Share

Bab 34 : CBYS

"Haaacooo! Haaacooo!" 

Yusra bersin lagi. Hidungnya digosok-gosok. Kepala mula terasa berat. Tangan naik menyentuh dahi, tak panas pun tapi dah rasa lain macam. 

Dia sedikit terkejut bila ada tangan lain sentuh dahinya dari belakang dengan belakang telapak tangan. Yusra yang sedang duduk di kerusi meja makan selepas selesai makan tengahari, sedikit menggeras tubuhnya bila Fairuz buat begitu. Fairuz berdiri di belakangnya. Dada mula berdebar dengan sentuhan Fairuz. Kenapa selalu macam ni? 

       

Fairuz pusing tubuh berdiri di hadapan Yusra. Tangannya diletakkan di leher Yusra pula.

       

"Badan kau panas ni. Kau naik rehat dulu. Nanti aku bawakan hot chocolate dengan ubat." Fairuz memberikan arahan dan Yusra hanya mengangguk. 

Sebolehnya dia mahu cepat-cepat jauhkan diri dari Fairuz. Adanya Fairuz dekat dengan dia, membuatkan seluruh jantungnya berlari dari tempo. 

 
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status