tetangga. Mereka kata, hubungan mangsa dan anaknya memang tak baik sejak suami mangsa meninggal dunia.” Sekali lagi, ASP Jimmy mengangguk dan berfikir lebih mendalam tentang kes tersebut.

“Apa kata, awak check DNA isteri suspek utama pula.” Bibir Inspektor Keith menyenget ketika mendengar pendapat orang atasannya.

“Kenapa pula? Rasanya isteri mangsa tak ada kena mengena dalam kes ini.” Lelaki itu bergerak ke hadapan, lebih menghadap ASP Jimmy.

“Awak yakin?” di amula menyoal lanjut. Bernada tegas.

“Iya, saya yakin. Suspek kata, isteri dan anaknya ada di kampung sepanjang dia pulang ke rumah mangsa.” Gelak ASP Jimmy terletus tiba-tiba.

“Jangan terlalu yakin. Saya dah banyak hadap kes suspek yang menipu ni. Tak semua suspek jujur dalam berkata-kata. Sebab tulah kita kena jadi anggota polis yang rajin mencari bukti.” Inspektor Keith hanya diam. Cuba menghadam.

“Saya yakin, isteri Shuib Alif terlibat dalam hal ni berdasarkan maklumat yang saya terima.” Mata Inspektor Keith kian terbeliak mendengar beberapa patah ayat yang terpacul dari bibir lelaki depannya.

“Tuan terima maklumat dari kes ni? Eh, maklumat apa pula?”

“Saya tanya pihak forensik tentang kuku yang mereka siasat.”

“Dan?”

“Kuku tu milik seorang perempuan.” Inspektor Keith telan liur. Tidak menyangka, orang atasan membantunya dalam menyiasat kes tersebut.

“Macam mana mereka tahu?”

Come on, pihak forensik ni hebat.” ASP Jimmy melukis senyuman nipis.

“Terima kasih tuan sebab dah mudahkan kerja saya. Kalau tuan tak tanya forensik tentang hal ni, rasanya saya tak akan terfikir untuk tanyakan soalan tu kepada mereka.” Dada diusap lembut. Leganya di hati bila kes tersebut hampir selesai.

“Awak masih baru dalam unit ni. Tak salah rasanya kalau saya permudahkan urusan awak.” Tangan diangkat menyentuh bahu Inspektor Keith.

“Hurm, kenapalah Inspektor Mastura tu bencikan tuan ya? Saya tak rasa pun tuan ni layak dibenci. Bila dia bencikan tuan macam tu, saya pun rasa menyampah dengan dia.”

Tiba-tiba … nama Inspektor Mastura terbit di bibirnya.

“Inspektor Mastura tu baik orangnya. Jangan benci dia, sebab dia memang baik.” Tenang ASP Jimmy memberi pendapat peribadi. Kedengaran ikhlas ayat yang dilantunkan.

“Dia dah burukkan tuan, tuan masih nak cakap dia baik ke?” Inspektor Keith keanehan.

“Mungkin dia bencikan saya sebab desakan orang sekeliling.”

“Desakan orang sekeliling? Maksud tuan?” ASP Jimmy hanya menjongket bahu. Membiarkan Inspektor Keith ditemani dengan tanda tanya.

Continue to read this book for free
Scan code to download App

Latest chapter

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 35

    ENTAH mengapa, hatinya tergerak mahu bersua Inspektor Keith dalam keadaan dia berbaju t-shirt. Waktu kerjanya sudah tamat, tetapi sibuk pula si jejaka datang di waktu malam semata-mata mahu melawat. Walhal, siang tadi dia sudahpun mengemukakan beberapa soalan di bilik siasatan. Semua soalan dia menyakitkan hati sehinggakan Keith merasa sangat jengkel. Saat ini, Inspektor Keith yang berdiri di sangkar besi itu tayang riak meluat depan ASP Jimmy. Langsung tidak mengalu-alukan kehadiran lelaki itu.Keith tidak berminat untuk meluangkan masa bersama ASP Jimmy, walaupun dia sedar bahawa dia harus menghormati orang atasannya. Ah, rasa hormatnya hilang terhadap ASP Jimmy semenjak lelaki itu langsung tidak mempercayainya. "Kenapa tuan datang sini? Tuan nak tengok kesengsaraan pembunuh macam saya ke?" Selamba dia menyoal sambil tangan menyilang dada. Ditatap dalam-dalam wajah itu. "Keith, saya minta maaf tentang petang tadi." Lambat-lam

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 34

    SUASANA di dalam jeruji besi itu membuatkan Inspektor Keith tertekan. Sangat tertekan bila dirinya menjadi mangsa keadaan. Kini dirinya ditemani cahaya lampu malap dan dinding putih pudar. Ekor matanya meliar pandang seluruh tubuh yang hanya berbaju T-shirt nipis.Takdir telah memisahkannya bersama teman wanitanya. Dan kini takdir telah menguji jiwa yang selama ini bahagia. Sabar. Itulah yang perlu diterapkan dalam hati untuk terus kuat menghadapi jalan cerita hidupnya yang mampu menduga jiwa dan mentalnya. Sungguh, jiwanya bercelaru bila terkurung dalam jeruji besi itu. Hampir seharian dia menangis mengenangkan nasib diri. Tidak pernah dia menangis seperti ini. "Tuan... Mana tuan? Kenapa tuan tak datang sini untuk bantu saya? Kalau saya tak ikut perancangan tuan datang ke sini, mesti saya tak jumpa rakan sepasukan sekejam Tuan Jimmy!" mutiara jernih segera diseka agar tidak terus mengalir di wajahnya. Dia terkenangkan orang atas

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 33

    "ROSAK?biar betul? cuba encik periksa betul-betul CCTV dekat semua kawasan ni. Dah beberapa hari kami beri awak masa untuk periksa seluruh CCTV tau? saya ingat awak akan berikan maklumat yang terbaru, tapi rupanya kami terima maklumat yang tak membantu siasatan langsung!" Inspektor Mastura meragui penjelasan dari pengawal keselamatan di kawasan perumahan tersebut. Sesekali, wajah ASP Jimmy dipandang sebal. Dia tampak sangat berminat untuk menguruskan kes ini berbanding kes-kes yang sebelumnya. "Betul puan, kalau tak rosak kami dah berikan segala maklumat kepada pihak polis." Mendengar penjelasan lanjut, Inspektor Mastura melepas berat nafasnya. Tangan menggenggam penumbuk, mengawal perasaan yang semakin bahang. "Kalau dia kata rosak, maknanya rosaklah. Penjenayah ni memang sejenis makhluk yang bijak sembunyikan bukti. Kalau tak bijak, mereka dah tertangkap awal." ASP Jimmy mengerutkan dahi. Kepala didongak tinggi memanda

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 32

    2009, Kuala Lumpur. JIMMY menggaru kepala. Diperhatikan wajah kekasihnya yang gigih ke siber kafe untuk menyelidik tentang Pusat Latihan Polis. Dalam-dalam dia merenung wajah yang gigih memerhati komputer di depan mata. "Faila memang nak Jimmy pergi sini ke? beria-ia sangat cari tahu hal pulapol ni." Thufaila mengangguk perlahan. Lantas, pandangan mata berkalih merenung Jimmy. Tangan menongkat dagu, mata sebelah dikenyit. Dalam-dalam Jimmy menarik nafas bila Thufaila mengatakan hal itu kepadanya. Hati merasa kurang senang melihat tekad si gadis. "Ya, Faila nak Jimmy kejar cita-cita dekat sini. Jimmy minat jadi polis dari dulu lagi, kan? jadi jangan sia-siakan peluang yang ada. Awak tu pelajar cemerlang dalam pelajaran dan juga kokurikulum, jadi memang peluang awak cerah dekat sini." Terkebil-kebil Jimmy mendengar penjelasan Thufaila. Bibir diketap rapat. Usahanya yang keras itu membuatkan hati Jimmy sediki

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 31

    LENA terganggu sejak malam semalam. ASP Jimmy langsung tidak mampu menenangkan emosi bila mindanya berselirat dengan persoalan yang masih tiada jawapan. Sekejap dia terkenangkan hal Ahmad. Kemudian, dia fikirkan pula hal Inspektor Keith. Dia langsung tidak mampu merehatkan minda sendiri. Isu jenayah sudah sebati dalam jiwa sehinggakan dia sendiri sudah terbiasa membiarkan otaknya penat. Bangun saja dari katil empuknya, ASP Jimmy menapak perlahan menghampiri jendela. Memandang langit yang masih gelap ditemani titisan hujan renyai. Nafas dihela berat sambil mata dipejam rapat. Sulit sungguh hidupnya pagi ini. Sulit kerana perlu menghapi masalah yang mungkin akan menjadi lebih serius berbanding semalam. Namun, apa pun terjadi dia perlu berhadapan dengan semua itu. Keluh sebanyak mana pun, masalah itu tetap perlu ditempuhi dengan relanya. Setelah beberapa minit bermenung, dia teringatkan mesej yang dihantar oleh Ahmad. Mesej t

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 30

    "TUAN, saya nak cakap sesuatu. Tapi benda ni agak mengejutkan dan saya harap pihak tuan dapat menerima berita ni dengan baik." Mendengar bicara dari Akhbar yang merupakan pakar kanan siasatan jenayah, hati ASP Jimmy diserang debaran. Direnung wajah lelaki lewat 30an itu sedalam mungkin. Cuba memasang telinga dengan baik."Kami dah dapatkan akses telefon mangsa. Dan orang terakhir menghubungi mangsa, teman lelakinya sendiri. Mangsa telah pun dihantar ke unit patologi untuk dibedah siasat lebih lanjut. Kami akan bedah siasat mangsa, dan pastikan bukti-bukti yang lain akan dikumpul secepat mungkin. Saya rasa, pembunuh dalam kes Rubeyla Jessica dan Fiona orang yang sama."Lelaki itu menyudahkan kata dengan nafas yang dihela dalam-dalam. Ditatap wajah ASP Jimmy yang sudah tayang riak serius.Pakai rasa-rasa pula."Teman lelaki mangsa? Siapa namanya?" Mata terkebil-kebil. Bibir terasa berat ingin bertanya. Mendengar pertanyaan ASP J

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status