AAZAD tergesa-gesa mencari Ainan di wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya. Hampir luruh jantungnya apabila Syazana memarahinya.
"Abang dengar tak ni? Abang pergi mana tinggalkan Kak Ainan dekat rumah sorang-sorang? Abang tak tahu ke Kak Ainan tak sihat? Blood pressure dia low lagi!" Terkedu Aazad mendengar jerkahan Syazana. Memang dia sedar sejak akhir-akhir ni Ainan sentiasa lesu. Malah wajahnya juga sering pucat. Namun, Ainan tidak pernah mengadu apa-apa kepadanya membuatkan dia berfikir Ainan baik-baik saja.
"Abang tak tahu. Kak Ainan takde bagitahu abang apa-apa pun." Lemah sekali suara Aazad. Syazana merengus geram.
"Macam mana nak bagitahu kalau abang langsung tak ambil berat pasal Kak Ainan? Bukan Sya tak tahu abang sibuk dengan handphone," ucap Syazana kecewa. Sungguh dia kecewa dengan sikap Aazad yang selalu lepas tangan. Langsung tak peduli akan kesihatan Ainan.
"Kak Ainan ada dekat wad emergency PPUM. Dia cakap kepala dia berpusing, sedar-sedar dah berdarah kepala. Dengan anak-anak menangis menjerit-jerit masa tu. Dia call abang berpuluh kali takde satu pun abang jawab. Semua abang reject." Aazad mengeluh kesal. Dia sedar ada panggilan masuk dari Ainan. Tapi kerana memandu, dia terpaksa menolak panggilan daripada Ainan. Dia bukan sengaja. Memang ketika memandu dia tidak menjawab sebarang panggilan yang masuk.
Aazad segera menghampiri Ainan apabila terlihat Ainan diruang menunggu. Jelas terpancar keletihan di wajah Ainan.
"Ainan..." Sayu hati Aazad melihat Ainan yang termenung disisi Syazana. Namun Ainan sedikit pun tidak menoleh memandangnya. Ainan hanyut dengan dunianya sendiri.
"Sya nak pergi tandas kejap ye kak." Syazana terus meninggalkan Ainan dan Aazad berdua untuk memberi ruang mereka bersembang.
"Kenapa boleh jadi macam ni?" soal Aazad lembut. Tangan Ainan digenggam erat. Ainan hanya menjungkit bahu sebagai jawapan. Hatinya sakit. Hari demi hari, Aazad semakin bersikap acuh tak acuh dengannya. Entah dimana silapnya. Dia sendiri tidak pasti.
Sakit, pening, letih, semua dia tanggung sendirian. Bahkan ketika dia mengadu beberapa hari lepas, Aazad seakan tidak peduli. Tetap juga menatap telefon bimbit. Benarlah semakin canggih teknologi, manusia semakin hanyut. Tidak peduli apa yang berlaku disekeliling.
"Doktor cakap apa?" Aazad masih menyoal.
"Tak penting pun pada abang." Aazad terpukul mendengar jawapan Ainan.
"Ainan... kenapa cakap macam tu?" Ainan senyum sinis mendengar soalan Aazad.
"Tak apa. Ainan okey. Tak perlu risau. Ainan boleh jaga diri sendiri." Sengaja Ainan menekankan perkataan sendiri. Aazad meraup kasar wajahnya.
"Ainan, abang minta maaf. Abang tengah drive tadi sebab tu abang tak jawab call Ainan. Ainan pun tahukan yang abang takkan jawab sebarang panggilan masa tengah memandu." Aazad cuba menerangkan situasi sebenar namun, Ainan hanya tersenyum. Tangan kanannya memegang lembut tangan Aazad.
"Ainan dah tak kisah dah, abang. Ainan tahu Ainan tak penting pun dalam hidup abang. Ainan tahu, abang kahwin dengan Ainan pun sebab onar yang bini abang buat pada Ainan. Ainan tahu semua tu. Jadi, abang tak perlu nak rasa bersalah. Ainan bebaskan abang dari semua rasa bersalah tu. Ainan juga bebaskan abang dari semua tanggungjawab kepada Ainan dan anak-anak jika itu yang terbaik. Antara Ainan dan abang, Ainan serahkan pada abang. Ainan serahkan pada takdir. Ainan dah letih." Dalam senyum Ainan meluahkan.
Hatinya sendiri terguris dan terluka dengan bicaranya namun, dia terlalu lelah untuk mengadapi masalah rumahtangga mereka. Mungkin kerana usianya yang masih muda jika nak dibandingkan dengan Aazad yang telah banyak pengalaman.
Wajah Aazad berubah. Dia terkedu mendengar kata-kata Ainan. Bukan itu yang dia harapkan. Sungguh dia menyayangi Ainan sepenuh hati. Dia menyintai Ainan setulus jiwanya.
Perkahwinannya dengan Ainan bukan sekadar atas dasar menjaga maruah Ainan. Bukan atas dasar sumpahan yang dia buat terhadap Imah tetapi tulus dari hati.
Dia terpesona dengan kelembutan Ainan. Terpesona dengan perwatakan Ainan. Walau seteruk mana pun fitnah yang ditabur Imah, Ainan sentiasa menyantuni anak-anaknya dengan baik.
Jika orang lain, mungkin saja tidak mengendahkan anak-anaknya kerana sakit hati dengan sikap dan perbuatan Imah. Tapi Ainan berbeza meskipun ketika itu Ainan seorang janda muda yang cukup sosial.
"Kenapa Ainan hukum abang macam ni?" Ainan tersenyum. Dia bukan mahu menghukum. Dia tahu dia tidak punya apa-apa hak untuk menghukum.
"Bukan kerja Ainan untuk menghukum abang. Ainan bukan tuhan. Ainan cuma manusia biasa yang tak punya apa-apa. Ainan tak mampu bahagiakan abang seperti mana bini abang bahagiakan abang." Lepas satu lagi beban perasaan yang ditanggungnya.
Aazad benar-benar terpukul dengan kata-kata Ainan. Hakikatnya dia merasakan dirinya seorang lelaki yang tak berguna apabila melihat Ainan begitu. Mendengar luahan hati Ainan cukup membuatnya terluka.
Ketika nama Ainan dipanggil dibahagian farmasi, Aazad ingin bangun tetapi dihalang oleh Ainan.
"Tak perlu susahkan diri abang. Ainan boleh uruskan sendiri." Ainan terus menuju ke kaunter farmasi. Sekali lagi Aazad terhenyak dengan kata-kata Ainan.
Aazad mendapatkan Syazana yang baru tiba dari bilik air. Dia tidak kuat untuk berdepan dengan rajuk Ainan.
"Sya, tolong tengok-tengokkan Kak Ainan. Abang tak boleh nak dekat dengan Kak Ainan. Abang minta maaf. Bukan abang nak lepaskan tanggungjawab abang. Tapi, abang tahu Kak Ainan perlukan masa untuk bersendirian tanpa abang." Syazana tercengang mendengar permintaan Aazad.
Aazad sempat menghulurkan telefon bimbit Ainan kepada Syazana. Bingung Syazana ketika itu. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku ketika ketiadaannya.
Syazana hanya melihat Aazad berlalu pergi sebelum dia mendapatkan Ainan yang berada di kaunter farmasi.
"Dah. Jom balik." Ainan langsung tidak mengendahkan ketiadaan Aazad. Dia tidak peduli dan tidak mahu ambil tahu. Syazana hanya memerhatikan tingkah Ainan.
"Akak tidur rumah ayah ye malam ni?" soal Syazana seakan memujuk. Ainan hanya mengangguk lemah.
Masuk saja ke dalam perut kereta, Ainan membuang pandangan keluar tingkap. Dia langsung tidak mahu berbicara. Fikirannya menerbang jauh.
Syazana yang sedang memandu sesekali menoleh kearah Ainan. Sedih hatinya melihat keadaan Ainan begitu. Entah mengapa begitu sukar untuk kakaknya mengecap bahagia. Syazana ketap bibir menahan sebak di dada. Dia harus sentiasa memberi kekuatan kepada Ainan.
"Kak... kak... kita dah sampai ni." Berkali-kali Syazana memanggil Ainan. Akhirnya Syazana menepuk peha Ainan. Tersentak Ainan dengan tindakan Syazana.
"Akak menung apa? Kita dah sampai ni." Ainan tidak menjawab, sebaliknya terus melangkah keluar dari perut kereta. Perbuatan Ainan tidak ubah seperti orang bodoh.
Fikirannya kosong. Jiwanya juga kosong. Semangatnya juga entah hilang kemana. Syazana risau melihat perubahan Ainan.
Ainan berjalan menuju ke lift tanpa sepatah kata. Dia ibarat patung yang tak bernyawa ketika itu. Terasa seperti putus harapan untuk terus hidup.
AINAN sedang sibuk di dapur menyediakan mee goreng untuk sarapan bersama anak-anaknya. Dia cuba untuk menghiburkan hatinya sendiri dengan mengembirakan hati mereka. Syazana pula membantu Ainan menyiapkan anak-anaknya. Mereka telah bercadang untuk keluar setelah selesai makan tengah hari nanti.Sudah lama Ainan berjanji untuk membawa Dasuki menonton wayang. Kebetulan filem animasi Jepun yang menjadi kegilaan anak-anak kecil berada di pawagam. Makin seronoklah Dasuki mendengarnya.“Dah siap.” Ainan tersenyum riang sambil menghidangkan mee goreng di atas meja makan. Milo panas yang dibancuhnya tadi juga di letakkan di atas meja. Dasuki yang baru selesai memakai baju segera memanjat kerusi. Di halakan wajahnya ke arah mee goreng lalu menyedut dalam aroma masakan itu. Ibu jarinya di angkat.“Sedapnya bau mama masak. Tak sabar Suki nak makan.” Dasuki melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Ainan pula menletakkan secawan milo di depan Dasuki.“Suki kena makan banyak-banyak ye. Kita tunggu mum
AINAN menahan sebak di dada. Hatinya terlalu sakit memikirkan tindakan Aazad. Baru tadi Aazad memaklumkan yang dia telah pun membuat pinjaman sebanyak RM3000. Terduduk Ainan mendengar jumlah yang dinyatakan.Ainan tidak mengerti apa sebenarnya yang berada difikiran Aazad. Hidup mereka hanya dikelilingi hutang. Ainan sudah tidak mampu berkata apa-apa. Dia penat. Dia sendiri sudah tidak larat terus hidup dalam hutang. Sudahlah hampir keseluruhan perbelanjaan rumah serta keperluan anak-anak ditanggung oleh Ainan. Aazad juga semakin kerap memintanya duit sekiranya dia tidak mempunyai duit saku.“Abang langsung tak fikir pasal Ainan dengan anak-anak kan?” soal Ainan sebak. Dahi Aazad berkerut seribu mendengar soalan dari Ainan. Dia merengus kesal. Ada saja yang Ainan tidak puas hati.“Ainan jangan nak merepek boleh tak? Abang penat tahu tak?” tengking Aazad. Ainan terkedu. Dia semakin sebak dengan sikap Aazad. Air mata ditahan
AAZADmemandang Ainan pelik. Sudah lama dia tidak melihat Ainan bersolek. Tapi hari ini, penampilan Ainan jauh berbeza dari hari-hari biasa.Kening diukir cantik, kelopak mata disoleksmokey,eyelinertidak ketinggalan, pemerah pipi disapu tipis dan akhir sekali gincu berwarna merah jambu disapu rata di bibirnya.Tak berkelip mata Aazad melihat Ainan. Jarang-jarang dapat melihat Ainan begitu."Amboi, lain macam je hari ni," tegur Aazad lembut. Dia tidak bekerja hari ni. Memang hari cutinya tidak menentu."Saja je ambil mood nak melawa hari ni. Orang asyik tegur muka macam mayat hidup je." Ainan menjawab selamba. Entah mengapa dia terasa ingin bersolek.Dia bukanlah seorang wanita yang gemar bersolek. Bila keinginan itu ada, barulah dia bersolek. Kebiasaannya dia akan bersolek pada hari raya atau ketika menghadiri sebarang majlis."Yelah. Selama bekerja ni tak pernah pun nak bersolek.&nbs
AAZAD berang apabila dia pulang, tiada siapa di rumah. Kebiasaannya Ainan pasti akan memaklumkan kepadanya jika ingin ke mana-mana. Tapi hari ni, dia langsung tidak dimaklumkan.Usai membersihkan diri, Aazad segera ke dapur. Lauk dipanaskan, lalu nescafe dibancuh.'Cuti pun tak reti duduk rumah. Merayau entah kemana, langsung tak minta izin.' Sebal hati Aazad dengan sikap Ainan.Aazad menyenduk nasi dan lauk ke dalam pinggan, lalu di bawa ke meja makan."Assalamualaikum." Salam diberi. Ainan yang sedang mengendong Safwan dan Umairah kelihatan kemengahan. Mana tidaknya terpaksa mendukung kedua-duanya naik tangga kerana lift rosak."Merayap ke mana?" soal Aazad tanpa menjawab salam Ainan. Ainan pula hanya membiarkan sambil lalu soalan Aazad.Mengah naik tangga belum lagi hilang. Dah nak kena hadap kepala angin Aazad yang tak tentu hala. Dasuki berlari masuk
SYAZANA ketawa riang melihat telatah Safwan. Umairah yang dikendong sesekali dicuit."Ais krim." Safwan tunding jari ke arah kedai sambil bercakap dengan pelat."Okey." Syazana tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam kedai.Usai membeli ais krim buat Safwan, Syazana terus membawa mereka pulang ke rumah Ainan."Assalamualaikum." Syazana mengetuk pintu. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Mana mungkin Ainan masih lena.Beberapa minit kemudian kelihatan Ainan yang serabai membuka pintu. Tercengang Syazana melihat keadaan Ainan."Ya Allah, kak. Apa kena kau ni?" Geleng kepala Syazana dengan penampilan Ainan. Dia segera masuk ke dalam rumah tanpa menunggu pelawaan Ainan.Umairah diletakkan di ruang tamu. Safwan berdiri di depan pintu sambil menikmati ais krim Padle Pop yang dibeli oleh Syazana tadi.Ainan menguap besar meme
BERTALU-TALU ketukan di pintu bilik air, namun tidak diendahkan oleh Ainan. Aazad semakin tidak keruan. Sudah lebih sejam Ainan di dalam bilik air. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda ingin keluar.Sudahnya, Aazad terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia melihat Ainan yang sudah tidak bermaya di bawah pancuran air pancut. Aazad segera menutup pili air dan mencapai tuala lalu membalut tubuh Ainan. Dicepung tubuh Ainan dan dibawa ke dalam bilik."Ainan..." Tiada sahutan. Aazad segera mengeringkan tubuh Ainan lalu menyarungkan pakaian sebelum menyelimutkan Ainan.Panggilan telefon dari Syazana segera diangkat."Hello, kak." Aazad tarik nafas panjang mendengar suara Syazana."Akak dah tidur." Aazad memandang Ainan yang masih tidak sedarkan diri."Tak apalah. Bagitahu akak biar budak-budak tidur sini jelah. Esok Sya han