Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)

Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)

last updateTerakhir Diperbarui : 2021-09-25
Oleh:  Sm.mhOn going
Bahasa: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
2 Peringkat. 2 Ulasan-ulasan
38Bab
3.4KDibaca
Baca
Tambahkan

Share:  

Lapor
Ringkasan
Katalog
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi

Sinopsis

Yusra Saidah. Nama yang cukup indah. Raut wajah yang mampu menggetarkan hati seorang lelaki bernama Tengku Faiz Iskandar. Sekilas pandang dia tahu gadis itu turut menyukainya. Rezeki bagaikan turut menyebelahinya. Ada makna rupanya disebalik kepulangannya ke Malaysia, cuti semester kali ini. Namun, itu 7tahun berlalu. Dan hari ini, Yusra Saidah. Meskipun hanya menatap sekeping gambar gadis itu, Tengku Fairuz tahu hatinya sudah terpaut. Kerana janji yg terpatri antara dua insan, telah mengikat satu ikatan suci antara mereka. Yusra Saidah milik Tengku Fairuz sepenuhnya. Tiada sesiapa yang mampu menidakkannya. "Bukan senang untuk aku hidup dengan dia. Hati dia ada orang lain." Luah Tengku Fairuz kepada temannya, Syed Ammar. "Aku janji Shah, aku akan cuba cintakan suami aku seperti mana aku cintakan Abang Faiz dulu. Lagipun aku tahu Abang Faiz dah lama buang aku dari hati dia." Sayu suara Yusra Saidah bersama linangan air mata di pipi. "Abang cari Idah. Merata abang cari tapi abang tak jumpa. Abang tak pernah lupakan Idah. Idah dah janji dengan abang, Idah akan tunggu abang balik tapi kenapa bila abang balik, Idah dah bahagia dengan dia?" - Tengku Faiz Dulu kita bahagia tapi bahagia kita tidak selamanya kerana Dia sudah tetapkan yang jodoh itu bukan milik kita. Betapa kuat kita menggengam, akhirnya kita sendiri yang akan terasa sakit.

Lihat lebih banyak

Bab 1

Prolog I : CBYS

20 Tahun dulu.

Laju kaki Tengku Ibrahim melangkah ke unit kecemasan Hospital Bentong, Pahang apabila dia menerima panggilan dari pihak hospital yang menyatakan anak dan menantunya terlibat dalm kemalangan. Hampir sahaja tubuhnya melurut jatuh namun sempat di pegang oleh anak sulungnya, Tengku Farid. 

"Assalamualaikum encik, boleh saya tanya bagaimana keadaan anak dan menantu saya?" ujarnya saat tiba d kaunter pendaftaran yang tersedia di situ. 

"Waalaikummusalam. Namanya encik?" soal lelaki yang bertugas di situ. Tangannya pantas menekan-nekan papan kekunci dihadapannya. 

"Tengku Ismail dan Tengku Faisal." Jawab Tengku Farid pantas sebelum sempat Tengku Ibrahim bersuara. 

"Sekejap ye Tengku." Papan kekunci dihadapannya di tekan-tekan lagi.

"Ok, dah jumpa. Tengku berdua dah di bawa ke Unit Rawatan Rapi." sambungnya kemudian. 

"Baiklah. Terima kasih ya" balas Tengku Farid.

Mereka melangkah ke ruang unit rawatan rapi. Longlai rasanya langkah tua Tengku Ibrahim. Sungguh tidak percaya anak dan menantunya terlibat dalam kemalangan ngeri. Bas lawan kereta Vios, tentu teruk Vios dibahangnya! bisik hati tuanya. 

* * * 

Pilu kian terasa saat terpandang tubuh anak dan menantunya yang terbujur kaku. Wayar berselerak di badan masing-masing. Sepi suasana di bilik berkenaan. Hanya kedengaran bunyi bip... bip... bip... bip... keluhan kasar dilepaskan. Masih terngiang-ngiang bait-baik kata dari Doktor Harun sebentar tadi. 

Tengku Farid memandang ayahnya. Dia tahu ayahnya sedang berduka dengan apa yang berlaku. Telefon bimbit di kocek seluar bergetar. Segera telefon itu ditarik keluar. Nama Tengku Fauziah tertera. Dia bingkas berdiri dan keluar dari bilik berkenaan. 

"Hello, assalamualaikum Ziah." perlahan sahaja suaranya. 

"Waalaikummusalam abang. Abang, macam mana dengan keadaan Faisal? Abang Ismail pulak macam mana? Faisal dan abang Ismail ok kan abang?" bertalu-talu soalan dari Tengku Fauziah. 

Tengku Farid memejam mata. Mencari kekuatan untuk berterus terang kepada adiknya. 

"Ziah...." panggilnya perlahan. 

"Mereka tenat." sambungnya bersama tangis halus. Tidak mampu menyembunyikan rasa sebak dihati. 

"Allahhhh" hanya itu kedengaran. Suasana senyap dihujung talian. 

"Ziah.. ziah...ziah.. " panggilnya.

Namun sepi. Tiada sahutan dan akhirnya panggilan dimatikan. 

* * * 

"Assalamualaikum encik" sapa satu suara.

Tengku Ibrahim mendongak. Wajah lelaki disisinya dipandang. 

"Encik ok ke?" tanya lelaki itu lagi. 

Tengku Ibrahim meraut wajahnya berulang kali dan akhirnya keluhan berat dilepaskan. Berusaha memujuk hati sendiri. Pandangan dilontarkan ke kiri kanan. Sunyi sahaja perkarangan surau Hospital Bentong. Jam di dinding di toleh. Jam 1pagi!patutlah tiada orang di sini. Lelaki di sisinya masih memandangnya.

"Maaf kalau saya menganggu encik. Saya, Shafie." lelaki itu bersuara lagi lantas menghulurkan tangannya untuk bersalam. Lambat-lambat Tengku Ibrahim menyambut. 

"Ibrahim." beritahunya kemudian. 

"Encik Ibrahim ok ke? Maaf kalau saya bertanya, encik Ibrahim ada masalah ke?" tanya Shafie.

Keluhan Tengku Ibrahim kedengaran. Dia membaiki duduknya agar lebih selesa. Kepalanya diangguk kecik. 

"Anak dan menantu saya. Mereka d ICU. Accident d highway bentong tadi" mendatar suara Tengku Ibrahim memberitahu.

Shafie bingkas duduk di sisi Tengku Ibrahim dan memeluk bahu itu. Tersentak Tengku Ibrahim dan perasaan sebak datang lagi. 

"Saya tidak tahu apa yang perlu saya buat. Anak dan menantu saya tenat." Luahnya.

"Boleh saya tahu doktor cakap apa?"

"Anak saya, Ismail cedera teruk dibahagian kaki. Kedua-dua belah kaki. Menantu saya, Faisal ada masalah sikit. Hatinya cedera akibat hentaman tu. Pendarahan tidak berhenti. Doktor tengah mencari darah jenis kumpulan O Negatif. Susah nak dapat. Darah kami tak sama." ujar Tengku Ibrahim perlahan.

"Kalau tidak menjadi masalah buat encik Ibrahim, boleh saya dermakan darah saya untuk menantu encik?" saat terdengar soalan yang keluar dari mulut Shafie, Tengku Ibrahim pantas memandang Shafie.

"Kebetulan darah saya O Negatif." Sambung Shafie.

"Ya Allah! betul ke ni? Alhamdulillah.. Alhamdulillah." Ucapnya syukur lantas meraup wajah tuannya. Tubuh Shafie dipeluk erat.

Tampilkan Lebih Banyak
Bab Selanjutnya
Unduh

Bab terbaru

Bab Lainnya

Komen

user avatar
Ainaanisaisy Ainafairus anis
jalan cerita ok,terbaik please next chapter....
2023-12-23 23:16:09
0
user avatar
fight night
usaha thor, sukses selalu
2021-09-26 23:11:47
0
38 Bab
Jelajahi dan baca novel bagus secara gratis
Akses gratis ke berbagai novel bagus di aplikasi GoodNovel. Unduh buku yang kamu suka dan baca di mana saja & kapan saja.
Baca buku gratis di Aplikasi
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status