Tengku Fairuz resah di pejabatnya. Masih memikirkan tentang wasiat yang arwah datuk tinggalkan. Cerita tentang keluarga Haji Shafie masih menganggu fikirannya.
'Siapa tunangnya?' soalan yang masih tiada jawapan.
Uminya memberitahu surat yang diamanatkan oleh datuknya masih belum diserahkan kepada mereka sekeluarga. Dia perlu menunggu dengan sabar.
Ketukan dipintu bilik pejabatnya dibiarkan. Lama-lama ketukan itu hilang dan digantikan dengan bunyi pintu pejabatnya dibuka.
"Ruz, jom lunch. Syahmi dah tunggu kita kat bawah." Suara Syed Ammar menyapa telinganya.
Fairuz menoleh. Wajah ceria temannya dipandang.
"Ruz.. jom laaa" Syed Ammar bersuara lagi. Bahu Fairuz ditepuk perlahan.
Lambat-lambat Fairuz bangun dan mengekori langkah sahabatnya.
"Kau dah kenapa ni Ruz? Muka macam orang baru putus cinta je ni.. Qaz ada buat hal ke? eh, kau dah bincang deng
Usai solat Isyak berjemaah bersama keluarga. Fairuz melencong ke ruang dapur. Siti dan Mak Kiah tengah sibuk menyiapkan hidangan makan malam untuk mereka sekeluarga. Uminya mengekori dari belakang."Ruz, tadi peguam arwah atok call abah, katanya surat dan dokumen yang berkaitan dengan Haji Shafie tu dah diposkan kepada Haji Shafie." Beritahu Uminya seraya menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.Fairuz juga turut melabuhkan punggungnya. Dihadapan uminya. "Jadi, benda tu memang tetap kena teruskan ke umi? Tak boleh cancel? " Soalnya.'Benda' yang dimaksudkan adalah berkenaan janji arwah datuknya bersama Haji Shafie. "Mesti la kena teruskan Ruz. Lagipun arwah atok sangat-sangat terhutang budi dengan Haji Shafie. Bukan arwah atok saja, abah pun sama. Kerana hati ni hati dia punya." Abahnya bersuara di belakang.Tangan abahnya diletakkan di dada. Kerusi ditarik dan dilabuh
Yusra Saidah bersendirian di kamar sempitnya. Surat tawaran ke UKM dipandang sepi. Hancur harapannya untuk ke sana. Sekali lagi ada halangan untuk dia melangkah ke menara gading. Surat pemberian ayahnya petang tadi juga dipandang. Lambat-lambat surat itu di ambil dan dibaca sekali lagi. Setiap patah perkataan yang tercoret di atas kertas putih itu cukup menghiris hatinya. Air mata mengalir laju. "Yus.." Panggil ibunya di luar bilik. Sudah seharian Yusra mengasingkan diri di dalam bilik. Langsung tidak diendahkan segala panggilan ibu dan ayahnya. Langsung tidak mahu keluar apatah lagi mahu berbincang perkara itu. Makan tidak. Minum pun tidak. Perut berkeriuk minta diisi juga tidak diendahkan. Abang dah kakak yang baru sampai turut berusaha memujuk tetapi Yusra tetap berdiam diri. Ingatannya tiba-tiba terimbau pada kenangan lalu. Kenangan ketika dia masih di rumah ibu saudara kakak angkatnya 7 tahun lepas. * &
Usai berjogging di sekitar kawasan berhampiran Teratak Qaseh, Fairuz berlalu ke kamarnya untuk mandi dan solat sunat Dhuha yang sudah menjadi kebiasaannya sejak dari dulu lagi. Telefon pintarnya berbunyi notification menandakan ada WhatsApp masuk. Jarang sekali notifications berbunyi di hujung minggu begini.Sudah ditetapkan peraturan, weekend just for my precious family. Lambat-lambat Fairuz melipat sejadah dan menanggalkan kopiahnya. Telefon itu diambil lalu dibuka aplikasi WhatsApp nya.Tertera nama Fatihah di skrin. Fairuz mengerut dahi, sudah sekian lama adik kesayangannya itu tidak menghubunginya .~Abang, are you OKAY now? ~ <Fatihah>~I'm okay. Tehah? ~ <Fairuz>~Abang Is dah bagitahu Tehah~ <Fatihah>~Abang dah bertunang?~ <Fatihah>~Emmmm~ <Fairuz> ~Macam tulah kalau ikut k
Qazrina bersendirian di ruang tamu rumahnya. Mama dan papanya tiada dirumah. Baru petang tadi mereka bertolak ke Ireland. Qazrina merupakan ank tunggal kepada Dato' Sahamuddin dan Datin Zubaidah yang kini menetap di Ireland.Segala urusan peniagaan di sini diserahkan kepada bakal menantunya, Hisham anak kepada Dato' Romzi dan Datin Umi Sofea. Pertunangan mereka bukan kehendak hati Qazrina. Ianya kehendak orang tua demi mengukuhkan empayar Sky Blue Holding dan Nusantara Holding. "Ahhh....." Qazrina menghela nafas berat. Tidak pasti dengan perasaan sendiri. Dia sayangkan Fairuz. Dia selesa dengan jejaka itu tidak seperti lelaki lain hatta tunangnya sendiri.Fikirannya gusar memikirkan perkhabaran yang disampaikan oleh sahabat baik Tengku Fairuz iaitu Syed Ammar sebentar tadi. Kebetulan dia terserempak dengan Syed Ammar di Airport selepas menghantar papa dan mamanya.
Syarifah Aishah dan Yusra Saidah melangkah keluar dari Perpustakaan Desa diikuti oleh beberapa orang kanak-kanak yang mengikuti kelas tuisyen anjuran Penghulu Kmapung Keruak. Dua sahabat itu berjalan seiringan menuju ke sebuah bangku di bawah pohon angsana. "Kak Shah!" Panggil Ainul, salah seorang kanak-kanak yang mengikiti kelas tuisyen. Aishah berlalu pergi dan meninggalkan Yusra bersendirian di situ. Beberapa minit kemudian, Aishah muncul kembali mendapatkan Yusra. "Kenapa ni Yus?" Aishah bertanya. Wajah sugul kawannya ditenung. Muka sedikit pucat dan matanya bengkak seperti baru lepas menangis. 'Yusra menangis? kenapa?' Aishah menyoal sendiri. Wajah Yusra ditenung lagi. Wajah yang sembab itu mengingatkannya sewaktu dia dan Yusra terpaksa menolak tawaran untuk ke universiti di Australia dulu akibat kemalangan yang menimpa dia. 'Adakah Yusra masih mengalami s
Yusra Saidah masih berteleku di tikar sejadah setelah selesai menunaikan solat sunat istikarah 2 rakaat. Mengharapkan petunjuk dari Nya dalam membuat sebarang keputusan. Jam dinding ketika ini sudahpun menunjukkan angka satu pagi. Dia bangkit melipat sejadah dan telekung kemudian dia memulakan pembaringan.Seluruh biliknya sudah berubah rupa. Hasil kerja pekerja Butik Pengantin De Roses. Cantik! Lagi empat hari dia akan dinikahkan dengan tunangannya, Tengku Fairuz bin Tengku Faisal. Sungguh cepat masa berlalu. Minggu depan Aishah dan Azam akan berangkat ke Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melapor diri sebagai mahasiswa. Nampaknya hanya dia yang tidak dapat sertai mereka. Lagipun surat penangguhan kemasukkan ke Universiti sudah pun dihantar tiga minggu lepas bersama Furqan. Kebetulan pula bakal mertuanya meminta Tengku Furqan menemani Yusra Saidah untuk mencuba baju pengantin di Butik De
Tengku Fairuz mengadap komputer riba setelah penat membelek kertas kerjanya. Kerja yang sedia ada perlu diserahkan kepada Syed Ammar sementara dia cuti menguruskan majlis perkahwinannya. Lagi 3hari akan berlangsungnya majlis akad nikah dan persandingan di rumah Yusra. Dua minggu kemudian, majlis bagi pihak lelaki pula akan dijalankan serentak dengan majlis penyerahan kuasa Mentari Holdings. Tiba-tiba teringat pada sepupunya merangkap kawan baiknya. Segera telefon bimbit dicapai untuk berhubung dengan Tengku Faiz Iskandar di aplikasi WhatsApp.~Assalamualaikum Is~ <Fairuz>~Waalaikummusalam Ruz.~ <Iskandar>~Apa cerita ni? Sihat tak?~ <Iskandar>~Alhamdulillah sihat.~ <Fairuz> ~Lagi 3 hari aku akan kahwin dengan tunang
Telefon Tengku Fairuz berdering lagi. Dengan malas dia keluarkan telefon dari saku seluarnya. Sekilas dia melihat skrin telefon. Nama 'Tehah' yang tertera. Segera ditekan butang hijau. "Hello, Assalamualaikum Tehah." Sapanya pembuka kata. "Waalaikummusalam. Abang....." Suara adiknya, Tengku Fatihah kedengaran sayu. "Kenapa ni Tehah?" "Tadi Is bagitahu Tehah, abang dh nak kahwin lusa... betul ke?" Esakkan kecik kedengaran. "InsyaAllah kalau ikutkan perancangan umi dan abah macam tu la Tehah. Kenapa ni?" Tanyanya.Mula gelisah mendengar adik kesayangannya menangis dihujung talian. Dia membetulkan duduknya cuba fokus untuk mendengar apa yang cuba disampaikan oleh Tengku Fatihah. "Kenapa tak tunggu Teh